Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 14-06-2018, 11:08 PM
oldtbone oldtbone is offline
Legendary Member

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 10,532
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 1729
Active Level
My Mood:
Default Terpaku lihat mayat tersepit - kemalangan di Jalan Baru Kupang - Grik


KEADAAN kereta Toyota Vios dalam kemalangan jalan raya di Jalan Baru Kupang-Grik berdekatan Kampung Tiak, Baling. - Foto ihsan pembaca









SUNGAI PETANI: "Saya terpaku apabila melihat mayat menantu tersepit di tempat duduk pemandu sebaik tiba di lokasi kejadian dan lebih memilukan apabila cucu lelaki turut pergi bersama ayahnya," kata Md Isa Md Piah, 62.

Beliau adalah bapa mentua kepada mangsa, Noor Azizi Kamarudin, 34, yang maut bersama anaknya, Mohd Ammar, 4, dalam kemalangan di Jalan Baru Kupang-Grik berdekatan Kampung Tiak di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Noor Azizi yang memandu kereta Toyota Vios dan anaknya yang duduk di tempat duduk penumpang depan maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal.

Md Isa berkata, sebelum kejadian lebih kurang jam 12 tengah hari tadi, menantunya, Noor Azizi ada menelefon isterinya memberitahu mereka sekeluarga sudah tiba di Grik, Perak dan akan tiba di Kampung Gua Reban, Kupang, Baling tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau dan isterinya menunggu mereka sekeluarga namun sehingga jam 2 petang masih tidak tiba sedangkan jarak Grik dengan Kupang tidaklah begitu jauh.

"Namun, sebaik pulang dari solat Zohor, tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripada anak (Noor Hafizah Md Isa, 33) memberitahu kereta mereka terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Tiak.

"Anak saya juga memberitahu suami dan anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian dan saya yang terkejut terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Patutlah kami semua tunggu menantu sekeluarga tidak sampai rupa-rupanya dia dan anaknya pergi dulu tanpa sempat berhari raya," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, hari ini.

Katanya, anaknya tidak cedera, namun seorang lagi cucu Noor Ameera, berusia dua tahun parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

"Mereka sepatutnya pulang berhari raya di rumah saya di Kupang esok tetapi menukarnya ke hari ini. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, saya dan keluarga reda kerana ini semua sudah ditentukan Allah " katanya.














sumber: https://www.bharian.com.my/berita/ke...mayat-tersepit













.
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump