Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > HIGH RISK SECTION - READ FORUM DISCLAIMER CAREFULLY BEFORE JOIN ! > Unrecognize Program Websites > Program Matrix Labu Peram, Merapu

Program Matrix Labu Peram, Merapu Most of the programs are pyramids and they are not doing real business even with products. You're advise to not join any programs. All Read Announcement HERE

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 06-11-2007, 03:45 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default 5 Pembohongan BESAR

Amirul Faisyal,
SistemRahsia.com
Sistem Strategik Resources

Pembohongan # 1 : Apa Saja Produk Yang Anda Jual PASTINYA Akan Terjual
Sekaligus Laris Di Pasaran!


Quote:
TIDAK sama sekali.

Jika terdapat mana-mana ‘guru’ perniagaan Internet yang
berkata demikian di dalam seminar perniagaan Internet
mereka, sila tinggalkan seminar mereka dengan segara.
Minta kembali wang anda (jika terdapat refund di dalam
polisi mereka).

Inilah pembohongan yang teramat nyata di dalam perniagaan
Internet. Jika anda memiliki mind-set sebegini, sila
betulkan dengan segera. Ini kerana…
Produk Yang Anda Jual YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DI
DALAM PASARAN Yang Pastinya Akan Terjual!
Jangan sesekali membuat tanggapan yang produk yang anda
akan jual akan mendapat sambutan dari pembeli.

Never assume.

Katakan anda menjual produk batik, anda membuat anggapan
yang produk anda akan laku di pasaran US kerana disana
disebabkan produk anda sukar didapati, maka ianya akan
mendapat sambutan.

Tidak sama sekali.

Sebelum melaksanakan sesuatu idea baru, apa yang anda perlu
lakukan adalah menanyakan diri anda sendiri;

1. Adakah produk anda mempunyai permintaan?

2. Jika YA, adakah produk anda mudah dijumpai di pasar
biasa (offline) atau tidak?

3. Adakah produk anda menyelesaikan masalah-masalah di
dalam pasaran anda?
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 06-11-2007, 03:53 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pembohongan # 2 : Anda Perlu Pakar Dalam Kod HTML dan Kemahiran Teknikal Lain
Sebelum Boleh Memulakan Perniagaan Internet Anda Sendiri.


Quote:
Saya mungkin akan 'dihentam' oleh beberapa usahawan
Internet kerana pembohongan kedua ini.

Satu lagi pembohongan yang nyata. Secara jujurnya, sehingga
kini saya masih lagi tidak tahu bagaimana untuk meletakkan
kod autoresponder dengan baik pada laman web saya dan tidak
pandai untuk memasang skrip affiliate ke laman web
SistemRahsia saya, namun pada masa yang sama saya telah
menjana pendapatan lebih dari 5 angka dari laman web
tersebut!

Kunci disini adalah : Fokus kepada kekuatan yang anda ada,
yang lainnya, gunakan kekuatan orang lain yang lebih mahir
dalam subjek tersebut.

Sebagai contoh jika anda seorang penulis ebook, dan
kekuatan anda adalah di dalam penulisan manakala kelemahan
anda adalah bahagian teknikal, jangan fokus kepada
kelemahan anda.
Fokus kepada kekuatan anda menulis isi kandungan ebook
tersebut. Terlalu memikirkan hal-hal yang diluar keupayaan
anda akan menjejaskan tumpuan anda kepada kekuatan anda,
yakni penulisan.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gunakan teknik leverage!

Leverage Other People’s Expertise
Leverage Other People’s Time
Leverage Other People’s Money

Mungkin ada di antara anda pernah mendengar apa yang saya
nyatakan diatas. Ya, ianya telah banyak dibincangkan oleh
Robert Kiyosaki di dalam siri buku RichDad nya.
Saya tidak mahu mengulangi apa yang diperkatakan oleh
beliau, namun apa yang saya ingin tekankan disini adalah
menggunakan teknik leverage other people’s expertise adalah
penyelesaian terbaik untuk mengatasi kelemahan anda dari
segi kemahiran teknikal.

Anda boleh pilih, samada untuk menggunakan wang atau tidak
di dalam situasi ini. Jika anda mempunyai modal yang lebih,
menggunakan wang sebagai pertukaran mungkin tidak menjadi
masalah bagi anda. Cara ini lebih dikenali sebagai
outsourcing.

Namun, untuk anda yang kekangan bajet, anda mungkin boleh
menggunakan teknik bartering, dengan bertukar barang dengan
barang.

Sebagai contoh Samad memberikan khidmat mereka logo untuk
laman web anda, dan sebagai balasan yang setimpal dengan
nilai, anda memberikan khidmat menulis surat jualan secara
percuma kepada laman web Samad. Disini tiada wang
digunakan, hanyalah servis (atau kelebihan individu) yang
menjadi mekanisma pertukaran (yang bijak).

Kenalpasti kekuatan anda, fokus kepada kekuatan tersebut
dan jadikan ianya sebagai mekanisma utama anda untuk
mengaplikasikan teknik leverage ini.

Ingat, tujuan laman web anda adalah untuk MENJUAL, dan
bukannya untuk memenangi “Web Design Of The Year Award”.
Jangan rumitkan diri anda dengan mempelajari perkara yang
tidak akan membawa kepada manfaat kepada laman web anda.
Reply With Quote
  #3  
Old 06-11-2007, 03:55 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pembohongan # 3 : Membeli Ebook-Ebook Panduan Internet AKAN Menjadikan Anda Jutawan!

Quote:
“You see, in life, lots of people know what to do but few
people actually do what they know. Knowing is not enough!
You must take action.”
-Anthony Robbins

Ya, mungkin ini boleh ditafsirkan sebagai pembohongan tahap
nyata.

Hukum alam. Jika anda hanya membeli, membaca, membeli lagi
dan membaca, TANPA tindakan, anda sebenarnya tidak akan
membina apa-apa kemajuan di dalam perniagaan Internet anda.
Anda mungkin kaya dari segi pengetahuan, tetapi anda tidak
kaya dari segi tindakan.

Anda tahu cara A akan membantu anda meningkatkan jualan ke
laman web anda, namun atas sifat sentiasa ‘dahagakan ilmu’,
anda menangguhkan cara yang anda baca tersebut untuk
mempelajari cara seterusnya di dalam ebook terbaru yang
baru dilancarkan di pasaran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tidak kiralah betapa hebatnya sesebuah ebook panduan itu,
walaupun ianya membongkarkan rahsia sebenar bagaimana untuk
anda menjadi jutawan di dalam masa tiga tahun, jika anda
tidak mempraktikkan ilmu yang diajarkan di dalam ebook
tersebut, ianya hanyalah pelaburan yang tiada apa-apa
pulangan untuk anda.

You gain the knowledges but you never get your return on
investment (ROI), simply because you didn’t TAKE ACTION.

*NOTA: Saya sama sekali TIDAK menghalang anda untuk membeli
mana-mana ebook yang diterbitkan dipasaran. Malah salah
satu perniagaan Internet saya juga adalah model produk
digital ebook. Masalah disini adalah, anda JANGAN hanya
membeli dan membaca, akan tetapi MEMPRAKTIKKAN apa yang
diajarkan di dalam ebook tersebut.
Reply With Quote
  #4  
Old 06-11-2007, 03:58 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pembohongan # 4 : Menghantar Emel-emel SPAM Akan Menjadikan Produk Anda Laris
Sekaligus Anda Akan Kaya!


Quote:
Lagi satu pembohongan TIDAK BERETIKA.

Tidak, anda tidak akan menjadi jutawan dengan menghantar
emel kepada mereka yang anda sendiri pun tidak kenal, dan
saya ada alasan mengapa saya berkata begitu:

“Bayangkan Anda Sekarang Seorang SPAMMER
Tegar...”

1. Anda akan membazirkan masa anda sahaja menghantar emel
promosi sebegini. Selain dari emel anda akan memasuki
folder SPAM, anda juga sebenarnya seolah-olah bertindak
seperti jurujual yang masuk kerumah prospek TANPA
memperkenalkan diri terus masuk ke dalam rumah mereka.

Jika situasi ini berlaku pada diri anda (atau ahli keluarga
anda) yang lain, adakah anda masih lagi boleh bersabar
dengan penjual tersebut? Jika TIDAK, situasinya samalah
seperti 'mangsa-mangsa' SPAM anda.

2. Kredibiliti perniagaan anda akan tercalar. Ya, sudahlah
mempromosikan produk secara melulu, kini kredibiliti
perniagaan anda sendiri akan tercalar.

Usah bicara akan penjenamaan, kerana mereka yang berjaya
membina jenama yang baik dan dipercayai di Internet TIDAK
SAMA SEKALI menggunakan teknik spamming untuk mempromosikan
produk-produk mereka.

3. Anda menyusahkan 'mangsa-mangsa' anda. Emel mereka
digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang
mereka kenal, bukannya untuk menerima emel-emel produk yang
kadangkala tiada langsung kaitan dengan mereka. Sungguh
memenatkan untuk mereka memadam emel-emel SPAM anda, bukan?

Penyelesaian

Saya menghentam perlakuan sumbang SPAM ini tidaklah
bermakna saya membenci teknik pemasaran melalui emel ini.
Tidak sama sekali. Saya sendiri menggunakan teknik ini dan
telah menjana beribu-ribu Ringgit darinya.

Namun apa yang saya praktikkan disini bukanlah SPAM, tetapi
teknik pemasaran emel yang lebih dikenali sebagai
permission marketing.

Saya mendapat kebenaran dahulu dari pemilik emel untuk
menghantar sebarang emel-emel samada berbentuk promosi atau
tidak kepada mereka.

Saya juga memberikan mereka pilihan andainya mereka tidak
berminat lagi untuk menerima emel-emel saya, mereka boleh
berhenti dengan satu klik sahaja.

Caranya dengan membina mailing list anda dengan cara yang
betul. Anda boleh mendapatkan emel-emel mereka, dengan
menggunakan teknik pertukaran nilai. Iyalah, untuk anda
mendapat alamat emel mereka, tentunya anda perlu memberikan
sesuatu yang sama nilainya dengan emel mereka, kan?

Gunakan perisian yang betul. Bukannya perisian seperti
email harvester, email blaster dan lain-lain yang digunakan
oleh para spammer.

Gunakanlah perisian-perisian pengurusan mailing list yang
mematuhi Akta CAN-SPAM (Controlling the Assault of NonSolicited
Pornography and Marketing Act) 2003.

Contoh perisian cadangan industri adalah seperti;
GetResponse.com
Aweber.com
EmailAces.com

Ya, walaupun anda perlu membayar sedikit untuk menggunakan
perkhidmatan ini, ianya adalah lebih baik dari menggunakan
teknik spamming yang pastinya tidak akan membawa sebarang
manfaat di dalam pembinaan kredibiliti dan jenama
perniagaan anda sendiri.

Bacaan Tambahan:

Definisi Spammer menurut Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Spammer

Definisi Email adress harvesting menurut Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/E-mail_address_harvesting

Akta CAN-SPAM (Controlling the Assault of Non-Solicited
Pornography and Marketing Act) 2003:
http://www.ftc.gov/bcp/conline/pubs/...s/canspam.shtm
Reply With Quote
  #5  
Old 06-11-2007, 04:01 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pembohongan # 5 : Anda Boleh Menjadi Seperti Saya, Menjana Pendapatan Sehingga RM 30,000 Dalam Masa 30 Hari
Dengan Hanya Goyang Kaki Sahaja!


Quote:
“There is no fast, effortless way to make money. Get-richquick
schemes only work for the person selling them. Don’t
waste a minute of your life trying cut corners or create
financial shortcuts. Chasing the will-o’-the-wisp of the
quick buck is the surest way to DESTROY your character and
undermine your career.”

-Brian Tracy, World Renownest Sales Trainer.

Satu lagi pembohongan mirip seakan-akan program 4D (Duduk
Diam Dapat Duit).

Apa yang saya dapat ulas disini, YA, memang anda boleh
menjana wang sejumlah begitu banyak, TETAPI dengan syarat:

1. Anda telah berada di dalam satu niche pilihan anda, dan
menjadi antara leading player di dalam pasaran tersebut.

2. Saiz mailing list anda adalah berjumlah seramai 100, 000
orang atau lebih.

3. Anda membelanjakan lebih dari RM 10, 000 setiap minggu
di Google Adwords, memiliki pelbagai kempen di dalam
pelbagai niche untuk program-program affiliate dan juga
rangkaian CPA.

4. Dan banyak lagi.

Tiga contoh diatas adalah kesimpulan terbaik untuk
menyatakan anda boleh menjana pendapatan sebegitu lumayan,
seperti menjana RM30, 000 dalam masa seminggu sahaja!

Ini kerana mereka mempunyai satu persamaan:

“Mereka telah berpengalaman dan berkepakaran di
dalam bidang yang mereka ceburi.”

Jika anda baru mengenali dunia Internet, lantas diberikan
janji-janji manis RM30, 000 dalam masa 3 hari, 3 minggu
ataupun 30 hari...

“JANGAN Berjalan, Sebaliknya Lari JAUH-JAUH!”

Jika anda sendiri baru mengenali apa itu HTML, apa itu
autoresponder, apa itu Pay Per Click, adalah lebih baik
anda memfokuskan diri anda kepada menambah ilmu pengetahuan
anda kepada perkara-perkara asas yang anda WAJIB tahu
sebelum memulakan sesebuah perniagaan Internet.

Berhenti dari membeli 'impian-impian' kosong ini, samada
ianya di dalam bentuk video, ebook dan sebagainya.

Saya tidaklah berkata ianya TIDAK mustahil, tetapi adalah
TIDAK sesuai untuk anda yang masih lagi tercari-cari tapak
sendiri untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri.

Dengan kata lain, jika anda merangkak, jangan memilih untuk
terus berlari. Anda perlu berjalan terlebih dahulu, barulah
anda boleh berlari, bukan?

Tepuk dada tanya kemampuan, keyakinan, dan pengetahuan anda
sebelum menetapkan sesuatu target.
Reply With Quote
  #6  
Old 06-11-2007, 04:05 AM
nicky81 nicky81 is offline
Active Plus

nicky81's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2006
Location: Bangi
Posts: 3,724
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

TERKINI :Elakkan Diri Anda Dari Menyertai Skim Ini

Quote:
Kini saya dapat melihat satu 'trend' baru scammers di
Malaysia untuk mengaut duit anda dengan 'mudah'. Caranya
adalah dengan membina laman web yang bercirikan dibawah:

* Konsep 'reseller'

* Menggunakan kaedah 'forced matrix' (kononnya setiap
reseller akan mampu menjana pendapatan sehingga RM XX,
XXX dengan mudah.

* Menggunakan ebook-ebook berbayar usahawan Internet
lain sebagai produk utama mereka.

* Menjual ebook dan perisian lain secara pukal.
JANGAN SERTAI SKIM-SKIM SEPERTI INI!


Quote:
Maaf jika tulisan saya sedikit besar. Namun itulah
pendirian saya. Dan dibawah adalah SEBAB mengapa saya
berpendirian sedemikian:

* Program ini menggunakan produk orang lain TANPA
kebenaran pemilik produk tersebut.

* TIADA langsung sebarang nama pemilik laman web/program
diletakkan didalam laman web tersebut.

* Dari situ ia jelas menunjukkan bahawa pemilik program
ini DENGAN MUDAH AKAN MELARIKAN WANG ANDA sekiranya
terdapat sebarang masalah dikemudian hari. Iyalah,
siapa yang hendak dipersalahkan, kan?

* TIADA faedah kepada anda. Skim-skim sebegini biasanya
akan menguntungkan penganjur-penganjurnya sahaja.
Bukankah lebih baik anda mencipta produk anda sendiri
daripada menjual hak orang lain, lagi banyak untung
yang anda akan dapat, kan?

Jadi, adakah anda ingin berurusan dengan mereka yang TIDAK
dikenali seperti penganjur program-program reseller seperti
diatas?

Fikir-fikirkanlah.

p/s: sekadar petikan.

Last edited by nicky81; 06-11-2007 at 04:20 AM..
Reply With Quote
  #7  
Old 11-11-2007, 10:12 AM
emoney emoney is offline
Super Active

emoney's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Feb 2007
Location: ~OneXox..deKaT dihAti Mu...~
Posts: 8,454
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

Thanks good info
Reply With Quote
  #8  
Old 11-11-2007, 10:15 AM
sepet sepet is offline
Regular

sepet's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2007
Posts: 490
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

nice bro...
Reply With Quote
  #9  
Old 11-11-2007, 10:21 AM
Rob_Booker Rob_Booker is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 150
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Good JOB BRO!!
Reply With Quote
  #10  
Old 11-11-2007, 01:20 PM
cyberiz cyberiz is offline
Super Active

cyberiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Oct 2007
Location: Airport City.......
Posts: 6,009
Thanks (Received): 279
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Hehe.. kebanyakan org (newbie) mudah terpengaruh bila tgk skim yg mcm ni,
kdg2 tu oldbie pun boleh terpengaruh jugak
tambah2 plak digula2kan dgn income yg beriban2,
Kita x bleh nak halang org dari join program yg mcm ni, duit dia...
Cumanya nasihat aku, kalu nak join tu jgn la terlalu mengharap..
Kalu kantoi... jadikan lah ia sbg harga yg perlu dibayar utk pelajaran tu..
So next time, berhati2... x ada yg mudah & cepat di internet ni... peace
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump