Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #101  
Old 15-08-2017, 11:04 AM
stuck stuck is offline
Active Member

stuck's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Apr 2007
Location: Tepen-Kuale-Putrajaya
Posts: 2,324
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 25
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
IPOH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang menuduh UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya merupakan dalang kekecohan semasa Program Nothing To Hide 2.0 semalam.

Noh berkata kenyataan itu berunsur fitnah semata-mata.

“Pembangkang dan fitnah berpisah tiada, saya ingat Rafizi (Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli) yang suka buat fitnah, tetapi Azmin pun sama. Inilah perangai dan sikap pemimpin pembangkang kerana apa juga perkara (buruk) yang berlaku dalam negara, mesti kita dipersalahkan.

“Yang buat kecoh semalam adalah mereka (pembangkang) tetapi kenapa nak tuduh UMNO dan perdana menteri. Saya ingat cukup-cukuplah hendak menghasut dan menipu rakyat terutama MB Selangor…apa juga kesilapan yang dia buat, dia tak akan boleh terima,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Negeri Perak Sesi 2017-2019 dan Penganugerahan Penarafan Bintang PBT 2016 Negeri Perak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Azmin kononnya Najib menggunakan gangsterisme semasa majlis Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam yang bertukar kecoh apabila dicemari insiden membaling selipar dan sebagainya daripada beberapa individu yang hadir.

Insiden kira-kira 5.10 petang itu bermula apabila seorang hadirin lelaki bertanya kepada Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985.

Bagaimanapun, sebelum soalan tersebut selesai dijawab oleh Dr Mahathir, kelihatan individu tertentu membaling selipar, diikuti kerusi, kasut dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah bekas perdana menteri itu yang berada di tengah pentas dan hampir mengenainya. – BERNAMA
* ko pun sama la 2X5
__________________
Anda mencari HP ori? AP set pun ada depends model..!!

Berminat boleh call/sms/whatsapp:
012-2758544
Sudi2 la singgah: http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=564986
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #102  
Old 15-08-2017, 11:23 AM
percumaforex percumaforex is offline
Super Active

percumaforex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Posts: 6,935
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

hmmm...soalan dah terjawab ke masa kena baling ngan kasut
Reply With Quote
  #103  
Old 15-08-2017, 11:27 AM
shah_ae shah_ae is offline
Legendary Member

shah_ae's Avatar
 
Trader Rating: (102)
Join Date: Oct 2008
Location: K.L dan kwsn yg sewaktu dgnnye
Posts: 12,503
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 63
Active Level
My Mood:
Default

armada ppbm tu geng mane?
bkn diorg sendiri yg buat kecoh ke?
Reply With Quote
  #104  
Old 15-08-2017, 11:50 AM
aim02Aug aim02Aug is offline
Active Member

aim02Aug's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2011
Location: Bangi, Jebat, Jolobu
Posts: 2,363
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 60
Active Level
Default

dh jadi amalan/ trend dah...

dulu zaman nuar, reformasi, bersih skrg pihak lain plak buat riot apedehal...

ada beza/ sape mulakan trend demonstrasi & rusuhan???

nt kalo memerintah apekate kalo ade demonstrasi jalanan besar2an... ko yg hajar kan??!!
Reply With Quote
  #105  
Old 15-08-2017, 11:58 AM
shane shane is offline
Legendary Member

shane's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Nov 2007
Location: Kedah, Pg, S'ngor
Posts: 13,798
Thanks (Received): 112
Likes (Received): 33
Active Level
My Mood:
Default

Dah mula sebelum merdeka lagi...
Reply With Quote
  #106  
Old 15-08-2017, 04:12 PM
Ms Senorita Ms Senorita is offline
Regular

Ms Senorita's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2014
Posts: 115
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 80
Active Level
My Mood:
Default Nothing To Hide 2.0: Tujuh Lagi Ditahan

PETALING JAYA: Tujuh lagi ditahan berhubung kekecohan pada program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu.
Suspek berusia antara 20 dan 30 tahun, ditahan pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah yang ditahan kini seramai 10 orang.

"Kami akan membuat permohonan reman terhadap penahanan terbaharu hari ini.
"Kita percaya mereka mungkin terlibat dalam kekecohan pada forum tersebut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Fadzil berkata, polis sedang mencari lebih ramai individu bagi membantu siasatan.

"Kita juga menyiasat dari aspek rusuhan termasuk penggunaan suar semasa kekecohan itu," katanya.
Ditanya mengenai laporan bahawa tiga lelaki yang ditahan pada Ahad lalu dibayar sebanyak RM50, Fadzil berkata, polis masih menjalankan siasatan.

Beliau menambah, polis telah memeriksa video yang diambil pada majlis tersebut.
Tiga lelaki, masing-masing berusia 17, 18 dan 19 tahun ditahan pada Ahad lalu selepas forum dan direman selama empat hari.

Program Nothing to Hide 2.0 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam yang pada mulanya berjalan lancar terpaksa dihentikan selepas kasut, kerusi, suar, selipar dan botol air dibaling ketika Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berit...4IjESm7ePEI.99
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #107  
Old 21-08-2017, 08:04 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,029
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9150
Active Level
My Mood:
Default

Polis buru 8 lelaki



SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini mendedahkan wajah lapan individu yang dicari bagi membantu siasatan berhubung isu kekecohan semasa program Nothing To Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini pada 13 Ogos lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisoner Fadzil Ahmat berkata, mereka adalah terdiri daripada Muhammad Hafiz Azhar, 29, Mohd. Hafiz Azit, 28 dan Donney Afzal Kaspullidzan, 25.

Katanya, dua lagi hanya dikenali sebagai Amar dan Is serta tiga lagi masih belum diketahui identitinya.

"Justeru, pihak polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kesemua individu itu untuk berhubung dengan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau menegaskan, kes kini disiasat mengikut Seksyen 15 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4qOHAMkEa
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #108  
Old 21-08-2017, 10:21 PM
Laici Laici is offline
Active Plus

Laici's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 3,091
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 97
Active Level
Default

standard la...bersih dulu pun berlambak geng2 buat provokasi ni, mana datang ntah....
Reply With Quote
  #109  
Old 22-08-2017, 01:23 PM
im755 im755 is offline
Active Plus

im755's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2006
Posts: 4,247
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 52
Active Level
My Mood:
Default

oooo geng baju merah... org pinky nie...

patut buat geng baju pink baru sama warna dgn bibir pink...
Reply With Quote
  #110  
Old 22-08-2017, 06:20 PM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,477
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 245
Active Level
My Mood:
Default Saya kini ancaman negara, kata Dr Mahathir

SAYA kini ancaman kepada negara, kata Dr Mahathir Mohamad, sambil menarik perhatian kepada peningkatan siasatan terhadap pentadbirannya dan keganasan politik di Malaysia.

“Orang tidak lagi selamat. Saya sekarang ancaman kepada negara.

“Jadi selongkar balik tiga dekad lalu dan bangkitkan semula jenayah yang boleh disalahkan pada saya.

“Kalau ini gagal mencapai maksud untuk memburuk-burukkan saya, maka kita akan lihat lebih banyak lagi keganasan,”
tulis bekas perdana menteri itu di blog Chedet, hari ini.

Dr Mahathir sejak beberapa bulan lalu berdepan serangan daripada barisan pemimpin Umno selepas beliau menarik sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan keluar daripada parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad.

Menurut Dr Mahathir, negara kini sudah masuk ke fasa baru yang menyaksikan penyokong Najib akan memastikan tiada penentangan terhadap kepimpinannya.

“Nampaknya akan ada lebih banyak samseng untuk rakyat Malaysia. kita sekarang dapat laporan pemimpin Hindraf, Waythamoorty dipukul dan diancam dengan pisau oleh samseng kerana tidak sokong kerajaan,” katanya.

Dr Mahathir juga mempersoalkan pemimpin Umno yang tidak hadir pada forum Nothing to Hide 2.0 yang cepat menyalahkan Armada, sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, parti yang kini beliau pimpin.

“Kalau mereka ada, kenapa mereka hendak merusuh kalau jelas forum itu tidak memihak pada Najib. Mereka merusuh apabila soalan yang ditanya tidak juga mendapat jawapan yang memihak pada mereka. Jelas, mereka merusuh untuk menghentikan forum, untuk melindungi Najib.

“Oleh sebab mereka terang-terang pro Najib dan tidak berjaya memalukan saya, mereka tidak mungkin datang daripada parti yang saya terajui.

“Pemimpin Umno boleh cuba nafikan samseng ini daripada Umno tetapi hakikatnya mereka penyokong Najib yang juga presiden Umno,”
kata Dr Mahathir.

Beliau menambah walaupun polis berhak menyiasat penganjur forum, ketua polis negara tidak wajar menggunakan bahasa mengugut terhadap mereka dengan membayangkan mereka bersalah tidak patuh syarat polis.

Katanya, polis sepatutnya memanggil pihak penganjur untuk soal siasat sekiranya mereka terlibat dan polis mesti mendengar cerita daripada pihak mereka.

“Rusuhan itu dirakamkan dalam video. Daripada rakaman muka perusuh itu boleh dikenal pasti siapa mereka dan apa yang mereka buat,” kata Dr Mahathir. – 22 Ogos, 2017.

Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/11879/
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump