[IMG]http://*****************/imej/bajet.jpg[/IMG]
Semalam, Datuk Seri Najib Razak pertama kali membentangkan belanjawan untuk tahun 2010 selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2010 kali ini berjumlah RM191.5 billion yang mana RM138.28 billion (72.2%) untuk perbelanjaan mengurus manakala RM53.22 billion (27.8%) untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Dengan pembentangan belanjawan 2010 ini, ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010, perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratusan, perkhidmatan 3.6 peratus, penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus dan pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661.
Belanjawan 1: Jabatan kerajaan wajib menyediakan pusat penjagaan harian anak-anak
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan peruntukan RM200,000 kepada setiap kementerian dan jabatan.
Belanjawan 2 : Bajet 2010: Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam gred 41 hingga 54
Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini.
Belanjawan 3 : Bajet 2010: RM3.7 bilion untuk pertingkat pasukan keselamatan
Sejumlah RM1 bilion akan disediakan untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2010 bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melaksanakan langkah mencegah jenayah yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) terpenting negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk mengurangkan indeks jenayah sebanyak lima peratus termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20 peratus pada akhir 2010. Antara langkah yang bakal diambil,
* Menyediakan balai polis bergerak di 50 “hot spots” yang dikenal pasti di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan kehadiran anggota polis agar orang awam merasa yakin dan selamat.
* Mempertingkatkan latihan dan kecekapan 3,000 anggotaIkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam untuk melakukan rondaan bersama polis serta meningkatkan kempen pencegahan jenayah dan melaksanakan program integrasi polis dalam komuniti masyarakat
* Keselamatan sempadan negara juga turut diberi perhatian serius dengan menyediakan sejumlah RM1.9 bilion untuk meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.
* Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut diberikan RM622 juta bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun, katanya.
Belanjawan 4 : Penjawat awam boleh pinjam 3 tahun sekali beli komputer
Penjawat awam kini boleh membuat pinjaman untuk membeli komputer peribadi (PC) tiga tahun sekali berbanding lima tahun yang dilaksanakan sekarang
Belanjawan 5 : Akta “Whistle Blower” akan diperkenal
Akta “Whistle Blower” akan diperkenalkan tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.
Belanjawan 6 : Tunjuk MyKad beli minyak
Pengguna kenderaan di negara ini wajib menggunakan MyKad untuk membeli bahanapi petrol atau diesel untuk memastikan subsidi minyak yang diperuntukan sampai ke golongan sasar
Belanjawan7 : Biasiswa nasional untuk pelajar terbaik
Seramai 30 pelajar terbaik berasaskan merit akan diberikan biasiswa Nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia manakala pinjaman PTPTN bakal ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda yang mendapt kelas pertama mulai tahun 2010, kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun
Belanjawan 8 : Subsidi RM2 bilion untuk petani dan nelayan
RM2 bilion akan disediakan untuk tujuan subsidi, insentif dan bantuan untuk petani dan nelayan, subsidi harga padi lebih RM400 juta, subsidi baja padi hampir RM300 juta, subsidi beras hampir RM220 juta dan peruntukan RM170 juta sebagai elaun sara hidup dan insentif untuk nelayan.
Belanjawan 9 : Pelepasan cukai RM500 langganan jalur lebar
Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 sehingga 2012.
Belanjawan 10 : Sistem pengurusan dan penyampaian agensi kerajaan dipertingkat
Bagi mencapai tujuan ini, Institut Tadbiran Awam negara (INTAN,) Bukit Kiara akan distruktur semula sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia,” katanya. INTAN Bukit Kiara akan dinaik taraf sebagai “School of Government” dengan kuasa autonomi, ditadbir secara profesional dibantu tenaga pengajar berpengalaman dan menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka dunia.”
Kemudiannya kerajaan juga dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), terutamanya untuk menilai impak sosial terhadap rakyat supaya rakyat tidak dibebankan dengan pengenalan cukai ini, jika didapati GST perlu dilaksanakan bagi mencapai kestabilan kewangan kerajaan. Sekiranya GST dilaksanakan, ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada serta pengecualian tertentu diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Kadar GST yang akan dikenakan dijangka lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada.
Belanjawan 11 : Suruhanjaya baru bagi pengangkutan awam darat
Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dapat menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.
Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) juga akan ditambah lapan unit “electric multiple units” (EMU) yang baru dan membaik pulih sembilan EMU dan langkah itu akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan komuter sedia ada. Syarikat milik negara, Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) juga akan menambah 35 unit Aliran Transit Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya-Taman Melati. Empat unit tren telah diterima dan sedang beroperasi manakala 22 unit akan diterima pada tahun 2010 dan bakinya pada 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.
Kerajaan bercadang membina laluan berbumbung menghubungkan stesen-stesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran iaitu Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jalan Sultan Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Jalan Hang Tuah. Kerajaan juga akan memperluaskan laluan khas dan menambah bilangan bas untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatannya di Kuala Lumpur dan di samping itu, empat hab baru akan dibina di Pulau Pinang untuk meningkatkan perkhidmatan bas dan penambahan rangkaian laluan.
Kerajaan juga dalam cadangan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya. Kerajaan juga akan melaksanakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubah suai laluan Touch n” Go di plaza-plaza tol.
Belanjawan 12 : Pertukaran nama Kementerian Wilayah Persekutuan
Kementerian Wilayah Persekutuan ditukar nama kepada Kementerian Wilayah Persektuuan dan Kesejahteraan Bandar dan ditugaskan menyediakan plan tindakan untuk menangani masalah kemiskinan di bandar.
Belanjawan 13 : Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia diperkenal
Klinik kesihatan komuniti 1Malaysia akan diperkenalkan di bandar tahun depan di kawasan perumahan dan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari untuk rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema. Sebagai permulaan, sebanyak 50 buah klink akan dibuka dengan peruntukan RM10 juta.
Belanjawan 14 : Kerajaan terbit sukuk 1Malaysia berjumlah RM3 bilion
Kerajaan akan menerbitkan sukuk 1Malaysia berjumlah RM3 bilion untuk memberi peluang kepada rakyat meningkatkan pendapatan mereka. Sukuk itu akan ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, dengan pelaburan minima RM1,000 dan maksima RM50,000. Tempoh matang sukuk ini ialah tiga tahun dengan kadar pulangan lima peratus setahun yang akan dibayar setiap tiga bulan.
Belanjawan 15 : Diskaun Tambang 50 Peratus KTMB Kepada Pelajar
Kerajaan akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kepada pelajar, terutama bagi mereka dari kalangan keluarga berpendapatan rendah. Diskaun itu adalah kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma itu boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010.
================================================== =============================
Disebabkan terlalu panjang sehingga melebihi jumlah perkataan, boleh terus membaca detailsnya di
Berita Semasa Online