Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 2,176
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 11,121
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 19,916
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 19-05-2017, 12:06 PM
mazri_2008 mazri_2008 is online now
Active Plus

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT 1.3 PIPS INSTAFOREX
Posts: 3,790
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 401
Dislikes (Received): 3
Active Level
Default Enam Sekeluarga ‘Berumah’ Di Bawah Jejambat



KUALA LUMPUR – Enam sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat di Pandan Perdana dekat Cheras dengan bertemankan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barangan peribadi mereka sejak dua bulan lalu.

Jeffry Husin, 41, dan keluarganya diusir keluar dari rumah mereka di flat kos rendah di sini selepas gagal membayar sewa untuk tempoh dua bulan.

Jeffry, isterinya Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat anak mereka, Siti Nurfadhilah, 8, Siti Nurfatihah, 6, Nur Farisha Alesha, 4, dan Nur Cahaya Ada*wiyah berusia sembilan bulan tinggal di flat tersebut sejak 11 tahun lalu.

“Saya tidak dapat membayar sewa, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya,” kata Jeffry yang melakukan kerja rencam seperti menjual barangan kitar semula selepas tidak lagi bekerja sebagai pengawal keselamatan setahun yang lalu.

Dia terpaksa berhenti kerja selepas kecederaan lama pada tulang belakang akibat terjatuh pada 2006 bertambah teruk dan menjejaskan kesihatannya.

Dia mendakwa tuan rumah pergi ke rumah tersebut hampir setiap hari sebelum mereka diusir.

“Dia akan menjerit kepada kami dan menyebut nama kami,” kata Jeffry.

Dia berkata anak bongsunya sering mengalami demam sejak mereka tinggal di bawah jejambat itu.

Jeffry berkata dia dan keluarganya kini hidup dihantui perasaan malu memandangkan jejambat itu dekat dengan flat yang pernah didiami mereka sebelum ini.

“Ia amat memalukan setiap kali kami melalui kawasan flat itu,” katanya.

Dia berkata mereka sekeluarga akan masak dan makan di bawah jejambat tersebut tetapi keempat-empat anaknya akan tidur di rumah adiknya pada sebelah malam.

Pengerusi MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee melawat Jeffry dan keluarganya pada Khamis dan mendermakan wang serta barangan keperluan untuk mereka.

Kok Wee berkata beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) yang memberi jaminan akan mencari tempat berteduh bagi keluarga tersebut.

Seorang penderma, Danny Sum turut menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga itu dan akan menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja dia mendapat tempat tinggal. – mStar Online
__________________
OPEN ACCOUNT INSTAFOREX HERE
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
SENARAI BONUS | CONTEST INSTAFOREX

INSTAFOREX MALAYSIA | REBATE DAILY PAYMENT - AUTOREBATE | REBAT 86.67% TUNAI MINGGUAN
Reply With Quote
Likes 1 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 19-05-2017, 12:08 PM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,077
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 30
Dislikes (Received): 2
Active Level
Default

Malu wei... Orang Islam dibantu oleh orang bukan Islam. Apa benda semua ni.

Wahai pemegang amanah orang Islam... menjawablah kamu di sana nanti. Demmmmmmm
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 19-05-2017, 12:14 PM
asyraf1156 asyraf1156 is offline
Regular

asyraf1156's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Jun 2011
Posts: 434
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 4
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by stillFX View Post
Malu wei... Orang Islam dibantu oleh orang bukan Islam. Apa benda semua ni.

Wahai pemegang amanah orang Islam... menjawablah kamu di sana nanti. Demmmmmmm
Pemegang amanah busy bro. Dok dalam aircond
__________________
Sapa Yang nk buat EA atau indicator boleh WhatsApp/telegram 0174857723
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 19-05-2017, 12:16 PM
NurussalamAziz NurussalamAziz is offline
Active Member

NurussalamAziz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2011
Posts: 1,386
Thanks (Received): 20
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Sedih tgk orang sebegini.. perasan ada gak sejadah dan kain sembahyang pompuan (tergantung). Harap lembaga zakat tampil memberi sumbangan..
__________________
AIA TAKAFUL LIFE PLANNER
014-333 6369 [wassap,sms or call)
...live with your own risk...

Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 19-05-2017, 12:17 PM
Kaizen5555 Kaizen5555 is offline
Legendary Member

Kaizen5555's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Location: __________J.O.H.O.R____________
Posts: 11,850
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 22
Dislikes (Received): 19
Active Level
My Mood:
Default

sian....tapi putrajaya ckp kadar gaji isi rumah skrg rm5k? makkauhijau
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 19-05-2017, 12:20 PM
akudotcom akudotcom is offline
Regular

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 806
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 15
Dislikes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

ada link atau detail famili?
nak viral kan utk derma
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

* To Multi-Level Marketing (MLM) and Network Marketing people : dont lie about ur income.. sampai bila nak menipu org?
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 19-05-2017, 12:25 PM
in_butterfly in_butterfly is offline
Active Member

in_butterfly's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2011
Posts: 1,460
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 4
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

ermm sedihnya.. masih ada yang tak berhati perut.. bukan penyewa taknak bayar. tapi itu yang die mampu.. betul la.. rumah sewa ni satu perniagaan.
__________________
Tempahan Kuih Muih Area Kuantan
Visit: http://carigold.com/portal/forums/sh...6#post19705966
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 19-05-2017, 12:36 PM
el badik el badik is online now
Regular

el badik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Location: ~~atas katil__
Posts: 406
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Dislikes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

mungkin yang duduk rumah flat tu sorang pun tak tahu kewujudan pusat zakat dan baitulmal atau tiada sebarang kesatuan melibatkan penduduk di situ, semua kuar subuh balik mlm duk rmh sewa...kalo tak mustahil tiada sbrng usaha nak membantu...persoalan skrg, apa yang boleh disumbangkan oleh warga CG?
__________________
DARE to..
DAMN israel ! save GAZA !
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 19-05-2017, 12:38 PM
johor1976 johor1976 is offline
Super Active

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2016
Posts: 5,556
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 163
Dislikes (Received): 9
Active Level
Default

Fuh.sedih tul. Ujian ni.
Cheras ni under parlimen seputeh kan??
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 19-05-2017, 12:38 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
Legendary Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 18,381
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 334
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

dah dua bulan duduk bawah jambatan ni, kesian sungguh
dengan anak anak perempuan dan isteri tak proper tempat ni; menyalin pakaian, tidur, yg mana sepatutnya terlindung
tabah sungguh hati isteri dan anak anak ni


semoga pihak berkenaan membantu anak beranak ni dah keluar berita ni kat media massa
semoga Allah permudah segala urusan diorang
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:32 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you