Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-08-2012, 06:46 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,319
Thanks (Received): 4841
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Default Shaarnaz Panas Baran?

Shaarnaz Panas Baran?



Shaarnaz bersama pelakon Di Bawah Langit Mu.


BIARPUN kelibatnya sering dilihat di kaca televisyen, namun hakikatnya, tidak ramai yang mengenali aktor bernama Sharnaaz Ahmad ini.

Hanya selepas kisah cintanya dengan penyanyi, Shila Amzah menjadi bualan hangat, barulah kehadiran anak jati Pulau Pinang ini diberi perhatian.

Tidak mahu sekadar bersandar pada kisah cintanya sahaja, Sharnaaz membuktikan, dia masih mempunyai bakat besar yang perlu tonjolkan kepada umum.

Buktinya, pelakon berusia 26 tahun ini semakin mendapat perhatian setelah membintangi drama bersiri Bukan Bidadari, di Slot Lestary, TV3 yang bersiaran setiap Selasa pada jam 9 malam.

Malah dek keberkesanannya melakonkan watak seorang lelaki panas baran, kasar dan kaki pukul, dia diberikan kepercayaan untuk menggalas peranan utama sebagai Osman menerusi cerekarama Di Bawah Langitmu yang disiarkan pada raya keempat, baru-baru ini.

Bergandingan dengan aktres cantik, Nora Danish sebagai suami isteri menerusi drama itu, Shaarnaz berkata, dia bersyukur kerana kariernya kini mula berkembang dengan baik.

“Alhamdulillah, mungkin tahun ini permulaan bagi saya meyakinkan pihak penerbit, pengarah, stesen televisyen dan penonton kemampuan saya sebagai pelakon.

“Jika sebelum ini watak yang didukung lebih santai dan mudah tetapi berbeza pula dengan kedua-dua drama terbaru saya ini,” katanya.

Berkongsi mengenai wataknya itu, Sharnaaz berkata, dia yakin, penonton akan melihat sisi lakonan yang berbeza dalam kedua-dua drama lakonannya itu, meskipun membawakan karakter yang hampir sama.

“Ini kali pertama saya melakonkan watak menjadi seorang yang sangat pemarah dan ditakuti isteri. Bukan mudah sebenarnya, saya perlu memastikan watak hidup dan tidak kaku, lagi pun saya bukanlah orang yang begitu.

“Rasanya ramai yang terkejut dan tidak sangka saya membawakan watak tersebut, saya cuba lakukan yang terbaik supaya karakter saya nampak berbeza,” katanya yang terkenal dengan sifat gila-gila dan mesra.

Ditanya adakah dia selesa membawakan watak sebegitu, ujarnya dia tidak kisah kerana ia sekadar di dalam lakonan.

“Sebagai pelakon saya perlu menerima apa sahaja watak yang diberikan, bahkan watak panas baran dan kaki pukul ini sebenarnya berjaya mencabar kemampuan saya.

“Bergandingan dengan Nora Danish juga sangat seronok kerana dia pelakon yang bagus dan senang bekerjasama. Bahkan, dia tidak kisah walaupun saya terpukul dia betul-betul untuk beberapa adegan,” katanya.

Shaarnaz paling gembira

Tidak lokek bercerita mengenai penampilan baru buah hatinya, Shila, Shaarnaz mengakui dia adalah orang yang paling gembira apabila kekasihnya itu mengenakan tudung.

“Memang saya gembira sangat dengan perubahan dia, apa yang penting dia melakukannya dengan kerelaan sendiri bukan dipaksa keluarga atau saya.

“Cuma nasihat saya, dia harus tetapkan pendirian dan buatlah betul-betul. Keputusan yang diambil adalah perkara besar, jadi saya tidak mahu dia menoleh ke belakang lagi.

“Sebagai teman lelaki, saya sentiasa memberi sokongan kepada dia,” katanya yang turut menemani Shila membeli koleksi tudung.





Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-08-2012, 06:54 AM
kainlangsir kainlangsir is offline
Legendary Member

kainlangsir's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jul 2006
Location: Umbrella Hills
Posts: 11,613
Thanks (Received): 39
Likes (Received): 11
Active Level
My Mood:
Default

ceh..berlakon dengan bakal bini aku
Reply With Quote
  #3  
Old 30-08-2012, 07:44 AM
skYnEt-gEnIUs skYnEt-gEnIUs is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (32)
Join Date: Aug 2010
Location: aBcdEfgH!jkLmNOpQr$tUvWxyZ 123456789101001000
Posts: 23,979
Thanks (Received): 501
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

panas baran.....?
kalo cpt cool ok lerrr..
__________________
[CENTER][SIGPIC][/SIGPIC][/CENTER][CENTER][B][SIZE="3"][COLOR="DarkOrchid"]ladyelena_11[/COLOR][/SIZE]
[SIZE="3"][/SIZE][SIZE="3"][URL="http://goo.gl/HbZZQ"][COLOR="Purple"]Servis Pemasangan Paip Meter SYABAS[/COLOR][/URL][/SIZE]
[SIZE="3"][COLOR="Red"][B]stop ganggu suami org,insaf2 la buat perangai jijik tu,hodoh wajah sehodoh keji hati kau wahai sihodoh[/B][/SIZE][/COLOR][/B][/CENTER]
Reply With Quote
  #4  
Old 30-08-2012, 09:34 AM
estidot estidot is offline
Regular

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2010
Posts: 184
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Apasal tangan parking kat situ?..
Reply With Quote
  #5  
Old 30-08-2012, 09:43 AM
Yul-Minho Yul-Minho is offline
Legendary Member

Yul-Minho's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jul 2012
Location: ~Hijau Bumi Tuhan~
Posts: 15,697
Thanks (Received): 839
Likes (Received): 296
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by manrocker86 View Post
Shaarnaz Panas Baran?

“Bergandingan dengan Nora Danish juga sangat seronok kerana dia pelakon yang bagus dan senang bekerjasama. Bahkan, dia tidak kisah walaupun saya terpukul dia betul-betul untuk beberapa adegan,” katanya.


mak aihhh... mesti sakit kena pukul tu...
Reply With Quote
  #6  
Old 25-09-2017, 04:03 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,242
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8095
Active Level
My Mood:
Default

Tumbuk bangla, pelakon terkenal di Malaysia didenda RM1,200

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf, Julai lalu.


Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan Sharnaaz menjalani tambahan hukuman dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda. Pelakon itu kemudian membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharnaaz didakwa mencederakan dengan menumbuk Gous Ali, warga Bangladesh, di Level 1, KLGCC, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 5.30 petang, pada 22 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




https://www.bharian.com.my/berita/ke...rja-kelab-golf
Reply With Quote
  #7  
Old 25-09-2017, 04:05 PM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 32,532
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 472
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

sharnaaz mamu penang

shaarnaz my friend kot
__________________


Komisyen Lebih RM1,000 untuk Projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di www.rahsiafirdaus.com

Call/whatsapp/telegram 016-4650338
Reply With Quote
  #8  
Old 25-09-2017, 04:34 PM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,948
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 89
Active Level
Default

baran bertempat tak pe.
__________________
Reply With Quote
  #9  
Old 25-09-2017, 04:37 PM
kiddd2 kiddd2 is online now
Legendary Member

kiddd2's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 15,702
Thanks (Received): 37
Likes (Received): 1119
Active Level
My Mood:
Default

Jadi betul laa dia ni panas baran..
__________________
NAK TAHU HARGA HANDPHONE TERKINI??? MASUK SINI

: KEDAI HANDPHONE ONLINE :
Reply With Quote
  #10  
Old 25-09-2017, 04:40 PM
RekaSeni RekaSeni is offline
Active Member

RekaSeni's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2014
Posts: 1,584
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 24
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by kainlangsir View Post
ceh..berlakon dengan bakal bini aku
dah bejaya jadikan bini ke belom?
__________________
RekaSeni - contemporary | Philosophy www.rekaseni.com ..... لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold