Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 1,687
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 10,413
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 19,568
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 17-05-2017, 11:05 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Active Plus

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT 1.3 PIPS INSTAFOREX
Posts: 3,534
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 317
Dislikes (Received): 3
Active Level
Default [VIDEO] Mat Over tampar David Teo Update: Polis buka kertas siasatan Page 1

PUTRAJAYA - Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara penggiat seni dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini tadi gempar seketika apabila berlaku pergaduhan antara penerbit filem, David Teo dan pelawak, Mat Over.

Ketika kejadian David memberikan pandangannya tentang industri seni dimulai dengan berpantun sebelum tiba-tiba Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin, datang dari hadapan dan menampar beliau yang dikatakan mengeluarkan ayat yang biadap terhadap Perdana Menteri.

Kejadian spontan itu mengejutkan hadirin yang berada di Dewan Bankuet Seri Perdana di sini sebelum kedua-dua mereka ditenteramkan oleh artis-artis lain dan pegawai polis sebelum dibawa ke luar dewan.

Bagaimanapun, perselisihan itu berjaya diselesaikan dengan David masuk semula ke dalam dewan dan bersalaman dengan Perdana Menteri sebagai tanda permohonan maaf. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...#ixzz4hLgknPIZ
Hakcipta terpelihara


Quote:
David Teo, Mat Over berdamai di hadapan PM


GAMBAR atas: Kekecohan berlaku antara David Teo dan Mat Over di hadapan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana. Gambar bawah: David Teo dan Mat Over bermaafan serta bersalaman di hadapan Perdana Menteri sambil disaksikan Rosyam. - Foto Asyraf Hamzah

PUTRAJAYA: Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.


Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi 'Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni', Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Insiden bermula apabila Teo seolah-olah mempersoalkan cara Rosyam mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan. Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperlihatkan Rosyam menegur Teo yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri.

Rosyam kemudian memberi laluan kepada Teo menyatakan pandangan dan penerbit filem itu mula berpantun. Bagaimanapun, belum sempat Teo menghabiskan pantunnya, Mat Over tiba-tiba tampil lalu menampar Teo. Kejadian spontan itu segera dileraikan oleh pasukan keselamatan dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsung.

Ia turut menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin. Kira-kira 400 pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan.

Sementara itu, Teo ketika ditemui mendakwa tidak mengenali Mat Over. Namun, dia memaafkan tindakan pelawak itu kerana menganggap Mat Over tidak sengaja mencederakannya. "Ini bukan gimik antara saya dan Rosyam. Saya menegur Rosyam kerana tidak memberi peluang kepada tetamu di belakang untuk bertanya.

"Itu pertanyaan pada Rosyam, tiada niat kurang ajar. Saya tidak niat mempertikaikan cara Rosyam mengendalikan dialog berkenaan. "Mat Over datang meluru dan menumbuk dahi saya sehingga cermin mata tertanggal dan saya terjatuh ke atas Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob.

"Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Saya pun tidak mengalami kecederaan, setakat ini tiada kesan lebam lagi, "katanya. Sementara itu, Mat Over berkata, dia berfikir terlebih dulu sebelum menampar Teo kerana menganggap cara penerbit filem itu biadab.

"Saya tidak fikir apa yang saya lakukan keterlaluan kerana tindakan saya hanya untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin negara yang dihormati. Perdana Menteri menjadi tuan rumah acara ini. "Saya tidak menyesali tindakan ini kerana bagi saya kerana Teo tidak menghormati kedudukan Rosyam bersama Perdana Menteri.

Kita seharusnya sebagai rakyat Malaysia harus bersifat saling menghormati dan beradab," katanya. Mat Over berkata, apa yang berlaku harus memberi pengajaran kepada Teo supaya tidak mengulangi keterlanjuran itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283692
Quote:
[VIDEO] Mat Over, David Teo berdamai



PUTRAJAYA 17 Mei - Pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over dan penerbit filem, David Teo akhirnya berdamai selepas insiden kekecohan dalam Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana malam tadi.

Kekecohan itu berlaku apabila Mat Over meluru ke arah David Teo yang didakwanya bertindak biadap ketika di hadapan Perdana Menteri dan mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan penggiat seni yang hadir.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal oleh anggota keselamatan.

Dialog yang dikendalikan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor kemudian diteruskan seperti biasa.

Atas nasihat Najib, kedua-dua artis itu kemudian berdamai sebelum bersalaman dan berpelukan pada akhir program berlangsung disaksikan Perdana Menteri sendiri.

Sebanyak 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama menyertai dialog itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4hSenC5kh
© Utusan Melayu (M) Bhd


Quote:
Originally Posted by lpsoldier007 View Post
Aku ada dkt majlis ni semalam..

1. Benda ni bukan utk artis je. Tp penggiat seni. Dari pelakon, penyanyi, pelukis, orang di belakang tabir, technician, camera man, etc pn ada.

2. Dari tengok perjalanan majlis dari awal sampai habis, aku rasa benda ni bukan fake. Bukan dibuat2. Sebab tak nampak elemen dirancang di situ.

3. Salah David Teo: Cakap terpekik- pekik. Tak perlu dia nak tinggi- tinggikan suara bila bercakap. Nampak seperti provok Rosyam Nor dan Najib. Padahal mula- mula dia cuma nak komplen yg Rosyam sebelum tu tak ambik endah dkt orang orang yang duduk dkt bahagian dia duduk. Stage tu bulat. Tp dia cakap mcm nak gaduh. Siap tolak2 Rosyam Nor. Padahal dia boleh aje cool.

4. Salah Rosyam Nor: Dia tak tenang bila kena provok dgn David Teo. Dia pn mcm sama mencabar David Teo. Tak reti nak handle David Teo. Patutnya moderator kena pandai tackle isu dari segenap aspek. Masa Azhar Sulaiman tengah cakap, dia potong gitu aje. Tp nasib baik Azhar Sulaiman cool. Kalau kena dkt org yg tak suka cakapnya dipotong orang, memang kena Rosyam Nor malam td.

5. Salah Mat Over: Dia ni panas baran. Semua orang tahu. Salah dia malam td, dia ni sebenarnya duduk agak belakang. Bukan sama bahagian dgn David Teo. Aku rasa dia ni tak nampak sangat apa yg David Teo buat. Cuma dengar David Teo terpekik- pekik dengan Rosyam Nor. Dan seperti biasa David Teo punya cakap memang susah sikit nak paham kalau sekali dengar. Mcm Lim Kit Siang ckp. Tu la aku rasa, bila Mat Over dgr David Teo dah jerit2, dia bajet David Teo nak kurang ajar dgn Najib. Tu yg dia meluru dan tumbuk terus.

6. Lepas dua2 kena heret ke luar, TS Jeffry minta maaf bagi kaum cina. Dia pn tak setuju David Teo cakap terpekik- pekik dalam tu.

7. Bila event dah nak habis, ada sesi mintak maaf. Tp sebenarnya Mat Over still pgg dengan prinsip dia. Dia masih rasa David Teo kurang ajar malam tu. Baran betul mamat ni. Tp David Teo mintak maaf dan kesal dgn apa yg dia dah buat.
Insiden David Teo Dilempang Berlarutan, Episod Baru

PETALING JAYA: Insiden penerbit filem, David Teo dilempang pelawak Mat Over di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki episod baru walaupun mereka telah berdamai selepas majlis tersebut.

Walaupun saling memohon maaf, terdapat pihak yang masih mahu menyambung episod ini dengan mengadakan perhimpunan aman di pejabat Metrowealth, yang terletak di Petaling Jaya.


Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Aman Tanpa Senjata diadakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan diadakan pada Khamis, pukul 2 petang.

Mesej jemputan untuk membuat liputan telah diedarkan kepada pihak media, pagi Khamis.

"Ini berkenaan perkara David Teo yang telah bersikap biadab terhadap perdana menteri semalam di dalam Program TN50 Anak Seni Bersama PM," menurut mesej tersebut.

Malam Rabu, majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kecoh selepas Mat Over, atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David di depan perdana menteri.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah Mat Over muncul lalu menampar muka David.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...hpyG9t8hgTr.99


Quote:
Lucu! PM Tersasul Sebut Wak Doyok Jadi Wak Dogol

DI SEBALIK ‘drama hangat’ David Teo ditampar pelakon komedi Mat Over, turut berlaku satu kejadian mencuit hati di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Menerusi satu rakaman video yang kini tular di media sosial, ia menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mulanya sedang berbual dengan seorang pegawai.


Dalam perbualan tersebut kedengaran Najib berkata, “Wak Dogol pun boleh?” membuatkan pegawai berkenaan membetulkan sebutan nama ‘Wak Doyok’ sambil menuding jari ke arah kamera.

Perkara melucukan itu disusuli dengan gelak tawa berdekah orang ramai yang berada di sekeliling.

Video itu turut dikongsikan sendiri oleh personaliti fesyen, Wak Doyok dengan memuat naik rakaman itu ke dalam laman Instagramnya.

Ikon fesyen yang lebih mesra dipanggil Wak itu turut berkongsikan gambar swafoto kenangan di antara dirinya bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dalam majlis sama. -MYNEWSHUB.CC


Quote:
Mat Over perjelas tindakan terhadap David Teo


SULAIMAN menjelaskan tindakan beliau terhadap David ketika program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Budayan malam semalam bukan untuk mengasarinya tetapi menegur dan menghentikan beliau dari terus bersikap tidak menghormati Perdana Menteri sebagai tuan rumah dan majlis berkenaan. - UTUSAN ONLINE/ANUAR MANSOR

KLANG 18 Mei - Pelawak veteran, Sulaiman Yassin, 65, atau lebih dikenali sebagai Mat Over menjelaskan, dia bertindak terhadap penerbit filem, David Teoh kerana mahu menegur dan memintanya menghormati tuan rumah serta majlis yang dihadiri mereka berdua.

Jelas beliau, sebagai tetamu, David sepatutnya menjaga kata-kata serta tingkah laku tanda menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tuan rumah yang telah menjemput mereka menghadiri program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Kata pelawak veteran berkenaan, tindakannya itu bukan berniat jahat apatah lagi mahu mencederakan David tetapi untuk menghentikan pengarah berkenaan dari terus bersikap biadap.


Tambah Sulaiman, tuduhan yang mengatakan dirinya menampar David juga tidak berasas kerana dia tahu batas-batas perundangan dan sedar implikasi yang bakal dihadapi jika mencederakan pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu.

“Memang saya berasa marah melihatkan sikap David yang tidak menghormati Perdana Menteri sebagai tuan rumah dan majlis yang sedang berlangsung.

“Saya bertindak kerana melihat dia terus bersikap sebegitu walaupun telah diberi peluang oleh pengacara majlis, Datuk Rosyam Noor, untuk bercakap,” jelas Sulaiman kepada Utusan Online ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sulaiman berkata, setiap rakyat Malaysia tidak kira bangsa telah diajar sejak kecil untuk menghormati orang lain apatah lagi sewaktu berhadapan dengan pimpinan walau sekecil mana sekalipun jawatannya menjadikan sikap Davida pada program berkenaan satu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa sekalipun.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan, dirinya dan David tidak mengenali antara satu sama lain dan tidak mempunyai masalah peribadi.

Tambah beliau, insiden yang berlaku itu merupakan satu kejadian spontan dan bukannya dirancang seperti mana yang didakwa oleh banyak pihak.

“Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam hal ini dan tidak mendapat apa-apa keuntungan yang boleh mendorong diri untuk bertindak sebegitu.

“Tindakan saya adalah reaksi spontan untuk menegur perilaku yang tidak sewajarnya ditunjukkan terhadap Perdana Menteri,” jelas beliau.

Insiden kekecohan antara Sulaiman dan David bermula ketika pengarah berkenaan cuba bertanyakan soalan pada sesi program dialog tersebut.

Ketika itu, David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog, iaitu pelakon, Datuk Rosyam Nor sehingga menimbulkan ketegangan menyebabkan Mat Over datang dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menolaknya.

Bagaimanapun, sengketa antara mereka tidak berpanjangan kedua-duanya dilihat bersalaman dan berdamai beberapa ketika selepas insiden berkenaan.

Dalam masa sama, David, dalam laporan-laporan akhbar awal ini bagaimanapun telah memaklumkan tidak akan mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap Sulaiman. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4hU4unhhr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote:
Polis buka kertas siasatan kes Mat Over, David Teo


KEKECOHAN berlaku antara Datuk David Teo dan Sulaiman Yassin atau lebih dikenali Mat Over dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.- Foto Asyraf Hamzah

PUTRAJAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya membuka kertas siasatan selepas menerima dua laporan berhubung kekecohan ketika 'Sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni' di Seri Perdana semalam.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata dua laporan polis itu diterima dari pihaknya sendiri dan orang awam yang tidak puas hati selepas melihat video yang viral di media sosial sejak malam tadi.

Katanya, bagi pihaknya, laporan itu dibuat selepas mendapati insiden berkenaan menjadi viral dan adalah tanggungjawab pihak berkuasa untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Esok kita akan hantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, kemudian selepas menerima arahan untuk menyiasat barulah kita akan mengambil keterangan dua individu terbabit bersama saksi kejadian.

"Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut, orang awam pula tidak perlu viral mengenai insiden ini kerana polis sedang jalankan siasatan. "Bagi peluang kepada pihak polis jalankan siasatan, kami akan buat secara serius dan segera," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di IPD Putrajaya, di sini hari ini.

Kekecohan itu membabitkan pelawak Sulaiman Yassin, menampar penerbit filem, David Teo, di depan Datuk Seri Najib Razak, tetapi berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.

Sulaiman, yang lebih dikenali sebagai Mat Over, dan David bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi dialog itu, Datuk Rosyam Nor. Rosly berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika bersabit kesalahan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283948
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
SENARAI BONUS | CONTEST INSTAFOREX

INSTAFOREX MALAYSIA | REBATE DAILY PAYMENT - AUTOREBATE | REBAT 86.67% TUNAI MINGGUAN

Last edited by mazri_2008; 18-05-2017 at 09:29 PM..
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 17-05-2017, 11:08 PM
hj_maikel hj_maikel is online now
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 22,019
Thanks (Received): 378
Likes (Received): 364
Dislikes (Received): 45
Active Level
My Mood:
Default

Tkde video ka...?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 17-05-2017, 11:09 PM
Jeb Jeb is offline
CG Top Poster Club

Jeb's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Jan 2007
Location: Rumah
Posts: 38,539
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to Jeb
Default

up video satu kali
__________________
siggy untuk disewa
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 17-05-2017, 11:10 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
Legendary Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 18,021
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 323
Dislikes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

apa ayat yg biadap tu...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 17-05-2017, 11:16 PM
dukati dukati is offline
Active Member

dukati's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 2,025
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

hmmm... berani dia
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 17-05-2017, 11:17 PM
danx danx is offline
Super Active

danx's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2010
Posts: 5,692
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Hebat drama ni..
ada yg dgr dengan jelas x apa yg david cakap?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 17-05-2017, 11:17 PM
opin opin is offline
Active Member

opin's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2012
Location: Nun Jauh Di Sana..
Posts: 2,119
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 7
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Hero live dah mai
__________________
bila dekat jalan raya. jalan jem, kita tengok kereta dekat depan dah bagi signal lama nak masuk lorong, kenapa kebanyak kan tak bagi masuk, siap tekan minyak lagi. kenapa ek?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 17-05-2017, 11:22 PM
mohamad71 mohamad71 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2007
Posts: 1,846
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 7
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Tak jelas suara dalam video tu.
__________________
DAPATKAN SIM KAD MESIN DUIT 2017 DAN PANGGILAN PERCUMA SESAMA RANGKAIAN DI SINI
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 17-05-2017, 11:23 PM
azham azham is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Posts: 2,166
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 7
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Kalau tak silap saya mat over ni pernah bagi penerajang kat artis *** di padang bola.
Panas baran mat over ni.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 17-05-2017, 11:23 PM
matjaybon matjaybon is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2016
Posts: 49
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Apasal David Teo yg kena minta maaf. Mamat tuu yang tampar David Teo kan.
Kalau tak berani nak berhadapan dengan isu panas, jangan buat open forum.
Reply With Quote
Likes 2 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:01 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you