BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibrahim Ali Buat Laporan Polis Terhadap Majlis Peguam

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali Khamis membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim.

"Borang kaji selidik yang dikeluarkan melalui web www.malaysianbar.org.my seolah-olah memberi peluang kepada orang awam membuat penilaian terhadap hakim-hakim di negara ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya borang kaji selidik itu yang bertajuk "Survey Form For Feedback On Judiciary" dikeluarkan laman web terbabit pada 25 Ogos dan 28 Sept lepas.

"Cara begini adalah salah kerana ia boleh mencemarkan nama baik (kehakiman) dan ia juga bertentangan dengan undang-undang negara sebab kita tidak boleh menyentuh tentang kedudukan hakim-hakim di negara ini," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=448895
 
xbleh sentuh sampai hakim2 buat keputusan tahap busuk dan meloyakan................
 
Back
Top
Log in Register