NEGERI SEMBILAN, Perak punca pencemaran sungai di Selangor
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 19 Mac – Kerajaan Selangor mendakwa pencemaran yang berlaku di beberapa sungai di negeri ini turut berpunca daripada aktiviti pelepasan sisa kilang yang beroperasi di Perak dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Abdul Fatah Iskandar berkata, aktiviti tersebut menyebabkan sungai di Selangor yang berhubung dengan sungai dari dua negeri itu tercemar.
Pencemaran tersebut, katanya, diburukkan lagi dengan aktiviti tidak bertanggungjawab oleh kilang-kilang yang beroperasi di Selangor sendiri.
‘‘Kerajaan negeri bimbang perkara ini akan memberi kesan terhadap sumber air kepada rakyat Selangor.
‘‘Setakat ini, kita telah menyelesaikan masalah persempadanan di kedua-dua negeri terbabit (Perak dan Negeri Sembilan) selain mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Liew Yuen Keong (BN-Seri Kembangan) berhubung pencemaran sungai serta gangguan bekalan air yang sering berlaku di beberapa kawasan di negeri itu.
Dalam pada itu, Abdul Fatah memberitahu, kerajaan negeri mengenal pasti dan meluluskan tiga skim pembangunan tambahan bagi memenuhi kekurangan sumber air di negeri ini menjelang 2014.
Katanya, skim rancangan jangka pendek itu antaranya meliputi projek penyaluran sumber air dari loji air Rasa ke kawasan Rawang dan Bukit Sentosa serta kerja-kerja menaik taraf stesen mengepam air mentah ke loji Sungai Selangor.
‘‘Skim ini dijangka mengatasi kekurangan sumber bekalan air di negeri ini sehingga projek pemindahan air mentah dari Pahang ke Selangor oleh Kerajaan Persekutuan siap sepenuhnya,” katanya.
Location: Kota Bharu, Hanoi, Phnom Penh, Ulam Bhatur, Geneva
Posts: 4,870
Poster Rank: #622
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
...betultak..?
Alaa ini semua merupakan pembangunan yang tidak terancang..tahu wat pembangunan tanpa mengambilkira kesan keatas alam sekitar...nak maju la kononnya...lepas tu mu kata kat aku,..aku kata kat mu pulok
tapi yg kata-mengata tu masing2 poket penuh..sebab tu la slalu masuk tv3 mcm mana projek ni, projek tu boleh lulus sedangkan ianya mengancam alam sekitar....yg penat lepas tu...Karam Singh Walialah....huhuhuhu
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE