Mesin tiket LRT, Monorel terima wang kertas siri baru
KUALA LUMPUR - Wang kertas siri baharu yang dikeluarkan Bank Negara sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian tiket transit aliran ringan (LRT) dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan nilai Kad MyRapid.
Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu menerima wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu sejak wang kertas baharu dikeluarkan secara rasmi.
"Begitu juga dengan syiling-syiling baharu. Ia diterima oleh mesin-mesin pembelian tiket kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Masnizam berkata Prasarana dibekalkan oleh Bank Negara dengan wang-wang kertas baharu sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap sistem dan persiapan bagi menghadapi urusan berkenaan.
Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL, mempunyai 286 mesin pembelian tiket yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan monorel. - Bernama
watch your mind,it will become your word,
watch your word, it will become your act,
watch your act, it will become habit,
watch your habit, it will become your destiny..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE