Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-10-2011, 10:34 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default 🇲🇾🏆⚽ Qual Asia Cup 19' (5 Sep) - HM vs Hong Kong


Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.

Sejarah

Zaman kegemilangan

Pra Malaysia

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

Pasca Malaysia

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.

Zaman Kejatuhan

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg)dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan.

Era Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis. Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangkakan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam kejohanan Sukan SEA pada 2001, namun media tempatan begitu jelas mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006.

Beliau sempat memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika bermain di padang-padang tertentu.

Era Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil Bicskei.

Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat" oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri Yahyah dan Muhamad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan Indonesia.

Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM mempunyai pendapatnya sendiri.

Era Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad Malaysia. Walaubagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke separuh akhir Piala ASEAN 2007, dimana Malaysia tewas menerusi sepakan penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.


Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

NIKE unveils the new Malaysia national team kit for the very 1st time
Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post

Malaysia dalam Kump B, bersama Korea Utara, Hong Kong, & Lebanon

Last edited by TXT; 28-07-2017 at 03:26 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 11-10-2011, 10:34 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default

Era B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23 Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0 dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pestabola Merdeka. Namun Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM mensasarkan Malaysia mara ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan kebangsaan Laos. Walaubagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias. Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan. Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009, kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.

Era K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.

Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A menentang Kemboja walaupun keyakinan pasukan Malaysia sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam.

Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 di mana perlawanan tersebut dicemari dengan 3 layangan kad merah yang kontroversi kepada 3 pemain negara oleh pengadil Australia, tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada pasukan Harimau Malaya selepas 32 tahun gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember itu.

Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya layak dinobatkan sebagai 'raja bolasepak' rantau Asia Tenggara.

Keputusan terbaik Malaysia dalam perlawanan persahabatan

Malaysia 1-1 England (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)

Malaysia 2-0 Arsenal (Tahun 1970-an, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Mokhtar Dahari)

Malaysia 2-4 England (Tahun 1993, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Matlan Marjan)

Malaysia 2-3 Manchester United (Tahun 2009, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Amri Yahyah)

Malaysia 1-0 Korea Selatan (Tahun 2010, Kuala Lumpur, Malaysia. Penjaring: Safiq Rahim)
Reply With Quote
  #3  
Old 11-10-2011, 10:35 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default

Rekod Piala Dunia



Rekod Sukan Olimpik





Rekod Piala Asia



*Jalur berwarna merah menunjukkan pasukan beraksi sebagai tuan rumah.

Rekod Sukan Asia



Rekod Piala Tiger/Piala AFF/Piala AFF Suzuki

Reply With Quote
  #4  
Old 11-10-2011, 10:39 PM
azmi_tshirt azmi_tshirt is offline
Super Active

azmi_tshirt's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2007
Posts: 5,625
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

bila la nak terer ye? huuu...
Reply With Quote
  #5  
Old 11-10-2011, 10:41 PM
afifdaud afifdaud is offline
CG Top Poster Club

afifdaud's Avatar
 
Trader Rating: (25)
Join Date: Feb 2010
Location: Pdg. Serai >> Sik >> Sidam Kiri >> Damansara
Posts: 32,458
Thanks (Received): 223
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

aik...buat thread baru ke abam TXT?
Reply With Quote
  #6  
Old 11-10-2011, 10:41 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Rekod Perlawanan Persahabatan Tahun 2011

Harimau Malaya [0] - [4] Arsenal
Harimau Malaya [3] - [6] Liverpool
Harimau Malaya + Harimau Muda [0] - [1] Chelsea
Australia [5] - [0] Harimau Malaya
Reply With Quote
  #7  
Old 11-10-2011, 10:43 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default

tgk dr rekod thn ni
hrp2 ada peningkatan lawan India lak utk frenly seterus nya
Reply With Quote
  #8  
Old 11-10-2011, 10:43 PM
G-Bot G-Bot is offline
Regular

G-Bot's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 375
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by azmi_tshirt View Post
bila la nak terer ye? huuu...
hahahahha...baekk pny sindiran..
Reply With Quote
  #9  
Old 11-10-2011, 10:45 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by azmi_tshirt View Post
bila la nak terer ye? huuu...
kena improve kan Liga M dulu la nmpk nya
Reply With Quote
  #10  
Old 11-10-2011, 10:46 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 231,481
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 765
Blog Entries: 44
Active Level
My Mood:
Default Harimau Malaya harus buktikan

BOLOS 21 gol dalam lima perlawanan kompetitif berturut-turut di pentas antarabangsa sememangnya sesuatu yang langsung tidak boleh dibanggakan oleh pasukan bola sepak kebangsaan.

Mereka sebelum ini tewas 0-4 dan 3-6 kepada Arsenal dan Liverpool pada aksi Pra-Jelajah Asia sebelum ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 oleh Singapura secara agregat 4-6, Julai lalu.

Yang terbaharu, skuad Harimau Malaya tewas 0-5 kepada Australia dalam aksi persahabatan Jumaat lalu sebelum selamat tiba di tanah air sehari kemudian.

Sesungguhnya, rentetan episod kekalahan dengan jumlah jaringan yang cukup besar ketika ini wajar diatasi segera oleh anak buah Datuk K. Rajagobal.

Jika trend ‘murah hati’ ini diteruskan, tidak mustahil sekiranya pasukan kebangsaan sukar untuk mendapatkan lawan berstatus kelas A waima untuk sekadar mengadakan perlawanan persahabatan semata-mata selepas ini.

Malah jangan terkejut sekiranya skuad negara cuma akan dijemput Socceroos bagi perlawanan persahabatan dalam tempoh 20 tahun lagi selepas kali terakhir membuat perhitungan dengan mereka pada final Piala Kemerdekaan Indonesia pada 1992.

Dalam aksi di Canberra baru-baru ini, gawang Malaysia dibolosi lima gol masing-masing menerusi jaringan Josh Kennedy dan Alex Brosque sementara bintang Middlesbrough, Rhys Williams mencatatkan nama selaku penjaring Australia seawal minit kedua.

Sebelum ini, ketika menentang Arsenal, benteng pertahanan negara dimalukan oleh Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky sementara Charlie Adam, David Ngog (dua gol), Maxi Rodriguez (dua gol) dan Dirk Kuyt pula berpesta gol semasa The Reds membelasah Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan juga masih belum dapat melupakan kekalahan memilukan semasa ditewaskan pasukan jiran, Singapura dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2014 menerusi enam gol jaringan Alexandar Duric (dua gol), Qiu Li, Mustafic Fahrudin, Shahril Ishak dan Shi Jia Yi.

Jika diperhatikan secara amnya, nama-nama seperti Mahali Jasuli, Mohd. Zubir Azmi, Asraruddin Putra Omar, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan Abdul Razak, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohd. Fadhli Shas adalah antara yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengemudi benteng pertahanan negara.

Apa yang tidak kena sebenarnya? Adakah wajah-wajah yang menerajui benteng pertahanan negara ketika ini bukannya yang terbaik?

Jika hendak diukur menerusi saingan domestik, benteng Terengganu dilihat paling kebal apabila sekadar bolos tiga kali dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia kali ini menerusi gandingan Marzuki Yusof, Ronny Harun dan Mazlizam Mohamad, wajah-wajah yang mungkin perlu lebih banyak diberikan peluang oleh Rajagobal selepas ini.

Meskipun Rajagobal dilaporkan bersedia meletak jawatan jika gagal membantu Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2015 seperti mana dilaporkan akhbar baru-baru ini, ia bukanlah satu penyelesaian sebenarnya.

Bukan apa, penyokong pun sebenarnya faham daripada hendak meminta yang ‘bukan-bukan’ daripada skuad Rajagobal setelah berjaya menamatkan kemarau penantian selama beberapa tahun menerusi pingat emas Sukan SEA 2009 dan juara Piala AFF Suzuki 2010 sebelum ini.

Cuma senang cerita, jika tewas pun biarlah ‘berpada-pada’ jangan sampai kena bolos empat atau lima gol. Pendek kata, jangan ‘murah hati’ sangat.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:28 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you