BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bayangan Batu Nisan di Highland Tower

azrul282

Active+ Member
Messages
3,687
Joined
Jun 23, 2008
Messages
3,687
Reaction score
61
Points
30

Lokasi:
Sebuah Banglo Yang Ditinggalkan
Highland Tower
Ampang
21 Mei, 2010
Jumaat
kira-kira 1-30 pagi

IMG00312-20100521-0131.jpg


Perhatikan foto di atas.

Ia dirakamkan kira-kira jam 1-30 pagi melalui telefon bimbit Jumaat lalu oleh rakan saya, wartawan siri mingguan di RTM, Eksklusif, Mohd Yunus Mohd Nor.

yunos.jpg


Lokasinya di dalam sebuah rumah banglo yang telah ditinggalkan yang terletak bersebelahan bekas tapak runtuhan Highland Tower.

Foto ini diambil di tingkat atas banglo dua tingkat terbabit, di tepi tingkap yang telah pecah kacanya.

Mohd Yunus bersama jurukameranya, Shamsul Irwan Ismail sebenarnya ke banglo ini untuk membuat tinjauan mengenai sebarang aktiviti seperti penagihan dadah.

IMG00312-20100521-0131qqqqqq.jpg


Bagaimanapun, ketika mereka tiba di lokasi, mereka menemui enam lagi pemuda yang sedang melakukan kajian mengenai alam ghaib/hantu.
Maka mereka melakukan tinjauan di sekitar banglo ini yang dikelilingi semak-samun.

Mohd Yunus sempat merakam beberapa keping foto menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, setelah selesai pengambaran, Mohd Yunus dan Shamsul Irwan pergi minum di sebuah kedai, dan melihat foto yang dirakam dan ketika inilah baru perasan, sesuatu yang ganjil pada foto tersebut.

IMG00312-20100521-0131crop.jpg


Perhatikan objek putih di belakang lelaki itu, seolah-olah batu nisan putih , sedang mengintai...

Di bahagian luar banglo/tepi tingkap itu, sebenarnya tiada sebarang objek seperti itu di luar dan lokasi foto ini dirakam ialah di tingkat atas banglo dua tingkat itu.

Menurut Yunus, dia amat pasti, tiada sebarang objek samada di dalam banglo atau di luar yang boleh memantulkan cahaya ketika foto itu dirakamkan. Malahan dia juga sebelum itu meninjau ke arah luar tingkap di mana 'batu nisan ' itu kelihatan, bahawa yang ada di luar hanyalah semak-samun...

Eksklusif disiarkan di TV1 setiap Ahad jam 9-30 malam.
 
wahhh...gile serammmmmmmmmmmmmmm
 
Back
Top
Log in Register