Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #7561  
Old Yesterday, 10:46 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,079
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6015
Active Level
My Mood:
Default

SESI LATIHAN BERSAMA PASUKAN JDT DAN JDT II | 20HB OGOS 2017

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan JDT dan JDT II di Pusat Latihan Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.







Reply With Quote
Paid Advertisement
  #7562  
Old Yesterday, 10:47 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,079
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6015
Active Level
My Mood:
Default

PENAJA ANTARABANGSA DALAM RUNDINGAN TERAKHIR UNTUK MENAJA JDT

Pencapaian dan kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini berjaya menarik perhatian beberapa syarikat luar negara yang telah menyatakan minat untuk menaja pasukan pada masa akan datang. Antaranya adalah sebuah syarikat jam tangan terkemuka jenama antarabangsa yang telah menyatakan keinginan syarikat mereka untuk memberikan penajaan kepada JDT. Selain itu, terdapat satu lagi penaja global yang turut berminat untuk bekerjasama dengan JDT.

Ia masih dalam proses perbincangan ketika ini dan akan diumumkan dalam waktu terdekat. Keinginan syarikat-syarikat global dan antarabangsa ini bekerjasama merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat JDT dan telah meletakkan kelab ini berada di kelasnya tersendiri apabila berjaya menarik minat penaja-penaja luar untuk menaja JDT. Luaskan Kuasamu Johor.


Reply With Quote
  #7563  
Old Yesterday, 10:49 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,079
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6015
Active Level
My Mood:
Default

NIKE AKAN MENAJA BEBERAPA PANEL IKLAN UNTUK MENGHIASI STADIUM LARKIN DAN STADIUM BARU JDT AKAN DATANG

Pihak Nike telah bersetuju untuk membantu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk menghiaskan Stadium Larkin dan Stadium baharu JDT dengan panel-panel iklan jenama Nike dan JDT. Ini sekaligus menjadikan JDT satu-satunya kelab dalam negara yang bukan sahaja menerima tajaan jersi tetapi juga melibatkan penajaan dari segi dekorasi stadium dan juga pusat latihan JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

Reply With Quote
  #7564  
Old Yesterday, 10:50 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,079
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6015
Active Level
My Mood:
Default

Reply With Quote
  #7565  
Old Yesterday, 10:51 PM
xgang xgang is offline
Active Member

xgang's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2012
Posts: 1,546
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 124
Active Level
My Mood:
Default

Setakat ni pasukan yang paling menyerlah bola sukan sea ni pada kawan adalah pasukan vietnam.

Dari segi technical ability, tactical adaptability, gameplay mereka memang jauh lebih advanced dari pasukan2 lain. Antara pasukan yang Malaysia perlu beri perhatian lebih.

Pemain no 10 mereka tu memang mantap. Kalau JDT dapat beli dia dan tambah lagi kita dah ada Safawi, memang kita akan ada barisan penyerang muda yang mantap untuk masa akan datang. Sekadar berangan je.
Reply With Quote
  #7566  
Old Yesterday, 11:45 PM
iwak iwak is offline
Super Active

iwak's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 7,293
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 3
Active Level
Send a message via Yahoo to iwak
Default

Penaja baru tu simpan je dulu cite. Buat la suprise skit. Bnda pn x kompom lg.
Reply With Quote
  #7567  
Old Today, 10:18 AM
xgang xgang is offline
Active Member

xgang's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2012
Posts: 1,546
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 124
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by iwak View Post
Penaja baru tu simpan je dulu cite. Buat la suprise skit. Bnda pn x kompom lg.
Rileks bro, have faith. Mereka tahu apa yang mereka buat. Jangan terikut sangat cakap2 orang yang dengki yang tak suka nak lihat kita gembira. Cuma kita sebagai penyokong just keep being optimistic and level headed.
Reply With Quote
  #7568  
Old Today, 11:34 AM
xgang xgang is offline
Active Member

xgang's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2012
Posts: 1,546
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 124
Active Level
My Mood:
Default

Sorry off topic sikit. Ada orang nak cakap pasal sejarah kesultanan Johor moden tapi mereka sendiri fail bab sejarah. Boleh pulak nak persoalkan yang keturunan Sultan sekarang takde darah raja. Lawak betul

Untuk Bangsa Johor sekalian, meh sini kawan berikan fakta sejarah untuk korang hadamkan baik2.

Memang betul Sultan Johor sekarang berasal dari dinasti Dato' Temenggung Paduka Raja, Johor. Tapi jika kamu semua lihat pada gelaran keturunan mereka tu kamu fikir mereka dari keturunan kebanyakan macam keturunan mahathir ke?

Temenggung Tun Seri Maharaja Daeng Ibrahim, pengasas Kesultanan Johor Moden adalah anak kepada Temenggung Tun Daeng Abdul Rahman ibni Temenggung Tun Abdul Hamid (Engku Daeng Kechil).

Temenggung Tun Abdul Hamid adalah anak kepada Temenggung Tun Abdul Jamal dengan Raja Daeng Maimunah. Dari Temenggung Abdul Hamid inilah keturunan Temenggung bergabung darah antara darah Raja Melayu dan Raja Bugis. Ini kerana Temenggung Abdul Jamal adalah anak kepada Al-marhum Raja Bendahara Tun Abbas, Bendahara Johor dan cucu kepada Al-marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Manakala, Raja Daeng Maimunah adalah anak kepada Opu Daeng Parani bin Opu Daeng Rilaga, ketua bugis 5 bersaudara dari keturunan Raja Bugis, dengan Tengku Tengah Fatimah binti Al-marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. So, tang mana yang nak kata mereka takde darah Raja?

Baginda Al-marhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV pula adalah Sultan Johor pertama dari Dinasti Bendahara dan juga sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Mangkat Dijulang, yang merupakan Sultan Johor terakhir dari keturunan langsung kesultanan Melaka.

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV adalah anak kepada Bendahara Paduka Raja, Tun Habib Abdul Majid.

Siapa pula Bendahara Tun Habib Abdul Majid ni? Baginda adalah dari keturunan Tun Dagang Sayyid Zainal Abidin yang berasal dari Hadramaut. Tun Dagang ini adalah dari keturunan Sayyidina Hussein r.anhu iaitu cucu kepada baginda Rasulullah SAW. Manakala isteri Tun Dagang iaitu Tun Mengkudu adalah dari keturunan Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang, Bendahara Johor yang mengarang Sulalatus Salatin. Tun Sri Lanang pula adalah daripada keturunan Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Kudu. Tun Ali pula adalah dari keturunan Sang Nila Utama dan Radin Majapahit. Manakala Tun Kudu adalah bekas isteri kepada Sultan Mansur Shah 1, Sultan Melaka ke 6, dan juga saudara perempuan kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak, Bendahara Melaka. Tun Kudu dan Tun Perak juga bukan keturunan sembarangan kerana mereka berasal daripada keturunan Sultan Megat Iskandar Shah I, Sultan Melaka ke 2 dan anak kepada Parameswara, Sultan Melaka pertama.

Lengkaplah sudah susur galur keturunan Sultan Johor sekarang yang datang dari jalur Sultan Johor, Sultan Melaka, Raja Bugis, Sang Nila Utama, Radin Majapahit dan darah mulia baginda Rasulullah SAW.

So, dah hadam dah susur galur keturunan Sultan Johor sekarang ke belum? Kepada yang tak tahu tentang sejarah janganlah kamu nak bercerita tentang sejarah kerana hanya memalukan diri sendiri je. Bukan nak berlagak dengan darah keturunan tetapi ini adalah fakta yang wajib diterangkan bagi menangkis fitnah yang berniat untuk mencemar kredibiliti baginda Sultan.

Kepada Bangsa Johor, nenek moyang kamu tidak salah apabila membuat keputusan berdiri di belakang kepimpinan Temenggung Sri Maharaja Daeng Ibrahim dan Maharaja Sir Sultan Abu Bakar sebagai pemerintah Johor yang sah kerana mereka faham sejarah.

Dan perpecahan Empayar Johor Lama bukanlah disebabkan oleh Temenggung Daeng Abdul Rahman berpakat dengan British sebagaimana fitnah yang disebar luaskan dalam subjek sejarah di sekolah. Sebaliknya, perpecahan berlaku disebabkan oleh pengkhianatan Raja Jaafar, Yam Tuan Muda Riau, terhadap Sultan Mahmud Shah III. Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, Raja Jaafar telah menabalkan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, menggantikan paduka ayahandanya. Sedangkan waris yang berhak ke atas takhta adalah Raja Muda iaitu Tengku Hussein. Mengapa Raja Jaafar tidak mahu Tengku Hussein naik takhta? Ini kerana Tengku Hussein adalah seorang pemimpin yang berkarisma manakala adiknya, Sultan Abdul Rahman adalah pemimpin yang lemah kerana baginda adalah seorang ulama. Maka dengan pelantikan Sultan Abdul Rahman sebagai Sultan Empayar Johor Lama, Raja Jaafar berhasrat menguasai pentadbiran dengan membonekakan baginda Sultan. Raja Jaafar ini pula disokong oleh Belanda yang merupakan penjajah yang telah melenyapkan keturunan Radin Majapahit dari bumi Jawa.

Temenggung Tun Daeng Abdul Rahman telah nampak muslihat Raja Jaafar dan Belanda ini, dan bagi menyelamatkan Empayar beliau telah membuat perjanjian dengan British bagi mengawal pengaruh Belanda dalam pentadbiran Empayar. Dan telahan beliau adalah amat tepat sekali kerana setelah Empayar Johor Lama berpecah kepada Johor-Pahang dan Riau-Lingga, Belanda telah menghapuskan jawatan Sultan Lingga dan YamTuan Muda Riau sebagaimana mereka telah menghapuskan jawatan Radin Majapahit.
Reply With Quote
  #7569  
Old Today, 11:54 AM
John Nawi John Nawi is offline
Active Plus

John Nawi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 3,874
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by iwak View Post
Penaja baru tu simpan je dulu cite. Buat la suprise skit. Bnda pn x kompom lg.
haritu kluar logo jdt kat stamford bridge kan??
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:48 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you