Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Multi Level Marketing / Partnership / Business Opportunities > MLM Local Registered Companies (With AJL)

MLM Local Registered Companies (With AJL) Registered ROC & ROB companies with AJL certificate attached.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 17,625
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 47,876
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 35,645
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-03-2007, 10:22 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default Al Wahida Marketing Sdn Bhd (337100-K) (AJL93745)- hpa.com.my

Salam semua,
Setelah mencari thread dlm search, masih tidak jumpa MLM ini. Disini sy cuba perkenalkan 100% Islamik MLM, dijamin HALAL krn setiap urusan diperinci, utk keberkatan dunia+akhirat.


.: Profil HPA :.



Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad pada bulan September 1987, yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al-Wahida. Selepas lapan tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn Bhd pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Bermula dari situlah syarikat HPA mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih maju.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.




Kompleks HPA, Jejawi Dalam, Perlis



Kilang "GMP" HPA, Kuala Perlis

Pekerja di Kilang HPA, Kuala Perlis sentiasa menjaga standard "GMP"nya.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 6, Kawasan MIEL Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.



Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Urusan 1 dan Pengarah Urusan 2, dibantu oleh seorang Pengurus Besar. Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus Bahagian dilantik, iaitu:-

1- Pengurus Pentadbiran

2- Pengurus Akaun

3- Pengurus MIS (Management Information System)

4- Pengurus Pemasaran

5- Pengurus Latihan dan Promosi

6- Pengurus Stor

7- Pengurus Cawangan


Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.




"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas"
- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
Attached Images
File Type: jpg HPA.jpg (14.1 KB, 3017 views)
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-03-2007, 10:31 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

.: Motto Syarikat :.


" PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA "


.: Visi Syarikat :.


HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan
yang berkesan.


.: Misi Syarikat :.


HPA
memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya
dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu
keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis
penyakit yang dialami.


HPA
menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan
pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri,
keluarga, dan masyarakat.


.: Objektif Syarikat :.



Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.

Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

.: ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES :.


1. ALWAHIDA MARKETING SDN BHD


Dengan izin Allah daripada pengawasan ini, produk-produk herba bermutu tinggi berupaya meningkatkan kesihatan badan dan juga membawa kepada penambahan pendapatan bagi usahawan dan pengedar-pengedar. Kini, bukan setakat pasaran tempatan, HPA Industries juga telah dapat menebusi pasaran antarabangsa antaranya Singapura, Indonesia, Brunei, dan juga di Timur Tengah.





Pasaran di Malaysia dikuasai menerusi sistem jualan langsung berkonsepkan Multi-Level Marketing (MLM). AlWahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan pada 1hb Febuari 1996, bertujuan melaksanakan sistem jualan langsung. Segala maklumat keahlian, data jualan, dan pengiraan bonus dikendalikan oleh sistem komputer yang cukup canggih.

HPA Industries mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia turut serta menjadi pengedar dan bersama-sama membina satu perniagaan untuk masa hadapan, di samping menjamin kesejahteraan keluarga.




2. PUSAT PENYELIDIKAN PERUBATAN JAWI


Perubatan Holistik Jawi diasaskan oleh Tuan Hj Ismail b Hj Ahmad yang berasal dari Perlis Indera Kayangan. Ia menggabungkan pelbagai kaedah rawatan alternatif di dunia yang dikenali sebagai Perubatan Holistik Jawi. Pada tahun 2004, pihak Institusi Latihan Herba AlWahida (INTIBAH) menerusi Kolej Perubatan Jawi (KPJ) telah menganjurkan program yang memakan masa 3 hari iaitu Jawi Holistic Healing Course (JHHC) dan juga program pembelajaran yang bersifat bestari lagi intensif yang memakan masa selama sebulan iaitu Sijil Herbalis.

Bagi memastikan kelangsungan Perubatan Holistik Jawi serta perkembangan yang positif sepanjang zaman, maka Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi (PPPJ) (pertukaran nama selepas KPJ) ditubuhkan pada tahun 2005 merancang untuk mewujudkan pendidikan di peringkat sijil, diploma serta ijazah dengan rujukan dan bantuan pakar-pakar perubatan holistik tempatan. Buat masa ini, PPPJ menawarkan Sijil Herbalis dan Jawi Holistic Healing Course (JHHC).

PPPJ adalah sebuah pusat penyelidikan, pengajian dan perawatan tumbuhan herba (naturopati) yang bersifat holistik menggunakan pelbagai kaedah perawatan alternatif seperti bekam, akupunktur, masaj, urutan refleksologi, aromaterapi, kiropraktik dan lain-lain.
Attached Images
File Type: jpg kompleks.jpg (47.0 KB, 3015 views)
File Type: jpg gmp_kp.jpg (17.8 KB, 3002 views)
File Type: jpg gmp01.jpg (14.8 KB, 2984 views)
Reply With Quote
  #3  
Old 26-03-2007, 10:43 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

Muqaddimah

Ahlan wa Sahlan dan Selamat Datang

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku”. (As-Shu’araa : 80)

Maksud Hadis Qudsi :

“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus kepada dosa-dosa”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah”.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah Ta‘ala tidak menjadikan penyembuh bagi kalian dengan apa yang diharamkan atas kalian”.

Assalamualaikum wbt ,

Pengetahuan ini bertujuan untuk memberikan informasi dan maklumat terkini berhubung perniagaan dan produk HPA. Selain itu, ia juga adalah untuk menambah lebih ramai lagi rangkaian usahawan HPA tidak kira dimana jua anda berada.

Marilah bersama-sama menjalankan perniagaan yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.

Bertindaklah segera. Daftar sekarang untuk menjadi ahli HPA. Keahlian hanya RM 20 sahaja seumur hidup dan anda akan menikmati diskaun produk dari 20%-25%. Dan lebih menarik lagi, anda berpeluang menikmati 11 ganjaran bonus hebat daripada HPA. Selamat menggunakan produk herba HPA yang berkualiti tinggi, mujarab dan berkesan.

“Ke Arah Merealisasikan Pengubatan JAWI”
Reply With Quote
  #4  
Old 26-03-2007, 10:45 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.

Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.

Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.

“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.

“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.

Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.
Reply With Quote
  #5  
Old 26-03-2007, 10:45 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

[ INFO TERKINI DARI HPA ]


Majalah HPA News Keluaran Bulan Mac 2007 (RM 3 sahaja) kini sudah boleh didapati di Cawangan dan Pusat Agensi HPA Seluruh Malaysia

Tawaran Insentif Konvek HPA 2007 berupa barangan elektrik dan lain-lain. Konvek dijangka akan diadakan pada November 2007 di PICC Putrajaya.


Produk Baru HPA, Wahdah, Biskut Radix yang kini ‘berwajah baru’ dan Air Minuman Roselle.



“Ubatan Herba Beri Harapan Remaja Berkuping” dan “HPA Tubuh Koperasi”,
HPA Dalam Akhbar Harian Metro

[ PRODUK-PRODUK BARU KELUARAN HPA ]

01. Madu Bersarang (Honey Comb)……..RM 35.00
02. EQ Minda…………………………………RM 50.00
03. Minyak Zaitun……………………………RM 40.00
04. Kismis Minda…………………………….RM 10.00
05. Biskut Radix……………………………..RM 5.50
06. Syampu Betik……………………………RM 18.00
07. Gel Mandian Cucumber………………RM 18.00
08. Teh Tropika (Herba Misai Kucing)…RM 20-00
09. Kordial Kurma Madu…………………….RM 15.00
10. Air Mineral HPA (Dari Sungai Gau)……..RM 1.30 & RM 2.50
11. Wahdah (Cecair Pencuci)…..RM 5.50 - Baru
12. Kiswah (Air Mawar)…………..RM 18.00 - Baru
13. Air Minuman Roselle………….RM 2.00 - Baru
14. Minuman Bijirin Radix……..RM 18.00 - Baru

Nota: Harga tertera adalah harga pengguna (bukan ahli).

[ PEMBERITAHUAN! ]
Biskut Radix telah diadun semula dengan resepi baru tanpa krim. Kotak turut berwajah baru dan kandungan telah ditambah kepada 32 keping dengan berat 210 gram. Kini telah berada di pasaran beserta 3 lagi produk baru iaitu Kiswah (Air Mawar), Air Roselle dan Wahdah (Cecair Pencuci). Harap maklum!!

IKLAN BARU KOPI RADIX DI TV3 dan TV9
Bermula 6 Februari 2007, iklan baru Kopi Radix akan disiarkan di TV3 semasa slot Buletin Utama dan juga di TV9 semasa slot Mutiara Hati dan Halaqah. Ayuh Gempur Radix!! Mai Secawan!
Reply With Quote
  #6  
Old 26-03-2007, 10:47 PM
eimir.com eimir.com is offline
Normal Member

eimir.com's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2007
Location: www.eimir.com
Posts: 235
Poster Rank: #8820
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Ada website tak? macam interesting nih
__________________
Thank you GECS!
Reply With Quote
  #7  
Old 26-03-2007, 10:47 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

Produk HPA

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 60 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

01) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
02) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
03) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
04) Menggunakan 100% herba.
05) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
06) Tidak mengandungi Steroid.
07) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
08) Melepasi ujian had Mikrob.
09) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.

Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
01) Kapsul
02) Periuk

01) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

02) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan

2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).

2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ’slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.

PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA

01. D’Det -Untuk detoksifikasi
02. D’Karm -Untuk colon cleansing
03. D’Deu -Untuk keseimbangan suhu
04. Herba Tuju Angin
05. Radix (Herba Tenaga)
06. Spirulina
07. Omega 3 (Softgel & Kapsul)
08. Stoma-K (Herba Pelangsing)
09. Madu Asli
10. Madu Bersarang
11. Kismis Minda
12. EQ Minda
13. Biskut Radix
14. Minyak But-But
15. Minyak Herba
16. Tonik Pandan (minyak rambut)
17. Minyak Pati Sepang
18. Minyak Zaitun
19. Coscinium Plus
20. Vitex
21. Plantisol
22. Ardisia
23. Ficus
24. Morinda
25. Malac
26. Pelawas
27. Shark Cartilage
28. Health-B
29. Mengkudu
30. Kopi Radix
31. Teh Herba
32. Teh Asiatica Plus
33. Evergreen Centella
34. Kordial Pegaga
35. Kordial Roselle
36. Spirumadu
37. Teh Tropika
38. Kordial Kurma
39. Air Mineral HPA
40. Air Minuman Roselle
41. Paramaria Plus
42. Herba Senggugut
43. Herba Keputihan
44. Bedak Awana
45. Bedak Delima
46. Bedak Jasmin
47. Bedak Tompok Hitam
48. Set Bersalin
49. Barut Berherba
50. Ubat Gigi Herba
51. Tea Tree Oil (krim pelbagai guna)
52. Syampu Pandan Kasturi
53. Syampu Betik
54. Gel Mandian Cucumber
55. Sabun Asiatica
56. Sabun Cassia
57. Sabun Safron
58. Sabun Susu Kambing
59. Wahdah (Cecair Pencuci)
60. Kiswah (Air Mawar)
Reply With Quote
  #8  
Old 26-03-2007, 10:48 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

Kelebihan Program PBC

(Perkongsian Bijak Cemerlang)

Kelebihan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC):

1. Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM 10,000 ke atas.
4. Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan mengesankan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Program Usahawan yang dapat membantu siswazah untuk terlibat dalam bidang perniagaan dengan bantuan PUNB (Permodalan Usahawan Nasional Berhad).

“WAHAI SAUDARAKU, TIDAKLAH AKU DAPAT MENGHADIAHKAN PADAMU DARI HARTA BENDA YANG TIDAK TERHITUNG UNTUK MENOLAK KEPAYAHAN HIDUPMU, MELAINKAN AKANKU TUNJUKKAN JALAN KEJAYAAN MELALUI PILIHAN INI….PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)”.

Pendapatan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan!!!
Anda Mahu? Sertailah kami. Ini bukan gimik tetapi realiti. Sila Baca dan Fahami Rahsia Plan Pemasaran Hebat HPA.
Program Perkongsian Bijak adalah satu platform untuk anda memperolehi Bonus Lumayan Ini.

Apakah Program Perkongsian Bijak?

Perkongsian Bijak merupakan plan pemasaran MLM yang diperkenalkan oleh HPA Industries Sdn. Bhd. melalui cetusan idea/kajian daripada pengedar-pengedar yang telah berjaya memperolehi pendapatan lumayan melalui syarikat HPA.

Plan pemasaran ini diperkenalkan bertujuan supaya pengedar-pengedar HPA memperoleh pendapatan lumayan dalam masa yang singkat; 5 angka dalam masa 5 bulan!

Berbeza dengan plan pemasaran syarikat lain, Program Perkongsian Bijak ini menyediakan seberapa banyak maklumat dan bimbingan yang secukupnya kepada pengedar-pengedar melalui program-program yang dianjurkan dengan percuma!

Matlamat Program Perkongsian Bijak (PB) HPA

1. Menanam kesedaran tahap pencapaian status bumiputra
2. Mewujudkan silaturrahim sesama peserta yang berbeza latar belakang.
3. Menerapkan keyakinan bahawa bumiputra mampu menjadi “GLOBAL CHAMPION”.
4. Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan berasaskan herba.
5. Memberi kefahaman berhubung Perubatan JAWI.
6. Membina keyakinan diri sebagai seorang usahawan berjaya & cemerlang

Pengisian Program PB

1. Kaedah berkomunikasi / interaksi, teknik penjualan, demo yang memukau dan etika keusahawanan MLM(S) HPA
2. Latihan di dalam kumpulan (LDK)
3. Pengurusan bermatlamat secara berstrategi (MBO)
4. Santapan rohani – Indahnya perniagaan dalam Islam
5. Perancangan dan strategi menjana pendapatan RM10,000 ke atas dalam masa 5 bulan

Syarat Penyertaan Program PB

1. Status Pengedar Bertauliah (PB) diberi keutamaan
2. Membuat belian produk minima 300 NM dalam SATU bulan
- 3 invois untuk 3 bulan maintain
( 100 NM x 3 bulan –Disember, Januari, Februari)
3. Bayaran program Perkongsian Bijak:RM180.00 – penginapan dan makan di hotel serta bahan kursus

Sekiranya anda telah memenuhi 2 syarat utama iaitu:

1. Belian 300 NM, dipecahkan 3 invois:
Disember (100 NM), Januari (100 NM), Februari (100NM)
2. Hadiri sepenuh program PB ( 2 hari 1 malam ):
3. Hasilnya, anda akan dinaikan ke pangkat pertama dalam MLM HPA iaitu:

Pengurus Melati - PLX dengan bonus (20%). Kekal!!!
Reply With Quote
  #9  
Old 26-03-2007, 10:49 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

Plan Pemasaran

Plan Pemasaran HPA dijamin ADIL dan SUKSES.

KEKUATAN PLAN PEMASARAN HPA

* Berteraskan prinsip IHSAN
* Keadilan pada setiap peringkat
* Telus dan berdaya saing
* Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
* Sesuai dengan kehendak dan cabaran M.L.M. masa kini
* Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan

Plan Pemasaran HPA (berdasarkan Program Perkongsian Bijak HPA):

1. Plan Pemasaran Jangka Pendek:

Kaedah Pengiraan Bonus Untuk Plan Menjana Pendapatan 5 Angka Dalam Masa 5 Bulan

2. Plan Pemasaran Jangka Panjang:

Pembinaan Rangkaian Secara Berterusan (PRB) (dalam jangkamasa setahun)

Buku Pelan Pemasaran HPA

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA

1. Untung Runcit…………………………………… ……..20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat………………………………23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota……..15%
9. Tabung Pelancongan………………………………… …..5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………… …11% ~ 16%

SENARAI PANGKAT DALAM MLM-HPA

* PENGURUS MELATI (PLX)………………..20 %
* PENGURUS MERANTI (PRX)………………23 %
* PENGURUS JATI (PJX)……………………..26 %
* PENGARAH MELATI (PL)………………….29 %
* PENGARAH MERANTI (PR)……………….32 %
* PENGARAH JATI (PJ)………………………35 %
* PENGARAH JATI EMAS (PJE)……………..35 %
* PENGARAH JATI INTAN (PJI)…………….35 %
* PENGARAH JATI MAHKOTA (PJM)………35 %
Reply With Quote
  #10  
Old 26-03-2007, 10:50 PM
mfazy121 mfazy121 is offline
Normal Member

mfazy121's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Jun 2006
Location: PataniRiver
Posts: 411
Poster Rank: #6406
Thanked 12 Times
Active Level
Default

InsyaAllah bakal menguasai market!

Pertama, berjihad krn 100% Bumi+Islam dan produk dijamin diperhalusi status HALAL.
Kedua, dgn menyertai HPA, terpanggil juga lambaian Ka'abah serta kota Mekkah krn semua bonus tajaan ke dunia2 Arab.
Ketiga, spt diperincikan, MLM ini tidak berbentuk piramid, org bawah tidak bekerja utk orng atas duduk saja.
Keempat, plan pemasaran yg tidak menekan/perangkap.
Kelima, saya cuba gabungkan kpd semua yg berminat utk sama2 menggunakan produk halal lagi suci dari segi syariah mahupun kaedah pembuatan. Dan berkaitan carian d/line, kita sama2 lengkap-melengkapi dimana plan yg diatur memang mudah jika sudah memahami.

PERKARA PENTING:-
01) ada duit RM20 shj utk menjadi ahli seumur hidup
02) dptkan 6 d/line dan hadirkan kursus PBC

secara auto, anda dilantik pangkat pertama dan kekal mendpt 20% bonus

slps itu, hanya perlu beli dan guna produk2 yg ada spt disenaraikan spt amalan saudara/ri skrng membeli pelbagai barangan kegunaan harian.=tukar kedai

bayangkan plan yg digarap, jk semua sepakat, dlm 5 bln sudah berpendapatan lebih RM10k......dan acara bulanan hanyalah membeli pakai/guna produk dlm RM120 utk dptkan bonus2 yg dijanjikan. MUDAH?

Jgn fikir utk cari lebih d/line, cukup hanya 6, yg lain turunkan kpd d/line dan secara x langsung d/line gembira kita juga bertambah bonus!

Saya rasa sudah sampai masa utk semua memikirkan agenda HPA yg berlandas kegemilanagn ekonomi ISLAM, sama2 membantu dlm apa jua kudrat yg ada dan walaupun tidak mempunyai RM yg byk, sekadar menyokong perjalanan HPA sudah memadai utk sama2 berjaya dunia+akhirat.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:22 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE