Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-01-2017, 01:43 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 234,671
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 1438
Blog Entries: 47
Active Level
My Mood:
Default Hazama, Genervie Kam selamat diijabkabulkan



HAZAMA dan isterinya selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat



HAZAMA pada majlis akad nikah di sebuah vila di Gombak pagi tadi






Quote:
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazama, 33, sah bergelar suami kepada pemuzik, Genervie Kam, 37, tepat jam 10.30 pagi tadi di sebuah vila di Gombak, di sini

Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta hampir lima tahun itu selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Pada majlis itu, Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300

Hazama atau nama penuhnya Hazama Azmi memilih untuk disatukan bersama Genervie secara kecil-kecilan dengan mengutamakan perkara wajib seperti yang dituntut agama

"Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja

"Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran," katanya kepada BH Online

Pelantun lagu Di Amaran Mama ini menjelaskan, beliau tidak mahu tertekan memikirkan soal berumahtangga kerana ingin fokus kepada Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung 22 Januari ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234743
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-01-2017, 02:13 PM
mrvx mrvx is offline
Super Active

mrvx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 7,397
Active Level
My Mood:
Default

ampang C..... terbaik
Reply With Quote
  #3  
Old 15-01-2017, 02:15 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,925
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1092
Active Level
My Mood:
Default

tahniah, semoga bahagia ke akhir hayat
Reply With Quote
  #4  
Old 15-01-2017, 08:25 PM
302 302 is offline
Legendary Member

302's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2009
Location: silent hill
Posts: 10,736
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 25
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

untung jimat dah duit
__________________
Sometimes in our lives, we all have pain
We all have sorrow
But, if we are wise
We know that there's always tomorrow
Reply With Quote
  #5  
Old 23-03-2017, 12:19 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,321
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9744
Active Level
My Mood:
Default

Isteri Hazama dibedah mengandung luar rahim


ISTERI Hazama, Genervie Kam, selamat menjalani pembedahan akibat mengandung luar rahim

KUALA LUMPUR: Pemuzik Genervie Kam, 37, terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, semalam, apabila disahkan mengandung di luar rahim.

Suaminya yang juga penyanyi, Hazama, memberitahu BH Online, isterinya mengadu sakit perut sejak kira-kira dua minggu lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, wanita itu disahkan hamil di luar rahim.

Katanya, doktor turut menasihatkan isterinya segera menjalani pembedahan agar tiada sebarang komplikasi lain berlaku.

"Ketika Genervie ke hospital bersama ibunya, saya tidak dapat ikut bersama kerana sibuk menguruskan dua protege saya (Usop dan Balqis) untuk program Mentor Milenia.

"Kemudian dia menghubungi saya untuk memaklumkan, sakit itu disebabkan dirinya sedang berbadan dua. Tidak lama selepas itu, isteri sekali lagi menghubungi saya untuk memberitahu dirinya hamil di luar rahim dan doktor menasihatkannya untuk segera dibedah.

"Selain janin, tiub fallopio pada bahagian kiri juga dibuang. Syukur alhamdulillah, mujur dirinya selamat," katanya.

Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari lalu di Gombak, dekat sini.

Sementara itu, Hazama atau nama penuhnya Hazama Azmi, 33, menyifatkan ada hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang menimpa isterinya.

Reda dengan ketentuan Yang Maha Esa, beliau bagaimanapun percaya, Genervie pastinya bersedih, apatah lagi isterinya memang menginginkan cahaya mata.

"Sebagai suami, saya perlu kuat dan reda kerana Genervie memerlukan sokongan saya.

"Mungkin ia juga boleh dianggap sebagai peringatan buat kami yang terlalu sibuk bekerja tanpa henti, sehingga tidak memikirkan kesihatan diri.

"Selepas pembedahan, doktor menasihatkan isteri untuk berehat selama dua minggu, tanpa melakukan sebarang kerja," ujarnya lagi.

Hazama turut merancang untuk berehat dan meluangkan waktu bersama isteri selepas berakhirnya program Mentor Milenia 2017, beberapa minggu lagi.


http://www.bharian.com.my/node/262982
Reply With Quote
  #6  
Old 23-03-2017, 12:43 AM
sansorrow sansorrow is online now
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 5,327
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 29
Active Level
My Mood:
Default

semoga cepat sembuh dr pembedahan Genervie
__________________
..................................................

https://www.myfxbook.com/members/San...rrowfx/1780210

..................................................
Reply With Quote
  #7  
Old 19-09-2017, 08:44 AM
Yul-Minho Yul-Minho is offline
Legendary Member

Yul-Minho's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jul 2012
Location: ~Hijau Bumi Tuhan~
Posts: 15,775
Thanks (Received): 839
Likes (Received): 301
Active Level
My Mood:
Default Imej gelandangan Hazama buka mata peminat



PENYANYI Hazama, 33, terharu dengan reaksi yang diterima selepas menyamar sebagai gelandangan dan membuat persembahan di Bukit Bintang bersama sekumpulan pemuzik jalanan.

“Saya dan pengurusan merancang melakukan eksperimen sosial ini bagi melihat sendiri penerimaan masyarakat terhadap seni.

“Adakah mereka lebih melihat penampilan dan populariti seseorang atau akan menghargai bakat dengan ikhlas,” katanya kepada Harian Metro.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi turut berkongsi reaksi pertama orang ramai terhadapnya apabila tampil sebagai gelandangan.

“Ketika saya muncul di kawasan itu, ada sekumpulan gadis lari dan menjauhi saya. Mungkin mereka takut kerana saya nampak sangat selekeh dan tidak terurus.

“Selepas selesai persembahan, saya dapat lihat masyarakat kita masih menghargai bakat berbanding populariti,” katanya.

Kata Hazama lagi, tepukan dan sorakan yang diterimanya selepas selesai mempersembahkan beberapa lagu di lokasi itu juga membuatkannya terharu.

“Dalam program TV memang ramai yang bertepuk tangan dan bersorak tetapi sebagai penyanyi kita tak pasti sama ada reaksi itu tanda menghargai bakat kita atau untuk program.

“Ketika melakukan eksperimen ini, saya rasa dihargai dan mereka berikan tepukan dengan jujur walaupun tidak tahu identiti sebenar ‘gelandangan’ itu,” katanya.

Kata penyanyi lagu Penglipur Lara itu lagi, dia juga terkejut dengan maklum balas orang ramai di media sosial dan akan meneruskan aktiviti sebegitu sebagai kerja amal.

“Ramai menulis komen di video yang dimuat naik ke YouTube. Ada yang meneka gelandangan itu adalah saya dan ada juga yang masih tertanya-tanya.

“Kalau ada sokongan daripada mana-mana pihak yang ingin membantu, saya akan teruskan aktiviti ‘busking’ sebegini. Kita boleh kutip dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Hazama melakukan penyamaran itu pada 9 September lalu selepas merancang selama dua minggu.

“Kami mencari jurusolek yang boleh menukar wajah saya menjadi orang lain. Sepanjang dua minggu, pelbagai persediaan dilakukan dan saya berpuas hati dengan hasilnya,” kata Hazama.

https://www.hmetro.com.my/rap/2017/0...minat#cxrecs_s
Reply With Quote
  #8  
Old 19-09-2017, 08:45 AM
Yul-Minho Yul-Minho is offline
Legendary Member

Yul-Minho's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jul 2012
Location: ~Hijau Bumi Tuhan~
Posts: 15,775
Thanks (Received): 839
Likes (Received): 301
Active Level
My Mood:
Default


ingtkn tu penyanyi asal..
Reply With Quote
  #9  
Old 19-09-2017, 08:51 AM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: Lubuk Belida
Posts: 7,799
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 511
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Yul-Minho View Post

“Ramai menulis komen di video yang dimuat naik ke YouTube. Ada yang meneka gelandangan itu adalah saya dan ada juga yang masih tertanya-tanya.
bagus buat idea mcm ni..tapi tu lah..bkn polis je maklumat selalu bocor..eksperimen sosial mcm busking ni pn maklumat selalu bocor kot..
mmg org malaysia ni jenis xleh simpan rahsia agaknya..kn buat statistik ni
Reply With Quote
Likes sayasuka, eday84 liked this post
  #10  
Old 19-09-2017, 08:53 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 34,565
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 539
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

tapi suara dia memang power
__________________


INFO PERCUMA Rahsia Kenikmatan SEKS SUAMI ISTERI di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump