Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,182
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 15,879
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 21,758
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 22-06-2016, 12:18 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 24,843
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 171
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Thumbs up Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sudah siap (update: Rasmi 17hb Julai, Isnin)

Pembinaan laluan Transit Aliran Massa (MRT) bagi Sungai Buloh-Kajang kini 85 peratus siap dengan mencatat kemajuan yang baik untuk dijadualkan beroperasi pada Disember ini, menurut Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Datuk Najmuddin Abdullah berkata kesemua kerja struktur awam bagi stesen bertingkat telah siap, begitu juga laluan pandu dan kerja landasan bagi seksyen jejambat.

"Kerja-kerja seni bina stesen rancak dilaksanakan dan hampir siap di bahagian utara dan bahagian selatan turut mencatat kemajuan," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, Selasa malam.

Beliau berkata kerja di pintu masuk dan pemasangan jambatan pengantara merentasi jalan raya serta kemudahan di bahagian bawah stesen turut berjalan lancar.

Najmuddin berkata bagi seksyen bawah tanah, kesemua kerja struktur stesen juga telah siap, kecuali laluan masuk dan struktur laluan keluar di atas aras bumi dan pintu masuk.

Beliau berkata semua 24 tren yang diperlukan bagi fasa satu telah diserahkan kepada Depot Sungai Buloh dan kini menjalani pengujian di seksyen fasa satu jejambat itu.

"Bagi MRT Laluan 2, laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), pembinaan akan bermula akhir bulan ini dengan kerja-kerja pembukaan.

"Setakat ini, 18 pakej kerja telah diberikan, manakala bakinya akan diumumkan kemudian,"
katanya.

Najmuddin berkata Laluan SSP juga akan beroperasi mengikut dua peringkat, dengan fasa pertama pada Disember 2021 dan fasa kedua pada Julai 2022.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-mal...us-siap-108877

Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT Fasa 2, 95 peratus siap - PM


STESEN MRT Stadium Kajang. - Foto Blog PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembinaan Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) kini 95 peratus siap dan akan beroperasi mengikut jadual menjelang Julai depan.

Perdana Menteri berkata, ini akan memperluaskan jaringan pengangkutan awam rel dan bas, sebagai tambahan kepada projek Fasa 1 membabitkan laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dilancarnya pada 15 Disember lalu.

"Saya dimaklumkan bahawa jumlah pengguna MRT di negara kita sudah melebihi sejuta orang sejak dilancarkan. Teringat kembali perkara pertama yang menarik perhatian saya ketika menaiki MRT adalah kecanggihan teknologi dan trennya yang memastikan perjalanan yang lancar, laju dan senyap.

"Cukup selesa bagi saya sepanjang perjalanan di dalam tren. Platform yang dibina juga sangat luas dan mesra pengguna termasuk kemudahan untuk orang kurang upaya," katanya menerusi blog rasminya najibrazak.com, malam ini.

Fasa 2 MRT membabitkan laluan Semantan-Kajang menghubungkannya dengan laluan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Sri Petaling, Ampang dan Monorel.


STESEN MRT Batu 11, Cheras dalam pembinaan.

Perdana Menteri turut berkongsi maklumat mengenai pembinaan MRT Fasa 2 berserta gambar yang diterimanya dalam laporan dari semasa ke semasa daripada MRT Corp.

Katanya, Fasa 2 melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni yang sebelum ini tidak mendapat liputan meluas pengangkutan awam.

Beliau berkata, bagi memastikan kesalinghubungan yang lancar, laluan Sungai Buloh-Kajang Fasa 2 bakal mempunyai enam stesen pertukaran yang menyambungkan rangkaian MRT dengan rangkaian perkhidmatan tren yang lain seperti LRT, KTM, Monorel, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

"Stesen MRT ini adalah Muzium Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Maluri dan Kajang. Kemudahan Park N' Ride turut disediakan di stesen MRT terpilih di bawah Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang seperti Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukong, Sungai Jernih dan Kajang," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/245445
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Nilai hartanah sekitar MRT, kadar sewa dijangka naik



PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) bukan sahaja akan memberi nilai tambah baharu untuk rakyat dari segi pengangkutan, tetapi juga bakal menyaksikan kenaikan nilai hartanah di sekitar stesen berkenaan.


Bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda ), Datuk Ng Seing Liong berkata, sambutan positif sudah dapat dilihat apabila Fasa Pertama laluan MRT SBK diumumkan.

"Apabila MRT beroperasi , kita menjangka kira-kira lima hingga 10 peratus peningkatan dalam nilai hartanah," kata Seing Liong.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan MRT.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, harga hartanah yang mempunyai jaringan perhubungan yang baik akan menjadi lebih tinggi dan mempunyai nilai modal yang lebih baik.

"Hartanah yang terletak lebih dekat dengan laluan MRT dan stesen mampu menunjukkan peningkatan dari segi harga atau sewa," katanya.

Kim Loong menasihatkan mereka yang berhasrat untuk membeli hartanah tersebut supaya membuat kajian terhadap lokasi semua stesen MRT dan harga-harga rumah di kawasan berdekatan.

"Melakukan kajian sendiri adalah penting dalam mendapatkan rumah impian anda," katanya.

Beliau juga menggesa bakal pembeli agar memastikan mereka hanya membeli daripada pemaju yang mempunyai rekod yang baik dan kedudukan kewangan yang kukuh.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...esen-mrt-naik/
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Senarai tambang untuk MRT Sungai Buloh ~ Semantan bermula dari 17.01.2017 adalah seperti berikut;


Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tambang MRT percuma selama sebulan

Kuala Lumpur: Perdana Menteri mengumumkan tambang percuma Transit Aliran Massa (MRT) dan bas perantara selama sebulan mulai esok.


Datuk Seri Najib Razak berkata, tambang percuma bagi laluan fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang yang akan mula beroperasi 6 pagi esok itu sebagai hadiah kepada rakyat sempena tahun baharu.

Katanya, projek MRT bukan saja berjaya siap mengikut jadual untuk mula beroperasi akhir tahun ini, malah berjaya menjimatkan kira-kira RM2 bilion daripada kos asal RM23 bilion.

"Saya begitu gembira mengumumkan MRT berjaya melepasi sasaran 43 peratus apabila menganugerahkan 50 peratus daripada jumlah nilai kontrak kepada syarikat Bumiputera.

"Seramai 13 graduan muda Bumiputera juga diberi peluang dalam mempelajari kemahiran dalam industri pembinaan dan kereta api menerusi Program Usahawan Muda MRT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Kwasa Damansara di sini, hari ini.


http://www.hmetro.com.my/node/189383
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh-Kajang



KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Fasa 1 Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang di Stesen Kwasa Damansara, Sungai Buloh dekat sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Laluan sepanjang 24 kilometer bermula dari Stesen Semantan ke Stesen Sungai Buloh itu dijadualkan mula beroperasi esok.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....O61Gx0Q7.dpuf
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sasaran satu tren setiap 90 saat


STESEN MRT Sungai Buloh. - Foto Saddam Yusoff

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mahu meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren kepada 90 saat atau 1.5 minit pada masa akan datang bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pengangkutan awam.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berdasarkan pengalamannya semasa lawatan ke Moscow, Russia baru-baru ini, kekerapan sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) di negara itu ditetapkan pada 1.5 minit dengan keupayaan membawa 8.5 juta penumpang setiap hari.

"Dengan pelaksanaan kekerapan 1.5 minit itu, pengguna tren di negara berkenaan tidak perlu menunggu lama kerana ia lebih cepat.

"Justeru, kita juga berharap dapat mencapai sasaran berkenaan pada suatu hari nanti dan ini juga satu daripada transformasi dalam pengangkutan awam negara," katanya berucap pada majlis makan malam Kementerian Pengangkutan, di sini, malam ini.

Pada masa sama, beliau memberi contoh, kekerapan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) berjaya ditambah baik daripada sejam kepada setengah jam dan yang terbaharu ialah 15 minit.

Malah, katanya, melalui pelaksanaan Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu komuter akan disingkatkan kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan dikurangkan lagi kepada 3.5 minit.


http://www.bharian.com.my/node/223823
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT fasa dua hampir 95 peratus siap


Salah sebuah daripada tren Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Pertama sedang menjalankan ujian perjalanan di stesen Semantan, hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

PETALING JAYA 13 Dis. - Ketika fasa pertama Transit Aliran Massa (MRT) akan memulakan perkhidmatannya dari Sungai Buloh ke Semantan Jumaat ini, fasa kedua yang juga fasa terakhir dari Semantan ke Kajang, sudah hampir 95 peratus siap.

Pengarah Projek MRT Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian berkata, ia termasuk semua kerja struktur stesen, sistem rel dan tren.

"Kami jangkakan ujian perjalanan bagi fasa kedua dilakukan seawalnya pada Januari depan sebelum beroperasi pada Julai tahun yang sama," katanya dalam taklimat kepada media di sini, hari ini.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer itu membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dan ia adalah sebahagian daripada projek MRT berharga RM23 bilion sejauh 51km merangkumi 31 stesen.

Sementara itu, Ketua Bas Pengantara dan Pembangunan Infrastruktur, Rudyanto Azhar berkata, 112 bas akan mula beroperasi di 21 laluan dari 12 stesen bagi fasa pertama yang bermula Jumaat ini.

Katanya, kekerapan bas itu adalah antara 10 dan 15 minit manakala laluannya direka bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan komersial dalam lingkungan 3km dari sesebuah stesen MRT. - BERNAMA


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....qmO5C909.dpuf
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tambang MRT1 di umum, bermula RM1



KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tambang perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh - Kajang (MRT SBK) yang beroperasi 16 Disember depan akan bermula pada kadar RM1 untuk perjalanan satu hentian bagi mod tanpa tunai.


Rapid Rail Sdn. Bhd dalam satu kenyataannya berkata, tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10, antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Menurutnya, bagi tambang maksimum pula adalah RM6.40 (tunai) dan RM5.50 (tanpa tunai) meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh ke Kajang.

“Struktur tambang sudah diluluskan kerajaan dengan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan iaitu sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi mulai 16 Disember depan meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan manakala baki 19 stesen hingga ke Kajang dijadualkan beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.


- See more at: https://www.utusan.com.my/bisnes/eko....7G7WH3aB.dpuf
Update #1

Quote:
Originally Posted by fuhgeddaboudit View Post

http://www.youtube.com/watch?v=Q2ogDAvnT0M


Supposed Project nie Siap Sepenuhnya by Early next year..
Launch will be Middle Next year once siap sepenuhnya.
Ikut plan, by this month, akan testing train.
Tp..
this 15 DEC 2016..
Akan launch by DS Najib..
this 16 Dec 2016
akan open to public..

Skrg tgh testing TNG system..
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan



Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Datuk Najmuddin Abdullah yang ditemubual Bernama di Menara I&P berkenaan pelancaran Laluan Fasa Dua Semantan-Kajang pada 17 Julai ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Laluan Pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara tiga jaringan laluan rel bandar, akan beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa kedua laluan Semantan-Kajang minggu depan.

Laluan Semantan-Kajang akan melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51km dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan, yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan Laluan Semantan-Kajang, 17 Julai ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah, fasa kedua Laluan SBK sejauh 30km itu, mempunyai 19 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah dengan majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak ada perkhidmatan rel bandar.

Daripada jumlah stesen itu, 14 stesen terletak di kawasan strategik dan berpopulasi tinggi bagi memudahkan orang awam berulang-alik ke pusat bandar, katanya.

Stesen berkenaan ialah Muzium Negara, Tun Razak Exchange Centre, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught, Taman Mutiara, Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 11, Cheras, Bukit Dukung, Sungai Jernih dan Merdeka.

Beliau berkata stesen MRT juga dibina bagi mengintegrasikan dengan stesen Komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna.

Misalnya, kata Najmuddin, pembinaan laluan pejalan kaki menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral adalah bagi tujuan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan di pusat bandar.

"Kesalinghubungan dengan perkhidmatan pengangkutan lain adalah amat penting bagi pengguna dan setiap stesen MRT memainkan peranan penting antara satu sama lain," katanya.

Projek Laluan Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang, dengan kos RM23 bilion, mula dibina pada 8 Julai 2011, dan akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai 1.2 juta penduduk.

Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian kira-kira 400,000 orang.

Laluan MRT Kedua (MRT-2) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP), sepanjang 52.5km, dijangka siap pada suku kedua 2022 manakala laluan terakhir, MRT-3, membabitkan kawasan pusat bandar masih di peringkat perancangan dan pembangunan. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/301059
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT mampu kurangkan 160,000 kenderaan ke pusat bandar



KUALA LUMPUR 13 Julai - Mass RapidTransit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menjangka penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai ini.


Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah optimis bahawa penggunaan perkhidmatan Laluan SBK sejauh 51 km itu dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas secara drastik di ibu kota.

“Apabila anggaran 400,000 penumpang menggunakan Laluan SBK setiap hari, ini bermakna kami menjangka dapat mengurangkan 160,000 kenderaan di atas jalan setiap hari.

“Sebuah tren dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 penumpang dengan selesa...bayangkan ruang yang diperlukan jika setiap penumpang ini terus menggunakkan kenderaan masing-masing untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

“Jika jumlah penumpang ini meninggalkan kereta masing-masing di rumah dan mengambil tren, bayangkan ruang kosong yang dapat diwujudkan di atas jalan serta pemilik kenderaan dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hampir dua juta orang telah menggunakan perkhidmatan MRT sejak fasa pertama Laluan SBK meliputi jarak sepanjang 21km dari Sungai Buloh ke Semantan mula beroperasi sejak Disember tahun lepas.

Fasa dua Laluan Semantan-Kajang, sepanjang 30km, yang melengkapkan jajaran MRT SBK,akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakpada 17 Julai ini.

Bagi kemudahan pemilik kenderaan, Najmuddin berkata MRT menyediakan 14 tempat letak kereta bertingkat dan terbuka dengan 8,000 petak di stesen-stesen sepanjang Laluan SBK bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan itu untuk berulang-alik ke pusat bandar.

Tambahan pula, sejumlah 300 bas pengantara akan beroperasi bagi membawa orang ramai ke stesen berdekatan dengan setiap bas berkapasiti 62 penumpang dengan kekerapan setiap 10 minit, katanya.

“Rapid Rail, operator MRT, meramalkan bilangan pengguna akan meningkat 10 kali ganda pada masa-masa akan datang daripada purata 15,000 penumpang sehari kepada 150,000 penumpang sebaik sahaja fasa dua laluan Semantan-Kajang dibuka,” katanya.

Beliauberkatasatu lagi faktor yang akan menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tersebut ialah faktor tambang yang berpatutan.

Misalnya, beliau berkata,tambang tiket dari Sungai Buloh ke Kajang hanya RM5.50 dengan penggunaan kad Touch N’ Go dan RM4.60 untuk bayaran tunai dan masa perjalanan adalah kira-kira 80 minit.

“Bayangkan jika anda memandu dari Sungai Bulohke Kajang dari segi masa, kos petrol, tol serta tekanan yang anda perlu lalui tetapi dengan menggunakan perkhidmatan MRT, anda mendapat banyak faedah dari segi ekonomi, penjimatan kos dan masa serta kurang stres serta dapat melakukan perjalanan dengan selesa,” katanya.

Pada keseluruhan, Laluan SBK mempunyai 31 stesen dengan 19 stesen baharu bagi fasa kedua laluan Semantan-Kajang di mana tujuh merupakan stesen bawah tanah.

Stesen laluan Semantan-Kajang terletak di Muzium Negara, Pasar Seni, Bukit Bintang,Tun Razak Exchange Centre, Maluri, Cochrane, Taman Pertama, Taman Midah, Taman Connaught. Taman Mutiara,Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Batu11,Cheras, Bukit Dukung,SungaiJernih, Merdeka, Stadium Kajang dan stesen Kajang.-BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4mfwH8Qvh
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Sila pastikan anda tidak melalui laluan bandar Kajang pada tarikh di bawah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sempena:

1. 17hb Julai perasmian Mass Rapid Transport MRT

2. 18hb Julai perasmian Dewan Majlis Perbandaran Kajang dan Laluan Bertingkat Kajang 2

Official Opening of Elevated flyover from Econsave Bangi to Kajang Utama on 18July.
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post


Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang beroperasi hari ini


Di Stesen Stadium Kajang inilah Perdana Menteri dijadual merasmikan MRT laluan fasa kedua Sungai Buloh-Kajang hari ini.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Kedua Sungai Buloh-Kajang (SBK) melibatkan Semantan-Kajang yang mula beroperasi hari ini menandakan bermulanya era emas bandar raya ini.

Perasmian MRT laluan fasa kedua SBK itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11 pagi ini di Stesen Stadium Kajang, Selangor.

Kira-kira 20,000 rakyat dijangka membanjiri pekan Kajang bagi menyaksikan majlis bersejarah itu.

Projek tersebut melengkap*kan jaringan MRT selepas fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan membabitkan 12 buah stesen beroperasi sejak 16 Disember lalu.

Ia juga menandakan era perkembangan sistem pengangkutan awam lebih efisien sekali gus meningkatkan kua*liti hidup rakyat melalui perkhidmatan tren yang canggih dan menjimatkan masa serta kos sara hidup.

Penumpang MRT fasa kedua laluan SBK berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan tersebut bermula pukul 4 petang ini.

MRT fasa kedua laluan SBK melibatkan perjalanan sejauh 30 kilometer (km) meliputi 19 buah stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Cochrane dan Maluri. Majo*riti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak mempunyai perkhidmatan rel bandar.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4n2RZjXSF
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

MRT Laluan SBK ubah corak hidup 1.2 juta penduduk Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR 16 Julai – Pembukaan Fasa Kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh- Kajang (SBK) bakal merubah corak hidup bagi kira-kira 1.2 juta penduduk yang tinggal berhampiran dengan stesen MRT.


Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corpration Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah (gambar) berkata, pelbagai bentuk kemudahan meliputi ins*titusi pendidikan, kesihatan serta pusat beli-belah berada dalam lingkungan 500 meter di setiap stesen.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat mengubah sistem pengangkutan bagi penduduk sekitar dengan lebih efisien dan menjimatkan.

“Terdapat 44 pusat beli-belah yang berhampiran dengan stesen MRT sekali gus dapat memudahkan orang ramai ke pusat bandar. Begitu juga dengan institusi pendidikan meliputi sekolah, kolej dan sebagainya. Jadi golongan pelajar boleh menggunakan kemudahan MRT secara total.

“Banyak juga hospital yang berhampiran dengan laluan membolehkan orang ramai tidak perlu lagi bermalam diruang legar menunggu pesakit malah mereka boleh balik ambil tren terakhir pada pukul 12 malam dan datang se*mula pada pukul 6 pagi,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat dan lawatan bersama media sempena pembukaan Fasa kedua SBK di sini baru-baru ini.

Laluan SBK terdiri daripada 19 stesen itu akan beroperasi sepenuhnya pada Isnin ini dan turut meliputi tujuh stesen pertukaran ke perkhidmatan rel sedia ada.

Mengulas lanjut, Naj*muddin berkata, dengan adanya kemudahan rangkaian ke perkhidmatan rel lain, pihaknya menjangkakan penurunan 160,000 kenderaan persendirian memasuki Lembah Klang setiap hari.

Ujarnya, dianggarkan sera*mai 400,000 penumpang menggunakan Laluan SBK sepanjang 51 kilometer itu setiap hari.

“Sebuah tren dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 penumpang dengan selesa...bayangkan ruang yang diperlukan jika setiap penumpang ini terus menggunakkan kenderaan masing-masing untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

“Jika jumlah penumpang ini meninggalkan kereta masing-masing di rumah dan mengambil tren, bayangkan ruang kosong yang dapat diwujudkan di atas jalan serta pemilik kenderaan dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4n2ch8nUI
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

1,200 kakitangan terlibat operasi


KETUA Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd. Datuk Ir Zohari Sulaiman (empat dari kiri) bersama kakitangan operasi MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang selepas sesi taklimat sebelum menjelang pembukaan kepada orang ramai pada pukul 4 petang, Isnin ini.

KUALA LUMPUR 16 Julai – Seramai 1,200 kakitangan akan ditugaskan secara harian dalam pengoperasian stesen, tren dan bas pengantara Mass Rapid Transit (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sebaik sahaja Fasa kedua mula beroperasi pada 17 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Pra*sarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, pihaknya telah me*laksanakan sesi intensif sejak dua tahun lalu untuk mendapatkan kumpulan tenaga kerja yang sedia untuk mengendalikan laluan sepanjang 51 kilometer itu.

“Pelbagai ujian telah dilakukan oleh kakitangan teknikal dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran operasi tanpa sebarang gangguan termasuk pergerakan sembilan stesen bawah tanah.

“Sebanyak 58 set gerabak MRT disediakan bagi laluan SBK dengan 42 set akan beroperasi dengan kekerapan tiga minit ketika waktu puncak apabila fasa kedua mula beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Prasarana di sini.

Katanya, pihaknya turut menjangkakan 400,000 penumpang sehari apabila laluan SBK mula beroperasi sepenuhnya Isnin ini.

Azmi berkata, perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan ke*selesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...erasi-1.503577
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post



Info Ringkas:

1. Fasa kedua MRT Sg Buloh-Kajang (MRT SBK) melibat stesen antara Kajang dengan Muzium Negara akan dibuka kepada umum mulai jam 4 petang pada 17.7.2017.

2.Hubungan antara Fasa pertama dengan Fasa kedua akan dibuka mulai 6 pagi pada 18/7/17.

3.Kad MyRapid tidak boleh digunakan di stesen2 MRT. Hanya kad MyRapid TnG sahaja yang boleh digunakan bagi pembayaran tanpa tunai. Kad TnG biasa boleh gunakan.

4.Sebanyak 300 buah bas perantara disediakan untuk menghubungi penduduk dan warga kerja di kawasan perumahan dan pusat komersial berdekatan dengan stesen-stesen terpilih laluan MRT SBK.

5.MRT SBK akan berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Pasar Seni; LRT Laluan Ampang di Stesen Maluri; dan LRT Laluan Sri Petaling di Stesen MRT Merdeka dan Stesen LRT Plaza Rakyat.

6. Jumlah stesen 31, termasuk 7 stesen bawah tanah.

7. Perjalanan dari Stesen Kajang ke Sg Buloh mengambil masa kira-kira 84 minit dengan tambang tanpa tunai sehala RM5.50

8. Masa perjalanan dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara (Stesen Sambungan ke LRT, Monorel KL Sentral, KTM Komuter dan ERL hanya mengambil masa kira-kira 40minit.

Sumber: Whatsapp
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

NOTIS KESESAKAN SEMPENA PELANCARAN MRT KAJANG

Pada 17/07/17 (Isnin) adalah hari pelancaran laluan MRT Sungai Buluh Kajang Fasa 2 oleh Perdana Menteri (PM)

Pelancaran penuh adalah di stesen trx KL. Selepas pelancaran penuh di trx, PM akan menaiki tren Kajang dan akan berlansung sesi Meet & Greet PM di Stadium Kajang.

Jemputan sahaja dianggarkan 10 ribu tetamu. Dengan keadaan Stadium Kajang yang diketahui sememangnya kekurangan parkir, dijangkakan kesesakan teruk di kawasan jalan-jalan utama sekitar stadium, Bandar Kajang ,Sungai Chua dan Jalan Semenyih.

Oleh yang demikian, kepada penduduk Kajang yang berhajat berada di jalanraya, jika boleh elakkan melalui jalan tersebut.

Bantu sebarkan maklumat ini untuk bersama mengatasi kesesakan. Terima kasih

Sumber: Whatsapp
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post


panduan utk yg nak pg shopping2 ... :D
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post


PM DS Najib Razak merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah Tun Razak Exchange pagi ini.
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

Sistem dan kaedah pemberian tender pakej projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang adalah yang terbaik pernah dilaksanakan - PM Najib

Projek MRT wujudkan 130, 000 peluang pekerjaan, bakal catat penyusutan kadar pembebasan karbon dioksida menjangkau 6, 000 tan: PM Najib

Kos perjalanan Sungai Buloh-Kajang menggunakan Uber adalah RM54, kereta persendirian lebih tinggi berbanding MRT - PM Najib

#jomnaikMRT:D
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post




sattayyy partyyyy...:D

#jomnaikMRT

Update #1

Quote:
Originally Posted by asamboy View Post

The Mass Rapid Transit (MRT) national project may be costly but it is built for the people, says Communications and Multimedia Minister Salleh Said Keruak.

He said the RM21 billion MRT Sungai Buloh-Kajang Line stretching 51 kilometres, to be officially opened by Prime Minister Najib Abdul Razak today would benefit 400,000 passengers daily.

"This is a gift from the prime minister to the country. Let us celebrate this achievement which is yet another symbol of the country's public transport infrastructure development successes," he said in his blog, sskeruak.blogspot.my, today.

He said the MRT project proved that the government placed the well-being of the people as top priority and did not discriminate states that were not in accord with it.

He said it also reflected excellence in the government's performance in providing an efficient city transport system on par with that of developed countries.

Salleh said the MRT would not only save travel time and cost for the people but also minimise traffic congestion with a reduction of 160,000 vehicle entries into the city daily.

The MRT, he said, would also reduce pollution and facilitate travel arrangements as it had a set schedule.

For the government's substantial investment in preparing transport facilities for the people, Malaysia was now ranked 11th among 138 nations in the Global Competitive Index 2016-2017 in transport infrastructure development, he noted.

In this regard, the minister said Malaysia's position was better than other ASEAN countries such as Indonesia (36), Thailand (37), Vietnam (63), Philippines (90) and Laos (110).

- Bernama
Update #1

Quote:
Originally Posted by asamboy View Post

Commuters using the LRT, MRT, BRT and Monorail services will enjoy a 50 percent discount on fares, starting tomorrow.

The discount will last until the 60th Merdeka Day celebrations on Aug 31.

Prime Minister Najib Abdul Razak announced this while officiating Phase Two of the Mass Rapid Transit (MRT) project, heralding the completion of the first of three lines in the project.

This entails the opening of 19 additional stations along the route, which extends it by 30km. The new stations will be open to the public at 4pm today and would be free until the stations close for the day at midnight...
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

Quote:
Originally Posted by qamboo View Post
senarai tembang dari stesyen ke stesyen ada tak? kalo ada boleh tepek sini tak? terima kasih

kecik sgt tak nampak
Update #1

Quote:
Originally Posted by asamboy View Post


Update #1

Quote:
Originally Posted by pokyo View Post

Download Borang Diskaun RapidKL
https://www.myrapid.com.my/fares-and...ncession-cards

fwd/-

kpd anda yg ada ank2 guna pengangkutan awam rapidkl yg msh bljar blh laa buat kad rapidkl free...dpt tambng 1/2 harga...klu kolej kna bw surat@ kad plajar...anak melayu x ramai buat, sangat kurang. Blh war2 pd fmly n fren.
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post


Tahukah anda MRT Malaysia merupakan railway pertama in the world yang buat MIMO for their CMTS.

Multiple input multiple output (MIMO)
commercial mobile telecommunications systems (CMTS)

SUMBER:twitter

#jomnaikMRT

Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

100,000 naik hari pertama


AZMI ABDUL AZIZ (dua dari kanan) bertanya sesuatu kepada penumpang yang menggunakan MRT ketika melakukan tinjauan perkhidmatan itu bagi laluan Sungai Buloh-Kajang dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut bersama, Ketua Pegawai Operasi Prasarana, Muhammad Isom Azis (dua dari kiri). UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 18 Julai - Kira-kira 100,000 orang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sejak dibuka kepada umum, semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, sambutan itu memberi gambaran penerimaan positif rakyat khususnya warga kota yang terus memilih perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.

“Saya cukup bangga mereka mengambil peluang menggunakan MRT sebagai pengalaman mereka sendiri.

“Ini membolehkan kita memberi gambaran positif kepada orang ramai khususnya yang masih tidak menggunakan per*khidmatan awam sebelum ini untuk menggunakannya,” katanya selepas melakukan lawatan kerja bersama media di sepanjang jajaran MRT Laluan SBK di sini hari ini.

Azmi menambah, sehingga kini, seramai 2.7 juta pengguna telah menerima manfaat sejak MRT Fasa Satu dibuka pada Di*sember lalu.

“Saya percaya dengan pembukaan sepenuhnya MRT, laluan ini akan meningkatkan lebih ramai pengguna kerana ia mempunyai jajaran yang berintegrasi dengan stesen rel sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Prasarana memberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek keselamatan pengguna terutama jika berlaku kecemasan di laluan bawah tanah.

“Selain itu, petugas keselamatan tren juga sentiasa bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal sama ada pada tren mahupun sistem.

“Kemudahan yang ada pada MRT ini bukan sahaja bercirikan mesra rakyat tetapi dijamin selamat digunakan kerana mengikut piawai*an yang ditetapkan,” jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4nE9YVucL
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Last edited by myroadtax.com; 13-07-2017 at 05:48 PM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 22-06-2016, 12:20 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 24,843
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 171
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Semoga cepat siap agar jalan kurang jem daripada Kajang ke KL.

1. Jalan menjadi lancar setelah laluan dan lorong yang ditutup untuk kerja pembinaan dibuka semula.

2. Orang ramai akan pilih menggunakan pengangkutan awam baru ini.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 22-06-2016, 12:23 PM
puyol puyol is offline
Legendary Member

puyol's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jun 2011
Posts: 14,659
Thanks (Received): 725
Likes (Received): 81
Dislikes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post
Semoga cepat siap agar jalan kurang jem daripada Kajang ke KL.

1. Jalan menjadi lancar setelah laluan dan lorong yang ditutup untuk kerja pembinaan dibuka semula.

2. Orang ramai akan pilih menggunakan pengangkutan awam baru ini.
Jalan Cheras area Leisure Mall tiap2 hari jem teruk kat situ.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 22-06-2016, 12:24 PM
ipins ipins is offline
Active Plus

ipins's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 3,969
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 38
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post
Semoga cepat siap agar jalan kurang jem daripada Kajang ke KL.

1. Jalan menjadi lancar setelah laluan dan lorong yang ditutup untuk kerja pembinaan dibuka semula.

2. Orang ramai akan pilih menggunakan pengangkutan awam baru ini.
tak semestinye bro.
keta makin lama makin bertambah.
same jugak ngan orang...
jadi cycle yg tak henti2 repeat..

jem-bina infra-org&keta bertanbah-jem-bina infra-org&keta bertambah-...
__________________
REAL TIME STATUS UPDATE*
Untuk saham-saham yang menghampir harga belian atau jualan
Sepanjang pasaran sedang aktif supaya anda tidak terlepas peluang beli/jual lebih awal

http://bit.ly/mudahsaham3ruds
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 22-06-2016, 12:31 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 24,843
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 171
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ipins View Post
tak semestinye bro.
keta makin lama makin bertambah.
same jugak ngan orang...
jadi cycle yg tak henti2 repeat..

jem-bina infra-org&keta bertanbah-jem-bina infra-org&keta bertambah-...
Ya saya tidak nafikan lumrah kehidupan di Malaysia ni kerana perancangan pembangunan yang lemah.

Tetapi kenyataan yang saya keluarkan tersebut bersangka baik dan dengan harapan suci murni agar kaki pun tak jem setiap hari.

Mungkin lepas bulan Ramadhan ni kereta yang keluar awal jam 6:30am akan jadi kurang semula macam dulu kerana tiada faktor sahur.

Nak balik lewat lepas solat Isya tidak menjadi masalah untuk saya lagi2 jika sudah confirm dan dapat kunci pejabat.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 22-06-2016, 12:37 PM
ipins ipins is offline
Active Plus

ipins's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 3,969
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 38
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post
Ya saya tidak nafikan lumrah kehidupan di Malaysia ni kerana perancangan pembangunan yang lemah.

Tetapi kenyataan yang saya keluarkan tersebut bersangka baik dan dengan harapan suci murni agar kaki pun tak jem setiap hari.

Mungkin lepas bulan Ramadhan ni kereta yang keluar awal jam 6:30am akan jadi kurang semula macam dulu kerana tiada faktor sahur.

Nak balik lewat lepas solat Isya tidak menjadi masalah untuk saya lagi2 jika sudah confirm dan dapat kunci pejabat.
In Sya Allah...
moga Allah dipermudahkan urusan tuan...
__________________
REAL TIME STATUS UPDATE*
Untuk saham-saham yang menghampir harga belian atau jualan
Sepanjang pasaran sedang aktif supaya anda tidak terlepas peluang beli/jual lebih awal

http://bit.ly/mudahsaham3ruds
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 22-06-2016, 12:43 PM
Irwan De Gea Irwan De Gea is offline
Active Member

Irwan De Gea's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Feb 2012
Posts: 1,627
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 3
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by puyol View Post
Jalan Cheras area Leisure Mall tiap2 hari jem teruk kat situ.
Jem sebab jalan sempit di jejambat sblm taman midah tu... Lepas tu, clear..
__________________
http://munifhijjaz.com/ ( PM Sya )
http://www.onexox.my/ ( PM Sya )
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 22-06-2016, 12:45 PM
percumaforex percumaforex is offline
Super Active

percumaforex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Posts: 6,659
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 4
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

cepat lah siap..sekurang kurang tak la terbeban sngat
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 22-06-2016, 12:49 PM
pencariduit pencariduit is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2016
Posts: 393
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by ipins View Post
tak semestinye bro.
keta makin lama makin bertambah.
same jugak ngan orang...
jadi cycle yg tak henti2 repeat..

jem-bina infra-org&keta bertanbah-jem-bina infra-org&keta bertambah-...
tak perlu tambah infra tuan. tambah gerabak train je. sbb tu diorg buat mrt dari besarkan jalan sana sini. jalan semakin besar, semakin banyak pulak kete, masalah tak selesai.

mrt other alternative..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 22-06-2016, 12:50 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 24,843
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 171
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by puyol View Post
Jalan Cheras area Leisure Mall tiap2 hari jem teruk kat situ.
Betul tuan, tetapi sebenarnya ada banyak kawasan yang sangkut.

1) Laluan kontra

Nak masuk laluan kontra selepas plaza tol tu pun berjanggut beratur tunggu nak masuk. Ada dekat 4 lorong beratur nak masuk satu lorong kontra.

Yang sedih pekerja DBKL lepak sahaja dan tidak cuba tolong mengawal trafik. Mungkin bukan kerja dia dan tiada polis trafik yang jaga macam di hujung laluan kontra di KL.

Laluan kontrak ni dah sekat jalan yang punya besar untuk mereka yang nak teruskan perjalanan macam biasa.

2) Exit ke PJ sebelum Plaza Phoenix

Sini pun sama jem teruk kerana kereta beratur nak masuk terowong bawah tanah tu.

3) Pembangunan stesen MRT Cheras Leisure Mall

Sini lorong kanan sekali dah tutup dan jalan menjadi jem teruk kerana bottleneck.

Banyak lagi kawasan yang jem kerana ada exit dan orang ramai berebut nak keluar. Satu lorong keluar dah jadi sampai 2 atau 3 lorong berebut nak keluar.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 06:36 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you