Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 04-04-2015, 05:55 PM
matlok matlok is offline
Active Member

matlok's Avatar
 
Trader Rating: (64)
Join Date: Apr 2010
Posts: 2,329
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 14
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default 13 Fakta Anda Patut Tahu Tentang Makanan Segera MCD KFC SUBWAY

13 Fakta Mengejutkan Mengenai Makanan Segera

Makanan segera memang sesuatu yang sangat cepat dan mudah untuk didapatkan. Malah ia juga cara paling menjimatkan masa seiring dengan nama ‘segera’ itu sendiri.

Tapi tahukah anda, di sebalik kita mengejar masa mahu cepat makan dalam masa yang sama juga kita juga menempah bahaya sendiri? Okay, kami mengaku kadang-kadang kami pun makan fast food ini tetapi bukanlah selalu.

Kami kongsikan beberapa fakta dan juga helah yang digunakan oleh industri makanan segera ini untuk sama-sama dikongsikan bersama. Tidak menjadi kesalahan pun jika lepas kita share, kemudian kita makan juga mana-mana restoran fast food.

1. Restoran Makanan Segera Beritahu Anda Apa Yang Anda Patut Rasa

Sedap sehingga menjilat jari atau hot and juicy. Ini antara perkara yang yang selalu kita lihat. Menceritakan keenakan sesuatu perkataan dengan terperinci terbukti meninggalkan impak kepada pelanggan.
Tujuannya dari segi pemasaran adalah untuk menanam perkataan sedap atau juicy itu di dalam kepala pelanggan. Malah kami juga pernah makan di restoran makanan segera dan dalam tidak sedar, mengakui burger yang kami makan memang betul-betul juicy. Benda sedap, kita cakap sedap.

2. Anda Mahu Fries dan Air, Large?

Ini merupakan salah satu cara licik bagaimana restoran makanan segera untuk menarik duit anda. Kami pasti ramai yang pernah mengalami situasi sebegini dan akhirnya terpedaya untuk menambah size set. Pihak restoran hanya mahu membuat keuntungan, sementara anda cuma membeli untuk menambah kalori yang badan anda tidak perlukan. But then, siapa yang fikirkan sangat mengenai kalori jika memilih untuk makan di restoran makanan segera, bukan?

3. Mengalih Tumpuan Kanak-Kanak

Anda bawa keluarga makan di restoran makanan segera bersama-sama anak kembar 4 anda dan kami yakin semua mahu makan dengan aman. Tiba-tiba ada pula tempat untuk bermain yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Jujurnya, kanak-kanak bukanlah kisah sangat dengan burger (tapi kanak-kanak suka nugget). Rasa-rasanya, antara tempat bermain ditambah pula dengan pelbagai alat permainan lain dan makanan, apa yang anak anda akan lebih utamakan? Akhirnya lokasi sebegini menjadi pilihan kerana ia mampu memberi peluang kepada anak-anak bermain sambil anda makan sampai kenyang dan selesa. Kami tidak ada anak lagi jadi tidak mahu komen lebih.

4. Warna Setiap Restoran Makanan Segera Lebih Kurang Sama



Kami yakin anda boleh perasan bukan bahawa kebanyakan warna yang digunakan lebih kurang sama, iaitu warna merah dan kuning. Pasti selepas ini semakin alert dengan warna ini. Ini kerana dua warna tersebut sememangnya terbukti menimbulkan dan membuatkan anda untuk makan. Melalui kajian yang dijalankan, warna kuning mencetuskan selera makan anda manakala warna merah memberi tindak balas kepada otak mengenai perkara berkaitan dengan kepantasan (kajian daripada University of Rochester). Mungkin ini antara perkara yang kita tidak sedar. Manakan tidak, selepas penat teman isteri shopping, kita mula lapar dan nampak warna-warna sebegini seakan menarik kita. Magik bukan? Magik jika anda lapar sangat.

5. Menggalakkan Pembelian Secara Banyak, Berkumpulan

Ini selalu terjadi bila kita pergi makan ramai-ramai dan ada disediakn set untuk 5 atau 6 orang. Ada juga pilihan dalam bentuk bucket (oh, ini memang sukar untuk ditolak). Malah, sudah terbukti dalam kajian bahawa kita akan bertindak untuk makan lebih jika lebih ramai orang yang turut serta. Tambahan lagi jika rakan anda beli pencuci mulut, masa itu jugalah anda berselera untuk mahu makan benda yang sama. Cuba anda makan seorang diri, kami pasti selepas makan terus balik. Beginilah caranya psikologi dan juga pemasaran memainkan helah licik dalam mengaut keuntungan. Kami tidak salahkan mana-mana pihak kerana kita perlukan makanan dan siapalah yang mampu menahan selera. Apatah lagi jika ibu mengidam, tidak bagi nanti, lain pula jadi. Memang ada ibu mengidam order fast food ya?

6. Colonel Sander Benci KFC



Selepas meninggalkan KFC, Colonel Sanders selaku orang yang membangunkan jenama KFC itu sendiri membenci KFC. Dia menyifatkan makanan yang disediakan di KFC adalah ayam goreng yang paling teruk dia pernah lihat.

7. KFC untuk Krismas

Berdiri di atas kejayaan kempen pemasaran KFC selama 40 tahun, ayam goreng yang dihidangkan sehingga kini menjadi salah satu tempat popular untuk makan malam untuk menyambut Krismas di Jepun. Malah, ada di antara pelanggan yang menempah tempat di KFC dua bulan lebih awal sebelum Krismas. Cuba KFC letak rendang, ketupat dan satay, agak-agak ada orang tempah jugakah?

8. Subway Mempunyai Rantaian Restoran Terbesar Di Dunia

Subway yang anda selalu pergi konon-konon makan untuk diet itu merupakan restoran makanan segera yang mempunyai cawangan yang lebih banyak daripada McDonalds di seluruh dunia. Syukur masih ramai mahu makan makanan sihat.

9. Penghantaran Pizza Ke Angkasa Lepas



Pizza Hut pernah membuat penghantaran pizza ke International Space Station pada tahun 2001 dan ia menelan belanja lebih RM3 juta. Rindu makan pizza di bumi ya abang-abang angkasawan? Jangan buang sampah merata pula ya.

10. Pizza Hut Kemaruk Cheese

Setiap tahun, Pizza hut menggunakan lebih 150 juta kilogram cheese dan jumlah itu adalah 3% daripada pengeluaran keju di Amerika Syarikat. Anda boleh baca fakta tentang cheese di sini yang kami pernah kupas.

11. McDonalds Telah Bertapak Di Dalam Industri Makanan Segera Sejak 1948


Sudah lama nampaknya McDonalds bertapak di atas muka bumi. Eh, McDonalds sudah penuh semula ya?

12. Bagaimana Restoran Makanan Segera Kaut Keuntungan

Kebanyakan resotran makanan segera membaut keuntungan melalui kentang goreng dan juga air bekarbonat. Perasan atau tidak, air yang anda minum hanya dalam kuantiti sikit dan ya, kentang memang murah.

13. Malaysia Suka Makan Makanan Segera



Dalam satu survey yang dijalankan beberapa tahun dulu, Malaysia mengekor rapat di belakang Hong Kong dengan purata makan 59% yang mengatakan mereka akan makan makanan segera seminggu sekali.

Apa-apa pun, kami sangat faham rakyat Malaysia memang sukakan makanan, tidak kisah sama ada makanan segera mahu pun tidak. Bagi Vitdaily, jika mahu makan, tidak mengapa cuma biarlah pengambilan setiap makanan itu berpada-pada.

Semua perkara pun jika diambil dengan kuantiti yang lebih pasti bakal mengundang perkara yang merosakkan. Cuba tiru kami, buat air detox (dapat kulit cantik) dan juga buat sendiri serunding cheese roll. Sudahlah sedap, murah dan mampu berjimat pula.

Oh, jika anda ingin gambar makanan yang menggiurkan setiap hari, boleh ikuti kami di Instagram atau pun Facebook untuk artikel baru setiap hari.

SUMBER:
buzzfeed.com
menshealth.com
humanhealthproject.com

Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 05-04-2015, 09:53 AM
forexian forexian is offline
Super Active

forexian's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2008
Posts: 5,982
Thanks (Received): 53
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

cam bosan je fakta Tu
xde la mengejut sgt
Reply With Quote
  #3  
Old 05-04-2015, 10:01 AM
luminor luminor is offline
Active Plus

luminor's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2012
Posts: 4,597
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Mkn mcd lg murah dari mkn nasi campur...ekekek
__________________
victory loves preparation.

Fat burner mega pro series-free cod kl/selangor & pos seantero malaya
0175812123
Reply With Quote
  #4  
Old 05-04-2015, 11:38 AM
stanley_climbfall stanley_climbfall is offline
Active Member

stanley_climbfall's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2008
Posts: 2,458
Thanks (Received): 10
Likes (Received): 9
Active Level
My Mood:
Default

aku suka kfc
Reply With Quote
  #5  
Old 05-04-2015, 12:06 PM
miehensem miehensem is online now
Legendary Member

miehensem's Avatar
 
Trader Rating: (52)
Join Date: Dec 2007
Location: Sg.Petani Kedah
Posts: 14,012
Thanks (Received): 48
Likes (Received): 641
Active Level
My Mood:
Default

biaq betoi hat colonel sanders tu.. awat dia tak saman kfc ja..
__________________
Biar Jasa Jadi Kenangan
Reply With Quote
  #6  
Old 05-04-2015, 12:13 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,546
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 63
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by luminor View Post
Mkn mcd lg murah dari mkn nasi campur...ekekek
Setuju. Makan nasi campur. X sedap mana. Harga. Sampai belas2 ringgit. Skrg
Reply With Quote
  #7  
Old 05-04-2015, 12:21 PM
AdamFayyadh AdamFayyadh is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2013
Location: The Heritage Hotel, Melaka
Posts: 2,267
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by im755 View Post
Setuju. Makan nasi campur. X sedap mana. Harga. Sampai belas2 ringgit. Skrg
Ada betulnya .... dh le tak sedap takde aircond plk tu.

Dlm2 nak boikot pun trpks mkn fast food. Sbb cost dgn selesa.

Brand malaysia Islam kena ambik peluang dlm sektor fast food .

Nak hrpkan Radix Fried Chicken dl dh berkubur plk.
__________________
MILIKI BRAND PRODUK HERBA ANDA SENDIRI DENGAN CARA MUDAH DAN MURAH - PM UTK MAKLUMAT LANJUT

USAHAWAN UBAT DAN BERUS GIGI, MODAL RM50 SAHAJA - PM UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Reply With Quote
  #8  
Old 05-04-2015, 03:49 PM
mr_turner mr_turner is offline
Active Plus

mr_turner's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2010
Posts: 3,081
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

fastpood makanan rakyat marhain skang ni... huhu
Reply With Quote
  #9  
Old 05-04-2015, 03:51 PM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 25,931
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 65
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

Apa pun dah hampirbsetahun boikot mekdi
Reply With Quote
  #10  
Old 05-04-2015, 04:00 PM
userun userun is offline
Super Active

userun's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2009
Posts: 6,158
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 11
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by forexian View Post
cam bosan je fakta Tu
xde la mengejut sgt
fakta setakat tu je la org melayu kita mampu bongkar pun... jenis malas nak kaji lebih. fakta bagi aku semua org dah tahu..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump