actually better dont comment sama ada u pro or kon. kalu u pro, u kena ada dalil, kalu u kon, pun kena ada dalil, lepas tu dok berdebat sapa yg betui, last-last dua dua lingkup . stay on the topic.
actually better dont comment sama ada u pro or kon. kalu u pro, u kena ada dalil, kalu u kon, pun kena ada dalil, lepas tu dok berdebat sapa yg betui, last-last dua dua lingkup . stay on the topic.
ambe sekadar menyampaikan..ikut ke tak tu hak memasing...memang tak salah nak majukan dan menambahkan pendapatan..islam pun tak larang...tapi biarlah mengikut apa yang telah digariskan oleh agama...jangan kerana nak tambah pendapatan semata-mata kita tolak hukum hakam yang telah ditetapkan agama...sebab dalam apa2 pun perkara yang hendak kita lakukan ,agama mesti duduk di atas...........jangan smpai menhalalkan apa yang diharamkan,dunia ni sementara...jangan terpedaya denganya.
#####menyokong parti yang sememangnya tidak mahu menegakkan hukum ALLAH bermakna anda juga tidak mahu hukum ALLAH tertegak...........................Fikir2kan
ambe sekadar menyampaikan..ikut ke tak tu hak memasing...memang tak salah nak majukan dan menambahkan pendapatan..islam pun tak larang...tapi biarlah mengikut apa yang telah digariskan oleh agama...jangan kerana nak tambah pendapatan semata-mata kita tolak hukum hakam yang telah ditetapkan agama...
ambe sekadar menyampaikan..ikut ke tak tu hak memasing...memang tak salah nak majukan dan menambahkan pendapatan..islam pun tak larang...tapi biarlah mengikut apa yang telah digariskan oleh agama...jangan kerana nak tambah pendapatan semata-mata kita tolak hukum hakam yang telah ditetapkan agama...sebab dalam apa2 pun perkara yang hendak kita lakukan ,agama mesti duduk di atas...........jangan smpai menhalalkan apa yang diharamkan,dunia ni sementara...jangan terpedaya denganya.
__________________
Hidup mesti diteruskan... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
- Surah Yusuf ayat 12
Tak kira apa pon yang berlaku... apa masalah menimpa pon...
tak kira lah untuk bayaran apa pun..dah nama riba .ia tetap haram...
Soalan
skuad kbr1 < skuad.kbr1@karangkraf.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:
Ketakutan saya semakin menjadi-jadi apabila membaca artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya berpendapat hampir 80 % rakyat Malaysia terlibat dengan riba kecuali mereka yang dilahirkan kaya dan mempunyai tunai yang banyak.
Bagaimanapun, Saya punya beberapa kemusykilan utk dileraikan sekiranya tidak menjadi keberatan pihak tuan.
Jawapan
Salam,
Jawapan saya adalah di bawah soalan-soalan anda. Tahniah kepada saudara kerana keimanan masih subur hingga masih ada rasa takut dengan amaran-amaran Allah SWT. Simpati melihat ramai umat Islam hari ini yang langsung tiada lagi rasa takut kepada Allah, seolah-olah mereka tidak akan mati.
1) Saya seorang pekerja yang makan gaji dan wang gaji di masukkan ke dalam bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?
RESPOND : Jika anda masukkan wang gaji di dalam akaun di bank konvensional, maka ia adalah riba kerana mereka akan memberikan interest, malah jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu telah membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka. Sila baca di sini. Riba Di Bank Konvensional.
2) saya beli kereta dengan menggunakan pinjaman kerana tidak mampu utk membeli tunai. Sedangkan saya amat memerlukannya untuk bekerja dan aspek keselamatan. Apakah hukumnya sama seperti berzina dengan ibu bapa?
RESPOND : Tiada siapa yang menyuruh anda beli tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam ??? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi SAW dari hadith yang disahkan sohih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Buka detail dalil dan pandangan ulama di sini. Dosa Riba
3) apakah hukumnya menyimpan wang di dalam amanah saham yang diperkenalkan kerajaan?
RESPOND : Bergantung kepada jenis amanah saham yang dimaksudkan. Anda tidak menyebut sebarang nama, justeru, saya juga tidak boleh menyebut hukum secara am. Bagaimanapun jika anda maksudkan ASB. Sila buka di sini. HUKUM ASB
4) saya berasal dari keluarga miskin dan tidak mampu untuk membiaya sendiri pembelajaran. Kami terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk meneruskan pelajaran. Bagaimana pula hukumnya? Berkatkah ilmu yang kami tuntut?
RESPOND : Pinjaman PTPTN adalah riba, dan jika benar-benar anda tidak berkemampuan, sepatutnya anda layak mendapat zakat dari lemabaga zakat dan pusat zakat. Anda wajib memohon dengan segera. Jika gagal, nescaya anda dikira terpaksa mengambil pinjaman itu dan dari sudut hukumnya ia telah jatuh kepada kepada status 'hajiat' dalam Islam yang membawa hukum 'diberikan keringanan', tatkala itu, menurut ilmu Shariah, dosanya ditanggung oleh pemilik PTPTN.Baca detail tentang PTPTN di sini. Hukum PTPTN
5) saya tertarik dengan artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya benar- benar ingin mengetahui bagaimana tuan menguruskan kewangan. Di mana tuan menyimpan wang, pembiayaan pembelajaran tuan dan anak2, beli rumah dan kereta? Adakah semuanya tuan lakukan secara tunai?
RESPOND : Nampaknya, anda perlu meluangkan sikit waktu untuk memahami kepelbagaian Institusi Kewangan Islam yang ada di Malaysia ini. Saya tidak terlibat dengan sebarang Riba, kerana kereta yang saya gunakan adalah dengan menggunakan produk Ijarah Thumma al-Bai dari Bank Muamalat, ia telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah BMMB, membeli rumah menggunakan Bai Murabahah dari sebuah bank Islam lain, Menyimpan duit di akaun Islam di Bank Islam Malaysia Berhad, RHB Islamic bank dan lain-lain bank Islam. Pembiayaan pelajaran adalah biasiswa dari JPA, KP dan Zakat syarikat.
Tiada satupun yang terlibat dengan Riba. Semua institusi ini mempunyai Majlis Penasihat Shariah yang mengesahkan, justeru, jika ada kesilapan yang tidak saya sedari sekalipun, tiada dosa ke atas saya, kerana ia telah ditanggung oleh Majlis Penasihat Shariah mereka. Penyeliaan adalah wajib dilakukan mereka agar semuanya berjalan bertepatan dengan Shariah, semuanya tanggung jawab mereka dan mereka telah dibayar elaun untuk berbuat demikian.
6) Apakah hukumnya sekiranya ada golongan yang berpendapat bahawa riba seperti pinjaman pembiayaan kenderaan itu tidak haram?
RESPOND : Ia adalah pandangan karut dan tiket ke Neraka. Fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama) tentang haramnya malah Majlis Kesatuan Fiqh Antarabangsa juga telah berulang kali membuat fatwa tentangnya.
7) Apakah saranan tuan untuk saya menguruskan kewangan yang selamat daripada kegiatan riba?
RESPOND : Belajarlah dengan segera, anda boleh mendapat banyak info yang dipermudah dari blog saya di http://www.zaharuddin.net, hanya dengan ilmu sahaja anda akan berjaya mengurus kewangan yang selamat dari riba, tanpa ilmu, orang melayu kata " cakap pun tak guna"..
Jika anda merasakan kesukaran untuk pelajari sendiri, cara termudah adalah, tutup bank-bank konvensional dan insuran dari kamus hidup anda. Wajibkan diri menggunakan bank-bank Islam dan Takaful sahaja dalam semua urusan keperluan kewangan. Ia semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah.
#####menyokong parti yang sememangnya tidak mahu menegakkan hukum ALLAH bermakna anda juga tidak mahu hukum ALLAH tertegak...........................Fikir2kan
Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.
ASB?
Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.
1) Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.
Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".
Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.
a- Ihya Ulumiddin
b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie
2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.
Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-
Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)
1. Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-
1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
#####menyokong parti yang sememangnya tidak mahu menegakkan hukum ALLAH bermakna anda juga tidak mahu hukum ALLAH tertegak...........................Fikir2kan
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE