Vitacat ditubuhkan pada tahun 2008 apabila pengasas syarikat telah membuat lawatan ke sebuah kilang mega makanan kucing di Thailand dan mendapati bahawa bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan kucing tersebut mengandungi daging sampingan serta organ dari ****, ayam serta lain-lain. Syarikat mega tersebut merupakan OEM kepada pelbagai jenama makanan kucing yang telah diimport ke Malaysia.
Sebagai seorang muslim, menegakkan fardhu kifayah adalah harus. Oleh itu, mewujudkan alternatif bagi pengguna muslim merupakan salah satu usaha kami. Selain daripada itu, kami juga ingin menyebarkan kesedaran terhadap para pengguna tentang pilihan mereka. Untuk memperolehi teknologi pembuatan makanan kucing ini pada mulanya agak sukar , tetapi alhamdulilah dengan takdir Illahi pengasas syarikat ini telah menemui seorang pembiak kucing di Dubai yang telah menjalankan pembuatan makanan kucing untuk 120 kucingnya.
Dengan ramuan formula yang sama disertakan bersama usaha daripada penyelidik-penyelidik dari veterina serta MARDI, kami telah menghasilkan teknik adunan ramuan yang dapat memastikan keseimbangan optimum protin, lemak, fiber serta kelembapan di dalam makanan kucing ini.
Penggunaan pati ikan tuna yang diperkaya dengan Omega 3 & 6 merupakan penemuan kami yang paling berharga. Dengan penemuan ini, penggunaan daging sampingan serta organ-organ dapat dielakkan sekaligus mengurangkan bahan awet yang dapat menjejaskan kesihatan kucing anda.
Vitacat telah berkembang ke industri berskala sederhana serta berorientasikan pengeksportan. Daripada kedai hypermarket tempatan seperti Giant , Tesco , Carrefour , Mydin , Jusco serta UO, jenama Vitacat juga telah berkembang ke luar negara seperti Brunei, Iran dan Cape Town. Insyallah produk Vitacat akan didapati di hypermarket Panda di Jeddah dan merupakan langkah pertama Vitacat memasuki pasaran ke Timur Tengah.
PEMBUNGKUSAN PEK 500 G, 1.5 KG & 8 KG
Makanan kucing kering Vitacat dihasilkan daripada campuran beras serta ekstrak minyak tuna yang diformulasikan daripada penyelidik-penyelidik kami serta digandingkan dengan para pakar kerajaan.
Formula yang berharga ini ialah satu penemuan dan revolusi di dalam industri pembuatan makanan kucing. Vitacat menggantikan penggunaan konvensional daging ternakan dan daging sampingan kepada penggunaan ekstrak minyak tuna yang semestinya halal.
Oleh sebab tiada bahan pengawet yang digunakan untuk mengawet organ serta daging sampingan, Vitacat menawarkan makanan kucing yang lebih sihat.
Dengan peratusan protein pada 30%, Vitacat setanding dengan makanan kucing premium yang terdapat di luar negara.
Namun begitu, harga yang ditawarkan masih ekonomikal. Kini makanan kucing kering Vitacat boleh didapati di dalam dua perisa iatitu tuna dan ocean fish.
PRODUK makanan kucing berjenama Vitacat yang juga produk Malaysia bertaraf dunia dihasilkan secara halal menggunakan ramuan berkualiti tinggi serta bebas daripada bahan yang tidak dibenarkan di negara ini.
Ini kerana kilang Vitacat di Mergong, Alor Setar, Kedah yang beroperasi sejak 2008 dimiliki usahawan Bumiputera Islam yang arif dalam bidang nutrisi kucing.
Pengerusi Edaran Vitacat Sdn Bhd, Halim Baba berkata, produk makanan kucing itu diperbuat daripada beras, pati minyak ikan tuna dan mackerel iaitu bahan asas terpenting dalam diet, di samping Omega 3 dan 6 untuk pengawalan bulu serta kesihatan.
Katanya, dengan penggunaan bahan halal, produk Vitacat adalah makanan kucing tunggal keluaran pengusaha Muslim yang pastinya halal pernah dikeluarkan di Malaysia dan dunia.
“Makanan kucing import, terutama dari negara luar, jelas dihasilkan daripada proses penggunaan minyak haiwan ternakan atau ‘by-product’ seperti perut ayam dan ****.
“Selain itu, penghasilan najis kucing yang busuk dan risiko penyakit buah pinggang akan memberi kesan kepada haiwan itu kerana penggunaan garam yang banyak bagi proses pengawetan minyak binatang berkenaan boleh menyebabkan kucing mudah terkena kerosakan buah pinggang,” katanya.
Disebabkan itu, produk Vitacat membantu menghindarkan penghasilan najis busuk serta menghindari penyakit seperti batu karang pada buah pinggang kucing kerana kandungannya hanya pati ikan dan beras tanpa menggunakan garam.
Beliau berkata, produk Vitacat disediakan dalam dua jenis perisa iaitu Tuna dan Ocean Fish, dengan kapasiti 500 gram (gm) dan 1.5 kilogram, malah ia juga dijual dalam bentuk makanan basah iaitu tin tuna dan mackerel bersaiz 400 gm.
“Kita turut memasarkan produk penjagaan kucing seperti syampu penjagaan bulu dan pasir kumbahan kucing yang kini mendapat sambutan di pasaran dan dijual di semua pasar raya hiper seperti Giant, Tesco, Carrefour dan akan datang di Mydin serta AEON Jusco,” katanya.
Halim berkata, selain pasaran tempatan, produk makanan kucing halal Vitacat menembusi pasaran luar negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE); Cape Town, Afrika Selatan dan Brunei.
Malah, katanya, produk itu berjaya menembusi pasaran eksport ke luar negara sebanyak 300 metrik tan sebulan berbanding pasaran tempatan 200 metrik tan.
Menurutnya, ia secara tidak langsung menunjukkan penerimaan produk Vitacat yang bertaraf dunia dan berkualiti, tetapi pihaknya kesal dengan penggunaan logo SUCI DAN BERSIH pada pek makanan kucing import secara berleluasa, sedangkan pengguna tidak mengetahui kesahihannya.
Pertanyaan boleh layari di laman web http://www.vitacat.com.my dan pihaknya kini melantik ejen pengedaran di seluruh negara untuk pasaran pasar mini, kedai runcit dan lain-lain.
Pengguna juga boleh menghubungi CHC Marketing (M) Sdn Bhd, Klang, Selangor di talian 03-32907966; Ong Chuan Hin, Alor Setar, Kedah (04-7336491); S & W Marketing, Kota Bahru, Kelantan (09-7481336); Bentong Kian Guan Trading Sdn Bhd, Bentong, Pahang (09-2221508/2233069); Hublong Oil and Food Sdn Bhd, Melaka (06-3351968) dan Melodies Distributors Sdn Bhd, Masai, Johor (07-3869622).
__________________
"..walaupun ada di antara rakyat Malaysia sendiri yang datang dengan jersi Korea, tapi Malaysia B23 dapat buktikan yang jersi Malaysia masih mempunyai maruah. Malu sangat ke nak datang tengok bola pakai jersi Malaysia, lu pikir la sendiri!" Mohamad Zaquan Adha.
ada x makanan kucing yg rangup sket.. aku da bli frikies,jenama tesco, smuanya keras2. kucing aku makan sampai terkeluar air liur.
sedih tgk... tp dia mkn laju ja.mcm sedap jer...
dulu hanya bagi nasi + ikan rebus pagi dan malam
whiskas sama friskis untuk snek atau makan tengahari
tapi tahun lepas kucing kesayangan aku kena batu karang , kencing berdarah 3 - 4 hari ,
tak makan , tak minum , sampai air mata pun kaler merah huhhuuhhhu...
ingatkan dah tak ader harapan kucing aku ,
tapi Alhamdulillah berkat doa dan usaha aku jaga dan beri ubat seminggu , kucing aku dah boleh jalan ,
masa kencing berdarah tu memang tak boleh jalan , aku jer yang tolong angkat masuk rumah atau kemana - mana .
aku baca dekat blog tertentu dan dari sumber kenalan aku yang tak berapa sahih,
dorang kata whiskas atau friskis banyak garam ,
aku tak tau la betul ke tidak
yang pasti lepas kejadian kencing berdarah tu
kucing aku makan royal Canin,
lepas aku tak mampu dah,
aku kasi makan prodiet dan smart heart ,
time poket tebal sket, aku beli la juga blackwood dan royal canin atau wet food ,
nasi + ikan rebus memang setiap hari , 2 kilo ikan selayang seminggu...
kucing kesayangan aku tu pula makan 2-3 ikan fresh setiap hari...
kira cover kesalahan aku bagi dia makanan kering sehingga terkena batu karang hihihihi...
seumur hidup aku tak pernah ada mana2 kucing kena batu karang , sekor tu jer lah , yang terkena .
sekarang aku ada 8 ekor kucing ,
7 ekor baru mati kes virus selsema . 2 sempat diselamatkan ...
dulu masa kecik2 , mana ada makanan kering ni , kucing aku sihat juga, tapi disebabkan zaman dah berlalu , aku malas nak masak nasi dan rebus ikan ,
kucing aku pula yang kena batu karang ,
memang vet kata kucing kena minum banyak air lepas makan makanan kering ,
tapi aku tak tau la pula nak tanya kucing tu ,
dah minum air banyak ker hari ni ????
kehkehkehkeh
Last edited by DNA_X10; 07-11-2012 at 08:06 PM..
Reason: typing error
ada x makanan kucing yg rangup sket.. aku da bli frikies,jenama tesco, smuanya keras2. kucing aku makan sampai terkeluar air liur.
sedih tgk... tp dia mkn laju ja.mcm sedap jer...
jenama tesco tu last choice la bro..whiskas pocket tu lembut kot..klu duit lebih beli iams je x la mhl sgt..brand2 yg kt supermarket dan dlm tv tu, ada potensi kucing dpt batu karang..
__________________
~ Form is temporary. Class is permanent! ~
LFC and FX has one thing in common: Keep Calm & Believe!
dulu hanya bagi nasi + ikan rebus pagi dan malam
whiskas sama friskis untuk snek atau makan tengahari
tapi tahun lepas kucing kesayangan aku kena batu karang , kencing berdarah 3 - 4 hari ,
tak makan , tak minum , sampai air mata pun kaler merah huhhuuhhhu...
ingatkan dah tak ader harapan kucing aku ,
tapi Alhamdulillah berkat doa dan usaha aku jaga dan beri ubat seminggu , kucing aku dah boleh jalan ,
masa kencing berdarah tu memang tak boleh jalan , aku jer yang tolong angkat masuk rumah atau kemana - mana .
aku baca dekat blog tertentu dan dari sumber kenalan aku yang tak berapa sahih,
dorang kata whiskas atau friskis banyak garam ,
aku tak tau la betul ke tidak
yang pasti lepas kejadian kencing berdarah tu
kucing aku makan royal Canin,
lepas aku tak mampu dah,
aku kasi makan pordiet dan smart heart ,
time poket tebal sket, aku beli la juga blackwood dan rocal canin atau wet food ,
nasi + ikan rebus memang setiap hati , 2 kilo ikan selayang seminggu...
kucing kesayangan aku tu pula makan 2-3 ikan fresh setiap hari...
kira cover kesalahan aku bagi dia makanan kering sehingga terkena batu karang hihihihi...
seumur hidup aku tak pernah ada mana2 kucing kena batu karang , sekor tu jer lah , yang terkena .
sekarang aku ada 8 ekor kucing ,
7 ekor baru mati kes virus selsema . 2 sempat diselamatkan ...
dulu masa kecik2 , mana ada makanan kering ni , kucing aku sihat juga, tapi disebabkan zaman dah berlalu , aku malas nak masak nasi dan rebus ikan ,
kucing aku pula yang kena batu karang ,
memang vet kata kucing kena minum banyak air lepas makan makanan kering ,
tapi aku tak tau la pula nak tanya kucing tu ,
dah minum air banyak ker hari ni ????
kehkehkehkeh
Dr. vet kucing aku tak sarankan aku bagi kucing makan whiskas or friskies sebab boleh sakit buah pinggang ke batu karang, tak ingat aku. Vet katalah, aku ikut je tapi kalau darurat tak sempat beli makan aku bagi jugak makan friskies or whiskas sebab senang nak dapat.
__________________
I don't have any passion at da moment
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE