Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > HIGH RISK SECTION - READ FORUM DISCLAIMER CAREFULLY BEFORE JOIN ! > Unrecognize Program Websites > Program Matrix Labu Peram, Merapu

Program Matrix Labu Peram, Merapu Most of the programs are pyramids and they are not doing real business even with products. You're advise to not join any programs. All Read Announcement HERE

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1761  
Old 21-06-2017, 08:47 AM
lpsoldier007 lpsoldier007 is offline
CG Top Poster Club

lpsoldier007's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Dec 2010
Posts: 22,547
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 360
Active Level
My Mood:
Default

Peh ni bicara mesti panjang, letih dan menyusahkan.

Banyak gila dokumen transaksi.

Harap2 pegawai2 yg handle dokumen tu kerja dgn tekun.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #1762  
Old 21-06-2017, 09:22 AM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar

 
Trader Rating: (244)
Join Date: Jan 2007
Location: 10-30% bulanan tanpa gagal..berminat?
Posts: 108,730
Thanks (Received): 1026
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Rizal View Post
tgh survey2 lagi..minat sbb nmpk musa hasan dalam BOD
lantik bekas kpn pub xbole pakai jgk skrg...

tgk nanti ex pm plak digunakan
Reply With Quote
  #1763  
Old 22-06-2017, 08:03 AM
naimw naimw is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 2,771
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 185
Active Level
Default Pengasas MBI (MFace) Group ditahan

PULAU PINANG 20 Jun - Hidup mewah dengan membuka syarikat pelaburan skim cepat kaya yang dipercayai mempunyai puluhan ribu pelabur sehingga mampu membuka perniagaan lain di China dan Thailand.

Itu dipercayai dilakukan suspek lelaki berusia 50-an yang ditahan dalam serbuan Op Token di sebuah rumah mewah miliknya di Taman MBI Desaku di Kulim, Kedah kira-kira pukul 6.30 pagi semalam.


PENGARAH Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin melihat salah sebuah daripada tiga kereta mewah serta (gambar kecil) wang tunai yang dirampas di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Turut dirampas daripada suspek yang dipercayai pengasas MBI Group serta menjalankan perniagaan Skim Piramid Mfc @ Mface Club ialah tiga buah kenderaan mewah jenis Jaguar, Range Rover dan Vellfire yang bernilai RM1.5 juta.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagang*an Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pihak berkuasa turut membekukan 98 akaun bank yang disyaki digunakan bagi menjalankan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM209 juta yang diselenggara MBI Group.

Menurutnya, sebanyak 49 daripada akuan yang dibekukan adalah milik syarikat dan 49 lagi milik individu termasuk empat akaun bernilai RM30 juta yang dipercayai milik saudara suspek yang ditahan.

Ujarnya, pihaknya turut menyerbu dua buah premis masing-masing di Taman MBI Desaku dan di Sungai Dua, Butterworth.

“Dalam serbuan itu kita turut merampas wang tunai berjumlah RM685,612 termasuk mata wang pelbagai negara seperti Singapura, Thailand, Australia, Indonesia, New Zealand, Korea, China, Hong Kong, dan Jepun.

“Kita percaya syarikat ini turut mempunyai rangkaian di luar negara dan akan meminta bantuan pihak berkuasa negara-negara terlibat,” katanya dalam sidang akhbar Op Token di Ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) negeri, di sini hari ini.

Op Token dijalankan secara bersama Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara (NRRET), BNM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa sama kata Mohd. Roslan, operasi berkenaan susulan daripada operasi pertama selepas tindakan ke atas skim Mfc Club @ Mface Club di sekitar ibu negara dan di sebuah pusat beli-belah di negeri ini baru-baru ini.

Ujarnya, lelaki berkenaan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya turut memantau beberapa syarikat lain yang menawarkan skim pengubahan wang haram melibatkan nilai mencecah ratusan juta.

“Ya mungkin ada yang akan diambil tindakan selepas ini kerana kita mempunyai pasukan petugas khas dan peruntukan undang-undang bagi menyiasat aktiviti seperti ini,” katanya.
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1764  
Old 22-06-2017, 03:23 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 127,812
Active Level
My Mood:
Default

Pelabur MBI mengamuk di forum China

PETALING JAYA: Berpuluh-puluh pelabur MBI Group International menggunakan forum dalam talian popular di China bagi menuntut pulangan pelaburan mereka berikutan penahanan pengasasnya.


Seorang pelabur yang kecewa menggunakan nama shouMshiBdiaoi berkata, dia sendiri kerugian 35,000 yuan (RM22,000) dan kumpulannya di Guangxi rugi sejumlah 51.6 juta yuan (RM32.4 juta).

"Saya bersumpah saya tidak akan menyertai mana-mana MLM (pemasaran pelbagai peringkat) lagi selepas ini!" tulisnya di forum Baidu pada Rabu.

Di forum tersebut dikatakan seramai 69 pelabur akan tiba di Malaysia pada Khamis bagi menuntut supaya MBI International memulangkan wang mereka.

MBI International merupakan pengendali skim wang maya yang berpangkalan di utara negara ini.

Pengasas MBI Group International yang direman pada Isnin telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Sumber polis berkata, dia dibebaskan sehari sebelum perintah reman terhadapnya tamat pada Khamis dan diambil oleh seorang individu bergelar 'Tan Sri' di balai polis di Kulim.

Dia direman bagi membolehkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dah Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada Selasa, Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengumumkan mengenai reman tersebut dan suspek merupakan pengasas MBI International, tetapi enggan mendedahkan namanya.

Pengasas berkenaan ditahan dalam satu operasi, Ops Taken 11, melibatkan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Imigresen dan polis.

Serbuan dilakukan di beberapa premis di Kulim dan Pulau Pinang selepas pemantauan selama sebulan.

Dalam serbuan itu, wang tunai lebih RM2 juta termasuk matawang asing dan tiga kenderaan mewah dirampas.

Sebanyak 98 akaun bank dikaitkan dengan MBI International berjumlah RM209 juta dibekukan.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...ur-mbi-berang/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1765  
Old 22-06-2017, 03:26 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 29,159
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2001
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Pelabur MBI mengamuk di forum China

PETALING JAYA: Berpuluh-puluh pelabur MBI Group International menggunakan forum dalam talian popular di China bagi menuntut pulangan pelaburan mereka berikutan penahanan pengasasnya.


Seorang pelabur yang kecewa menggunakan nama shouMshiBdiaoi berkata, dia sendiri kerugian 35,000 yuan (RM22,000) dan kumpulannya di Guangxi rugi sejumlah 51.6 juta yuan (RM32.4 juta).

"Saya bersumpah saya tidak akan menyertai mana-mana MLM (pemasaran pelbagai peringkat) lagi selepas ini!" tulisnya di forum Baidu pada Rabu.

Di forum tersebut dikatakan seramai 69 pelabur akan tiba di Malaysia pada Khamis bagi menuntut supaya MBI International memulangkan wang mereka.

MBI International merupakan pengendali skim wang maya yang berpangkalan di utara negara ini.

Pengasas MBI Group International yang direman pada Isnin telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Sumber polis berkata, dia dibebaskan sehari sebelum perintah reman terhadapnya tamat pada Khamis dan diambil oleh seorang individu bergelar 'Tan Sri' di balai polis di Kulim.

Dia direman bagi membolehkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dah Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
ingatkan takde langsung aduan, rupanya ramai dah mengamuk kat forum China
Reply With Quote
  #1766  
Old 23-06-2017, 09:43 PM
akudotcom akudotcom is online now
Active Member

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 2,278
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 507
Active Level
My Mood:
Default

Bank Negara red-flags 14 more companies and schemes

by royce tan

PETALING JAYA: Bank Negara has added 14 new companies and schemes to its financial consumer alert list.

These are Ahmad Zulkhairi Associates PLT, Ethtrade Limited, Ethtrade Malaysia, Kilauan Padu Services Sdn Bhd, O2 Only One, OG1 Asean, Only One International Sdn Bhd, Proficiency Management and Services, Smart Trade Entrepreneur, Smart Trade Resources Sdn Bhd, TF International Group, TF International Group (MY), TF International W1212 KL Team and ZEMC Sdn Bhd.

The list, updated Thursday afternoon, now has 316 companies under it for suspicion of not adhering to relevant laws and regulations administered by the central bank.

Under the Financial Services Act 2013, individuals or businesses involved in illegal financial activities can be fined up to RM50mil and jailed for 10 years.

Among the financial schemes that have been red-flagged by the central bank this year were JJ Global Network, JJ Poor To Rich, JJPTR, MBI International Sdn Bhd and Mface International Sdn Bhd.
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

takkan tu pun korang tak nampak..byk tgk tv nie..elok la jd jaga..huhuh
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1767  
Old 07-10-2017, 01:20 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 127,812
Active Level
My Mood:
Default

350,000 mangsa ditipu namun cuma 2 laporan

Kerugian kedua tertinggi dicatatkan oleh skim pelaburan Mface atau MBI International Group dengan nilai mencecah RM700 juta.

“Seramai 350,000 orang dipercayai menjadi mangsa kepada skim pelaburan Mface tetapi polis hanya menerima dua laporan setakat ini,”

http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4ukX2RNHY
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1768  
Old 19-11-2017, 09:26 AM
hairl hairl is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (11)
Join Date: Aug 2007
Posts: 3,052
Thanks (Received): 24
Likes (Received): 0
Active Level
Default

benda ni masih aktif lagi walaupun diserbu..pelik betul, aku duk tanya orang terlibat dia kata takde masalah..haisssh....yakin betul puak-puak ni
__________________
Cari pelanggan dengan wassap
Reply With Quote
  #1769  
Old 28-11-2017, 04:37 PM
abesoff abesoff is offline
Active Plus

abesoff's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2006
Posts: 3,140
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Blog Entries: 25
Active Level
My Mood:
Default

Assalam, apa khabar ahli MBI yg join bersama saya, jika ada masalah boleh PM saya. sekian terima kasih.
Reply With Quote
  #1770  
Old 06-01-2018, 04:19 PM
abesoff abesoff is offline
Active Plus

abesoff's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Feb 2006
Posts: 3,140
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Blog Entries: 25
Active Level
My Mood:
Default

Mp dah maduk tu....ahli boleh tukar ke mcoin dan shopping sampai lebam...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
mface, pak man telo, skim cepat kaya

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump