Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-10-2009, 12:50 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default Hari Ini Dalam Sejarah-16/10

RANG UNDANG-UNDANG PENUBUHAN TIGA ANGKATAN BERSENJATA DITERBITKAN-Tarikh Peristiwa pada 16-10-1958


Pada hari ini dalam tahun 1958, Rang Undang-Undang penubuhan tiga Angkatan Bersenjata telah diterbitkan dalam tiga bilangan yang berasingan. Ketiga-tiga pasukan bersenjata ini ialah Pasukan Sukarela Simpanan Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan, Pasukan Sukarela Simpanan Angkatan Tentera Laut Diraja Persekutuan dan Tentera Tempatan Persekutuan. Menurut Menteri Pertahanan Datuk Abdul Razak Hussein, tujuan utama kerajaan menubuhkan ketiga-tiga pasukan ini ialah untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam apabila berlaku kekacauan atau rusuhan. Ketiga-tiga undang-undang ini telah dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan pada 23 Oktober 1958. Pasukan Udara Tambahan Malaya Bahagian Persekutuan telah diserapkan ke dalam Pasukan Sukarela Simpanan Tentera Udara yang baru ditubuhkan. Begitu juga dengan Bahagian Persekutuan daripada Angkatan Laut Diraja telah diserapkan ke dalam Pasukan Sukarela Simpanan Angkatan Laut. Berikutan daripada itu juga, Undang-Undang Pasukan Sukarela 1951 telah dihapuskan dan angkatan-angkatannya pula telah dipindahkan kepada Tentera Tempatan Persekutuan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Thanks kasmarol thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-10-2009, 12:51 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

MARDI TEMUI KAEDAH BARU TINGKAT MUTU DAN PENGELUARAN ROTI-Tarikh Peristiwa pada 16-10-1990

Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) telah banyak membuat kajian-kajian dan kaedah-kaedah baru dalam pelbagai bidang untuk kepentingan rakyat di negara ini. Di antara kajian baru oleh MARDI ialah satu kaedah untuk meninggikan mutu dan meningkatkan pengeluaran roti tempatan berasaskan konsep penggunaan peralatan moden. Pengumuman penemuan kaedah baru tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Makanan MARDI, Encik Adinan Husin pada hari ini 16.10.1990 di Bangunan MARDI Serdang, Selangor. Menurut Encik Adinan, kaedah baru yang menggunakan peralatan moden bernilai RM 200,000 itu boleh mengeluarkan sejumlah 3,000 roti dan bun dengan menggunakan ketuhar yang sama.

Kaedah itu juga menekankan konsep meninggikan mutu pengeluaran di samping memelihara kebersihan secara yang lebih praktikal dan sistematik berorientasikan perdagangan. Menurut beliau lagi, terdapat lebih kurang 200 pengusaha roti Melayu disekitar negara yang kebanyakannya tidak menggunakan kaedah membuat roti yang sebenar. Ini menyebabkan rasa dan mutu roti tempatan tidak begitu bermutu berbanding dengan roti luar negeri. Roti yang sedap dan baik mutunya memerlukan proses pemerapan selama 12 hingga 13 jam. Sesungguhnya dengan adanya penemuan baru tersebut oleh MARDI diharap akan dapat mengembangkan lagi perusahaan membuat roti yang bermutu tinggi oleh pengusaha-pengusaha tempatan.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 16-10-2009, 12:52 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

LAWATAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE MELAKA SELEPAS 400 TAHUN TIDAK BERAJA-Tarikh Peristiwa pada 16-10-1957


Pada hari ini 16.10.1957 merupakan hari yang bersejarah bagi negeri Melaka kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhamad dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Khursiah bte Al-Marhum Tengku Besar Burhanuddin, telah menerima menghadap 46 orang kenamaan tempatan Negeri Melaka, dalam satu istiadat mengadap yang telah berlangsung di Balai Rong Seri di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Istiadat menghadap itu adalah menyerupai pertabalan Baginda berdua di Istana Negara Kuala Lumpur pada 3 Ogos 1957 yang lalu dan ianya merupakan aturcara lawatan baginda di hari yang kedua, sempena lawatan Baginda ke negeri Melaka selama 3 hari selepas 400 tahun tiada beraja. Turut hadir di Istiadat tersebut ialah Gabenor Melaka, Baba Leong Yew Koh dan isteri, Ketua Menteri Melaka, Dato Osman bin Talib dan isteri, Menteri Dalam dan Keadilan Persekutuan, Encik Sulaiman bin Dato' Abdul Rahman dan isteri, dan penyimpan Mohor Raja-Raja, Encik Abdul Rahim b. Abdul Raof.

Di antara 46 orang yang menghadap baginda, adalah terdiri dari ahli-ahli Mesyuarat Negeri Melaka dan Municipal, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Luar Bandar dan lain-lain rakyat kenamaan. Dalam istiadat menghadap tersebut seramai 8 orang yang berpakaian istiadat, ditugaskan membawa cogan dan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tatkala Baginda berdua melangkah masuk ke dalam Balai Rong Seri.

Yang di-Pertuan Agong dalam titah ucapannya meminta semua rakyat tidak kira bangsa dan agama, bersama-sama memelihara keamanan, persefahaman dan kemakmuran setelah negara mencapai kemerdekaan. Di samping itu Baginda juga berdoa semoga Negeri Melaka akan sentiasa aman dan makmur. Sesungguhnya upacara lawatan 3 hari Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Negeri Melaka, diharap akan menambah dan mengeratkan lagi perhubungan dan kemesraan rakyat jelata dengan rajanya.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Thanks kasmarol thanked for this post
  #4  
Old 16-10-2009, 12:53 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PERJANJIAN ANTARA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA LADANG (NUPW) DAN PERSATUAN MAJIKAN PERUSAHAAN LADANG MALAYA (MPIEA) MENGENAI CUTI HARI AHAD DITANDATANGANI-Tarikh Peristiwa pada 16-10-1964

Pada hari ini 16.10.1964, Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) En. P.P. Narayanan dan Setiausaha Persatuan Majikan Perusahaan Ladang Malaya (MPIEA) En. D.H. Mitchell telah menandatangani perjanjian antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang dan Persatuan Majikan Perusahaan Ladang Malaya mengenai cuti hari Ahad. Perjanjian telah ditandatangani di Pejabat Kementerian Buruh, Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Menteri Buruh, Y.B. En. V. Manickavasagam.

Dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui cuti hari Ahad akan diberikan kepada semua pekerja-pekerja ladang mulai bulan Januari 1965. Setiausaha Agung, Kesatuan pekerja-pekerja En. P.P. Narayanan juga telah menyatakan bahawa faedah perjanjian tersebut bukan hanya untuk pekerja-pekerja ladang MPIEA, bahkan juga untuk ladang-ladang yang bukan ahli MPIEA. Hasil dari perjanjian tersebut seramai kira-kira 300,000 orang pekerja ladang akan mendapat cuti rehat pada tiap-tiap hari Ahad. Sesungguhnya dengan perjanjian ini, terbuktilah bahawa kebajikan para buruh di negara ini senantiasa dijaga dan diambil berat oleh semua pihak.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #5  
Old 16-10-2009, 12:54 PM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,663
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

PARLIMEN MELULUSKAN CADANGAN PENUBUHAN MALAYSIA-Tarikh Peristiwa pada 16-10-1961

Pada hari ini 16.10.1961, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah diberi mandat untuk membentuk Melayu Raya yang mengandungi sebelas buah negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Gabungan ini dibincangkan setelah Parlimen meluluskan usul Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang menegaskan bahawa pembentukkan Melayu Raya atau Malaysia itu penting untuk perpaduan bangsa dan negara. Konsep asas Melayu Raya ialah merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei. Manakala Singapura akan bergabung dengan Persekutuan ini tetapi mempunyai kuasa autonomi yang lebih daripada 14 buah negeri yang lain.

Perlembagaan Persekutuan yang baru ini berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Encik Donald Stephen, selaku Pengerusi Jawatankuasa Setiausaha Melayu Raya meminta supaya Melayu Raya yang bakal ditubuhkan itu mesti mengatasi politik, parti dan batas-batas perkauman. Ini penting bagi memastikan semua bangsa dapat bersatu dalam satu negara dan konsep Melayu Raya perlu dikemukakan terlebih dahulu supaya pembentukannya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Dalam ucapan membentangkan usul itu, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyatakan semua negeri dalam Melayu Raya atau Malaysia akan mendapat taraf dan hak yang sama. Hasrat Perdana Menteri pada hari ini dalam tahun 1961 menjadi kenyataan apabila pada 16 September 1963 gagasan Melayu Raya diisytiharkan dengan rasminya sebagai Persekutuan Malaysia.
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump