Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Others Interest

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 5,881
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 29,965
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 22,365
More...
  #1  
Old 22-01-2010, 10:47 PM
sarawak_lineup sarawak_lineup is offline
Well-Known
Member

sarawak_lineup's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Location: KUCHING-AMPANG
Posts: 5,099
Poster Rank: #680
Blog Entries: 2
Thanked 109 Times
Active Level
My Mood:
Default skrip/quote filem P.RAMLEE kegemaran anda

Jom kita sama2 kongsi (skrip @ quote) dari filem Tan Sri P.Ramlee..

Berikut merupakan filem lakonan Tan Sri P.Ramlee mengikut turutan huruf:

Quote:
1. Abu Hassan Penchuri (1955)
2. Ahmad Albab (1968)
3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
4. Aloha (1950)
5. Anak Bapak (1968)
6. Anak-ku Sazali (1956)
7. Anjoran Nasib (1952)
8. Antara Dua Darjat (1960)
9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
10. Bakti (1950)
11. Bujang Lapok (1957)
12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
13. Chinta (1948) (Filem pertama)
14. Dajal Suchi (1965)
15. Di Belakang Tabir (1969)
16. Do Re Mi (1966)
17. Doktor Rushdi (1970)
18. Enam Jahanam (1969)
19. Gelora (1970)
20. Gerimis (1968)
21. Hang Tuah (1956)
22. Hujan Panas (1953)
23. Ibu (1953)
24. Ibu Mertuaku (1962)
25. Jangan Tinggal Daku (1971)
26. Juwita (1951)
27. Kanchan Tirana (1969)
28. Keluarga 69 (1967)
29. Labu Dan Labi (1962)
30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan keluaran Shaw BrothersHong Kong)
32. Madu Tiga (1964)
33. Masam Masam Manis (1965)
34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
35. Merana (1954)
36. Miskin (1952)
37. Musang Berjanggut (1959)
38. Nasib (1949)
39. Nasib Do Re Mi (1966)
40. Nasib Si Labu Labi (1963)
41. Nilam (1949)
42. Noor Asmara (1949)
43. Nujum Pak Belalang (1959)
44. Pancha Delima (1957)
45. Panggilan Pulau (1954)
46. Patah Hati (1952)
47. Penarek Becha (1955)
48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
49. Penghidupan (1951)
50. Perjodohan (1954)
51. Putus Harapan (1953)
52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
53. Rachun Dunia (1950)
54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
56. Se Merah Padi (1956)
57. Sedarah (1952)
58. Sejoli (1951)
59. Seniman Bujang Lapok (1961)
60. Sarjan Hassan (1958)
61. Sesudah Suboh (1967)
62. Siapa Salah (1953)
63. Sitora Harimau Jadian (1964)
64. Sumpah Orang Minyak (1958)
65. Takdir Illahi (1950)
66. Tiga Abdul (1964)
Quote:
jangan kata telur separuh masak, kau nak makan kepala gajah sekalipun makan lah - Hj Bakhil dlm filem Nasib Si Labu Labi

Bini muda, Hasnah : ohhh sebelum awak nak kerja kan saya, saya koooreeekk biji mata awak
Bini tua, Tipah : amboi dah dirampas laki kita, bijik mata kita dia nak korek
- filem Madu 3

haaa, yang ini pulak pencacai tua pengangkut najis - filem 3 Abdul

wei ramlee, sapa kau??
aku lah king
king apa?
king kong?
king kong kepala ***** kau! - filem Seniman Bujang Lapok

hai mambang biru mambang kuning mambang angin mambang laut...
.. mambang mabok minum brandy - filem Pendekar Bujang Lapok

Alkisah.. alkisah tersebutlah kisah.. sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke duli yang maha mulia sultan firaun - filem Pendekar Bujang Lapok

I Want Iblis Tonic ... Give Me Syaitan & Tonic .. and then give me Haji Bakhil & Tonic, get out, get out! - filem Labu Labi

Eleh ko ingat ko adik Jesse James ko bagus sangat. Dia hutang aku nasi lemak 20 sen bila nak bayar - filem Labu Labi

alarrr Kassimmmmmmm (Selamat) - filem Ibu Mertuaku

Wahai mambang tolong standby, rezeki kita sudah sampai, aku hulur engkau capai, tinggalkan peha jgn selesai - filem Nasib Do Re Mi

awat yang galah hang terjuloq terjuntai masuk bilik aku ni hoh? Nah hai.. Hang taghik la balik - filem Masam Masam Manis

apa yang kau buat ni setaannnnn? - filem Seniman Bujang Lapok

hey owang sebelah, apa yang ngko wel wel wel kan tu hah - filem Masam Masam Manis

pengemis di negara hamba semua pakai motokar -Sabarudin Tukang Kasut

"jolok motorsikal ye bang..........." - ajis/seniman bujang lapuk

Jadinya.. Kepada sesiapa yang meminati cerita beliau..
sila beritahu cerita mana yang korang suka, babak mana dan yang paling penting sekali..
kata-kata yang korang ingat (skrip @ quote)...
__________________
Quote:
OnCe UniTeD , AlWaYs UnItEd
OnCe rEd GiAnT , aLwAyS rEd GiaNt
NeVeR tO ReGrET , CoZ We'Re ThE cHaMpIoN
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 22-01-2010, 10:52 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (89)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,274
Poster Rank: #113
Thanked 915 Times
Active Level
My Mood:
Default

paling aku suka dan tersirat maknanya....alif min nun wau = SARKAS....kakkakakakak
Reply With Quote
  #3  
Old 22-01-2010, 10:58 PM
manCatur manCatur is offline
Active Member

manCatur's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jul 2006
Location: Ulu Kelang<>Lahad Datu
Posts: 1,790
Poster Rank: #2077
Thanked 3 Times
Active Level
My Mood:
Default

saya ada sikkki mau tannya neee' "Petikan : Ali Baba Dan 40 org Penyamun"
Reply With Quote
  #4  
Old 22-01-2010, 11:01 PM
keli80 keli80 is offline
Active Member

keli80's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2008
Location: perak-----jay bee
Posts: 857
Poster Rank: #3796
Thanked 6 Times
Active Level
Default

surat dr ros;ini bahasa arab daaa
wal padang pasiru taaduril pokok kayuwi
wal unta walkehabisanullazi
tompok2 taik unte
__________________
JoM SihAt DeNGan SelAmaT DengAN HerBAliFe.
DarI SaiZ XXXL ke L ,S ,atau M insYa
maSAlah Perut Buncit DAn BoRoi?
Area PeRaK (IpOh) BleH HubuNGi Saya...
Reply With Quote
  #5  
Old 22-01-2010, 11:01 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 24,202
Poster Rank: #54
Thanked 70 Times
Active Level
My Mood:
Default

"Cooobaaannn....."

"Woi ! Tuan Tanah kedaung....." --- Laksamana Doremi

"Ini bukan rumah haram, Ini anak haarraamm..." --- Lak. Doremi

"Mengapakah kau diciptakan tuhan sebagai manusia, Kan lebih baik dijadikan haiwan...".."Allahhh Kassssiimmmmm...." Ibu Mertuaku

"Tak payah....Haa... Omar!!!.... Omar boleh jadi perempuan..." SBJL

"Itu nenek kao....." Doremi
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #6  
Old 22-01-2010, 11:20 PM
iamloco iamloco is offline
Well-Known
Member

iamloco's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Dec 2008
Location: Seri Iskandar/Melaka
Posts: 8,565
Poster Rank: #328
Thanked 29 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by izantie View Post
paling aku suka dan tersirat maknanya....alif min nun wau = SARKAS....kakkakakakak
cuba bro pergi sini
Reply With Quote
  #7  
Old 24-01-2010, 08:12 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (89)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,274
Poster Rank: #113
Thanked 915 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by iamloco View Post
cuba bro pergi sini
AnwarIbrahimClub dot Com
Parlimen AIC => Dewan Rakyat => Topic started by: StartdeGame on August 10, 2008, 03:43:34 PM


--------------------------------------------------------------------------------
Title: P Ramlee sindir AMNO?...Alif Mim Nun Wau = Sarkis?
Post by: StartdeGame on August 10, 2008, 03:43:34 PM
--------------------------------------------------------------------------------

;D

salam...

cuba hayati sejenak babak dlm filem p.ramlee...dialog sudin..



ramli : hey sudin..nih baca nye nih apa macam nih..baca nye..

sudin : alif mim nun wau...alif tendang wau..sarkis...daa..

ajis : apa daa sarkis...

ramli : aii..tulis gitu punya panjang, baca nye sikit sarkis?

sudin : itu yg panjang tu bunga saja..yg sikit tu la sarkis..tak reti?

ramli : tulis pakai bunga?

sudin : abis...takkan hutang saje pakai bunga..?


SUDIN : ALIF MIN NUN WAU (AMNO) alif tendang wau...sarkis!!!! ;D




--------------------------------------------------------------------------------
Title: Re: P Ramlee sindir AMNO?...Alif Mim Nun Wau = Sarkis?
Post by: Systemeister on August 10, 2008, 03:53:10 PM
--------------------------------------------------------------------------------

hahahahahaha..... sarkas


--------------------------------------------------------------------------------
Title: Re: P Ramlee sindir AMNO?...Alif Mim Nun Wau = Sarkis?
Post by: farwanz on August 10, 2008, 06:46:15 PM
--------------------------------------------------------------------------------

Ni lagi satu lawak politik...Hahaha...Anyway Startdegame, congratz kat ko kerana perasan akan benda ni...


--------------------------------------------------------------------------------
Title: Re: P Ramlee sindir AMNO?...Alif Mim Nun Wau = Sarkis?
Post by: sumpit on August 10, 2008, 06:57:12 PM
--------------------------------------------------------------------------------

orang lama pun tau umno ni sarkis....camna dengan orang baru sekarang? ;D wakaka
kebanyakan cerita2 dari filem Allahyarham P.Ramlee ni banyak mengisarkan cerita rakyat yg benar2 berlaku.
Tengok banyak kali pun tak boring. Siap boleh hafal dialog2 lawak kat setiap babak yg melucukan. ;D


1. Sejak beberapa bulan lalu, terdapat petikan video filem Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee dipaparkan di YouTube. Petikan tersebut diambil drpd scene S. Shamsudin mengeja papan tanda 'Sekolah Umum Buta Huruf' sebagai 'Sarkis'.

2. Pihak yg memaparkan petikan ini mendakwa watak Sudin telah mengeja dalam jawi, ' Alif, Mim, Nun, Wau' sebagai 'Sarkis'.

3. Orang tersebut mendakwa bahawa Tan Sri P. Ramlee dan khususnya S. Shamsudin ingin mengkritik UMNO secara sinis dgn mengejek UMNO sebagai sarkis melalui ejaan jawi 'Alif-Mim-Nun-Wau' tersebut.

4. Saya ingin menafikan bahawa ejaan jawi tersebut ialah 'Alif,Mim,Nun,Wau'. Saya mendengar ejaan tersebut sebagai 'Alif Mim Wau......Alif tendang Wau'. Sebutan Mim dipanjangkan hujungnya spt 'Mimmm..'. Tidak ada sebutan 'Nun' dalam ejaan tersebut.

5. Saya telah menonton filem Pendekar Bujang Lapok beratus-ratus kali sejak saya berumur 4 tahun. Saya merupakan seorang peminat fanatik Seniman Agung Tan Sri Dr P. Ramlee. Malah, jika saya diminta saya boleh lakonkan setiap dialog dalam filem ini bermula dari scene di penambang sehinggalah scene Ros dibawa pulang kepada ibu bapanya oleh Bujang Lapok bertiga. Secara spontan.

6. Saya amat kecewa kerana sebuah karya agung oleh P. Ramlee telah dijadikan bahan politik murahan dan bahan gelak ketawa untuk menghina sebuah parti keramat orang Melayu. Lebih malang lagi, orang Melayu sendiri yang melakukan perbuatan memalukan ini.

7. Saya turut bersetuju bahawa banyak tindakan kepimpinan negara sekarang layak menerima kritikan. Sungguhpun begitu, tidak sepatutnya kita sebagai anak bangsa menghina parti keramat ini sebegini rupa. Seolah-olah kita telah lupa bahawa UMNO yg telah menggagalkan Malayan Union dan mencapai kemerdekaan.

8. Sungguh kita ini generasi tak mengenang jasa.

9. Juga perlu semua tahu, Seniman Agung mempunyai hubungan yang baik dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Malah, Tunku sendiri pernah menulis dan menjadi pengarah bersama untuk filem Mahsuri dan Raja Bersiong (versi lakonan Ahmad Mahmud) ketika zaman kemuncak perfileman Melayu. Antara alasan P Ramlee berpindah dr Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura ke Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah kerana ingin terus berada di Tanah Melayu dan bukan Singapura apabila Tunku telah memisahkan Singapura drpd Malaysia. Begitulah sifat patriotik P Ramlee yg mendalam menyayangi bangsanya.

10. Ya, sememangnya hampir semua filem-filem P Ramlee sarat dengan unsur-unsur 'social critic', namun semuanya dengan cara yang terhormat dan cerdik. Bukan dgn cara ejekan murahan sebegini.

11. But, hey! Don't take my word for it. Untuk mendapatkan kesahihan dakwaan ini, saya telah menghubungi Dato' Aziz Sattar. Dato' Aziz Sattar merupakan rakan baik P Ramlee malah pernah menjadi 'room mate' Seniman Agung itu yang lebih dikenali di Jalan Ampas sebagai 'Bung Ramlee'. Beliau juga membintangi filem2 arahan P Ramlee termasuk Quadrologi Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Nasib Si Labu Labi.

12. Oh, ya! Dato' Aziz Sattar juga merupakan orang yang berada betul2 di sebelah S.Shamsudin semasa dialog tersebut dilafazkan selain P Ramlee. Beliau memegang watak Aziz. =) Oleh sebab saya tiada maklumat perhubungan S. Shamsudin yg melafazkan sendiri dialog tersebut, sy cuba hubungi sumber paling hampir iaitu Dato' Aziz Sattar.

13. Berikut merupakan sms asal antara Dato' Aziz Sattar di Malaysia dan saya, Nazirul Hazim A Khalim di Bristol, England. Saya minta untuk menelefon beliau tetapi kerana kos yang tinggi untuk saya, beliau minta cukuplah sms sahaja. :

__________________________________________________ _____________________________________________


Saya : Assalam, Dato' Aziz. Saya Nazirul dr England ingin bertanya tentang dialog Sudin dlm Pendekar Bujang Lapok scene eja Sekolah Umum Buta Huruf.

Dato' Aziz : Wslm...sudin kata circus yg pjg tu bunga saja.

Saya : Trma kasih sudi reply.Ada pihak telah mengatakan di internet bahawa Sudin eja alif-mim-nun-wau=UMNO untuk ejek UMNO sbg sarkis. Benarkah Dato'?

Dato' Aziz : Sy kurang pasti nnt sy tgk cd dan sy akan reply. selama ni pn sy tk pernah kisah tntang scene trsebut hrp maklum.

Saya : Baiklah, Dato'.Mungkin Dato' boleh tanya juga kpd Pak Sudin sendiri.

Selang lebih kurang satu jam kemudian....

Dato' Aziz : Salam..sy dah tgk filem pndekar.dialog sudin alif mim tendang wau tk de pn sebut psl umno.

Saya : Salam.Memang xde disebut dgn jelas ejaan UMNO ttp org kata Sudin ingin mengejek UMNO sbg sarkis secara sinis.Saya kecewa kerana karya agung P Ramlee digunakan untuk tujuan politik begini.

Dato' Aziz : Mmang selama ni pn ada org tnya psl ejaan ini tp sy katakn tk perasan, td btl2 sy tonton dgn asyik tp tk pn sebut ejaan umno sebenarnya filem pndekar adalah cerita komedi jd kenapa nk dpertikaikn.

Saya : Jadi,mmg tiada niat drpd S.Shamsudin atau P Ramlee untuk hina UMNO dan ejaan itu hanya kebetulan sahaja?Mmg ejaannya Alif-Mim-Wau tanpa Nun?Kalau Dato' mahu terangkn lebih lanjut saya boleh call.

Dato' Aziz : Dgn nama Allah sy sebagai wakil dr teman2 pelakon dlm filem trsebut tidak terlintas nk mengejek atau nk prsendakan ejaan umno.
Dato' Aziz : Sy rasa tk payah cll sy dan sama2 la kita mnganggap dialog dlm filem ini sbgai hiburan semata2.

Saya : Ya, sy juga bersetuju.Terima kasih krn Dato' sudi luangkan masa.Sy sentiasa menyanjung tinggi jasa dan karya seniman dan seniwati sezaman dgn Dato'.Sy doakan Dato' sentiasa sihat dan bahagia.

Dato' Aziz : Blh sy tau saudara ini siapa terima ksh bnyk2 krn br sms dgn sy dan krm slm pd fmly d sana.

Saya : Sy Nazirul Hazim A Khalim dr Johor Bahru,Johor. Umur 20 thun. Kini belajar di England.Sy peminat fanatik karya2 P Ramlee. Hampir semua dialog filem2 beliau sy hafal.

Dato' Aziz : Bagus nak pesanan dr bpk belajar la brsungguh2 smpai brjaya org yg tk brilmu adalah org yg paling rugi d dunia bpk ingat ank tnggl d sana dgn fmly pndai2 jaga diri d rantau org kemana pn kita pergi jgn kita lupa pd Allah..

Saya: InsyaAllah, Dato'. Di manapun bumi dipijak, agama Allah tetap dijunjung. Terima kasih banyak, Dato'.

__________________________________________________ ____________________________________________

14. Demikianlah kenyataan Dato' Aziz Sattar sendiri. Saya tidak mengurang atau menambah apa2 pun. Malah, 'ejaan sms' juga sy kekalkan.

15. Sekarang terpulanglah kepada anda untuk menghukum. Hendak percaya kepada org yg mendakwa dia lebih tahu atau org yg memang tahu?

16. Teruskanlah dengan debat2 politik anda. Cuma saya minta usahlah cemarkan karya agung seniman kebanggaan bangsa ini dgn teknik hujah murahan anda.



Rujukan:

- P. Ramlee : Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
- Bapaku P. Ramlee - Nasir P. Ramlee.
- P. Ramlee Yang Saya Kenal - Yusnor Ef.
- P. Ramlee Seniman Agung Dunia Melayu : Koleksi Kertas Kerja Simposium Karya Seni Seniman Agung P. Ramlee - Terbitan Arkib Negara Malaysia.
- Filem Pendekar Bujang Lapok, keluaran 21 Mac 1959.Terbitan Malay Film Productions Limited, Singapura. Edaran Shaw Brothers Limited, Singapore.


SUMBER: http://nazirulhazim.blogspot.com/200...ang-lapok.html (http://nazirulhazim.blogspot.com/200...ang-lapok.html)



Powered by SMF 1.1.11 | SMF 2006-2009, Simple Machines LLC
Reply With Quote
  #8  
Old 24-01-2010, 08:27 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Apr 2008
Posts: 20,576
Poster Rank: #77
Blog Entries: 4
Thanked 511 Times
Active Level
My Mood:
Default

tok dah dengar berkali kali... memang ada menyebut nun.. saper yang dengar nun angkat tangan..?
__________________
Reply With Quote
  #9  
Old 24-01-2010, 08:46 PM
sarawak_lineup sarawak_lineup is offline
Well-Known
Member

sarawak_lineup's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Location: KUCHING-AMPANG
Posts: 5,099
Poster Rank: #680
Blog Entries: 2
Thanked 109 Times
Active Level
My Mood:
Default

mak aih...
siap copy kat sini..
rajin tol...
__________________
Quote:
OnCe UniTeD , AlWaYs UnItEd
OnCe rEd GiAnT , aLwAyS rEd GiaNt
NeVeR tO ReGrET , CoZ We'Re ThE cHaMpIoN
Reply With Quote
  #10  
Old 25-01-2010, 08:15 PM
Bro_Izantie Bro_Izantie is offline
Legendary Member

Bro_Izantie's Avatar
 
Trader Rating: (89)
Join Date: Mar 2009
Location: Setiawangsa KL
Posts: 16,274
Poster Rank: #113
Thanked 915 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sarawak_lineup View Post
mak aih...
siap copy kat sini..
rajin tol...
utk bukti jer bro..heheheh
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:11 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE