Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-03-2017, 09:18 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,279
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9229
Active Level
My Mood:
Default Nora Danish, Nedim sah jadi suami isteri, hamil 3 bulan

Quote:
Nora Danish hamil 3 bulan



KUALA LUMPUR: Spekulasi netizen mengenai Nora Danish berbadan dua terjawab apabila aktres jelita itu mengesahkan dirinya hamil tiga bulan.


Nora dan suami, Nedim Nazri bersyukur beroleh kebahagiaan berganda dengan kurniaan itu selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

"Saya gembira dengan berita ini, ...suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

"Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

"Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, netizen berteka-teki mengenai kehamilan bintang Polis Evo itu selepas melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial.

Gambar itu jelas menampakkan Nora sedikit berisi dengan tanda baby bump.

Tambah pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya gembira bukan kepalang.

"Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

"Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik," katanya.

Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.


https://www.bharian.com.my/hiburan/s...mil-tiga-bulan
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Netizen kecam adegan comolot



Foto suami pelakon Nora Danish, Nedim mencium mulut isterinya di atas pelamin menjadi viral di media sosial.


Foto tersebut jelas menunjukkan Nedim mengucup dibahagian mulut sambil memegang bahagian mukanya sejurus sejurus selesai majlis akad nikah semalam.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana pasangan berkenaan melakukan aksi tersebut secara terbuka sambil diperhatikan oleh dua orang anak mereka yang masih kecil.

Malah adegan itu juga dianggap sebagai kurang sopan dan meminta supaya pasangan itu menghormati majlis akad nikah.

Selain bercium, busana yang dipakai Nora turut dikritik dan dilabelkan sebagai terlalu seksi untuk majlis berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Betty Rahman, adegan tersebut berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat.


http://www.astrogempak.com.my/artike...3Yk-o.facebook
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Nedim ingin bimbing Nora ke syurga


NORA menggayakan baju rekaan Wanpa di samping suami selepas majlis nikah. - Foto instagram Nora

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar ingin membahagiakan isterinya, Nora Danish, malah Nedim Nazri turut berjanji akan membimbing pelakon jelita itu ke syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.

Luahan indah itu dicoret oleh Nedim, 34, yang juga anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, di laman sosial Instagramnya sebentar tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di Seputeh, di sini, malam tadi. Nedim sah bergelar suami Nora selepas dua kali lafaz.

"Hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu kita. Saya tidak pernah tersekat-sekat ketika berkata-kata, namun malam tadi saya berdepan dengan hal itu. Ia berlaku kerana saya bertemu mimpi (kamu) yang menjadi nyata. Saya tak mampu menahan air mata daripada terus jatuh. Ia air mata kegembiraan.

"Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi. Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak.

"Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah," tulisnya di laman bergambar popular berkenaan.

Sebelum itu, Nora, 35, berkata beliau mengharapkan perkahwinan kedua ini akan berkekalan selama-lamanya.

Beliau bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan ini akhirnya menjadi kenyataan. Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang baru dikecapinya kini berpanjangan hingga ke syurga.

"Penyatuan ini umpama mimpi menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harapan saya, semua dapat doakan kebahagiaan kami," kata Nora.

Selesai majlis pernikahan, Nora turut memuatkan gambarnya bersama suami. Mengenakan busana rekaan Wanpa, kenyataan yang bertulis di atas baju itu jelas membuktikan beliau kini sedang mengecap bahagia.

Tulisan 'Keep calm. I can't. I'm the bride' di baju itu sangat unik dan menggambarkan dirinya kini sudah menjadi milik orang.


http://www.bharian.com.my/node/266381
Quote:
Originally Posted by TXT View Post
Nora, Nedim sah suami isteri



[

KUALA LUMPUR: Dengan dua kali lafaz, bintang jelita, Nora Danish sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri kira-kira jam 8.37 malam ini pada majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Seputeh, di sini.

Diadakan secara sederhana, majlis tetap meriah dengan kehadiran kira-kira 200 anggota keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Nora, 35, berkata, beliau bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Sekitar lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berpanjangan.

"Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.

"Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami," kata Nora yang mengenakan rekaan busana jenamanya sendiri, Owl By ND

Kedua-duanya, yang pernah melalui episod kegagalan perkahwinan sebelum ini, memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.

Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 2006, namun berpisah sekitar dua tahun selepas itu. Nedim, 34, pula seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.

"Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang diadakan secara besar-besaran, jadi untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana dan tidak terlalu mengikut protokol.

"Tidak semestinya majlis sederhana itu kurang meriah. Kami memilih cara ini juga kerana ia lebih bersifat peribadi dan intim," katanya.

Nora juga tidak menolak andai diberikan rezeki untuk menimang anak dengan segera. Sebelum ini, aktres yang turut bergelar usahawan itu sendiri mengakui putera sulungnya pernah meluahkan keinginan untuk mempunyai adik.

"Rayqal memang sudah lama teruja dan kalau boleh, memang dia teringin untuk mempunyai adik. Dapat adik perempuan pun sudah memadai baginya. Maklumlah, di rumah, dialah satu-satunya budak kecil.

"Jadi, dia memang selalu suruh saya dapatkan adik untuknya. Paling lucu, dia meminta saya makan banyak supaya perut boleh membesar. Baginya, kalau berbadan besar itu bererti ada bayi dalam perut. Dalam bab ini, kalau saya melayan keletah dan perangainya, boleh ketawa sendirian.

"Sebagai ibu, saya faham perasaannya yang semakin membesar. Keinginan untuk memiliki adik sendiri adalah lumrah," katanya






http://www.bharian.com.my/node/266022



KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya pelakon, Nora Danish bakal menamatkan zaman solonya dengan Nedim Nadzri, 30 Mac ini.

Nora dan Nedim akan melangsungkan majlis pernikahannya di Kuala Lumpur dengan tema tradisional, lapor Utusan.

Menurut Nora, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Jelas Nora, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

“Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengumuman ini sekali gus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal kepada Putera Rayqal berkata, dia bakal bernikah dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hujung bulan ini dalam satu majlis sederhana.


http://www.utusan.com.my/hiburan/ber...0-mac-1.462084

Last edited by TT; 19-09-2017 at 11:27 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-03-2017, 09:19 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,472
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 957
Active Level
My Mood:
Default

tahniah, semoga pernikahan berlangsung dengan sempurna
Reply With Quote
  #3  
Old 26-03-2017, 09:19 PM
Hypnosis-Diri Hypnosis-Diri is offline
Super Active

Hypnosis-Diri's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2014
Location: Syurga dalam hati kita berdua
Posts: 8,242
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 568
Active Level
My Mood:
Default

Tahniah!mudah-mudahan bahagia sehingga ke anak cucu.
Reply With Quote
  #4  
Old 27-03-2017, 05:03 PM
stuck stuck is offline
Active Member

stuck's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Apr 2007
Location: Tepen-Kuale-Putrajaya
Posts: 2,333
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default


* kena siku ke dgn nedim

Quote:
TERJAWAB sudah akhirnya spekulasi tentang tarikh pernikahan pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri.

Media tempatan melaporkan, pasangan merpati dua sejoli itu bakal bernikah pada 30 Mac ini di Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan tradisional itu diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan.

Pelakon berusia 34 tahun yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki diberi nama Putera Rayqal itu enggan berlebih-lebih dalam merencana majlis perkahwinannya dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Selama menjalinkan cinta dengan lelaki terbabit, hubungan mereka turut diuji selepas dilaporkan putus sekitar Ogos 2015, namun hubungan itu berjaya diselamatkan kembali.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nabilah Khan pada 2013. – MYNEWSHUB.CC
__________________
Anda mencari HP ori? AP set pun ada depends model..!!

Berminat boleh call/sms/whatsapp:
012-2758544
Sudi2 la singgah: http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=564986
Reply With Quote
  #5  
Old 27-03-2017, 05:05 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 33,846
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 522
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Semoga bahagia yer kak nora danish
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #6  
Old 27-03-2017, 05:05 PM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 33,497
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 129
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

antara mamat yang tak join MLM tapi kaya raya kat malaysia ni..
__________________

Data/Voice ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ *HARGA BARU*
DATA WAR!! RM50 DAPAT 20GB!||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED [TELCOBIRU]
KEMPEN MERAKYATKAN TOPUP~TOPUP 1MALAYSIA|KLIK SINI|
Reply With Quote
Likes Sniper, cyborg liked this post
  #7  
Old 28-03-2017, 10:54 PM
SmileAlways SmileAlways is online now
Super Active

SmileAlways's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 6,754
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 105
Active Level
My Mood:
Default

anak pak menteri ni klo aku jumpa dia, aku nak lutut muka dia
__________________
Jangan tenggelam di dalam air yang jangkat

http://KemanaArahKita.blogspot.com
Reply With Quote
  #8  
Old 28-03-2017, 11:09 PM
asx23 asx23 is offline
Active Member

asx23's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2016
Posts: 2,129
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 118
Active Level
Default

Artis mmg suka kawin ngan anak2 dato, kerabat diraja, businessman, ngan mat salleh je ker??
Reply With Quote
  #9  
Old 28-03-2017, 11:25 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,279
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9229
Active Level
My Mood:
Default

nora pun taste die tgkla cmne. die mana ada gosip2 dgn artis2 murah

jejai anak MB. nedim anak menteri
Reply With Quote
  #10  
Old 28-03-2017, 11:28 PM
sansorrow sansorrow is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 5,325
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 29
Active Level
My Mood:
Default

tahniah kak.. semoga bahagia
__________________
..................................................

https://www.myfxbook.com/members/San...rrowfx/1780210

..................................................
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump