BTC USD 83,850.6 Gold USD 4,139.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurnal Forex - selangkah ke alam misteri...

Status
Not open for further replies.

fakeyellowmocha

Fun Poster
Messages
563
Joined
May 1, 2010
Messages
563
Reaction score
192
Points
23
DISCLAIMER : Jurnal ni aku tuju kan kat batang hidung aku sendiri. Semua yg aku kutuk atau puji juga aku tujukan kat diri aku sendiri.



Oh... kenapa aku catitkan sebagai "alam misteri"?

Hmm... kerana bagi aku, trader ni adalah sekumpulan manusia yg ironik.

Tidak kira yg sudah lama atau yg baru mula berniaga forex ni. (aku lah tu.)

Angan-angan Mat Jenin seperti "forex jalan singkat menjadi jutawan" atau "forex buat duit cara mudah"
atau yg femes skali, "forex cepat untung besar", sering bermain kat kepala otak.

Untung? Withdraw dah berapa kali? Depo je kerap. kan? :D

pernah dengar keadaan ini?

size lot yg besar dan tak cut loss sebab berharap mungkin saat ini price hanya retrace.
Atau... bila untung 10 pips terus closed, tapi bila -ve 20 pips masih hold.

Perkataan utama hari ini... "BERHARAP".
(tak rasa sama ke, macam "berharap" menang main nombor ekor? atau 4D? Woh~ "berharap" kuda tu lari laju sikit.)

Pelik kan si manusia yg berniaga forex ni?

Money Management dah 2 juta kali orang lain nasihat dan pesan suruh jaga dan kontrol. Tapi ada ke ngikut?
Dengar dan patuh atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan?

Buka je MT4, tengok PA naik turun naik turun, dah gatal tangan nak OP. Lepas tu mula lah OP Buy, eh-eh, PA turun
menjunam. Closed dan OP Sell pulak, eh-eh, PA naik balik. Nak menangis atau nak ketawa nih? dua-dua.

Lepas tu mula lah buka forum sana-sini "belajar" forex. Jumpa Trading System ni, cuba, bila tak menjadi, lompat,
cari sistem lain pula. Ulang 3 juta kali. Nak berniaga forex ke, nak jadi tester Trading System? dapat gaji kah?

Rugi sampai tinggal spender lepas tu nak salahkan sistem yg sengal. Hahaha... Tak sedar diri kan?

Salah Sistem kah? sistem tu popular dan ramai orang guna... tak kan sistem tu tipu dan tak betul? Hmmm...
 
Sambung...

Maka setelah berguling di atas lantai... perlahan-lahan sedar diri. (aku lagi) :o

- Sistem tu dah betul. Datang lengkap dengan Rules aturan untuk OP. Lain kali, bila dah belajar sistem tu, ikut la Rules nya. Ni nak
rebel langgar hukum aturan apa kes? Nak jadi kreatif tak bertempat. Sepuluh kali langgar rules, sepuluh kali untung kah?
Kalau untung bagus. Boleh melompat. Seronok. Bila rugi dan terus kena MC? Nak duduk atas lantai, kira ibu jari kaki?

- Analisa market. Apa? Malas? Duduk goyang kaki boleh dapat berjuta pips? bagus... teruskan berangan.

- OP pada masa yg betul setelah mendapat signal yg jelas sahaja. Ni yg suka-suki buka OP 4 juta kali satu hari ni... apa ada masalah jiwa?
Sudah nyata dan jelas, satu hari mungkin ada 2-3 kali saja Signal OP yg jelas. Malah mungkin juga ada hari yg tiada signal yg jelas langsung.
Rugi kalau tak OP sebab LAMBAT sangat tunggu signal yg jelas? Duit modal boleh berkurang ke kalau tak OP? Belajar tadika mana nih?

- Jangan tamak dalam membuka lot yg besar. Apa? Orang tamak selalu untung? Kau ada untung ke? Dah jadi Jutawan?

- Money Management tu jaga la. Nak berniaga kan? Nak untung kan? Dah tu jangan la buat tak endah je dengan MM ni. Orang suruh jaga MM mestilah ada sebab.
Perasan orang lain dengki sebab tak mau tengok kau berjaya? heh... jom malam ni buat BBQ. Arang? tak perlu, bakar guna duit kertas je. Dah jutawan kan?

- Cut Loss. Setiap Trading System yg bagus, akan ada mengajar untuk mengenal pasti jika kita sudah tersalah menganalisa. Contohnya mungkin dari segi SL yg sudah di set kan awal-awal.
Dah negatif pip tu, nak tunggu apa lagi? Tunggu kot-kot kejap lagi harga patah balik? Analisa melalui Trading Sistem tu jelas ke tunjuk tanda-tanda retrace?
Atau kau dah lama ABAIKAN sistem kau sebab tengah genggam jari BERHARAP harga berbalik?

- Jangan gatal tangan ubah SL bila harga bergerak melawan dengan arah yg kita OP. Gatal nak ubah SL? Nak ubah berapa pip? 100 pips? 1000pips? Pernah dengar perkataan "Margin Call"?

- Dah belajar semua di atas tu, maka IKUT je lah. Degil-degil kalau jadi jutawan tak apalah. Ini... degil... jadi BERJUTA kali depo... hmm... :-?
 
Mula~

Maka di sini aku mulakan trading dengan mengikut kata-kata di atas. ye IKUT. jangan degil. IKUT.

Anganmatjenin001.jpg


Sistem apa aku guna? Sistem yg dah ada kat CG ni. Pelan-pelan nanti aku post kan Chart. Biar aku muntah darah hijau dulu belajar sistem ni. Orang lain untung je pakai sistem ni. Kalau aku rugi juga, :mad: MESTI sebab aku kreatif melampau langgar hukum ajaran.
 
Tahniah... permulaan journal yg menarik... mudah2an kita dpt berjaya sama2...

Teruskan TT...
 
waahh TT...
semangat forex tegar nih...
journal kedua kn masta?
moga2 dimurahkan rezeki...
 
tahniah TT, teruskan, banyak yang boleh blaja dari TT ni..:-)
 
Tambah...

*thanks kepada yg sudi menjengah ke jurnal tak seberapa ini* :D

tambah sikit lagi.

- TAK sabar. tiada kesabaran. atau yg sewaktu dengan nya.
Ini lah masalah Trader newbie macam aku. Ilmu setinggi gunung pun tak berguna juga jika tiada kesabaran nya.
Gelojoh tak bertempat. Bangun pagi on Laptop, dah berangan harini nak double malah triple kan kan Account. Eh... silap. NAK jadikan account juta-juta.

Apa sudah gila? Dari 100usd nak jadi kan sejuta dalam satu hari? Dasar tak sedar diri.

Maka...

- Sedar lah, untuk berjaya ada perancangan nya. Ada langkah-langkah nya. A di ikuti B. Bukan terus melangkah ke X, Y dan Z.

- Tiada salah nya jika harini cuma untung 1/5 dari modal. Cuba darab lima. Lima hari. Kan dah jadi untung 100%? Ingat senang ke nak senang? Senang je, kalau sabar dan ikut aturan nya.

- Pepatah "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit" itu ada benarnya. Nak jadikan bukit walaupun sehari segenggam tanah adalah masih di dalam batas kemampuan kita. Ingat... nak jadi Bukit kan? Dah tu jangan lah pergi korek tempat yg nak jadi kan bukit tu.

S.A.B.A.R.
 
TT tabik sama lu..betul la pe bro ckp..tunjuk ajarku sifu!
 
untung sikit-sikit...rugi banyak-banyak.....:)cgrock
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13471
USD / JPY
157.384
GBP / USD
1.32332
USD / CHF
0.83339
USD / CAD
1.41883
EUR / JPY
178.568
AUD / USD
0.69892
Back
Top
Log in Register