Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 19,939
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 50,490
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 38,066
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-02-2010, 07:07 PM
Firma Firma is offline
Well-Known
Member

Firma's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2007
Posts: 5,324
Poster Rank: #680
Thanked 240 Times
Active Level
My Mood:
Default Nabi-nabi yang tidak disebut dalam al -Quran

salam.....

firma wujudkan thread ni untuk kita berkongsi nabi-nabi yang tidak disebutkan dalam al quran

jom kongsikan


Quote:
Originally Posted by akirasawaki View Post
Salam sahabat,

Sepengetahuan saya melalui sumber pembacaan dan berguru,

Nabi Seth,Anush,Qainin,Mihlayil & Yard
Semua Nabi yg disebut di atas adalah penyambung risalah Tauhid daripada fasa Adam dan sebelum Idris.Diriwayatkan Nabi Adam masih hidup hingga lahirnya Nabi Idris.
Seth:-Selepas peristiwa pembunuhan pertama ummat manusia di kalangan anak Adam (Qabil & Habil), Nabi Adam amat sedih dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yg baik dan akan mewarisi misi kenabian ini. Allah memakbulkan doa itu dan Lahirlah anaknya ini Seth bin Adam.
Anush:-Adalah anak Seth dan mewarisi misi kenabian ini.
Qainin:Adalah anak Anush dan mewarisi misi kenabian ini.

Mihlayil:Mihlayil adalah anak Qainin yg menyambung risalah tauhid ini dan juga diriwayatkan sbg org pertama yg menebang pokok dan membina penempatan.
Yard:-Anak kepada Mihlayil yg turut menyambung risalah tauhid. Anak kepada Yard adalah Khanukh (tetapi disisi umat Islam namanya adalah IDRIS AS)

Nabi Daniel
Seorang nabi yg diutuskan di Babilon(Iraq). Beliau membawa ramalan berita akhir zaman tentang datangnya hari penghakiman Allah ke atas kerajaan2 dunia. X silap saya ia berkaitan ramalan mimpi Raja Babylon Nebuzhanezzar@Bukhtanassar ttg Batu yg meremukkan patung.

Nabi Jeremiah
Melalui pendapat Ibnu Kathir,nama nabi Jeremiah yg sbnr ialah Armia b Hilqiya. Nabi diutuskan oleh Allah kepada Bani Israel di Jurusalem pada fasa dia antara Nabi Daud dan Nabi Zakaria.
Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem kerana beliau menyuruh mengesakan Allah. Beliau diseksa dan dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah berdoa kpd Allah agar diberikan pengajaran kpd mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah itu dan Allah mengutuskan Tentera drpd Babilon dan Assyria utk menghancurkan kerajaan Israel.


Nabi U'zair
Setelah diranapkan Israil sebanyak 2 kali dalam peperangan yg meyaksikan kemusnahan yg amat teruk dan ini amat menghibakan hati Nabi U'zair yg menyaksikan. Beliau telah berdoa kepada Allah agar menunjukkan bagaimana kemusnahan yg sedemikian dapat dibaik pulih.
Allah telah memakbulkan doa tersebut dan telah menidurkannya selama 100 tahun.Dalam tempoh 70 tahun penidurannya,bandar2 telah kembali membangun setelah pulangnya rakyat2 yg dibawa ketika pemerintahan Bukhtanassar(Raja Babilon) kembali ke tanah asal sewaktu pemerintahan Raja Kurush.
Beliau amat terkejut melihat pembangunan semula bandar2 yg telah musnah tetapi berasa amat sedih apabila melihat tiada siapa yg masih menghafal ktab Taurah kerana kitab2 telah habis musnah sewaktu serangan Raja Bukhtanassar. Salinan Nabi Uzair sendiri juga turut musnah.
Sewaktu duduk berfikir,bagaimana utk menulis semula kitab Taurah
2 Perkara ajaib telah berlaku dan orang2 yahudi menyaksikan 2 tahi bintang yang telah menghentak dada nabi Uzair dan telah memggalakkan ingatan Nabi U'zair utk menyalin semula Taurah. Kerana peristiwa ini telah membuatkan Yahudi mengatakan bahawa Nabi Uzair adalah anak Allah.


Nabi Yushwa' b Nun
Setelah kewafatan Nabi Musa dan Nabi Harun. Dakwah kepada Bani Israel telah diteruskan oleh utusan Allah Nabi Yushwa'. Kalau x silap saya,beliau adalah drpd puak afrathim (salah satu puak drpd 12 puak dlm Bani Israel).
Nabi Yushwa juga pernah mengembara bersama dgn Nabi Musa dalam misi mencari Nabi Khidir(Sebelum Yushwa menjadi Nabi). (Kisah pasal air kehidupan..ajaib dan menarik cerita jelajah mereka ini)
Beliau juga yg memimpin Bani Israel dalam memasuki Jurusalem dan menawannya pada petang hari Jumaat sebelum terbenamnya matahari. (Sbb waktu itu diharamkan berperang pada hari sabtu..maka dgn kuasa Allah...telah dipanjangkan waktu hingga mereka berjaya menawan Jurusalem). Maka tertunailah impian mereka yg mana telah diberitakan kpd Nabi Yaaqub oleh Allah ttg anugerah Allah kpd mereka mendapatkan jurusalem.


Nabi Syam'un
Selepas 64 tahun wafatnya Nabi Yushwa',risalah dakwah telah disambung oleh Nabi Syam'un.(seingat saya..di antara nabi yushwa dan syam'un ada beberapa nabi yg di luar pengetahuan saya utk dibincangkan).
Di waktu Syam'un inilah peristiwa kehilangan terbesar pada Bani Israel telah berlaku.
IAITU KEHILANGAN TABUT (DI DALAMNYA ADA KANDUNGAN TORAH,TONGKAT MUSA DAN SERBAN HARUN DAN SEDIKIT MANNA IAITU MAKANAN DRPD LANGIT YG DIBERIKAN OLEH ALLAH KPD MUSA DAN KAUMNYA)
Nabi Syam'un telah melantik Tolut(seorng pemuda yg beriman & gagah) untuk menjadi raja dan Tolut telah berjaya menyatukan Israel dan Judea menjadi (Kerajaan bersatu Israel). Di waktu inilah berlakunya peristiwa yg diceritakan dlm Al-Quran Ttg Tolut & Jalut.Kesinambungan drpd peristiwa inilah bertemunya Raja Tolut dengan seorang pemuda gagah yg menewaskan Jalut yg dahulunya melakukan kemusnahan kepada Israel.Dan pemuda yg gagah itu akhirnya diutuskan menjadi Nabi Iaitu Daud AS.Semua peristiwa ini berlaku dalam fasa Nabi Syam'un

Wassalam
__________________
DAFTAR EXNESS
Daftar forexhunT
[SIGPIC][/SIGPIC]ym=firmaexness

Last edited by Firma; 01-03-2010 at 01:48 PM..
Reply With Quote
The Following 5 Users Say Thank You to Firma For This Useful Post:
bebolos08 (14-09-2012), ExAvantz (16-02-2012), fatvet (06-09-2012), Furyzer (16-02-2012), harraz asyraaf (16-02-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 19-02-2010, 07:10 PM
CikSukan CikSukan is offline
Blogger Moderator

CikSukan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2006
Location: wordpress.org
Posts: 9,912
Poster Rank: #285
Thanked 583 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Firma View Post
salam.....

firma wujudkan thread ni untuk kita berkongsi nabi-nabi yang tidak disebutkan dalam al quran

jom kongsikan
Kalau tak sebut mana boleh tahu, sebab sapa nak endorse kewujudannya? Tu basic principal tu.. Pelik thread ni

Tapi I open minded untuk discussion
__________________
P.S. "JOM JOIN CG !! -SUPPORTER"
"sampai skrg takleh nak menerima hakikat yg penyokong pas ni dah sampai tahap buta dah, sampai pas yg dah berubah 180 darjah daripada "perjuangan asal" pun diorang masih boleh justifikasi dengan pelbagai alasan, malah masih memburukkan UMNO yg sampai skrg tak pernah berubah dasar perjuangan.

Reply With Quote
  #3  
Old 19-02-2010, 07:13 PM
Scorpions10 Scorpions10 is offline
Legendary Member

Scorpions10's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jan 2010
Location: Subang Jaya
Posts: 16,255
Poster Rank: #120
Thanked 56 Times
Active Level
My Mood:
Default

x perlu kot bincang kt sini..bab2 mcm ni sensitif bang..baik tanya org alim ulamak ustaz2 ke..takut nnt mcm2 kluar nama kt sini..ni pandangan sy je..maaf la ye.
Reply With Quote
  #4  
Old 19-02-2010, 07:13 PM
Firma Firma is offline
Well-Known
Member

Firma's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2007
Posts: 5,324
Poster Rank: #680
Thanked 240 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sukan4Dhyip View Post
Kalau tak sebut mana boleh tahu, sebab sapa nak endorse kewujudannya? Tu basic principal tu.. Pelik thread ni
pelik ke
cuba kita berfikir.......

sebagai umat islam kita tentu tau terdapat lebih 100, 000 para nabi yang penah wujud dalam dunia ni...namun hanya 25 yang wajib diketahui

dari segi sejarah dunia pasti terdapat tanda para nabi-nabi yang telah diutuskan oleh Allah swt
__________________
DAFTAR EXNESS
Daftar forexhunT
[SIGPIC][/SIGPIC]ym=firmaexness
Reply With Quote
  #5  
Old 19-02-2010, 07:25 PM
CL's CL's is offline
Legendary Member

CL's's Avatar
 
Trader Rating: (27)
Join Date: Apr 2009
Location: Bawah Langit Allah
Posts: 13,461
Poster Rank: #172
Blog Entries: 1
Thanked 236 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Firma View Post
pelik ke
cuba kita berfikir.......

sebagai umat islam kita tentu tau terdapat lebih 100, 000 para nabi yang penah wujud dalam dunia ni...namun hanya 25 yang wajib diketahui

dari segi sejarah dunia pasti terdapat tanda para nabi-nabi yang telah diutuskan oleh Allah swt
yup..
Rasul je dah beratus...
inikan plak Nabi....
yg aku tahu Nabi Daniel je....
__________________
<< Siggy Untuk Disewa>>
--->SILA PM untuk Harga Kekawan<---
Reply With Quote
  #6  
Old 19-02-2010, 07:28 PM
Firma Firma is offline
Well-Known
Member

Firma's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2007
Posts: 5,324
Poster Rank: #680
Thanked 240 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by CL's View Post
yup..
Rasul je dah beratus...
inikan plak Nabi....
yg aku tahu Nabi Daniel je....
klu boleh kongsi la sikit riwayat hidup beliau
__________________
DAFTAR EXNESS
Daftar forexhunT
[SIGPIC][/SIGPIC]ym=firmaexness
Reply With Quote
  #7  
Old 19-02-2010, 07:30 PM
Q-pid Q-pid is offline
Active Member

Q-pid's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2009
Posts: 2,044
Poster Rank: #1895
Thanked 21 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Firma View Post
pelik ke
cuba kita berfikir.......

sebagai umat islam kita tentu tau terdapat lebih 100, 000 para nabi yang penah wujud dalam dunia ni...namun hanya 25 yang wajib diketahui

dari segi sejarah dunia pasti terdapat tanda para nabi-nabi yang telah diutuskan oleh Allah swt
nabi yg mendapat wahyu, tp tuk diri nya dan tidak wajib sebarkan......

rasul lak ialah nabi yg mendapat wahyu, dan wajib sebarkan pada umat nya...

mmg ramai nabi yg ada...saya penah baca kitab Mutaal Badrin, sana ade bgtaw nabi2 yg trdahulu...yg xda sebut dalam Quran...
__________________
Quote:
~COMING SOON~
Reply With Quote
  #8  
Old 19-02-2010, 07:30 PM
WangEmas WangEmas is offline
Super Active Member

WangEmas's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2009
Posts: 3,514
Poster Rank: #1061
Thanked 55 Times
Active Level
My Mood:
Default

suka sgt bincang perkara2 yg sendiri tak de ilmu.. pastu ajak pulak org lain bincang benda yg mereka tak berapa tahu..

last2 sesat.. ni la puncanya..
__________________
Reply With Quote
  #9  
Old 19-02-2010, 07:31 PM
Firma Firma is offline
Well-Known
Member

Firma's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2007
Posts: 5,324
Poster Rank: #680
Thanked 240 Times
Active Level
My Mood:
Default

firma jumpa artikel ni

Quote:
NABI MUHAMMAD SAW DALAM KITAB SUCI UMAT BUDDHA


1. Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:

A. Hampir semua kitab agama Buddha mengandungi ramalan ini. Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:



“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.

B. Di dalam buku ini (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225

“Aku bukanlah satu-satunya Buddha sahaja. Selepas aku akan lahir seorang Buddha lagi yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid, Maitreya tersebut beribu-ribu.”

C. Satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Kitab Agama Buddha oleh Carus muka surat 217 dan 218-dari negara Ceylon (Sri Lanka). “Ananda (anak murid Buddha) bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar kita semua selepas kamu meninggalkan kami?‘

Gautama Buddha menjawab:

“Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta yang terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu.”

Ananda bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’

Jawab Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.”

>Perkataan `Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan Arab yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam Al-Quran (Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)

“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.

>Perkataan Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran tidak kurang daripada 409 kali.

>Tiap-tiap Surah di dalam AI Quran bermula dengan perkataan yang amat indah sekali iaitu “Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim” yang bererti “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
Hanya Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah

>Perkataan Muhammad ada juga di eja “Mahamet” atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam berbagai bahasa. Perkataan “Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam bahasa Sanskrit bererti sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur dan perkataan “Metta” bererti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau ”Mahomet” bererti Belas Kasihan Yang Amat Besar.

2. Ajaran agama Buddha untuk semua lapisan masyarakat:

Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11, muka surat 36 Maha-Parinibbana Sutta Bab 2 Ayat 32:

Buddha pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak murid beliau) seorang Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau mengajar keseluruhan agama itu.

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) diperintah oleh Allah Tuhan yang Maha Berkuasa untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran. Hatta daripada zaman Nabi (Salawatu Alai Wasalam) hingga ke hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca dan di ajar secara terbuka. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dengan tegas melarang sesuatu ajaran agama itu disembunyikan.

3. Anak Murid Dan Khadam Yang Setia Kepada Buddha:

Mengikut buku Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana Sutta Bab 5 Ayat 36:

“Di dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau, bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka. Anak murid dan khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam yang amat setia kepada mereka”.

Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) pun memiliki seorang anak murid dan khadam yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A) yang dihadiahkan oleh keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) semasa Anas (R.A) berumur 8 tahun. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) amat mengasihi Anas dan mengangap Anas sebagai anak Baginda sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi Nabi (Salawatu Alai Wasalam) mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau masa damai sampai Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat.

>Di dalam peperangan Uhud nyawa Nabi dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11 tahun sahaja.

>Dalam peperangan Hunain Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dikepong oleh musuh yang terdiri daripada pemanah dan nyawa Baginda (Salawatu Alai Wasalam) terancam tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi (Salawatu Alai Wasalam).

Peristiwa yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah seorang anak murid dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) sama seperti Ananda kepada Gautama Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di serang oleh seekor gajah yang gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama Buddha.

4. Enam Kriteria Untuk Mengenali Buddha:

Mengikut Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, muka surat 214:

“Buddha pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa Tathagata (Buddha) akan jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah di waktu malam bila mana beliau sudah sampai ke tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa yang kedua ialah pada malam Buddha meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.

Mengikut Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:

>Seorang Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di waktu malam.

>Di waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.

>Seorang Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).

>Seorang Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam.

>Sebelum kematian rupanya akan menjadi amat cerah.

>Selepas kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.

>> Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) mencapai darjat yang paling tinggi di waktu malam bila mana Baginda (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul.Daripada Al-Quran (Surah Dukhan – Surah 44 Ayat 2-3):“Demi Kitab (Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah) menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan”. Mengikut satu lagi ayat daripada Al-Quran (Surah Al Qadr (Kemuliaan) Surah 97 Ayat 1).“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”

>>Semasa Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul baginda merasa dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani.

>>Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang biasa (natural death).


>>Mengikut Siti Aisyah (R.A) Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) tidak ada minyak lampu di rumahnya. Hatta Siti Aisyah (R.A) terpaksa meminjam sedikit minyak untuk menyalakan lampu.

>>Mengikut Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) rupa Nabi (Salawatu Alai Wasalam) amat cerah sekali.

>>Selepas pengkebumian Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) (jasadnya) tidak dilihat lagi di alam dunia ini.

5. Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi Peringatan:

Mengikut Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 muka surat 67) “Semua Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.Dalam Al Quran Allah (SubhanAllah Wa Taala) menyebut tentang Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam).“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka” (Al-Quran, Surah Al-Ghaasyiyah, (Surah 88 Ayat 21-22).6. Ramalan Gautama Buddha Untuk Mengenali Seorang Maitreya:

Mengikut Dhammapada, Mattaya Sutta, 151: Maitreya yang di tunggu akan memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:>Perasaan belas kasihan untuk semua makhluk.> Seorang utusan keamanan dan seorang pendamai.

>Yang paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah:

>>Seorang yang sentiasa bercakap benar
>>Yang berbudi bahasa.
>>Yang bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.
>>Tidak sombong atau angkuh.
>>Sebagai raja atau pemimpin kepada makhluk.
>>Sebagai contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua manusia.
__________________
DAFTAR EXNESS
Daftar forexhunT
[SIGPIC][/SIGPIC]ym=firmaexness
Reply With Quote
  #10  
Old 19-02-2010, 07:33 PM
peija06 peija06 is offline
Well-Known
Member

peija06's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: Feb 2007
Posts: 6,346
Poster Rank: #563
Thanked 77 Times
Active Level
My Mood:
Default

rasul mudah dikenalpasti sbb bersifat menyampaikan..
klo nabi susah sket, kne rujuk kpd mereka yg pakar..
nabi xbersifat menyampaikan spt rasul, xsemestinya nabi itu rasul yg pasti rasul itu adalah nabi..

nabi ni klo xsilap aku dia xmenyampaikan tp mempunyai agenda dia (untuk agama Allah juga)..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:31 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE