Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 21,869
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 52,510
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 39,997
More...
  #7541  
Old 01-07-2012, 10:04 AM
ariez2009 ariez2009 is offline
Active Member

ariez2009's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 681
Poster Rank: #4656
Blog Entries: 1
Thanked 19 Times
Active Level
Default Assalammualaikum

Quote:
Originally Posted by Zarith View Post
UNTUK MENGETAHUI @ MENGUBAT ORANG TERKENA SANTAU DENGAN PENGGUNAAN MINYAK RUKYAH CENDUAI ASMARA :

* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM AKAN KELUAR SEGALA RACUN SANTAU DAN ILMU GUNA-GUNA JIKA MEREKA YG TERKENA SIHIR.

CARA GUNANYA FOR NON MUSLIM NIATKAN HAJAT SAHAJA)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Zarith,

Minta maaf banyak banyak. Kami memang tidak bersetuju dengan cara anda. Bagi kami sebarang minyak , air, makanan yang dibacakan ayat ruqyah hanyalah menambahkan kehadiran makhluk durjana keatas penggunanya. Kalau sendiri baca ayat ruqyah, sendiri guna, itu adalah lebih baik.. Jin dan saka sedia ada hanya berlegar legar dalam diri sendiri sahaja. Apabila pengguna menggunakan air, minyak, makanan yang dibacakan oleh orang lain, maka bertambahlah jin dan sekutu sekutunya dalam diri pengguna tersebut.

Nak percaya boleh, taknak percaya pun boleh. Key point dia disini ialah kemampuan melihat dan merasai kehadiran makhluk durjana tersebut.

Minta maaf Tuan Zarith andai terasa hati. Tiada niat untuk menutup periuk nasi sesiapa. Sekadar berkongsi maklumat pada mereka mereka yang sudi. Kalau tak sudi pun takpe. Wallahhuaklam..
__________________
" Saya sekeluarga ambil ilmu yang benar disisi Allah sahaja dari anda semua. Ilmu yang dimurkai Allah semua saya pulangkan balik kepada anda dari dulu, kini, dan selama-lamanya "
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #7542  
Old 01-07-2012, 10:07 AM
CoffeeNai CoffeeNai is offline
Normal Member

CoffeeNai's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2012
Posts: 125
Poster Rank: #12604
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy!Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy! Go Italy!Go Italy!
__________________
Hello World
Reply With Quote
  #7543  
Old 01-07-2012, 10:25 AM
ariez2009 ariez2009 is offline
Active Member

ariez2009's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 681
Poster Rank: #4656
Blog Entries: 1
Thanked 19 Times
Active Level
Default Assalammualaikum

Quote:
Originally Posted by Hairan View Post
Kalau bertahun-tahun dulu, menda2 macam ni biasa je pada orang ramai terutama kat kampung. Sebab kepupusan Ilmu ni maka berlakunya banyak persoalan dan biasanya y
ang banyak soal adalah golongan yang merasakan dia "Bijak" dan "Pandai" dalam hal Jin dan syaitan ni sedangkan diri sendiri pun tak kenal lagi.
Kalau ditanya pernah ke tengok Jin?...
Errr... Jin tu apa yee?...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Hairan,

Bab dulu dulu yang ada ilmu membunuh jin dan sekutu sekutunya tu saya tak berapa pasti sama ada teknik yang digunakan oleh mereka itu menggunakan bantuan jin ataupun tidak. Kalau tanpa pengunaan jin dan sekutu sekutunya, Alhamdulillah..Kalau dengan bantuan jin, silalah kita jauhi.

Bab mereka yang "Bijak" dan "Pandai" tu. Biarkanlah.. Tak perlu kita salahkan mereka.. Mereka berniat baik, Mereka begitu teruja dan keterujaan mereka dalam menegakkan pendapat mereka itu wajar dicontohi. Kita bebas mengutarakan pendapat masing masing. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Andai perjalanan kami ini salah, insyaallah ianya pasti akan lenyap satu masa nanti. Itulah janji Allah S.W.T.. Yang Haq pasti akan menewaskan yang Bathil.. Allah S.W.T tidak akan sama sekali memungkiri janji Nya..

Ya Allah, Tunjukkan lah kami semua di sini jalan yang Engkau redhai.. Amin.. Jika jalan yang kami ajarkan ini salah disisi Mu, kau hindarkanlah lah forumer forumer disini dari mempelajarinya... Amin...
__________________
" Saya sekeluarga ambil ilmu yang benar disisi Allah sahaja dari anda semua. Ilmu yang dimurkai Allah semua saya pulangkan balik kepada anda dari dulu, kini, dan selama-lamanya "
Reply With Quote
  #7544  
Old 01-07-2012, 11:02 AM
rastamanRastaman rastamanRastaman is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2012
Posts: 414
Poster Rank: #6424
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by rastamanRastaman View Post
Penyapu lidi........macam mana boleh bunuh jin,syaitan dan iblis?

Ligther nyala celah kangkang...boleh kah ligther membunuh jin..?

mandi taik dan kencing....bolehkah bunuh jin,syaitan dan iblis ?


Tuan, mana ada dalam post yg lepas penjelasan mengenai hal ini.



SAYA CUMA NAK TAHU MACAM MANA PENYAPU LIDI,LIGHTER DAN TAIK SERTA AIR KENCING BOLEH BUNUH JIN,SYAITAN DAN IBLIS...????



saya pernah lihat orang yg sakit teruk dan apabila di bacakan ayat Qursi..benda kat dalam badan cakap, bacalah sebanyak mana pun ayat Qursi.....aku tak takut dan tak jadi apa pun......aku gelak saja...meremang bulu roma ku.



bila di bacakan YASSIN.....benda halus ni siap tolong betulkan bacaan si tukang baca siap dgn taranum lagi tu....semua orang dalam rumah lari, sebab takut. Macam mana tu ? Ayat QURAN pun benda halus ni boleh baca....10 orang USTAZ yg pernah merawat si pesakit belah macam tu jer...tak boleh buat aper pun.


tolong jelaskan pada saya....kerana saya konfius nih.

Tuan, soalan saya belum terjawab lagi ni.....??????


Kalau ilmu tuan betul yg haq, apa buktinya...?

Tuan tahu tak ada ilmu di luar sana yg betul-betul HAQ..
Macam mana saya kata HAQ....?

Sebab saya tengok sendiri cara dia berubat....dan selain saya ada lagi 20 dalam rumah tu sebagai saksi kepada apa yg terjadi.

Cukup mudah saya tengok dia buat......cuma berdoa kepada ALLAH dan yg sakit boleh sembuh dalam sekelip mata, hilang segala kesakitan dan ini di akui sendiri oleh si pesakit. Doanya di baca dengan kuat dan semua orang boleh dengar. Si perawat tak guna satu apa pun sebagai medium untuk menyembuhkan penyakit yang ada pada orang yang sakit.



Ustaz yang buka AL-QURAN dan 7-8 orang yang baca pun tak boleh nak buat apa. Darul syi... pun tak boleh buat apa ...!

Apabila di tanya, macam mana dia ubatkan.......??????

Jawapannya...bertawakkal lah pada ALLAH kerana dia maha mengetahui dan maha berkuasa di atas segalanya.....ALLAH menyembuhkan tanpa perlu apa-apa pun.





TUAN TOLONG JAWAB SOALAN SAYA....SAYA NAK TAHU...

Last edited by rastamanRastaman; 01-07-2012 at 11:15 AM..
Reply With Quote
  #7545  
Old 01-07-2012, 12:53 PM
ariez2009 ariez2009 is offline
Active Member

ariez2009's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 681
Poster Rank: #4656
Blog Entries: 1
Thanked 19 Times
Active Level
Default Assalammualaikum

Quote:
Originally Posted by rastamanRastaman View Post
Penyapu lidi........macam mana boleh bunuh jin,syaitan dan iblis?

Ligther nyala celah kangkang...boleh kah ligther membunuh jin..?

mandi taik dan kencing....bolehkah bunuh jin,syaitan dan iblis ?



Tuan, mana ada dalam post yg lepas penjelasan mengenai hal ini.



SAYA CUMA NAK TAHU MACAM MANA PENYAPU LIDI,LIGHTER DAN TAIK SERTA AIR KENCING BOLEH BUNUH JIN,SYAITAN DAN IBLIS...????



saya pernah lihat orang yg sakit teruk dan apabila di bacakan ayat Qursi..benda kat dalam badan cakap, bacalah sebanyak mana pun ayat Qursi.....aku tak takut dan tak jadi apa pun......aku gelak saja...meremang bulu roma ku.



bila di bacakan YASSIN.....benda halus ni siap tolong betulkan bacaan si tukang baca siap dgn taranum lagi tu....semua orang dalam rumah lari, sebab takut. Macam mana tu ? Ayat QURAN pun benda halus ni boleh baca....10 orang USTAZ yg pernah merawat si pesakit belah macam tu jer...tak boleh buat aper pun.


tolong jelaskan pada saya....kerana saya konfius nih.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Rastaman,

Saya jawab lagi sekali agar Tuan lebih faham

Soalan Tuan:-
SAYA CUMA NAK TAHU MACAM MANA PENYAPU LIDI,LIGHTER DAN TAIK SERTA AIR KENCING BOLEH BUNUH JIN,SYAITAN DAN IBLIS...????

Jawapan saya,
Key point dia ialah kebolehan untuk melihat dan merasai kehadiran jin dan sekutu sekutunya. Kalau Tuan boleh lihat atau rasa, barulah tuan tahu.. Kalau tak boleh melihat dan merasa, macam mana la kami nak bantu tuan faham?. Tuan cuba berdiri kat tokong ke, kuil ke, gereja ke, ambik penyapu ke lighter ke, tuan belasah dia.. Kalau nampak je tuan terus belasah.. Baru Tuan tahu ini cerita dongeng atau ilusi. Masalahnya disini, Tuan tak nampak.... Macam mana kami nak tolong lagi? Mohonlah pada Allah Agar Allah S.W.T tunjukkan pada Tuan..

Soalan Tuan Pasal orang sakit dibaca Al-Quran, Yassin dan Ayat Qursi tak de effect. Kami disini sedikit pun tidak terkejut. Kalau Tuan baca post post terdahulu ada diterangkan kenapa ayat Al-Quran tak beri kesan. Sebenarnya ayat Al-Quran atau ayat Ruqyah tak salah. Yang salah ialah pembacanya. Masih terdapat saka dan ilmu bathil dalam diri pembacanya. Itu sebab bacaan tersebut tidak memberi kesan. Tidak kira sama ada anda imam Mesir ke, tahfiz Al-Quran ke, Ustaz ke, Tok bilal ke, selagi ada ilmu bathil dan saka dalam diri, memang tak beri kesan pun..

Berkenaan dengan ada pulak seseorang yang datang mengubati pesakit kemudian, pastu elok terus pesakit tersebut. Kalau orang tersebut tiada ilmu bathil dalam diri, insyaallah akan settle masalah. Tapi ada juga kes yang ada ilmu bathil pun boleh settlekan kes.

Sebabnya ialah, jin atau saka yang ada dalam perawat terkemudian lebih hebat dan tinggi ilmunya berbanding yang mengacau dan yang merawat sebelum ini. (padahal ilmu jin dan sekutunya ni cap ayam je. Ilmu manusia lagi tinggi). Apa yg terjadi ialah jin dan saka dari perawat terkemudian akan mengawal jin yang mengacau pesakit tersebut. Boleh jadi juga jin yang mengacau tersebut sekadar keluar seketika. nanti dia masuk la balik..

Kes ini saya sendiri pernah alami. Maid saya dikacau hingga histeria. Berpuluh puluh kali saya azan, jin tu relaks je dalam badan maid saya. Siap mintak rokok gudang garam lagi.. YAng bijak pandai pun datang menunjukkan sedikit ilmu yang dimiliki.. Tak jalan juga.. Datanglah tok bomoh yang dikenali kehebatannya membantu.. Maid saya terus elok. Badan nya lesu, Tok bomoh tu cakap jin tu dah keluar ..Dah lari balik ketempat asal..Bila bomoh dan semua orang dah balik, Maid saya cakap benda tu ada kat pintu lagi... Maknanya jin ni memang kaki menipu... (Kesemua cerita diatas adalah kisah benar sebelum saya menjumpai jalan ini..harap maklum)
__________________
" Saya sekeluarga ambil ilmu yang benar disisi Allah sahaja dari anda semua. Ilmu yang dimurkai Allah semua saya pulangkan balik kepada anda dari dulu, kini, dan selama-lamanya "
Reply With Quote
  #7546  
Old 01-07-2012, 04:19 PM
ariez2009 ariez2009 is offline
Active Member

ariez2009's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 681
Poster Rank: #4656
Blog Entries: 1
Thanked 19 Times
Active Level
Default Assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Tuan Rastaman,

Janganlah membuat serkap jarang Tuan. Kami dah post dah pada post post terdahulu. Kami tak kata pun hanya jalan kami sahaja jalan yang Haq. Kami kata jalan yang Haq itu terlalu banyak diluar sana. Cuma kami nasihatkan agar hati hati sahaja. Jika ada bantuan jin dalam kaedah tersebut, hindarkanlah. Kalau tak jumpa jalan yang haq diluar sana, datanglah ke thread ini kembali.. Selagi tiada campur tangan jin dan sekutu sekutunya, selagi itu ianya berada dijalan yang Haq.

Thread kami ini pun memang anti jin dan sekutu sekutunya. Kami ajar anda semua agar jangan takut pada makhluk. Takut hanya pada Allah S.W.T sahaja. Jin dan sekutu sekutunya tidak ghaib. Hanya Allah S.W.T sahaja yang ghaib. Jika tauhid kita betul pada Allah S.W.T, melihat makhluk durjana tersebut bukanlah satu ilusi ataupun perkara yang mustahil. Melihat jin dan sekutu sekutunya melalui jalan yang haq adalah berbeza sama sekali dengan melihat jin dengan bantuan jin.. Wallahhuaklam..

Sekali lagi saya doakan kepada semua forumer forumer disini.

"Ya Allah, Jika jalan yang aku pilih ini sesat, kau selamatkanlah forumer forumer disini daripada terjebak dan terjerumus ke jalan ini. Amin... Kau tunjukkan lah kami jalan yang Engkau redhai..Aminnn"
__________________
" Saya sekeluarga ambil ilmu yang benar disisi Allah sahaja dari anda semua. Ilmu yang dimurkai Allah semua saya pulangkan balik kepada anda dari dulu, kini, dan selama-lamanya "
Reply With Quote
  #7547  
Old 01-07-2012, 05:36 PM
paklah^sti paklah^sti is offline
Normal Member

paklah^sti's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2008
Location: Bangi
Posts: 445
Poster Rank: #6136
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

giler panjang bebenang nie...kihkihkih...

Last edited by paklah^sti; 01-07-2012 at 05:42 PM..
Reply With Quote
  #7548  
Old 01-07-2012, 07:01 PM
mfaiez mfaiez is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2008
Posts: 188
Poster Rank: #10079
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Aduhai... macam biasa, soalan yg ditanya, tetap tidak dijawab juga. Kalau macam nie, sampai thread ke 1 juta pun takkan habis.

Saudara memang pandai mengelak. Ditanya 2 kali, dan kedua2nya tidak dijawab.

Quote:
Kalau mandi bunga, mandi minyak, mandi air kolah masjid, mandi air muara dan macam macam mandi yang diamalkan oleh masyarakat dewasa ini, terdapat jin dalam kaedah tersebut, adakah kita mengikut sunnah?
Okey, itu memang tak ikut sunnah. Tapi, adakah teknik mandi air kencing manusia itu juga tergolong dalam sunnah nabi?

Kita lihat, apa kata ulama.
Quote:
Imam An-Nawawi menyebutkan lagi pendapat lain, katanya:
“Ashhab kita berkata harus berubat dengan najis itu hanyalah apabila tidak ditemui ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika ada ubat yang suci, maka haramlah berubat dengan najis tanpa diperselisihkan oleh ulama.”(Al-Majmu’ 9/55)
Rujukan saya : http://infad.usim.edu.my/modules.php...=0&newlang=mas

Apa, sudah tidak ada medium lainkah yg lebih bersih dan suci berbanding air kencing untuk digunakan dalam perubatan? Adakah terlalu darurat sangat sehingga terpaksa guna air kencing?

p/s : Ello saudara, kalau berhujah tu, boleh tak bagi rujukan sikit. Asyik-asyik guna kasyaf.
Reply With Quote
  #7549  
Old 01-07-2012, 07:15 PM
ariez2009 ariez2009 is offline
Active Member

ariez2009's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 681
Poster Rank: #4656
Blog Entries: 1
Thanked 19 Times
Active Level
Default Assalammualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Tamam1910,

Terlebih dahulu saya memohon maaf andai kenyataan saya sebelum ini mengguris hati tuan.

Suka saya terangkan disini bahawa teknik yang diajarkan oleh Ustaz Mail adalah proses pembelajaran 2 hala. Two ways communication kata orang putih. Ramai mereka mereka yang tewas ditengah jalan adalah kerana mereka kurang memahami proses tersebut. Masa yang diperlukan oleh seseorang untuk mendapatkan kesan yang optimum adalah berbeza beza. Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain ujiannya. Kita ambil contoh:-

Contoh 1
Si A : Jumlah jin dalam badannya 9 juta
Si B : Jumlah jin dalam badannya 900 juta

Sudah tentu masa yang diperlukan oleh Si B agak lama berbanding Si A

Contoh 2
Si A : Jin-jin dalam badan Si A ilmunya tinggi
Si B : Jin-jin dalam badan Si B ilmunya rendah

So, Si B lebih bernasib baik dari Si A kerana masanya mungkin awal berbanding Si A.


Contoh 3
Si A : Jin-jin dalam badan Si A diperolehi dari 10,000 orang
Si B : Jin-jin dalam badan Si B diperolehi dari 10 orang sahaja

Jadi, proses pemulangan ilmu bathil bagi si A adalah lebih lama berbanding Si B

Contoh 4
Si A : Tuan punya Jin-jin dalam badan Si A adalah orang yang Si A ingati
Si B : Tuan punya Jin-jin dalam badan Si B adalah orang yang Si B tak ingat lagi (lupa)

Jadi Si A lebih bernasib baik dari Si B

Contoh 5
Si A : Seorang yang istiqamah dan berusaha bersungguh sungguh untuk membuang ilmu bathil dalam dirinya
Si B : Seorang yang biasa biasa dan berusaha ala kadar untuk membuang ilmu bathil dalam dirinya

Kebarangkalian Si A mendapat kesan optimum dengan segera adalah tinggi berbanding Si B

Kerana perkara perkara diatas lah memerlukan seseorang itu senantiasa berhubung dengan Ustaz Mail dalam mencapai impian. Ustaz Mail diberi Allah kelebihan untuk melihat dan merasai kehadiran makhluk durjana. Ustaz Mail hanya penunjuk jalan. Diri sendiri lah yang menentukan hala tujunya. Bukan Ustaz Mail yang memecahkan "tembok" tersebut, diri sendiri lah yang perlu memecahkan nya.

Kalau hari ni belajar, besok nak nampak semuanya, memang tak dapek den nak menolongnya.. Dalam proses membuang ilmu bathil itu sendiri kita akan diuji.. Allahhuakbar.. Adakah kita boleh mengaku beriman andai tidak diuji?.. Hari ni buang saka, esok dah jadi baik? Saka memang sudah dibuang, ilmu bathil yang lain? Wallahhuaklam
__________________
" Saya sekeluarga ambil ilmu yang benar disisi Allah sahaja dari anda semua. Ilmu yang dimurkai Allah semua saya pulangkan balik kepada anda dari dulu, kini, dan selama-lamanya "
Reply With Quote
  #7550  
Old 01-07-2012, 09:38 PM
tamam1910 tamam1910 is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2010
Posts: 166
Poster Rank: #10810
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Salam ariez,

Terlebih dahulu,pernyataan tuan tidak mengguris hati pun cuma sy sekadar mengingatkan sesama kita supaya jgn guna taktik kotor dlm perbincangan ini,itukan ada unsur2 setan yg menghasut tuan.

Oleh kerana tuan2 ada yg boleh nampak setan2 itu mati,boleh tak ceritakan pd sy,bagaimana setan itu mati?adakah setan itu meletup?terbakar dan berasap,menjerit kesakitan?cuba ceritakan maklumlah sy tak leh nampak.

Dan sekali mandi,berapa ekor setan boleh mati?adakah jumlah setan yg mati bergantung pd bilangan berapa kali mandi(lebih kurag** atau mcm mana?

Dan yg paling penting dan belum dijawap lg,mengapa dan apa alasannyer setan boleh mati/lari bila kena taik dan kencing,lidi,lighter kat celah kangkang?

Last edited by tamam1910; 01-07-2012 at 09:43 PM..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
lawak seram

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 10:10 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE