BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kekatu adalah binatang yang pelik

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya.

Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu.

Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.

Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.

Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu?


Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu.

Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya.

Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak bersolat.

Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap.

Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap juga tikam sukan 4d.

Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya.

Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya.

Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana.

Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan.

Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun berperangai kalkatu.

IKTIBAR

Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir.

Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah lebih dahsyat daripada kalkatu .


kesian... kekatu juga yg dipersalahkan
 
emmm, bagus nya siri motivasi ni
alhamdulillah
 
sebab mereka mencari kenikmatan dunia... bukan akhirat...
 
Back
Top
Log in Register