Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 09-02-2013, 03:19 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default Maklumat Lengkap Penguasa Bumi Sebelum Adam as

Dalam Thread nih mari kita himpunkan sgl maklumat berkaitan Makhluk Sebelum Adam...
Isi Kandungan:
Post 1 & 2 = Artikel Utama
Post 4 = Himpunan Post2 yg berguna..
terdapat byk lg post yg bgus dibelakang..



15x Adam , Adam Sebelum Adam as

[/QUOTE]

“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya. “Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau. [...]

[/img]

“Tapi saya rasa lecturer saya dapat yakinkan saya bahawa Teori Evolusi itu ada benarnya. Rasa resah betul masa dalam kelas”, kata Nazri, salah seorang pelajar yang mengikuti kursus bersama saya.

“Soalnya sekarang, apakah Teori Evolusi itu memang bertentangan dengan Islam? Apakah pendirian Islam terhadap Teori Darwin? 100% bertentangan atau bagaimana?”, saya bertanya kembali kepada beliau.

”Hmm, bab ni susah nak jawab”, katanya.

”Ustaz rasa, cabaran sekarang ialah, kita tidak boleh pukul rata. Kita kena bezakan di antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan Teori Evolusi itu sendiri”, saya sekadar memberi cadangan.

Nazri mengangguk.

”Memang banyak bezanya. Tapi bila diterjemah kepada bahasa Melayu, semuanya dibakulkan jadi ’Teori Darwin’. Itu sahaja”, sambungnya.

”Itu masalahnya. Pada pandangan ustaz, sikap pukul rata penceramah-penceramah mencela Teori Darwin, akan mendatangkan masalah, khususnya kepada orang macam anta, yang ambil Biologi untuk peperiksaan A-Level. Ramai yang sangka Teori Darwin dan evolusinya…. 100% bertentangan dengan Islam”, saya meneruskan cerita.

”Hujah mereka mudah. Kalau percaya tentang Teori Darwin, maknanya kita percaya yang atuk nenek kita dulu ialah beruk! Itu sahaja”, Nazri menyokong.

Kami sama-sama termenung. Ia bukan isu yang mudah.

TEORI EVOLUSI ITU LUAS

Kefahaman kita tentang teori evolusi bukanlah terhad kepada mahu menjawab soalan siapa / apa bapa kita. Ia juga bukan sekadar untuk mencela penjajahan Barat yang disandarkan kepada kepercayaan struggle of the fittest golongan Social Darwinist.

Kebetulan di dalam kelas Muslim Historiography saya bersama Assoc. Prof. Dr. Ahmed Elyas Hussein, kami telah berbincang tentang persoalan yang lebih mendasar terhadap perlunya kepada pendirian yang betul terhadap Teori Evolusi ini, iaitu persoalan ”Permulaan Sejarah”.

Ia membabitkan pengujian kita terhadap teori evolusi biologi dalam menjawab persoalan penciptaan Adam dan kehidupan di bumi sebelum Adam.

Hal ini penting, untuk mengungkaikan keresahan kita apabila kemajuan kajian DNA, telah membantu saintis untuk menghitung kadar mutasi struktur hidupan. Kebolehan ini mengukuhkan lagi usia fosil yang ditemui dan ini mencabar kesimpulan simplistik kita terhadap ”Persoalan Sejarah” yang saya maksudkan tadi.

Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?

Saya mungkin tidak berkeahlian dalam membicarakan tentang hal ini, khususnya melalui saluran Biologi, namun saya ingin berkongsi dengan pembaca beberapa perkara yang boleh membantu pembaca membuat penilaian awal tentang hal ini.

BERSAMBUNG DI POST 2

__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ

Last edited by timur & barat; 25-09-2013 at 04:43 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 09-02-2013, 03:20 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default

PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENCIPTAAN MANUSIA

Saya datangkan beberapa ayat al-Quran berkenaan dengan asal usul manusia:

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:



Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar (Al-Rahmaan 55: 14)

Lihat juga ayat-ayat di 22:5, 23:12, 30:20, 32:7, 37:11

Allah SWT juga menyebut:


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Al-Tin 95: 4)

Mohamed Asad dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa: Allah SWT telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang paling sempurna dan dikurniakan kualiti-kualiti yang positif pada fizikal dan mentalnya sesuai dengan tujuan yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang diciptakan ini.

Lihat juga ayat-ayat di 8:2 dan 7:8

Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. Firman-Nya:


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)

Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30)

PANDANGAN ULAMA ISLAM YANG AWAL

Di dalam sejarah Islam, tumpuan kita adalah pada melihat sejauh mana umat melaksanakan peraturan Allah, sebagai mekanisma jatuh dan bangunnya tamadun. Oleh kerana tumpuannya begitu, maka kadang-kadang kita terlepas pandang kepada pandangan para ulama’ terhadap persoalan-persoalan ‘pra-sejarah’ ini.

Sebagaimana teori evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka.

Lihat sahaja buku Akhbar al-Zaman oleh al-Mas’oudi, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, Al-Mas’oudi meletakkan bab “Penjelasan Tentang Umur Dunia, “Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis dan Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’oudi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat.

Al-Thabari juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30.

Ulasan-ulasan al-Mas’oudi ini memperlihatkan bahawa persoalan tentang hal ehwal pra-sejarah telah pun dibahaskan oleh para Ulama’ jauh sebelum munculnya di Eropah, debat evolusi pada kurun mutakhir ini. Ulama Islam sudah menyentuh bidang ini 10 kurun sebelum ia diperkatakan di Eropah.

Persoalan ini penting di sisi ilmuan Islam, untuk membina dan menstrukturkan World History pada perspektif Islam. Mereka melihat persoalan Tuhan, manusia dan alam, sebagai subjek yang tidak boleh dipisahkan. Di atas prinsip itu, persoalan sejarah tidak sewenang-wenangnya bermula hanya dengan penciptaan Adam, tetapi era Pra-Adam turut diambil kira.

Inilah yang mengagumkan saya. Sekian lama saya terlepas pandang terhadap perhatian yang diberikan oleh Ulama’ seawal kurun ke-10M terhadap isu ini. Keprihatinan mereka menunjukkan bahawa subjek ini berharga untuk diberikan perhatian.

‘ADAM’ SEBELUM ADAM

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.

(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)

ISU LEKEH?

Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.

Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Walhal, prinsip-prinsip evolusi sudah pun ada di fikiran ahli sejarah Muslim seawal kurun ke-10M. Jika ia diterima sebagai subjek yang berharga untuk dikaji oleh umat Islam, mengapa pula hari ini kita mengambil pendirian mudah bahawa ruang perbincangan mengenai hal ini sudah terkunci. Evolusi bertentangan dengan Islam, 100%!

Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran.

Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud.

THE DIVINE EVOLUTION

Di Barat sendiri, sebahagian pengkaji cuba untuk mengharmonikan evolusi dengan ajaran agama. Walaupun ahli teologi dan gereja teguh dalam menolak evolusi, namun tetap ada sebahagian mereka yang menerima undang-undang dan proses alam semulajadi, tanpa menafikan proses penciptaan oleh Tuhan. Mereka mempercayai bahawa Tuhan berada ‘di sebalik’ proses evolusi di dalam kehidupan alam ini dan manusia berada di hujung proses evolusi ini.

Penjelasan sebegini disebut sebagai ‘the Divine Evolution’.

Ada juga sebahagian pemimpin di gereja yang mengiktiraf ketidak sempurnaan teks Holy Book dan menganggap teori evolusi biologi sebagai bersesuaian dengan aqidah agama Kristian.(Lihat Maurice Bucaille, What is the Origin of Man? The Answers of Science and the Holy Scripture)

Semakan dari semasa ke semasa perlu dibuat juga oleh kita umat Islam.

Muhammad Iqbal dan beberapa tokoh yang lain, menerima idea evolusi Biologi. Namun, Iqbal menjelaskan bahawa evolusi hanya membabitkan perkembangan fizikal manusia. Ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dimensi non fizikal atau spiritual manusia. (Lihat Muhammad Iqbal, The Reconstruction of Religious Thought in Islam).

Isu ini akan membabitkan pendirian Islam terhadap penemuan fosil, hal-hal yang berkaitan dengan kesahihan persepsi bahawa kehidupan manusia bermula dalam keadaan yang primitif, isu banjir besar serta hal Ya’juj dan Ma’juj.

Di Amerika Syarikat, saintis genetik dan paleontologis di akhir kurun ke 20, selepas mengkaji ribuan fosil purba, menyokong teori mtEve yang mencadangkan bahawa keturunan manusia ini bermula dari satu lelaki dan satu perempuan. Penerimaan ini membuka laluan kepada mereka untuk berpihak kepada agama dan seterusnya mula mengemukakan hipotesis tentang Kapal Nuh dan Garden of Eden.

Jika umat Islam mengambil jalan mudah dengan mengatakan semua ini mengarut, maka lebih mudahlah Islam akan dianggap mengarut, apabila gagal berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi genetik hari ini.

Saya bimbang dengan jumlah anggota masyarakat kita yang menarik diri dari masyarakat dan memencilkan diri kerana tertekan dengan trend perdana yang selesa dengan anggapan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan.

Mudah-mudahan dengan perkongsian maklumat ini akan dapat membuktikan kepada pembaca, betapa ulama, ahli sains dan ahli sejarah saling memerlukan di antara satu sama lain untuk lebih memahami agama, Allah SWT, manusia dan alam sejagat.

Jangan kita mangsakan Islam dan Muslim oleh sembang simplistik yang merugikan itu.

=============================

Sumber..
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13009.0
__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ

Last edited by timur & barat; 25-09-2013 at 04:20 PM..
Reply With Quote
  #3  
Old 09-02-2013, 03:20 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

da ada dah thread pasal adam sebelum adam.

cari dulu ada bukak al hin tu.


http://carigold.com/portal/forums/sh...ghlight=al+hin
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #4  
Old 09-02-2013, 03:21 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default

Komentar Berguna
Disini Dihimpunkan Fakta2 menarik yang sudah dikongsikan Forumer CG

Quote:
Originally Posted by puterakota View Post
asal-usul haiwan menurut teori evolusi..







Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air(air kolam/tasik???); maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nuur:45)
Quote:
Originally Posted by timur & barat View Post
Betol,Teori Evolusi sememangnya tepat...
Surah Al Anbiya ayt 30-33,last sekali ada diceritakan ALLAH menjadikan hidpan dari air...
Manusia adalah sebaik2 kejadian kerana trus djadikan dalam rupa begini...

Haiwan berubah bentuk fizikal untuk menyesuaikan diri dgn Alam..manakala...
Manusia memikirkan perubahan(teknologi) untuk sesuaikn diri dgn Alam..

Persoalanya adakah manusia pra sejarah tu hasil evolusi,dan kemudian menjadi Adam sebelum Adam kepada Insan ini..??
Quote:
Originally Posted by rey1988 View Post
menurut aku teori evolusi tu tipu je..

Keje si charles darwin je..

Ada ke dia ckp manusia tu berasal dari beruk..

Sedangkan Allah menciptakan nabi Adam dengan sebaik-baiknya..

Nabi adam juga diajar oleh Allah nama seluruh benda..

Sbb tu Allah suruh jin dan malaikat bersujud kepada nabi Adam


http://www.youtube.com/watch?v=CAbP_vMf9zM

Quote:
Originally Posted by pada pendapat aku senang je..naedrthals,homo erectus,perak man,lucy..dan seangkatan dgn nya tu bukannya manusia,tapi makhluk lain yg mmg dah wujud sblum nabi adam tiba ke bumi..buleh jadi jugak dorang ni mmg brevolusi dr spesis2 mawas zaman tu yg dh pupus skrg..

[I[B
]"Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan apa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain." [/B][/I](Q6:133)

dlm ayat ni kalimah yg Allah guna adalah "ما" yg brmaksud apa bukanya "من" yg brmaksud siapa (utk manusia).so 'apa' dlm ayat ni mybe merujuk kpada makhluk2 tu la agaknya.wallahualam..

xyah pecaya sangat gambar reconstruction national geograpic dr tulang belulang tuh.nendearthal mmg dorang lukis cantik2 mcm manusia moden,dorang kan atheis,so lukis pn ikut prspektif dorang je la..hakikatnya mana dorang tahu nendearthal muka sebijik mcm tu??bak kata uai .."mungg ada ke masa tu yg tahu rupe die gitu..??"
Quote:
Originally Posted by timur & barat View Post
Aku sgt setuju dgn ko bro....
Thanks utk semua post yg bernas...
Manusia tidak berevolusi kerana diciptakn dgn akal..akal adlh senjata untuk survive..penciptaan yg sempurna...
manakala haiwan tidak memiliki akal..klangsungan hidupnya adlh bergantung pada fizikal tubuh....evolusi perlukan masa juta/puluh juta bahkan lebih...manusia bru wujud skitar 50-100k thun,xsmpt nk evolusi lgpun manusia xplu berevolusi...
Pasal Missing link,ye dlm teori homo sapiens mmg pasal,evolusi manusia xwujud..!.
tp klu tgk haiwan 70% tiada missing link...hatta paus,gajah,rimau,tikus pon xde misssing link...bygkn ALLAH kata dri air je djadikan hidupan...
xcaya ko taip je nama haiwan,tulis ancestor blakang tu ko akn jmpa link evolution dia...
Quote:
Originally Posted by TengkuHaadi View Post
Hadhrat Sheikh Muhyiddin Ibn 'Arabi (Allah have mercy on him) states in Al-Futuhat al-Makkiya in the chapter on Traditions concerning the world that ‘Once I was circuiting the Kaaba. I found some others circuiting it. Their features seemed to suggest that they were some spiritual party. So I asked
the first among them "Who are you?" And he said "We are of your ancient ancestors" so I said "How long ago was your time and age?" And he said "Merely 40000 years" and I said "But this period is much more than what separates us from Adam."

Then he said "Of which Adam are you speaking, the one nearest to you or other?" And I recollected the narration of a Tradition of the Prophet of Allah S.A.W that before Allah created the Adam that we know he created a hundred thousand Adams.
Quote:
Originally Posted by naq_bp View Post
“Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" (Al-Baqarah : 30)

Boleh sesiapa jelaskan ayat di atas?macammana malaikat boleh tahu bahawa khalifah di bumi akan menumpahkan darah?mungkin pada ketika itu,diciptakan makhluk sebelum adam, makhluk berakal...dalam hal ni,mustahil haiwan yang membuat kerosakan kerana haiwan tidak berakal...golongan jin mustahil, sebab jin takde darah,macamman pula darah ditumpahkan?
Yang dibawah ini boleh dibaca dlm 3 Post..
Post 54,55,56..ini adalah perkongsian yg sgt menarik..sy kongsikan yg 54 shj...

Quote:
Originally Posted by puterakota View Post
tu pentingnya quotation marks "..."


"manusia" sebelum Adam


Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah 'manusia' pertama yang diturunkan ke bumi.

'Manusia' itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula dari Adam a.s.

Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis oleh nation_kingdom, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini untuk memahami mengapa nation_kingdom menulis bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum Adam a.s. 'diturunkan' dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.

Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai 'pembuka fikiran' kita semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan 'manusia' sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan 'humanoid' sebelum Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.

'Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).

Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.

Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.

Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi.

Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal

Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman; 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab; 'Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.

Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk kehidupan seharian.

Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua Zhoukoudian, China.

Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.

Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, *****, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam buku-buku rujukan arkeologi sekarang.

Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian...
__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ

Last edited by timur & barat; 25-09-2013 at 04:57 PM..
Reply With Quote
  #5  
Old 09-02-2013, 03:26 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
da ada dah thread pasal adam sebelum adam.

cari dulu ada bukak al hin tu.


http://carigold.com/portal/forums/sh...ghlight=al+hin
Al Hin tu...wujudke...??
ada 1 blog aku baca lama dlu crite Al Hin tu da mcm Star Wars pun ada
Ksimpulan aku Al Hin/Atalan/Lamarakh/Bashar tu adlh Cerita berkaitan Jin..sini kita nk bercerita berkaitan Makhluk yg berdarah dan Berdaging..
__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ
Reply With Quote
  #6  
Old 09-02-2013, 03:26 PM
RMteam RMteam is offline
Legendary Member

RMteam's Avatar

 
Trader Rating: (35)
Join Date: Nov 2006
Location: DEALER ONEXOX SARAWAK
Posts: 19,568
Thanks (Received): 87
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

teruskan perbincangan ini
__________________
Dah Pencen.
With CG Since 2006
Reply With Quote
  #7  
Old 09-02-2013, 03:29 PM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by timur & barat View Post
Al Hin tu...wujudke...??
ada 1 blog aku baca lama dlu crite Al Hin tu da mcm Star Wars pun ada
Ksimpulan aku Al Hin/Atalan/Lamarakh/Bashar tu adlh Cerita berkaitan Jin..sini kita nk bercerita berkaitan Makhluk yg berdarah dan Berdaging..
nak cite pasal manusia neandhertal semua tu ke?



__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #8  
Old 09-02-2013, 03:30 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default

Sebelum kita Cerita Pasal Adam Sebelum Adam..kita kena tau Adam yg Akhir..
ni ada sikit rujukan Timeline

http://carigold.com/portal/forums/sh...d.php?t=403088
__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ
Reply With Quote
  #9  
Old 09-02-2013, 03:32 PM
timur & barat timur & barat is offline
Super Active

timur & barat's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 9,416
Thanks (Received): 908
Likes (Received): 0
Blog Entries: 13
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
nak cite pasal manusia neandhertal semua tu ke?



Urm...
dan lain2ya...aku akn update lg mlm ni...

__________________
أُقْتُولْ هِيرُولدْ
Reply With Quote
  #10  
Old 09-02-2013, 03:57 PM
puterakota puterakota is offline
Super Active

puterakota's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 5,363
Thanks (Received): 46
Likes (Received): 0
Active Level
Default

asal-usul haiwan menurut teori evolusi..







Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air(air kolam/tasik???); maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(An-Nuur:45)

Last edited by puterakota; 01-10-2013 at 05:59 PM..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump