Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-06-2015, 05:29 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,948
Active Level
My Mood:
Arrow 14~20 Jun: RON95 RM2.20, Diesel RM2.18, RON97 -6sen RM2.60

Harga RON95 & diesel dikekalkan, RON97 diapungkan
Quote:
14-20 Jun: RON95 & Diesel kekal, RON97 turun 6 sen



https://twitter.com/mykpdnkk
Quote:
Perbandingan harga Jun 2018

14 - 20 Jun
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.60 turun 6 sen
Diesel RM2.18 kekal

7 - 13 Jun
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.66 naik 19 sen
Diesel RM2.18 kekal

Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tiada naik atau turun - Tun M




PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan RON97 dan diesel sama seperti sejak tujuh minggu lalu.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata harga bahan api berkenaan sama seperti ditetapkan kerajaan terdahulu sejak 22 Mac lalu.

"Tiada naik atau turun (harga bahan api), kalau harga minyak global naik kerajaan akan subsidi," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Ini bermakna harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.47 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter dan Diesel Euro 5 pula pada RMM2.28 seliter bagi tempoh mulai tengah malam ini hingga 23 Mei depan.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan bermula 29 Mac 2017.


https://www.bharian.com.my/berita/na...ahan-api-kekal
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kerajaan ambil tindakan bila RON95 lebih RM2.50 seliter



PUTRAJAYA: Kerajaan akan kenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.


Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kerajaan memilih pendekatan itu berdasarkan trend kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakangan ini.

"Langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

"Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini mencecah lebih AS$60 (RM249.60) setong," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga menjelaskan pada masa ini kerajaan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia, yang berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.

Katanya, penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing secara mingguan iaitu purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, maka harga runcit produk petroleum turut naik. Sebaliknya harga runcit produk petroleum akan berkurang jika harga minyak mentah dunia turun.

Pada masa ini, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan selain gas memasak.


https://www.bharian.com.my/berita/na...-rm250-seliter
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sistem apungan minyak mentah kekal USD63 setong



KUALA LUMPUR: Sistem apungan minyak mentah akan dikekalkan pada kadar harga dagangan minyak mentah dunia yang kini pada paras US$63 setong, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Beliau berkata pada 2008, harga minyak mentah dunia mencecah AS$140 setong, dan RON 95 ketika itu berharga RM2.70 seliter berbanding RM2.31 seliter sekarang.

“Apabila ia naik sampai satu peringkat di mana kita (kerajaan) perlu buat perbincangan, kita (kerajaan) akan buat perbincangan. Setakat hari ni, jauh lagi, kerana kita harus ingat bahawa dahulu (pernah mencapai paras) AS$140 setong,” katanya.

Johari berkata demikian kepada pemberita pada Festival Makanan dan Kesenian Kampong Bharu 2017 anjuran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu hari ini.

Johari berkata harga minyak mentah dunia yang turun naik adalah di luar kawalan kerajaan, dan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memantau, mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta menimbang bantuan bagi mereka yang berpendapatan rendah agar tidak jatuh ke paras kemiskinan.

“Skim hari ini adalah minyak apungan, dan pengapungan ini akan dikekalkan kerana kita tidak boleh ubah, (atas sebab) ia (harga minyak mentah dunia) adalah luar kawalan kerajaan,” katanya.

“Ia (harga) masih jauh daripada harga yang pernah kita tengok, dan pada masa ini ia masih boleh dikawal, iaitu pada paras RM2.31 seliter,” katanya.

Baliau berkata kerajaan juga tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kenaikan harga minyak mentah sekarang kerana harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

“Malaysia merupakan pengeluar minyak yang ke-25 terbesar…Ada negara yang mengeluar sehingga 11 juta tong sehari,” kata Johari.

“Walaupun kerajaan tidak boleh kawal harga… apa yang kita buat ialah memantu supaya kehidupan rakyat terjejas,” katanya.

Mengulas mengenai status ringgit yang semakin mengukuh, Johari berkata Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan kita berdagang dengan semua negara, kita meraih manfaatnya.

“Peningkatan harga minyak ini juga mendorong minat pedagang mata wang yang secara tidak langsung akanmengukuhkan Ringgit,” kata Johari.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-kata-menteri/
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tiada penipuan kiraan harga minyak



PULAU PINANG 20 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan tiada penipuan dalam kaedah pengiraan harga minyak mingguan seperti dilaksanakan kerajaan ketika ini.


Sebaliknya, Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pengiraan harga minyak itu dibuat mengikut purata setiap minggu yang mempunyai kaitan dengan formula mata wang negara ini.

“Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia, kalau hari ini harga minyak dunia turun, tidak semestinya esok kita akan turunkannya.

“Kita perlu lihat juga mata wang negara, kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...amzah-1.517043
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Formula baru harga petrol, diesel sudah siap



KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan akan mengumumkan formula baharu penetapan harga petrol dan diesel dalam masa terdekat bagi memberikan situasi menang-menang kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini, pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengambil kira semua faktor sebelum dapat melaksanakan strategi baharu bagi memastikan semua pihak berasa selesa dengan pelaksanaan yang akan dijalankan.

Menurutnya, ini termasuk mengadakan perbincangan bersama syarikat-syarikat pengeluar minyak dan pengusaha-pengusaha stesen minyak masing-masing pada 20 Jun dan 6 Julai lalu bagi menambah baik pelaksanaan harga petrol dan diesel .

‘Kaedah penetapan harga pada masa ini menjamin ketersediaan bekalan petrol dan diesel di pasaran pada harga yang benar-benar wajar ditanggung oleh pengguna,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) yang ingin mengetahui masalah-masalah yang dialami pelbagai sektor apabila kerajaan melaksanakan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan.

Beliau turut menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dan empat lagi soalan berkaitan berhubung hasil kajian formula baharu bagi menentukan harga petrol dan diesel yang bertujuan menstabilkan industri minyak negara.

Hamzah berkata, penyelarasan penetapan harga mingguan itu dapat menentukan pengguna menerima faedah mengikut harga pasaran dengan secepat mungkin.

Jelasnya, dalam hal itu, harga runcit yang dikenakan adalah lebih hampir dengan kos produk berkenaan.

“Kita akan umumkan formula baharu untuk keselesaan pengguna dan pengusaha stesen minyak dan pada masa sama memastikan ketika harga petrol naik atau turun, bekalan mencukupi tanpa ada pihak yang akan menyorok bekalan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4oOfPQnmZ
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Formula stabilkan harga minyak akan diumumkan


MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) menyampaikan zakat Bank Rakyat kepada asnaf Parlimen Larut di Arena Batu Kurau. - Foto Nor Raidah Awang

BATU KURAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan satu formula baharu yang akan menguntungkan semua pihak, termasuk pengguna, pengusaha stesen serta syarikat minyak dalam usaha menstabilkan industri minyak negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, formula berkenaan yang akan diumumkan minggu depan diharap dapat diterima semua pihak kerana ia dilakukan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.

"Saya tengah mencari dan memuktamadkan satu formula dan insyaAllah, saya akan bincang sekali lagi dengan syarikat minyak dalam memastikan ia mampu menguntungkan semua pihak.

"Minggu lepas, saya sudah berbincang dengan mereka (syarikat minyak), begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Jadi, minggu depan adalah perbincangan akhir dengan mereka dan saya akan umumkan bagaimana untuk menstabilkan industri kita ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengagihan Zakat Bank Rakyat kepada 1,530 asnaf Parlimen Larut di Arena Batu Kurau di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, rakyat juga perlu bersikap adil serta memahami situasi semasa 3,500 pengusaha stesen minyak yang berkemungkinan berdepan kerugian sekiranya harga minyak terus menurun.

"Kadang-kadang, saya kasihan dengan pengusaha stesen minyak, apabila harga turun dan turun, mereka rugi. Bayangkan apa keadaan kita jika kita menjadi seperti mereka.

"Sudah tentu mereka merasakan bahawa mereka menjadi mangsa dan rakyat yang untung.

"Sepatutnya, rakyat juga harus bersimpati dengan mereka kerana bekalan minyak kita mencukupi, namun, sekiranya banyak yang tutup, kita hendak dapatkan minyak dari stesen ke satu stesen pun jauh," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/293737
Update #2

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kerajaan belum sedia dedah formula kira harga minyak


HAMZAH (kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Kabinet akan memutuskan sama ada formula pengiraan harga bahan api perlu didedahkan kepada umum selepas membincangkannya secara mendalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, beliau dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan membawa perkara itu ke Kabinet selepas pihak pembangkang membuat perkiraan sendiri sehingga mengelirukan rakyat.

Hamzah berkata, kos produk dikira adalah berdasarkan kepada MOPS (Mean of Platts Singapore) untuk petrol RON97, RON95 dan diesel.

Katanya, pengiraan yang dibuat Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee baru-baru ini adalah berdasarkan harga minyak mentah.

"Harga minyak mentah dengan minyak yang ditapis adalah berbeza. Harga minyak mentah berdasarkan harga pasaran dunia terutama Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC).

"Kalau kilang penapis terbakar atau sedang diselenggarakan serta ada kakitangan bercuti, akan menyebabkan bekalan terhad sekali gus meningkatkan harga minyak yang ditapis itu.

"Walaupun harga minyak mentah turun, tidak semestinya keadaan sama berlaku pada minyak yang ditapis. Saya sebagai menteri yang menjaga pengguna, tidak mungkin saya mahu menyusahkan rakyat, " katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.


http://www.bharian.com.my/node/246082
Update #0

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Quote:
Perbandingan harga sehingga 6 Jun 2018

RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal
Quote:
Perbandingan harga mingguan Mei 2018

Minggu 59
10 - 16 Mei
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal

3 - 9 Mei
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal
Quote:
Perbandingan harga mingguan April 2018

26 Apr - 2 Mei
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal

19 - 25 Apr
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal

12 - 18 Apr
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal

5 - 11 Apr
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal
Quote:
Perbandingan harga mingguan Mac 2018

29 Mac - 4 Apr
RON95 RM2.20 kekal
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.18 kekal

22 - 28 Mac
RON95 RM2.20 naik 2 sen
RON97 RM2.47 naik 2 sen
Diesel RM2.18 naik 2 sen

15 - 21 Mac
RON95 RM2.18 turun 3 sen
RON97 RM2.45 turun 2 sen
Diesel RM2.16 turun 1 sen

8 - 14 Mac
RON95 RM2.21 naik 1 sen
RON97 RM2.47 kekal
Diesel RM2.17 turun 1 sen

1 - 7 Mac
RON95 RM2.20 naik 3 sen
RON97 RM2.47 naik 4 sen
Diesel RM2.18 naik 5 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan Februari 2018

22 - 28 Feb
RON95 RM2.17 turun 6 sen
RON97 RM2.43 turun 7 sen
Diesel RM2.13 turun 6 sen

15 - 21 Feb
RON95 RM2.23 turun 10 sen
RON97 RM2.50 turun 11 sen
Diesel RM2.19 turun 12 sen

8 - 14 Feb
RON95 RM2.33 naik 2 sen
RON97 RM2.61 naik 3 sen
Diesel RM2.31 turun 3 sen

1 - 7 Feb
RON95 RM2.31 naik 2 sen
RON97 RM2.58 naik 2 sen
Diesel RM2.34 naik 3 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan Januari 2018

25 - 31 Jan
RON95 RM2.29 turun 1 sen
RON97 RM2.56 turun 1 sen
Diesel RM2.31 turun 1 sen

18 - 24 Jan
RON95 RM2.30 naik 4 sen
RON97 RM2.57 naik 4 sen
Diesel RM2.32 kekal

11 - 17 Jan
RON95 RM2.26 turun 3 sen
RON97 RM2.53 turun 3 sen
Diesel RM2.32 kekal

4 - 10 Jan
RON95 RM2.29 naik 3 sen
RON97 RM2.56 naik 3 sen
Diesel RM2.32 naik 6 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan Disember 2017

28 Dis - 3 Jan
RON95 RM2.26 turun 1 sen
RON97 RM2.53 turun 1 sen
Diesel RM2.26 naik 3 sen

21 - 27 Dis
RON95 RM2.27 naik 2 sen
RON97 RM2.54 naik 2 sen
Diesel RM2.23 naik 3 sen

14 - 20 Dis
RON95 RM2.25 turun 4 sen
RON97 RM2.52 turun 5 sen
Diesel RM2.20 turun 1 sen

7 - 13 Dis
RON95 RM2.29 turun 1 sen
RON97 RM2.57 turun 1 sen
Diesel RM2.21 turun 4 sen

30 Nov - 6 Dis
RON95 RM2.30 kekal
RON97 RM2.58 kekal
Diesel RM2.25 naik 2 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan November 2017

23 - 29 Nov
RON95 RM2.30 turun 8 sen
RON97 RM2.58 turun 8 sen
Diesel RM2.23 turun 2 sen

16 - 22 Nov
RON95 RM2.38 naik 7 sen
RON97 RM2.66 naik 6 sen
Diesel RM2.25 naik 5 sen

9 - 15 Nov
RON95 RM2.31 naik 7 sen
RON97 RM2.60 naik 6 sen
Diesel RM2.20 naik 3 sen

2 - 8 Nov
RON95 RM2.24 naik 4 sen
RON97 RM2.54 naik 4 sen
Diesel RM2.17 naik 4 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan September-Oktober 2017

26 Okt - 1 Nov
RON95 RM2.20 naik 3 sen
RON97 RM2.50 naik 3 sen
Diesel RM2.13 naik 2 sen

19 - 25 Oktober
RON95 RM2.17 naik 1 sen
RON97 RM2.47 naik 1 sen
Diesel RM2.11 naik 1 sen

12 - 18 Oktober
RON95 RM2.16 turun 3 sen
RON97 RM2.46 turun 3 sen
Diesel RM2.10 turun 7 sen

5 - 11 Oktober
RON95 RM2.19 naik 3 sen
RON97 RM2.49 naik 3 sen
Diesel RM2.17 naik 5 sen

28 September - 4 Oktober
RON95 RM2.16 turun 3 sen
RON97 RM2.46 turun 3 sen
Diesel RM2.12 naik 2 sen

21-27 September
RON95 RM2.19 turun 2 sen
RON97 RM2.49 turun 3 sen
Diesel RM2.10 turun 4 sen

14-20 September
RON95 RM2.21 naik 1 sen
RON97 RM2.52 naik 4 sen
Diesel RM2.14 naik 9 sen

7-13 September
RON95 RM2.20 naik 4 sen
RON97 RM2.48 naik 4 sen
Diesel RM2.05 naik 1 sen

31 Ogos - 6 September
RON95 RM2.16 naik 1 sen
RON97 RM2.44 naik 1 sen
Diesel RM2.04 naik 3 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan Ogos 2017

24-30 Ogos
RON95 RM2.15 kekal
RON97 RM2.43 kekal
Diesel RM2.01 turun 3 sen

17-23 Ogos
RON95 RM2.15 naik 3 sen
RON97 RM2.43 naik 4 sen
Diesel RM2.04 turun 2 sen

10-16 Ogos
RON95 RM2.12 naik 5 sen
RON97 RM2.39 naik 7 sen
Diesel RM2.06 naik 1 sen

3-9 Ogos
RON95 RM2.07 naik 4 sen
RON97 RM2.32 naik 4 sen
Diesel RM2.05 naik 6 sen
Quote:
Perbandingan harga mingguan Jun-Julai 2017

27 Julai-2 Ogos
RON95 RM2.03 naik 6 sen
RON97 RM2.28 naik 6 sen
Diesel RM1.99 naik 3 sen

20-26 Julai
RON95 RM1.97 kekal
RON97 RM2.22 kekal
Diesel RM1.96 kekal

13-19 Julai
RON95 RM1.97 naik 4 sen
RON97 RM2.22 naik 3 sen
Diesel RM1.96 naik 5 sen

6-12 Julai
RON95 RM1.93 naik 4 sen
RON97 RM2.19 naik 4 sen
Diesel RM1.91 naik 7 sen

29 Jun-5 Julai
RON95 RM1.89 turun 2 sen
RON97 RM2.15 turun 2 sen
Diesel RM1.84 turun 4 sen

22-28 Jun
RON95 RM1.91 turun 7 sen
RON97 RM2.17 turun 7 sen
Diesel RM1.88 kekal

15-21 Jun
RON95 RM1.98 turun 7 sen
RON97 RM2.24 turun 7 sen
Diesel RM1.88 turun 6 sen

8-14 Jun
RON95 RM2.05 turun 5 sen
RON97 RM2.31 turun 7 sen
Diesel RM1.94 turun 8 sen

1-7 Jun
RON95 RM2.10 turun 2 sen
RON97 RM2.38 turun 2 sen
Diesel RM2.02 turun 1 sen
Quote:
Harga mingguan April-Mei 2017

25-31 Mei
RON97 RM2.40 naik 4 sen
RON95 RM2.12 naik 4 sen
Diesel RM2.03 naik 4 sen

18-24 Mei
RON97 RM2.36 naik 7 sen
RON95 RM2.08 naik 7 sen
Diesel RM1.99 naik 4 sen

11-17 Mei
RON97 RM2.29 turun 10 sen
RON95 RM2.01 turun 10 sen
Diesel RM1.95 turun 13 sen

4-10 Mei
RON97 RM2.39 turun 10 sen
RON95 RM2.11 turun 10 sen
Diesel RM2.08 turun 6 sen

27 April - 3 Mei
RON97 RM2.49 turun 5 sen
RON95 RM2.21 turun 6 sen
Diesel RM2.14 turun 7 sen

20-26 April
RON97 RM2.54 naik 2 sen
RON95 RM2.27 naik 3 sen
Diesel RM2.21 naik 5 sen

13-19 April
RON97 RM2.52 naik 9 sen
RON95 RM2.24 naik 8 sen
Diesel RM2.16 naik 8 sen

6-12 April
RON97 RM2.43 naik 2 sen
RON95 RM2.16 naik 3 sen
Diesel RM2.08 turun 3 sen

30 Mac - 5 April
RON97 RM2.41 turun 19 sen
RON95 RM2.13 turun 17 sen
Diesel RM2.11 turun 9 sen
Quote:
Perbandingan harga Jan-Mac 2017

Mac
RON97 RM2.60 kekal
RON95 RM2.30 kekal
Diesel RM2.20 naik 5 sen

Feb
RON97 RM2.60 naik 20 sen
RON95 RM2.30 naik 20 sen
Diesel RM2.15 naik 10 sen

Jan
RON97 RM2.40 naik 15 sen
RON95 RM2.10 naik 20 sen
Diesel RM2.05 naik 20 sen
Quote:
Perbandingan harga Jan-Dis 2016

Dis
RON97 RM2.25 turun 5 sen
RON95 RM1.90 turun 5 sen
Diesel RM1.85 turun 5 sen

Nov
RON97 RM2.30 naik 15 sen
RON95 RM1.95 naik 15 sen
Diesel RM1.90 naik 15 sen

Okt
RON97 RM2.15 naik 10 sen
RON95 RM1.80 naik 10 sen
Diesel RM1.75 naik 5 sen

Sept
RON97 RM2.05 turun 5 sen
RON95 RM1.70 turun 5 sen
Diesel RM1.70 kekal

Ogos
RON97 RM2.10 kekal
RON95 RM1.75 kekal
Diesel RM1.70 naik 10 sen

Julai
RON97 RM2.10 naik 5 sen
RON95 RM1.75 naik 5 sen
Diesel RM1.60 naik 5 sen

Jun
RON97 RM2.05 kekal
RON95 RM1.70 kekal
Diesel RM1.55 kekal

Mei
RON97 RM2.05 kekal
RON95 RM1.70 kekal
Diesel RM1.55 kekal

April
RON97 RM2.05 naik 10 sen
RON95 RM1.70 naik 10 sen
Diesel RM1.55 naik 20 sen

Mac
RON97 RM1.95 turun 10 sen
RON95 RM1.60 turun 15 sen
Diesel RM1.35 kekal

Feb
RON97 RM2.05 turun 20 sen
RON95 RM1.75 turun 10 sen
Diesel RM1.35 turun 25 sen

Jan
RON97 RM2.25 turun 20 sen
RON95 RM1.85 turun 10 sen
Diesel RM1.60 turun 30 sen
Quote:
Perbandingan harga April-Dis 2015

Dis
RON97 RM2.45 kekal
RON95 RM1.95 turun 10 sen
Diesel RM1.90 kekal

Nov
RON97 RM2.45 kekal
RON95 RM2.05 kekal
Diesel RM1.90 kekal

Okt
RON97 RM2.45 naik 10sen
RON95 RM2.05 naik 10sen
Diesel RM1.90 naik 15sen

Sept
RON97 RM2.35 turun 10sen
RON95 RM1.95 turun 10sen
Diesel RM1.80 turun 15sen

Ogos
RON97 RM2.45 turun 10sen
RON95 RM2.05 turun 10sen
Diesel RM1.95 turun 10sen

Julai
RON97 RM2.55 naik 20sen
RON95 RM2.15 naik 10sen
Diesel RM2.05 kekal

Jun
RON97 RM2.35 naik 10sen
RON95 RM2.05 naik 10sen
Diesel RM2.05 naik 10sen

Mei
RON97 RM2.25 kekal
RON95 RM1.95 kekal
Diesel RM1.95 kekal

April
RON97 RM2.25 kekal
RON95 RM1.95 kekal
Diesel RM1.95 kekal
Perbandingan harga

Last edited by TT; 13-06-2018 at 11:09 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-06-2015, 05:34 PM
rakcacer rakcacer is offline
Active Plus

rakcacer's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2009
Posts: 3,898
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 43
Active Level
My Mood:
Default

huh... saje nk bg rakyat suprise...
__________________
ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan
Reply With Quote
  #3  
Old 30-06-2015, 05:37 PM
boey boey is offline
Legendary Member

boey's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Oct 2007
Posts: 15,488
Thanks (Received): 54
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Sama ada kekal atau naik
Reply With Quote
  #4  
Old 30-06-2015, 05:38 PM
azrulazman azrulazman is offline
CG Top Poster Club

azrulazman's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2010
Location: puncak gunung kinabalu
Posts: 30,027
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 19
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

ku berharapkan ramadhan kali penuh makna
Reply With Quote
  #5  
Old 30-06-2015, 05:41 PM
FXerha FXerha is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Location: Kuala Terengganu
Posts: 5,004
Thanks (Received): 61
Likes (Received): 30
Active Level
My Mood:
Default

RM jatuh..beli minyak luar konfem mahal..
Reply With Quote
  #6  
Old 30-06-2015, 05:43 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 128,948
Active Level
My Mood:
Default

klo bgtau lambat xdela pesta beratur beli minyak

lol
Reply With Quote
  #7  
Old 30-06-2015, 05:43 PM
arecent arecent is offline
Active Member

arecent's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2006
Posts: 1,986
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Yg Menteri bbooddoooo
__________________
"Liverpool without European football is like a banquet without wine"
Luiz Suarez official website
Reply With Quote
  #8  
Old 30-06-2015, 05:44 PM
MrBiz MrBiz is offline
Regular

MrBiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2014
Posts: 754
Thanks (Received): 10
Likes (Received): 10
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by FXerha View Post
RM jatuh..beli minyak luar konfem mahal..
malaysia ade minyak sendiri kenapa pulak... xda kaitan...
__________________
Mr.biz aje laa...
Reply With Quote
  #9  
Old 30-06-2015, 05:46 PM
shah9744 shah9744 is offline
Active Plus

shah9744's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 4,704
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

time nak balik kampung raya..harap2 minyak xnaik la..
Reply With Quote
  #10  
Old 30-06-2015, 05:50 PM
logammaut logammaut is offline
Super Active

logammaut's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2009
Posts: 8,779
Thanks (Received): 21
Likes (Received): 10
Active Level
Default

Ni mesti nak naik byk ni sbb tu tak berani announce awal takut kecoh kat stesen minyak.

Harga minyak ikut USD. Ringgit lak jatuh teruk. For sure harga minyak akan naik.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump