Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!



Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



  #1861  
Old 13-05-2017, 11:34 AM
cyborg cyborg is offline
Active Plus

cyborg's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 4,044
Thanks (Received): 12
Likes (Received): 17
Active Level
My Mood:
Default

WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan memulakan lawatan pertamanya ke luar negara sebagai presiden Jumaat depan, dengan mengunjungi Arab Saudi, Israel dan Itali dalam usaha menyatukan umat Islam, Yahudi dan Kristian bagi memerangi keganasan, kata Rumah Putih.

Wow PU Donald Trump !!!
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #1862  
Old 14-05-2017, 02:32 PM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Feb 2009
Posts: 32,987
Thanks (Received): 115
Likes (Received): 296
Active Level
My Mood:
Default

Padan muka.

Kau dok sokong Trump dan hentam Hillary.

Alih˛ kau di pecatnya.

Kah~

Reply With Quote
  #1863  
Old 14-05-2017, 03:37 PM
dukati dukati is offline
Active Member

dukati's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2009
Posts: 2,051
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Jedi View Post
Padan muka.

Kau dok sokong Trump dan hentam Hillary.

Alih˛ kau di pecatnya.

Kah~

nasib la dia
Reply With Quote
  #1864  
Old 17-05-2017, 01:21 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

Trump didakwa dedah maklumat risikan kepada Russia


SERGEI LAVROV dan Donald Trump dikaitkan dengan dakwaan perkongsian maklumat sulit risikan. REUTERS

WASHINGTON 16 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mendedahkan maklumat risikan negara kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, sekali gus mengheret White House ke dalam satu lagi kontroversi baharu, hanya beberapa bulan selepas Trump berkuasa.

Pegawai kedua-dua kerajaan yang mengetahui perkara itu berkata, maklumat risikan me*ngenai pelan operasi ketenteraan ke atas militan Daesh tersebut dikongsi Trump semasa satu pertemuan dengan Lavrov dan Duta Rusia ke AS, Sergei Kislyak yang diberikan oleh sekutu AS dalam perang ke atas kumpulan terbabit.

Bagaimanapun White House mengumumkan dakwaan itu yang pertama kali dilaporkan oleh Washington Post adalah tidak benar termasuk penafian daripada Kementerian Luar Rusia.

“Berita yang mula tersebar sejak malam tadi adalah tidak benar,” kata Penasihat Keselamatan Negara Trump, H.R McMaster di White House.

Jelasnya, apa yang berlaku adalah pemimpin terbabit mengkaji semula pelbagai ancaman biasa termasuk melibatkan penerba*ngan awam.

“Tiada sumber risikan atau kaedah yang dibincangkan dan Presiden tidak mendedahkan sebarang operasi ketenteraan yang belum diketahui umum. Malah saya sendiri berada dalam bilik itu dan dakwaan tersebut tidak berlaku,” tegas McMaster.

White House pada masa sama mengeluarkan kenyataan daripada Setiausaha Negara AS, Rex Til*lerson yang menegaskan mesyu*arat di Pejabat Oval memberi tumpuan kepada perkara meme*rangi keganasan ketika Timbalan Penasihat Ke*sela*matan Negara, Di*na Powel menyifatkan laporan Washington Post itu adalah palsu.

Bagaimanapun, laporan berita itu menimbulkan kebimbangan Dewan Kongres dengan orang nombor dua Parti Demokrat di Dewan Senat, Dick Durbin menyifatkan kelakuan Trump adalah berbahaya dan melulu.

Malah, Ketua Jawatankuasa Perhubungan Luar Negara Senat Parti Republikan, Bob Corker menyifatkan dakwaan itu amat berbahaya.

Kontroversi baharu itu muncul ketika pentadbiran Trump masih dipalit isu pemecatan bekas Pe*ngarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey di tengah-tengah gesaan supaya siasatan bebas terhadap dakwaan campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden diadakan. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4hJJIxY25
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1865  
Old 18-05-2017, 08:30 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

Trump temu ramah 4 calon ketuai FBI


DONALD Trump menemuramah empat calon berpotensi untuk mengetuai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Joe Lieberman (atas kiri), Frank Keating (atas kanan), Andrew McCabe dan Richard McFeely (bawah kanan). - Foto EPA

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menemuramah empat calon berpotensi untuk mengetuai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Empat calon terbabit adalah bekas Senator Connecticut, Joe Lieberman; bekas Gabenor Oklahoma, Frank Keating; Pemangku Pengarah biro, Andrew McCabe dan bekas pegawai kanan FBI, Richard McFeely.

Peguam Negara, Jeff Sesyen, turut serta dalam temu bual itu.

Mesyuarat itu dibuat lebih seminggu selepas Trump memecat James Comey daripada jawatannya sebagai pengarah FBI.

Trump berkata, beliau boleh menamakan calon menjelang hujung minggu ini. Calon perlu mendapat pengesahan Senat.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran Trump, Keating berkata: "Saya adalah kakitangan awam. Ia adalah perbualan yang menarik."

McFeely tidak memberi sebarang komen, manakala pemberita gagal menemui Mc Cabe. - AP


http://www.bharian.com.my/node/283805
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1866  
Old 18-05-2017, 08:32 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

Trump mahu selesai isu nuklear secara aman



SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu wakil Presiden Korea Selatan, Washington bersedia menyelesaikan krisis nuklear dengan Korea Utara secara diplomatik dan aman.


Agensi berita Yonhap melaporkan, Trump bersedia berbincang mengenai isu untuk mewujudkan keamanan di Semenanjung Korea walaupun boleh bertindak sebaliknya.

Yonhap memetik kenyataan wakil Korea Selatan di Washington, Hong Seok-hyun, berkata AS menegaskan tindakan tegas boleh diambil terhadap Korea Utara tetapi memilih menyelesaikan krisis itu secara diplomatik dan aman, termasuk kemungkinan menerusi sekatan ekonomi.

Bagaimanapun, Seok-hyun menjelaskan, AS tidak akan mengadakan dialog dengan Korea Utara jika ia tidak menyelesaikan masalah.

Kenyataan Trump itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, yang memulakan tugas minggu lalu, mahu pendekatan sederhana terhadap Korea Utara dengan syarat negara itu mengubah sikap terhadap isu senjata sebelum memulakan dialog. - REUTERS


http://www.bharian.com.my/node/283757
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1867  
Old 18-05-2017, 08:32 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

Bekas pengarah FBI ketuai siasat campur tangan Russia dalam pilihanraya Presiden US



WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) melantik bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai peguam khas untuk mengetuai siasatan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden 2016.


Timbalan Peguam Negara, Rod Rosenstein, menamakan Robert Mueller mengetuai siasatan terhadap dakwaan itu dan kemungkinan pembabitan pasukan Presiden Donald Trump untuk melambatkan siasatan.

"Berdasarkan keadaan yang unik dan kepentingan awam memerlukan saya untuk meletakkan penyiasatan ini di bawah bidang kuasa seseorang yang mengamalkan kebebasan daripada menerima arahan biasa," kata Rosenstein dalam satu kenyataan. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/283755
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1868  
Old 20-05-2017, 01:36 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,243
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6134
Active Level
My Mood:
Default

Ulama Arab Saudi restui sidang kemuncak dihadiri Trump


Gambar fail ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi dan Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman bertemu di Rumah Putih Washington pada 14 Mac 2017. - Foto REUTERS

MAKKAH: Ulama terkemuka Arab Saudi, hari ini menyifatkan sidang kemuncak Islam di Riyadh hujung minggu ini yang akan dihadiri pemimpin Islam dan Presiden Donald Trump sebagai 'dirahmati'.

Dalam khutbah Jumaat, Imam Masjid Haram, Sheikh Saleh bin Hamdi, memuji 'pertemuan dirahmati yang akan menyatukan saudara dan rakan' Ahad ini.

Beliau menggesa peserta menunjukkan ketulenan dan menegaskan impak negatif campur tangan dalam hal ehwal rantau itu', agensi berita SPA memetik beliau sebagai berkata.

Beliau jelas merujuk kepada seteru utama negara Sunnah itu di rantau berkenaan, Iran yang dikuasai penganut fahaman Syiah.

Kedua-dua negara menyokong pihak bertelagah dalam perang di Syria dan Yaman.

Beliau berkata, campur tangan di Asia Barat 'diburukkan dengan pengakuan, konflik agama, nasionalis dan etnik', dan menggesa peserta sidang kemuncak itu bertindak mengekang kekecohan bersenjata yang dicetuskan pengganas dan penyokong mereka.

Trump, yang akan menjadikan Arab Saudi persinggahan dalam kunjungan pertamanya ke luar negara sebagai presiden Amerika Syarikat, esok dijangka memberikan ucapan mengenai Islam kepada 50 pemimpin negara Islam pada persidangan itu.
AFP


http://www.bharian.com.my/node/284394
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #1869  
Old 20-05-2017, 07:27 AM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 21,706
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 540
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Ulama Arab Saudi restui sidang kemuncak dihadiri Trump

MAKKAH: Ulama terkemuka Arab Saudi, hari ini menyifatkan sidang kemuncak Islam di Riyadh hujung minggu ini yang akan dihadiri pemimpin Islam dan Presiden Donald Trump sebagai 'dirahmati'.

Dalam khutbah Jumaat, Imam Masjid Haram, Sheikh Saleh bin Hamdi, memuji 'pertemuan dirahmati yang akan menyatukan saudara dan rakan' Ahad ini.

Beliau menggesa peserta menunjukkan ketulenan dan menegaskan impak negatif campur tangan dalam hal ehwal rantau itu', agensi berita SPA memetik beliau sebagai berkata.
uisshh, sampai gini sekali 'pertemuan dirahmati yang akan menyatukan saudara dan rakan'
Reply With Quote
  #1870  
Old 20-05-2017, 11:09 AM
Jedi Jedi is offline
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Feb 2009
Posts: 32,987
Thanks (Received): 115
Likes (Received): 296
Active Level
My Mood:
Default

Arab Saudi memang geng USA dah lama.
Sejak zaman bapak Bush lagi.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold
Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
Disclaimer: All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you.