Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-04-2010, 12:44 PM
moja moja is offline
Junior

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2010
Posts: 72
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default Yahudi ni dilaknat ke tak? masuk neraka ke tak? pening betul lah... ..

umat islam semua berpandukan al-quran..

tapi al-quran ni macam susah nak faham lah..


selama sy baca kat forum ni, orang2 semua cakap yahudi dah diletakkan didalam alquran sebagai kaum yang dilaknat oleh Allah..

tapi kenapa pulak dengan ayat ni

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)

kejap kata yahudi masuk neraka, kejap kata kena jauhkan diri dari yahudi, kejap kata yahudi ni musuh islam..

tapi kenapa pulak ayat ni cakap yahudi tu masuk syurga pulak?

orang kristian pun sama ke?


mintak maaf, topik ini bkan tertumpu kepada yahudi semata2.. saya nak tahu maksud ayat Alquran tu..

apa2 ayat sekali pun kita akan merasakan yang ayat tersebut rumit, susah nak paham, walaupn dalam bahasa sendiri..(betul tak?)

kalau betul Al Quran tu petunjuk kepada semua umat manusia(tak tertakluk kepada islam)
mengapa susah sangat nak faham?


================================================== =======================

setelah sy menyuarakan isi hati disini, mereka2 semua berpendapat sy tak boleh menggunakan logik akal untuk membaca alquran..

Quote:
Otak dan akal perlu diguna



Perkataan otak boleh diterjemah daripada kalimat al-Qur'an, qalb, walaupun kalimat itu lazimnya bermakna hati. Sebagai contoh ialah sebuah ayat berbunyi:

"... mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya" (7:179).

Di situ, hati (qalb) berfungsi sebagai organ untuk memahami. Walhal, dalam bahasa Melayu, hati adalah tempat perasaan, sementara tempat atau organ untuk memahami ialah otak. Lalu diandaikan hati di situ bermaksud otak.

Justeru, Allah menyuruh supaya menggunakan otak dalam hal agama. Kalau tidak, manusia akan menjadi lebih sesat daripada binatang ternak, dan akan tinggal di dalam Jahanam (neraka). Firman-Nya:

"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati (otak), tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat" (7:179).

Jahanam adalah tempat tinggal yang kekal (23:103) bagi mereka yang sesat, menurut ayat tadi. Sesat, dalam agama Allah, disebabkan oleh sikap negatif terhadap ayat-ayat-Nya. Dengan itu, orang-orang yang tidak menggunakan otak, mata dan telinga ke atas ayat-ayat Allah berada dalam keadaan lebih jauh sesat daripada binatang ternak.

Terdapat pula orang-orang yang tidak memahami (al-Qur'an), bukan kerana tidak menggunakan otak, tetapi kerana otak mereka ditudungi oleh Allah. Itu ialah kerana mereka tidak suka apabila Allah disebut satu-satunya. Mereka lebih suka atau gembira apabila yang selain daripada Allah disebut, seperti Imam-Imam atau manusia lain. Telinga mereka juga disumbat oleh Allah. Lantaran, mereka tidak dapat mendengar al-Qur'an lalu tidak memahaminya.

Ayat-ayat Allah yang menjelaskan keadaan tersebut berbunyi,

"Dan Kami meletakkan penudung pada hati (otak) mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian" (17:46), dan

"Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira" (39:45).

Orang-orang yang meluat hati apabila Allah disebut satu-satunya, namun gembira apabila mereka yang selain daripada Dia disebut, disifatkan sebagai tidak mempercayai akhirat, walaupun mereka berkata mereka percaya. Malah, akhirat yang mereka tahu dan percaya, yang diajar oleh ulama palsu, adalah berbeza daripada akhirat sebenar yang diajar di dalam al-Qur'an.

Selain daripada qalb, kalimat 'aqala juga berkaitan. Bunyinya serupa dengan perkataan Melayu akal. Akal atau fikiran adalah penggerak untuk memahami sesuatu. Maka orang yang tidak menggunakan akal adalah yang tidak memahami.

Bacaan tidak menterjemahkan 'aqala kepada akal atau fikiran kerana sukar menyeragamkannya pada semua ayat yang mengandungi kalimat tersebut. Ia menterjemahkan kalimat itu kepada faham atau memahami. Sila rujuk Kalimat faham di dalam al-Qur'an selepas ini.

Orang-orang yang tidak menggunakan kurniaan Allah itu adalah mereka yang tidak memahami, khususnya tidak memahami ayat-ayat Allah. Lihat bagaimana Allah membuat persamaan bagi mereka:

"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami (tidak menggunakan akal)" (8:22).

"Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan" (25:44).

Allah menyatakan bahawa kebanyakan orang tidak menggunakan akal dalam agama lalu menjadi lebih sesat daripada binatang ternak. Ini mungkin disebabkan oleh ajaran ulama palsu yang melarang menggunakan akal dalam agama.

Oleh yang demikian, terdapatlah ajaran-ajaran mereka yang tidak diterima akal. Contoh, menyimpan janggut dapat pahala. Tentu ini tidak diterima akal kerana tidak adil, khususnya terhadap kaum wanita yang selama-lamanya tidak akan dapat pahala janggut.

Orang-orang yang tidak menggunakan akal, atau yang tidak memahami, diletakkan kotoran ke atas mereka. Mereka menjadi kotor atau tidak bersih dan suci. Firman-Nya:

"Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami (tidak menggunakan akal)" (10:100).

Di dalam kategori kotor yang sama adalah benda-benda dan orang-orang yang berikut:

* arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah - 5:90,
* orang-orang yang tidak mempercayai - 6:125, 9:125,
* bangkai, darah yang tercurah, dan daging **** - 6:145, dan
* yang enggan berperang bersama Nabi - 9:95

Yang menjadi kotor bagi manusia bukanlah kulit dan apa-apa yang tumbuh padanya, atau yang menyelubunginya, tetapi apa yang di dalam kepala dan dada mereka. Begitulah sebaliknya, bagi yang suci, iaitu bukan apa-apa yang tumbuh atau yang menyelubungi kulit, tetapi apa yang di dalam kepala dan dada.

Mereka dijadikan kotor kerana tidak mempercayai ayat-ayat Allah (10:100 tadi). Tidak mungkin mereka akan percaya kalau mereka tidak memahami atau tidak menggunakan akal terhadap ayat-ayat Allah. Sedangkan al-Qur'an itu diturunkan supaya ia difahami. Firman-Nya:

*

"Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham" - 12:2 (sila rujuk 43:3 juga)
*

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?" - 21:10.

Satu lagi sebab mengapa orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah ialah kerana mengikuti bapa-bapa mereka atau nenek moyang mereka yang (tanpa disedari) tidak memahami sesuatu dan tidak dapat petunjuk. Firman-Nya:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang Allah turunkan', mereka berkata, 'Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat.' Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?" (2:170).

Kesudahannya, di akhirat kelak, mereka yang tidak menggunakan akal dalam agama akan menyesal. Penyesalan mereka dirakamkan di dalam sebuah ayat berbunyi:

"Dan mereka berkata, 'Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami (menggunakan akal), tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala'” (67:10).

Lantaran itu, gunakanlah otak dan akal agar agama Islam dan penganut-penganutnya menjadi yang paling disenangi di dunia pada hari ini. Dan, nama Allah serta Kitab-Nya, al-Qur'an, dapat disanjung tinggi dengan sanjungan yang sebenarnya.
jadi apa yang ditulis oleh orang tu salah? walaupun ditulis berdasarkan Alquran?

link pautan disini http://www.e-bacaan.com/album950720b.htm




kesimpulannya disini, korang ni tak boleh dibawak berbincang.. jika menyuarakan satu pendapat yang tak sama dengan majoriti kau kelaskan orang macam2.. apa guna namanya forum tapi cara kau buat orang marah tak tentu pasal?

sampai sini sahaja perkenalan kita.. kalau kau rasa aku ni kristian nak sesatkan kau, bagitaulah aku, supaya aku boleh gelak terguling2 kat depan muka kau..

kau tak layak kelaskan siapa2 atau apa2 pun dalam dunia ni..

tapi aku tetap berpegang kepada Alquran, tak kisah kau orang nak cakap aku sesat ke, berkawan dengan syaitan ke, berkawan dengan jin ke, yang penting, aku dengar kata2 Alquran, pencipta aku, yang tak setuju, teruskan dengan pendirian korang.. aku akan teruskan mencari... maaf jika terkasar bahasa..

ingat ye, aku jadi kurang ajar kat forum ni bukan sebab aku sendiri yang nak kurang ajar, kau orang yang buat aku jadi kurang ajar dengan tuduhan2 yang menyakitkan hati..

salam..

Last edited by moja; 19-04-2010 at 06:37 PM..
Reply With Quote
Thanks kraem thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 19-04-2010, 12:47 PM
aiman aiman is offline
Active Member

aiman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2006
Location: Woodlands
Posts: 1,875
Thanks (Received): 1358
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Maaf kalau silap, yang dimaksud kan kat situ kalau tak silap saya ahli kitab. Zaman rasulullah dulu masih ada yahudi/kristian yang mengikut ajaran yang betul. Zaman sekarang tak ada lagi.
__________________
+
Reply With Quote
  #3  
Old 19-04-2010, 12:48 PM
faridsylar faridsylar is offline
Active Plus

faridsylar's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2008
Posts: 3,091
Thanks (Received): 22
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by aiman View Post
Maaf kalau silap, yang dimaksud kan kat situ kalau tak silap saya ahli kitab. Zaman rasulullah dulu ada masih ada yahudi/kristian yang mengikut ajaran yang betul. Zaman sekarang tak ada lagi.
yup ahli kitab... yg mengamalkan agama ALLAH S.W.T
Reply With Quote
  #4  
Old 19-04-2010, 12:49 PM
jayrock jayrock is offline
Regular

jayrock's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2010
Posts: 324
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

hal2 mcm ni elok pi tanye ustaz je la....
Reply With Quote
  #5  
Old 19-04-2010, 12:51 PM
aiman aiman is offline
Active Member

aiman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2006
Location: Woodlands
Posts: 1,875
Thanks (Received): 1358
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by faridsylar View Post
yup ahli kitab... yg mengamalkan agama ALLAH S.W.T
Selepas kedatangan islam, agama lain dah tak diiktiraf lagi. automatik terbatal.
__________________
+
Reply With Quote
  #6  
Old 19-04-2010, 12:55 PM
gandaduit gandaduit is offline
Super Active

gandaduit's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Mar 2008
Posts: 8,430
Thanks (Received): 27
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

rilek je yahudi skrg..maju giler.... kita skrg ke belakang yang amat ..adohai
Reply With Quote
  #7  
Old 19-04-2010, 12:57 PM
oscar oscar is offline
Active Member

oscar's Avatar
 
Trader Rating: (-1)
Join Date: Oct 2007
Posts: 1,498
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

..kalau ngkau penin makan panadol lah dan berehat, jap lg oklah tu...hehehe
Reply With Quote
  #8  
Old 19-04-2010, 01:01 PM
moja moja is offline
Junior

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2010
Posts: 72
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by aiman View Post
Maaf kalau silap, yang dimaksud kan kat situ kalau tak silap saya ahli kitab. Zaman rasulullah dulu masih ada yahudi/kristian yang mengikut ajaran yang betul. Zaman sekarang tak ada lagi.
kalau al-quran tu panduan umat islam sepanjang zaman, kenapa ayat tu terbatas pada zaman rasulullah je?

kalau nak diikutkan semua ayat dalam tu diturunkan semasa zaman rasulullah,

ke ada ayat diturunkan selepas zaman rasulullah?

aduh.. pening paler aku..

kata alquran ni kena guna logik akal, Allah pun tekankan pengunaan akal fikiran dalam Al quran.. Al quran tu pulak nak di jadikan panduan seumur hidup.. tapi kalau ayat2 nya tak logik, macam mana pulak kebenaran kata2 Allah tu yang al quran ni memerlukan akal?
Reply With Quote
  #9  
Old 19-04-2010, 01:12 PM
aiman aiman is offline
Active Member

aiman's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2006
Location: Woodlands
Posts: 1,875
Thanks (Received): 1358
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by moja View Post
kalau al-quran tu panduan umat islam sepanjang zaman, kenapa ayat tu terbatas pada zaman rasulullah je?

kalau nak diikutkan semua ayat dalam tu diturunkan semasa zaman rasulullah,

ke ada ayat diturunkan selepas zaman rasulullah?

aduh.. pening paler aku..

kata alquran ni kena guna logik akal, Allah pun tekankan pengunaan akal fikiran dalam Al quran.. Al quran tu pulak nak di jadikan panduan seumur hidup.. tapi kalau ayat2 nya tak logik, macam mana pulak kebenaran kata2 Allah tu yang al quran ni memerlukan akal?
Maaf saya tak dapat huraikan tentang ayat itu sebab saya bukan pakar.

Logik akal semata-mata tak boleh, dalam quran ada yang tak tercapai oleh akal contoh israk mikraj. kena ada guru sebab kita kena tahu peristiwa ayat itu diturunkan dan juga nahu bahasa arab. Kalau setakat baca terjemahan kadang2 ayat yang diterjemah tidak tepat atau mungkin ada maksud lain. Selalunya ayat yang diturunkan berkaitan dengan peristiwa yang terjadi pada ketika itu. Hanya yang pakar tentang nahu arab dan tahu tentang sejarah islam yang paling layak untuk menghuraikan ayat quran
__________________
+
Reply With Quote
  #10  
Old 19-04-2010, 01:12 PM
cinderella cinderella is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 4,556
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

abis tu Nabi Musa dan pengikutnya tak berhak masuk syurga.

Ayat ni mungking menerangkan Allah yang sifatnya maha pengasih dan penyayang akan menerima manusia walaupun apa sahaja agama mereka selagi mereka mengakui Allah tuhan mereka dan tidak menyekutuhkan Dia, selagi itu syurga Allah layak kepada sesiapa jua.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump