Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > HIGH RISK SECTION - READ FORUM DISCLAIMER CAREFULLY BEFORE JOIN ! > Unrecognize Program Websites > Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying

Pyramid/Ponzi/Merapu Program Stop Paying As per our warning, all HYIP & Matrix is just only a internet money game program. It is not an investment scheme & one day it will stop paying you. This section containing all stop-paying ponzi programs. Please read also Announcement HERE

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #191  
Old 03-08-2017, 10:41 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default

Laporan polis dibuat di Singapore.

Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #192  
Old 03-08-2017, 10:41 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 30,182
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2366
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Pelaburan forex MGC Capital, kerugian RM37 juta, 3 ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan tiga individu disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM37 juta.

Tangkapan itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, sebentar tadi.

Beliau berkata, ketiga-tiga individu terbabit ditahan di Maran, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

"Syabas JSJK B Aman @PDRMsia tkap 3 org di Maran Phg dan K Baru terlibat Pelaburan Forex MGC Capital. Mangsa kerugian RM37Juta. #GoPDRMGo," katanya.
tu dia, mangsa rugi 37 juta

sapakah yg ditahan tu
Reply With Quote
  #193  
Old 03-08-2017, 10:44 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default

Assalamualaikum & Salam Sejahtera_

MAKLUMAN TANGKAPAN OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH KOMPLOT, JSJK BUKIT AMAN
KES PELABURAN FOREX – MGCFX

**TANGKAPAN PERTAMA

PEG SERBUAN: Diketuai oleh DSP Aibee AB Ghani , ASP Izmir bersama anggota Komplot JSJK Bukit Aman
TARIKH / MASA TANGKAPAN: 01/08/2017 jam 1145hrs
LOKASI TANGKAPAN: Rumah B40, Lorong Impian 10, Taman Maran Impian, Maran, Pahang.

BUTIRAN TANGKAPAN / PENGLIBATAN:
Muhammad Hizbullah Ikmal bin Othman, kp: 89**, umur : 28th, alamat: ** 26500 Maran Pahang. (Sebagai salah seorang pengarah syarikat MGC Capital Sdn Bhd dan juga dilantik sebagai ceo syarikat)

**TANGKAPAN KEDUA

PEG SERBUAN: Diketuai oleh ASP Rastam, Insp. Mohd Hisyam bersama anggota Komplot JSJK Bukit Aman
TARIKH / MASA TANGKAPAN: 01/08/2017 jam 2030 hrs
LOKASI TANGKAPAN: Kampung Gong Genor, Pasir Puteh, Kelantan.
BUTIRAN TANGKAPAN / PENGLIBATAN:
Mohd Zaidin Bin Osman, 67**, alamat: ** Pasir Puteh, Kelantan. ( Dilantik sebagai COO MGC Capital Sdn Bhd)

**TANGKAPAN KETIGA

PEG SERBUAN: Diketuai oleh ASP Rastam, Insp. Mohd Hisyam bersama anggota Komplot JSJK Bukit Aman/ RO BSJKD Kota Bharu.
TARIKH / MASA TANGKAPAN: 01/08/2017 jam 2100 hrs
LOKASI TANGKAPAN: Lapangan Terbang Sultan Yayha Putera, Pengkalan Chepa, Kota BHaru Kelantan.
BUTIRAN TANGKAPAN / PENGLIBATAN:
Othman Bin Muhammad Zin, KP: 62**, Alamat: ** Taman Maran Impian, Maran. ( Pengasas MGC Capital Sdn Bhd)

MODUS OPERANDI: Menawarkan pelaburan forex dengan keuntungan 10 % setiap minggu selama 4 tahun.

ULASAN : Sebanyak 114 laporan polis diterima atas kes pelaburan forex MGCfx mulai Feb 2016 – 09 Julai 2017 melibatkan jumlah kerugian yang dilaporkan RM39.60 juta. Sebanyak (20) K/Siasatan telah dibuka.

Pengasas dikenali Dato Seri Othman Mohd Zain ( Merupakan bapa kepada tangkapan).

Pembayaran dibuat ke akaun Maybank MGC Capital Sdn Bhd dan pendaftaran dibuat melalui website www.mgcforex.com.

Telah mula beroperasi sejak bulan Jun 2014 dan sekitar Ogos 2015 pembayaran mula gagal dibuat. OKT akan dipohon reman untuk siasatan lanjut bersabit Dang Wangi Rpt.22324/17, DW/JSJK/KS/632/16, Sek 420 KK, IO: Sjn Ridzuan.

Untuk makluman awal YDH Dato Sri/Dato/Tuan/Puan
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #194  
Old 03-08-2017, 10:46 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default



..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #195  
Old 04-08-2017, 08:24 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default

Datuk antara 3 individu ditahan terbabit penipuan forex

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM39.6 juta.


Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ketiga-tiga individu terbabit termasuk dalang utama sindiket berkenaan yang bergelar Datuk ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak tiga hari lalu.

"Operasi bermula pada Selasa lalu hingga lewat malam semalam, kita telah tahan mereka di Maran, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

"Kesemua suspek menawarkan skim pelaburan forex dengan keuntungan 10% setiap minggu selama 4 tahun.

"Sebanyak 114 laporan polis telah dibuat ke atas syarikat MGC Capital Sdn Bhd bermula pada Februari tahun lalu sehingga bulan Julai 2017," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Acryl berkata sebanyak 20 kertas siasatan telah pun dibuka berkaitan penipuan terbabit.

"Pembayaran pelaburan oleh mangsa dibuat ke akaun Maybank menggunakan nama MGC Capital Sdn Bhd dan pendaftaran dibuat melalui laman web www.mgcforex.com.

"Kita kesan syarikat ini telah mula beroperasi sejak bulan Jun 2014 dan sekitar Ogos 2015 pembayaran telah mula gagal dibuat," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan mengenai tangkapan tiga individu terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.


http://www.bharian.com.my/berita/kes...penipuan-forex
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #196  
Old 04-08-2017, 08:27 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default

ejaan betol mortgage. nk letak nama pun dh typo. mmgla scam
Reply With Quote
  #197  
Old 04-08-2017, 12:26 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 16,145
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1495
Active Level
Default

Kerugian Pelaburan forex Rm39.6 juta, Datuk antara tiga ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM39.6 juta

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ketiga-tiga individu terbabit termasuk dalang utama sindiket berkenaan yang bergelar Datuk ditahan dalam operasi yang dijalankan sejak tiga hari lalu.

"Operasi bermula pada Selasa lalu hingga lewat malam semalam, kita telah tahan mereka di Maran, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

"Kesemua suspek menawarkan skim pelaburan forex dengan keuntungan 10% setiap minggu selama 4 tahun.

"Sebanyak 114 laporan polis telah dibuat ke atas syarikat MGC Capital Sdn Bhd bermula pada Februari tahun lalu sehingga bulan Julai 2017," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Acryl berkata sebanyak 20 kertas siasatan telah pun dibuka berkaitan penipuan terbabit.

"Pembayaran pelaburan oleh mangsa dibuat ke akaun Maybank menggunakan nama MGC Capital Sdn Bhd dan pendaftaran dibuat melalui laman web www.mgcforex.com.

"Kita kesan syarikat ini telah mula beroperasi sejak bulan Jun 2014 dan sekitar Ogos 2015 pembayaran telah mula gagal dibuat," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan mengenai tangkapan tiga individu terbabit menerusi akaun Twitter miliknya, malam tadi.

http://www.bharian.com.my/berita/kes...a-tiga-ditahan
Reply With Quote
  #198  
Old 08-08-2017, 07:12 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 129,149
Active Level
My Mood:
Default

Aset lebih RM1 juta dirampas
Penipuan MGC Forex libatkan kerugian RM40 juta



A. THAIVEEGAN menunjukkan barang rampasan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Menggunakan gelaran `Datuk Seri’ palsu serta aset mewah untuk menarik minat pelabur.

Itulah taktik digunakan tiga individu termasuk dua beranak yang dikesan memperdaya mangsa untuk menyertai skim pelaburan urus niaga mata wang asing (Forex) sehingga mengakibatkan kerugian mencecah RM40 juta.

Namun kegiatan licik ketiga -tiga lelaki berkenaan tidak berpanjangan apabila mereka ditahan polis dalam serbuan berasingan di Kota Bharu, Kelantan dan Maran, Pahang, Selasa lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A. Thaiveegan berkata, dua daripada tiga individu yang ditahan itu dikenal pasti sebagai dalang utama yang menawarkan pelaburan dikenali sebagai MGC Forex.

“Pengasas yang mengaku bergelar ‘Datuk Seri’ dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang masing-masing berusia 55 dan 27 tahun itu merupakan anak ber*anak manakala seorang lagi suspek berusia 50 tahun turut meng*aku bergelar ‘Datuk’.

“Kita percaya semua gelaran itu adalah palsu dan hasil siasatan awal mendapati CEO tersebut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Thaiveegan, hasil penahanan itu, pihaknya turut merampas tujuh kenderaan mewah termasuk dua motosikal berkuasa tinggi, jam tangan serta wang tunai yang dianggarkan jumlah kese*luruhannya mencecah lebih RM1 juta.

“Antara kenderaan yang dirampas, Toyota Vellfire, Mazda CX5, Mini Cooper, BMW, Mercedez Benz, motosikal BMW R1200 dan Kawasaki Z1000.

“Turut dirampas adalah dokumen, buku akaun, buku cek serta resit-resit berkaitan urusan pelaburan syarikat tersebut,” jelasnya.

Katanya, kesemua barang rampasan dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sebelum ini, akhbar melaporkan skim berkenaan didakwa menyebabkan kerugian hampir RM40 juta selepas 114 pelabur membuat laporan polis terhadap mereka sejak Februari tahun lalu.

Syarikat tersebut dipercayai menarik pelabur dengan menjanjikan keuntungan dari 10 hingga 15 peratus setiap minggu selama empat tahun.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan memaklumkan, tempoh tahanan reman terhadap 29 ahli sindiket ah long termasuk dua wanita yang dicekup sejak 30 Julai hingga Khamis lalu disambung sehingga Khamis ini.

“Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 48 tahun itu terdiri daripada empat sindiket ah long yang berbeza serta berasal daripada Johor dan berope*rasi di seluruh negara. Lebih 20 laporan polis dibuat terhadap kesemua sindiket terbabit antaranya menggunakan kekerasan terhadap peminjam serta ugutan jenayah,” jelasnya.

Kejayaan itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu catatan di laman rasmi Twitternya pada Jumaat lalu.


http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4p786TfZC
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump