Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,717
Poster Rank: #4
Thanked 1,838 Times
Active Level
My Mood:
Duit Courtney Love tinggal RM413.98
Courtney Love
NEW YORK: Penyanyi rock, Courtney Love memberitahu rakannya bahawa dia hanya mempunyai wang terakhir £75 (RM413.98) dan mungkin tinggal di jalanan tidak lama lagi.
Penyanyi berusia 45 tahun itu mengakui tidak mampu memberi makan anak perempuannya Frances Bean, 17.
Love yang kini tinggal di Hotel Mercer di sini, menghantar mesej kepada seorang rakannya mengatakan: "Saya dalam keadaan teruk. Saya hanya ada AS$120, anak saya tidak makan dengan betul dan saya akan ditendang keluar."
Bekas penyanyi 'Hole' yang tinggal kulit dan tulang itu bulan lalu dihalang mengeluarkan dana amanah yang ditinggalkan untuk anak perempuannya ketika suaminya penyanyi Kurt Cobain membunuh diri pada 1994.
Dia mendakwa, lebih £300 juta (RM1.66 bilion) dicuri daripadanya sejak 2003, malah mengupah penyiasat untuk cuba mengesannya.
Rakannya itu memberitahu: "Keadaannya jelas amat teruk. Dia mengalami masalah kewangan yang meruncing."
Dalam perkembangan lain, kebimbangan mengenai penyanyi rock itu disuarakan selepas gambar terbarunya menunjukkan dia kini kelihatan seperti bayang-bayang kepada dirinya yang satu ketika dulu bertubuh montok.
Penyanyi yang sering menimbulkan huru hara itu jelas pucat dan tidak bermaya, dengan lengan yang amat kurus ketika dilihat pergi ke satu tempat di bandar raya ini.
Keadaan Courtney yang lemah itu jauh daripada penampilan berambut perang yang muncul dalam arena muzik dan berkahwin dengan ikon Nirvana, Kurt Cobain pada 1990-an.
Rakan penyanyi yang berjuang mengatasi ketagihan heroin dan kokain, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kesihatannya sebelum ini. Pada Ogos 2007, dia berjanji 'menyusun semula jadual pemakanannya.'
Bagaimanapun, sejak itu berat badannya meningkat dan turun dengan kerap dan dia menafikan dakwaan melakukan pembedahan.
Awal tahun ini, dia memberitahu majalah Elle: "Jika saya boleh mendapatkan pembedahan mengikat perut, saya akan melakukannya " Agensi
dwet habis kat dadah kot..die berjaya ke atasi ketagihan die tu?
aku tataw cmne rupa anak die skang, da 17 thn rupanya..dulu nampak kat mag masa die baby lg..harap anak die jd anak yg baik dan ambil pengajaran dr kes mak bapak die ni
__________________
I assure you; while I look like a ghost, I'm no spirit or demon. I'm nothing but a girl struggling to make her way in an intolerant world. I bleed, I love, and someday, I'll die.
*Jangan serang peribadi sesama ahli. *Jangan post perkara yang bersangkutan dengan isu ban / sekatan sekiranya ternampak ada antara ahli disekat atau diberi amaran. *Jangan post sekadar untuk gelak.
I assure you; while I look like a ghost, I'm no spirit or demon. I'm nothing but a girl struggling to make her way in an intolerant world. I bleed, I love, and someday, I'll die.
*Jangan serang peribadi sesama ahli. *Jangan post perkara yang bersangkutan dengan isu ban / sekatan sekiranya ternampak ada antara ahli disekat atau diberi amaran. *Jangan post sekadar untuk gelak.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE