Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-10-2009, 02:11 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-26/10

SEMINAR PEMBANGUNAN KEBANGSAAN YANG PERTAMA-Tarikh Peristiwa pada 26-10-1966

Pada hari ini dalam tahun 1966, Seminar Pembangunan Kebangsaan yang pertama telah berlangsung di Kuala Lumpur. Perasmian pembukaan seminar ini telah dilakukan oleh Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Jamil Rais. Seminar yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada pelbagai jabatan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan dengan Rancangan Malaysia pertama bagi memantapkan pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas masing-masing agar selari dengan objektif ekonomi negara. Ketika berucap pada majlis tersebut, Tan Sri Jamil menengaskan akan kepentingan jentera kerajaan disusun semula bagi mempercepatkan perubahan dalam bidang sosial dan ekonomi negara agar bersesuaian dengan kehendak rancangan pembangunan dan perlaksanaan Rancangan Malaysia pertama bagi tahun 1966-1970

Antara matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang berpendapatan rendah serta meninggikan taraf ekonomi dan sosial dikalangan rakyat. Sesungguhnya, aspek pembangunan negara merupakan bidang yang diberi keutamaan oleh kerajaan dalam mengisi kemerdekaan yang diperolehi oleh negara.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-10-2009, 02:12 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PENUTUPAN MAKTAB PERGURUAN MATANG-Tarikh Peristiwa pada 26-10-1922

Maktab Perguruan Melayu Matang telah dibuka pada 11 Oktober 1913. Maktab ini terletak kira-kira 6 batu dari Bandar Taiping iaitu disebuah bangunan bekas Istana Long Jaafar. Walau bagaimanapun pada hari ini 26 Oktober 1922 Maktab Perguruan Matang telah ditutup setelah beroperasi selama lebih kurang 9 tahun. Penutupan ini adalah atas cadangan R.O. Winstedt kepada Kerajaan pada tahun 1917 supaya kerajaan menubuhkan hanya sebuah maktab perguruan bagi Tanah Melayu. Maktab ini tidak terus ditutup pada tahun tersebut kerana Maktab Perguruan Sultan Idris masih lagi dalam proses pembinaan. Pembinaan Maktab Perguruan Matang ini adalah atas daya usaha Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Idris. Kesedaran baginda untuk melihat kemajuan di bidang pelajaran bagi orang-orang Melayu telah mendorong penubuhan Maktab ini. Di peringkat awal hanya penuntut dari Negeri Perak sahaja yang diambil belajar di Maktab ini.

Sejumlah lebih kurang 25 orang pelajar baru memasuki Maktab ini setiap tahun. Menjelang penutupannya pada hari ini dalam tahun 1922 Maktab ini telah berjaya melatih seramai 200 orang guru. Pengetua Maktab Perguruan Melayu Matang yang pertama ialah Mr. A. Keir. Antara mata pelajaran yang diajar ketika itu ialah Bahasa Melayu, perkebunan, pelajaran Al-Quran, lukisan, tulisan dan latihan kawad. Selain dari itu Maktab juga menjalan latihan `memerhati’ bagi guru-guru pelawat dan pembantu guru-guru pelawat. Penutupan Maktab Perguruan Matang telah digantikan dengan sebuah Maktab Perguruan yang baru iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim, Perak.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 26-10-2009, 02:12 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TETAP ASEAN BAGI SEBARAN AM-Tarikh Peristiwa pada 26-10-1970

Pada hari ini 26.10.1970, mesyuarat pertama Jawatankuasa Tetap ASEAN bagi Sebaran Am telah dilangsungkan di Wisma Putra, Kuala Lumpur. Mesyuarat pertama tersebut telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Dato' Hamzah Abu Samah. Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Hamzah menyeru supaya sebaran am di negara-negara ASEAN bekerjasama bagi menghapuskan gambaran buruk yang diputarbelitkan oleh pihak sebaran am asing tentang keadaan di rantau ini. Mesyuarat yang pertama selama tiga hari ini telah dihadiri oleh wakil dari lima buah negara anggota ASEAN iaitu Filipina, Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia. Negara-negara ASEAN sering menjadi sasaran propaganda dari luar yang bertujuan untuk menimbulkan huru-hara di rantau ini dan rasa saling mencurigai antara negara-negara ASEAN.

Oleh itu negara-negara ini diseru supaya menggunakan sebaran am mereka sebaik mungkin. Malaysia juga telah merancang Pusat Latihan Penyiaran Kebangsaan dan dengan bantuan UNESCO pusat ini diharapkan akan dapat beroperasi dengan lancar ke arah kerjasama yang baik antara negara-negara di rantau ini. Pusat ini juga kelak akan dapat digunakan oleh pelatih-pelatih dari negara-negara anggota ASEAN yang lain. Dengan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Tetap ASEAN bagi Sebaran Am pada hari ini dalam tahun 1970 itu telah merangsangkan lagi kerjasama erat yang sedia terjalin di kalangan negara-negara anggota ASEAN khususnya dalam bidang sebaran am ini.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump