Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Properties Discussions

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 20-11-2017, 12:20 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 124,788
Active Level
My Mood:
Default Banyak tak terjual, kerajaan beku bina hartanah lebih RM1 juta



PETALING JAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan Kabinet mengarahkan pengeluaran permit dibekukan kepada pemaju yang hendak membina pusat beli-belah, bangunan pejabat dan kondominium berharga RM1 juta ke atas, berkuat kuasa 1 November lalu.

Beliau dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, langkah itu hanya untuk sementara waktu bagi menghabiskan bekalan berlebihan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan tempoh tertentu kerana keperluan hartanah di setiap negeri berbeza.

“Kami faham sekarang ‘bekalan’ banyak, jadi kami akan uruskan (jual) semuanya baru mengkaji semula strategi pembangunan supaya tidak mendatangkan kesan kepada ekonomi negara.

“Ia bergantung kepada keperluan setiap negeri, jika ada sesetengah negeri yang mempunyai keperluan terhadap hartanah, kami akan buka semula (mengeluarkan permit pembangunan),” katanya.

Johari memberi jaminan projek perumahan berharga RM300,000 ke bawah akan diteruskan.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, keperluan kediaman mampu milik kini melebihi 48%, namun bekalan rumah sedemikian hanya setakat 24%.

Katanya, kerajaan perlu menyeimbangkan keadaan ketika ini, di mana kebanyakan rumah di pasaran berharga lebih RM250,000 hingga RM300,000 malah ada yang mencecah juta ringgit.

Jumaat lalu, Bernama memetik Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai berkata, ketidakseimbangan pasaran hartanah boleh memberi risiko besar ke atas keseluruhan ekonomi sekiranya berlaku kejutan.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan hartanah kediaman tidak terjual yang tinggi, iaitu 130,690 unit bagi tempoh sehingga suku pertama 2017, khususnya rumah berharga lebih RM250,000 manakala kadar kekosongan pejabat dijangka mencecah 32% pada 2021.

Katanya, kira-kira 140 pusat beli-belah akan menyertai pasaran hartanah di negeri utama menjelang 2021 dan ia akan memburukkan lagi lebihan penawaran serta berpotensi menjadi lebih teruk berbanding semasa krisis kewangan Asia (1997).

Sin Chew Daily memetik statistik BNM menunjukkan kadar kekosongan pejabat ketika ini paling serius di Lembah Klang sebanyak 24%, manakala kira-kira 130,690 unit kediaman tidak terjual sehingga suku pertama tahun ini, di mana 83% daripadanya berharga melebihi RM250,000.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...ebih-rm1-juta/

Quote:
Kerajaan beku sementara bina kondominium



CHERAS: Kerajaan memutuskan membekukan sementara pembinaan kondominium dan premis komersial seperti pejabat bernilai RM1 juta ke atas bagi mengimbangi penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.


Langkah pembekuan sementara itu diputuskan Kabinet berkuatkuasa 1 November lalu dengan pembinaan rumah mampu milik bernilai RM300,000 ke bawah digiatkan bagi memastikan rakyat mendapat kediaman.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, laporan Bank Negara Malaysia mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual sebelum ini turut membabitkan kondominium, pejabat dan pusat membeli belah.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pembekuan sementara hartanah bernilai melebihi RM1 juta itu bagi melihat semula strategi pembangunan supaya ia tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara.

"Permintaan rumah mampu milik sebenarnya mencecah 48 peratus, tetapi penawaran hanya 24 peratus. Kita nak seimbangkan dalam soal ini dan banyak rumah yang tidak terjual itu melebihi RM250,000," kata Johari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Bank Negara mengenai peningkatan hartanah kediaman tidak terjual selepas Program Kembali Ke Sekolah UEM-PLUS di Pusat Komuniti Taman Maluri di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Group Berhad, Datuk Izzaddin Idris dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail yang menyaksikan penyampaian sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di Parlimen Titiwangsa.

Bank Negara menerusi rencana bertajuk Ketidakseimbangan Dalam Pasaran Hartanah sebelum ini berkata, pada suku pertama 2017, jumlah hartanah kediaman tidak terjual adalah sebanyak 130,690 unit, jumlah tertinggi dalam tempoh sedekad dan ia hampir menyamai dua kali purata dalam sejarah yang pernah tercatat sebanyak 72,239 unit setahun antara 2004 hingga 2016.

Kira-kira 83 peratus jumlah unit tidak terjual itu berada dalam kategori harga melebihi RM250,000, sebanyak 61 peratus daripada jumlah tidak terjual terdiri daripada bangunan tinggi dengan 89 peratus daripadanya melebihi RM250,000.

Johor mempunyai bahagian unit kediaman tidak terjual yang terbesar, diikuti Selangor (21 peratus), Kuala Lumpur (14 peratus) dan Pulau Pinang (lapan peratus).

Mengulas lanjut mengenai pembekuan sementara pembangunan hartanah itu, Johari berkata tempoh pembekuan diumumkan kerajaan itu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara.


https://www.bharian.com.my/berita/na...na-kondominium
Quote:
Originally Posted by asamboy View Post
tengok chart senang paham

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Pemaju hartanah kini terperangkap strategi sendiri



KUALA LUMPUR – Lambakan hartanah mewah yang berlaku sekarang ini membuktikan dakwaan sesetengah pemaju terdapat permintaan tinggi bagi kediaman, ruang pejabat dan peruncitan adalah spekulasi semata-mata.


Ia juga menunjukkan pembinaan hartanah mewah yang agresif dalam kalangan pemaju selama ini bertujuan untuk meningkatkan nilai hartanah-hartanah terbabit seperti yang berlaku sekarang.

Pemaju bebas membangunkan hartanah kerana tidak ada kawalan daripada kerajaan dan para pemaju memilih untuk membina kediaman berharga RM400,000 ke atas.

“Apabila stok hartanah mewah yang tidak terjual semakin banyak dan permintaan bagi kediaman ini tidak sebagaimana yang digambarkan, ternyata pemaju kini terperangkap sendiri.

“Semasa Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan kawalan kredit dengan peminjam prospektif dinilai berdasarkan pendapatan bersih dan bukan pendapatan kasar, banyak pihak tidak berpuas hati.

“Tetapi pada pandangan saya, BNM berjaya membuktikan spekulasi pemaju-pemaju terhadap bekalan kediaman adalah permintaan yang direka-reka (artificial demand),” kata penganalisis hartanah, Sharom Md Ariffin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan membekukan projek hartanah bernilai RM1 juta sejak 1 November lalu bagi menangani lambakan hartanah berkenaan.

Jumaat lalu, Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ketidakseimbangan dalam pasaran hartanah menimbulkan risiko ketara kepada pasaran keseluruhan sekiranya berlaku kejutan.

Katanya, ketika pendedahan sektor kewangan bagi ruang ini berada dalam tahap yang selesa, kelebihan bekalan di sesetengah segmen ini boleh menyebabkan kesan limpahan negatif kepada ekonomi yang lebih luas.

Muhammad menegaskan ketidakseimbangan bekalan-permintaan dalam pasaran hartanah telah meningkat sejak 2015, menunjukkan hartanah kediaman yang tidak dijual dalam sedekad, dengan majoriti unit tidak terjual berada dalam kategori berharga RM250,000 ke atas.

Sharom menambah, pada masa ini bukan sahaja kediaman di bandar sahaja yang melonjak tetapi projek-projek hartanah di pinggir bandar pun tidak ada bezanya.

Sambil memberi contoh, beliau mempersoalkan tentang harga rumah di Semenyih dan Alor Setar juga dijual lebih RM400,000.

“Pemaju yang memulakan masalah ini kerana mengejar keuntungan. Jadi, BNM ada alasan kukuh untuk melahirkan kebimbangan dengan lambakan hartanah yang tidak terjual kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi.

“Semasa krisis ekonomi 1997/98 hartanah tidak terjual kerana masalah pasaran tetapi pada hari ini sebab terlebih bina. Kalau masalah lambakan tidak dapat diselesaikan, ia boleh menjejaskan para pemaju dengan tunggakan hutang.

“Dulu berbeza, sebab itu Dana Modal dan Dana Harta diwujudkan untuk membeli aset-aset ini.

“Kalau tidak ada pembeli, bagaimana pemaju mahu meneruskan kelangsungan perniagaan, hutang kepada bank, kontraktor dan sebagainya,” jelas Sharom.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...ategi-sendiri/

Last edited by TT; 22-11-2017 at 11:45 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 20-11-2017, 09:47 AM
3gunHell 3gunHell is online now
Active Member

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,447
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

cuba jual rumah harga mampu milik
ini nak jual mahal2.
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #3  
Old 20-11-2017, 09:57 AM
Emy_Ezra Emy_Ezra is offline
Active Plus

Emy_Ezra's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 4,582
Thanks (Received): 67
Likes (Received): 54
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by 3gunHell View Post
cuba jual rumah harga mampu milik
ini nak jual mahal2.
Tak nama businessman lah kalau jual murah hehe
Reply With Quote
  #4  
Old 20-11-2017, 10:07 AM
acHnuLL aDnan acHnuLL aDnan is offline
Active Plus

acHnuLL aDnan's Avatar
 
Trader Rating: (34)
Join Date: Oct 2008
Posts: 4,720
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

byk umah x laku kat Msia ni..
buat rumah yg mampu tengok je..cmne...
buatlah rumah yg mampu beli..
__________________
▂▃▅▇█▓▒░ ۩۩Buka Akaun UMOFX Anda Sekarang ۩۩░▒▓█▇▅▃▂
NORAHOMESTAY WAKAF CHE YEH
Reply With Quote
  #5  
Old 20-11-2017, 10:16 AM
eday84 eday84 is offline
CG Top Poster Club

eday84's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jan 2009
Location: Rawang
Posts: 27,469
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 57
Blog Entries: 62
Active Level
My Mood:
Default

Rumah pun dah sejuta keatas
Shop lot mau la 2 juta keatas
__________________
[ 7stones | Bust Cream | Whitening Cream | Ora Matte | alturl.com/vmnoh ]
Ordinary people are obsessed with entertainment. The best are obsessed with education
Reply With Quote
  #6  
Old 20-11-2017, 10:20 AM
asamboy asamboy is online now
Active Member

asamboy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2013
Posts: 1,338
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 93
Active Level
My Mood:
Default

tengok chart senang paham

Reply With Quote
Likes TT, putra1234, cek mek molek liked this post
  #7  
Old 20-11-2017, 10:23 AM
mr.dede mr.dede is offline
Legendary Member

mr.dede's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 11,022
Thanks (Received): 121
Likes (Received): 38
Active Level
My Mood:
Default

economist specialist kita ahmad maslan dan ketua pgarah jabatan perangkaan misti tade percaye ini berita.

Quote:
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Selangor negeri ketiga tertinggi pendapatan isi rumah bulanan purata pada 2016 dengan kadar RM9,463.

Pendapatan tertinggi negara adalah W.P. Kuala Lumpur merekodkan pendapatan isi rumah bulanan purata pada (RM11,692) diikuti kedua oleh W.P. Putrajaya (RM11,555).
gaji belas2 libu..takkan tak mampu beli rumah 300k.

https://media.tenor.com/videos/ab135...852a3f68a9/mp4

Last edited by mr.dede; 20-11-2017 at 10:34 AM..
Reply With Quote
  #8  
Old 20-11-2017, 10:29 AM
AMHFZ AMHFZ is offline
Active Plus

AMHFZ's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Mar 2012
Location: Madrid, Espana
Posts: 4,605
Thanks (Received): 123
Likes (Received): 20
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mr.dede View Post
economist specialist kita ahmad maslan dan ketua pgarah jabatan perangkaan misti tade percaye ini berita.



gaji belas2 libu..takkan tak mampu beli rumah 300k.

setuju dgn tuan. gaji belas ribu senang nak loan. tp kalau DSR dia tnggi. mmg tk lepas.. hmm..

Alhamdulillah den gaji 2k loan lepas 100k
__________________
PEMBEKAL BABY BROOCH (KERONGSANG)
Boleh Campur-Campur Design
Harga: 1box (100pcs)= RM35
FREE DELIVERY DIKAWASAN KAJANG/BANGI/PUTRAJAYA (Call/Whatsapp: 0123746117/0146600016
!! ->> KLIK DISINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN <<- !!
Reply With Quote
Likes [email protected] liked this post
  #9  
Old 20-11-2017, 10:33 AM
mr.dede mr.dede is offline
Legendary Member

mr.dede's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 11,022
Thanks (Received): 121
Likes (Received): 38
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by AMHFZ View Post
setuju dgn tuan. gaji belas ribu senang nak loan. tp kalau DSR dia tnggi. mmg tk lepas.. hmm..

Alhamdulillah den gaji 2k loan lepas 100k
klu cm tu gov tak slh.
najib da menang 1-0
dap kena counter back
pru is coming!
Reply With Quote
  #10  
Old 20-11-2017, 10:36 AM
jaws_am jaws_am is offline
Super Active

jaws_am's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Location: wherever you are
Posts: 6,258
Thanks (Received): 47
Likes (Received): 569
Active Level
Default

bank skrng dah strict..
pinjaman diketatkan.. huhu..
__________________
So long, and thanks for all the fish
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump