CikSukan
Blogger Moderator

- Messages
- 9,941
- Joined
- Aug 19, 2006
- Messages
- 9,941
- Reaction score
- 580
- Points
- 111
anuarul said:saya nak mula buat satu blog utk jualan brg online. sesuai guna blogspot tak? atau ada lain2 tempat kita boleh buat blog??
terima kasih
OK nak jawab, PM awak ni panjang jawapan dia, penuh nanti inbox saya dan saya fikir baik saya share aje kat section blogger ni untuk orang lain pun dapat kongsi sama. =D>
Baiklah, apa yang awak impikan ni, kita panggil sebagai blog e-commerce atau blog shopping cart. Melayu nya kita kenali sebagai blog e-dagang.
1. Peringkat awal untuk setup sebuah blog e-dagang ia memerlukan satu template/theme yg kita kenali sebagai e-commerce atau shopping cart theme. Ini disebabkan memudahkan bakal pembeli anda membuat pilihat dengan klik2 pilih2 bayar, cepat dan betul.
(a) Walau bagaimanapun tidak perlu theme sebegini jika anda hanya jual satu barang sahaja.
2. Sejujurnya, saya lebih recommended untuk anda ada laman web sendiri, yg khusus macam .com .net apa jer dan sewa hosting sendiri. Ini kerana ia menampakkan kesungguhan anda nak meniaga, e.g. "orang kata meniaga kenalah modal dulukan..ada nama kedai dan premis perniagaan sendiri untuk tingkatkan keyakinan pembeli iyer jugak"
(a) Kalau anda prefer begitu, wordpress adalah platform blog e-dagang terbaik yg mana ia sangat friendly SEO serta sangat mudah nak setup. - Boleh refer post maliq7776 kat sini, he so brilliant given that link fantastic thanks maliq7776 =D>
3. Walaupun begitu, kita ada juga terfikirkan, saya baru nak test cuba2 nak meniaga e-dagang ni, kalau modal mula2 pun dekat2 +-RM400 nak setup, takleh ker saya cuba dengan blogspot a.k.a blogger yg PERCUMA totally FREE of charge. Kalau dah berjaya buat jualan ada untung, barulah pergi ke idea No.2 (a) diatas. Jawapan untuk soalan ini ialah boleh.
4. Apa yg perlu buat, kalau ada, saya cari tak jumpa template e-commerce yg blogspot punya. Tak kisahlah just proceed dengan template anda sedia ada dengan menambah code e-dagang dalam blogspot anda.
(a) memula senaraikan nama barang2 anda, indekskan dia mengikut saiz, warna etc.
(b) pergi kat akaun paypal anda, (kalau takda paypal mohon apply lah dulu) cari Merchant Services - Key Features - PayPal Shopping Cart
(c) isi2 form dan dapatkan code, lepas tu embed jer kat post anda
(d) untuk bank2 Malaysia, link kan banner mb2u etc ke post khusus contact form order.
Harap berjaya jawab soalan awak.
Last edited: