Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-07-2012, 09:16 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Unhappy ::Kenapa SABAH MISKIN???...'Tragedi Double Six' Sejarah Hitam Sabah!::

'Tragedi Double Six' Sejarah Hitam Sabah...


mod kalau dah ada sila merge.thanks...




Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, di sini, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.


Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.




Senarai mereka yang terkorban ialah:

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.


Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

i) rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut

ii) YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu????di saat akhir????

iii) Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu
pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???

iv) Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia..

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..







...FIN...

PS: Sila Tekan Butang THANKS...






__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
Thanks thelastsamurai, fly3930, habibyana, scid, 2nee and 73 others thanked for this post
Likes sweet spy liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-07-2012, 09:17 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default



Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.

Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.

Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.

Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).

Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.

Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.

Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).

Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).

Quote:
Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:

Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];

Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];

Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];

Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];

Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];

Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];

Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];

Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.

Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.

Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.

[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]

Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).

[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]

Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.

Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.

Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.

Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.

Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.

Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.

Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.

















__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 23-07-2012 at 09:22 AM..
Reply With Quote
  #3  
Old 23-07-2012, 09:17 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default


Tarikh 6.6.1976 akan saya kenang sampai bila-bila. Saya baru berusia 16 tahun 4 bulan ketika itu. Masih menuntut dalam tingkatan lima di SMK Sanzac, Sembulan Kota Kinabalu. Petang itu kami sedang bermain sepak takraw. Sebuah kapal terbang berpusing beberapa kali di atas kepala kami sebelum menjunam jatuh kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah.

Mungkin jam 3 atau 4 petang. Suasana agak panik. Bunyi siren kecemasan kedengaran menuju ke kawasan perumahan Kampong Air Sembulan. Kebetulan sekolah Sanzac berhadapan dengan sebuah balai bomba. Kereta bomba juga bergegas ke situ. Saya dan beberapa rakan berlari dibelakang kereta bomba.

Pesawat terjatuh tidak jauh dari pantai. Mungkin lebih kurang 10 atau 15 kaki. Dalam air hanya dalam paras dada. Kelihatan ekor pesawat diantara dua buah rumah. Saya nampak tiga atau empat anggota penyelamat sedang menarik dan mengeluarkan mayat. Saya sempat melihat satu mayat tanpa kepala.

Suasana ngeri dan menyedihkan.Saya cuba turun membantu, tapi dilarang mendekati bangkai pesawat kerana dikhuatiri akan berlaku letupan.

Pada ketika itu, kami tidak tahu kemalangan yang kami saksikan itu telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah dan 10 orang lagi termasuk 4 menteri kabinet!

Selepas peristiwa itu, sehingga hari ini, 36 tahun berlalu, saya terus dihantui beberapa persoalan yang tidak pernah mendapat jawapan yang jelas daripada sesiapa pun. Berdasarkan laporan, pesawat yang terlibat dalam nahas tidak menghadapi sebarang masalah mekanikal dan cuaca amat baik sewaktu pesawat berlepas dari Pulau Labuan. Cuaca di Kota Kinabalu juga amat baik.

Apakah kemalangan itu merupakan sabotaj yang telah dirancang? Apakah tragedi yang menyebabkan Tun Mohd Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Chong Thien Vun, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Darius Binion dan lain-lain terbunuh merupakan satu konspirasi politik?

Mungkinkah sikap “keras dan degil” Tun Mohd Fuad dalam perundingan royalti minyak petroleum dengan kerajaan Pusat adalah punca utama jika ada dalil menyokong teori konspirasi tersebut?. Ramai tahu sikap Tun Fuad dalam isu royalti minyak peroleum.

Seperti Tun Mustapha, Tun Mohd Fuad juga berpendirian tegas dalam isu royalti dan tidak bersetuju dengan kadar 5% royalti yang diberikan kepada negeri Sabah. Kedua-dua tokoh itu berpendapat 5% adalah kadar yang terlalu rendah dan tidak adil kepada rakyat dan negeri Sabah.


Hari ini rakyat Sabah tahu kenapaTun Mustapha didesak berundur dari jawatan Ketua Menteri Sabah pada 1975. Ianya semata-mata berpunca daripada enggan bersetuju dengan royalti 5%. Bila Tun Mustapha enggan menerima lantikannya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan melepaskan jawatan Ketua Menteri, sebuah parti politik baru ditubuhkan oleh PM Tun Razak di Kuala Lumpur.

Parti BERJAYA dengan sokongan Kuala Lumpur dan Tun Razak akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan USNO.

Dua tokoh politik yang hebat dan berkaliber, yang berperanan besar menyokong gagasan Malaysia akhirnya “terbunuh” gara-gara mempertahankan hak rakyat dan negeri Sabah!!

Tanggal 14 June 1976, seminggu selepas tragedi sedih menimpa pemimpin-pemimpin Sabah, termeterai lah perjanjian antara kerajaan negeri Sabah yang diwakili Tan Sri Harris Salleh dengan Petronas.



Sumber...

__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 23-07-2012 at 10:27 AM..
Reply With Quote
  #4  
Old 23-07-2012, 09:18 AM
potsmoker potsmoker is offline
CG Top Poster Club

potsmoker's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2007
Posts: 27,749
Thanks (Received): 21
Likes (Received): 19
Active Level
My Mood:
Default

mcm ada konspirasi la kot
__________________
be good to have a good life

" Tidak HEBAT seseorang itu sekiranya dia hanya mahukan KESENANGAN "
Reply With Quote
  #5  
Old 23-07-2012, 09:25 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by potsmoker View Post
mcm ada konspirasi la kot
Kalau tun fuad stepen masih hidup masa meeting ngan kjaan pusat, perhaps... Royalti MINYAK dan Hasil Gas Sabah akan diperjuangkan sepatutnya... dan Sabah bukan negeri PALING MISKIN dalam persekutuan Malaysia...

well...

sebab sabotaj ni, Sabah akhirnya kekal negeri paling miskin di Malaysia walaupun hasil sumber minyak dan gas terbanyak di Malaysia...

Kena ingat perairan Utara Sabah xpecially rizab di spartly sumber2 minyak dan gas dipercayai besar dan belum diterokai...

Kesian Sabahan... wanita2 mereka datang sini keje pusat urut je... yg laki keje guard gaji rendah...


...
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #6  
Old 23-07-2012, 09:29 AM
azrulazman azrulazman is offline
CG Top Poster Club

azrulazman's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2010
Location: puncak gunung kinabalu
Posts: 29,782
Thanks (Received): 111
Likes (Received): 7
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

sabah banyak hasil bumi
__________________
siggy utk disewa
siggy utk disewa
azrulazman.com
Reply With Quote
  #7  
Old 23-07-2012, 09:34 AM
ezeynet ezeynet is offline
Super Active

ezeynet's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Mar 2009
Posts: 8,831
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

mcm sama je kes yahya ahmad..
sepatutnya anwar yang naik heli tu..

cer tt korek balik cerita ni
__________________
Reply With Quote
  #8  
Old 23-07-2012, 09:35 AM
kuraku kuraku is offline
Active Plus

kuraku's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Mar 2009
Posts: 3,139
Thanks (Received): 67
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

SABAH N SARAWAK negeri terkaya kot. 2 negeri ni xhadap pon nak join malaysia. rata2 aku tanya..dorang lebih suka brunei.
__________________
______________________________________________

3gp macam2 ada<< klik sini.

hot malaysian photo<< klik sini
Reply With Quote
  #9  
Old 23-07-2012, 09:35 AM
razzo razzo is offline
Active Member

razzo's Avatar
 
Trader Rating: (27)
Join Date: Apr 2011
Posts: 2,112
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

kitorang ada sini masa tu... memang menakutkan tgk keadaan bangkai kterbang tu..
Reply With Quote
  #10  
Old 23-07-2012, 09:36 AM
azmi_tshirt azmi_tshirt is offline
Super Active

azmi_tshirt's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2007
Posts: 5,625
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

konspirasi?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump