Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,464
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,230
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 21,928
More...
  #8341  
Old 17-05-2017, 12:10 AM
Firuz Saadi Firuz Saadi is offline
Newbie

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 1
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by staticus View Post



Slmt malam sis &bro dan uberian & grabian semua.. jum kongsi story ttg experience anda sewaktu sent rider balik kerumah2 mereka . Serta lokasi laluan paling angker.

Kalau kat rawang tu ada satu jalan kat bandar puteri rawang . Nama jalan tu Batu arang sungai buloh ijok . Pergggggggggghhhhhhhh!!!!!!...
Aku biasa kene sekali. Memula aku terikut signbod latta hiway. Pastu aku jalan punya jalan redha ajelah sebab bateri phone habis nk pakai waze kejadah hapenye lagi.. so aku jalan punya jalan sampailah nampak tokong india . Pastu kedepan sikit lagi ade tangki air besar . Aku cadang Nak u turn . Tapi jalan dia mcm sempit sikit. Aku takut tayar blkg jatuh dlm longkang nk tanak kene la terus kedepan sikit cari kawasan lapang.. tapi sepanjang aku jalan dlm 1-2km tu.. jalan dia semua nampak sempit. Last sekali jalan aku nampak ade kawasan kubur cina besar . Pastu depan sikit ade pokok ara besar bawah dia tokong india mcm zaman perang dunia punya.

Kawasan Situ nampak agak luas sikitlah. boleh buat u turn.. tapi masa spjg jalan tadi aku sedar ade benda . Sebab kene gak laa dia usik .. berbunyi tang tang tang. bunyinya mcm spoiler blkg dgn bumbung kene ketuk2 . bunyi mcm org tampar slow slow ..

tapi aku buat dek je . Sebab aku cemas dgn kawasan tu. Ntah2 kang serempak penyamun ke . So aku kene cecepat blah.. pastu masa aku u turn tu la ternampak dgn jelas langsuir melintas tepi jalan hala ke tempat org buang sampah haram tepi semak tu. Mmg dari awal pandangan dari tepi aku dh nampak dia . Dari jauh nampak ada perempuan gemuk pakai putih duduk kat atas rumput kaki dia dalam longkang . Kedudukan dia tgh memandang kearah hutan . Membelakangkan aku.. Lampu aku suluh tepat kat dia . Cuma aku je taknak pandang dia bebetul. Tengok mcm tak tengok.. tapi perasa gak la kaki dia dlm longkang rambut panjang beselerak atas rumput duduk dlm keadaan mcm tersedu sedu menangis senguk senguk.. Rambut dia ikal mayang melekap kat blkg badan. Nampak lapisan kulit lemak beketul bawah ketiak. Cuma muka aku tak dpt cam .. sebab aku tak fokus pandangan kat muka.. seraammm baiii.... Alaa korg bayangkan perempuan lepas mandikan rambut dia ikal mayang. kain putih dia melekap dgn badan . Err nK kata cmne ye. Haa mcmni permpuan kalau mandi bekemban kan mcm kain dia melekap rambut ikal mayang. Haa cmtu la. Lgpun aku tgk suasana kawasan tu mcm baru lepas hujan.

walaupun aku cuba lawan mindset sendiri dan jangan cuba pandang kearah dia. Tapi palaotak aku ni saiko diri sendiri ntah2 tu org tgh gaduh laki bini ke lari sampai sini ke. Pastu pikiran lain keluar org ape duduk dlm gelap . Belawan2 aku dgn diri sendiri sambil tepusing2 streng dgb harapan cabuuttt lari ..... pap dia melintas hala ke tempat sampah tu..

Aku tak nafikan tahap aku punya cemas masatu level 9999999.. hanya allah je yg tahu. Dh la phone abis bateri . TerMasuk pulak kejalan yg aku tak tau mana hujung mana pangkal. Masa Nampak langsuir tu lagi la betambah seriau aku. msa aku drive tu segala lock segala tingkap . Segala ekon aku offkan jangan bagi ade lubang pun yg langsuir tu dpt masuk dlm keta aku . Apelagi masatu cecepat aku tolak sdemiror blkg keatas .. tak berani aku nak jeling seat blkg . sampai aku pikiran jd kacau gk la terbayang segala video clip hantu yg org dok pos dlm fb dan segala cerita hantu yg aku pnh tgk .. aku punya maki diri sendiri dlm hati sebab pi gatai kesini apehai .. dan masatu plak sampai aku terbaca surah pun jadi silap termasuk lirik lagu biru mata hitamku

Aku pun speed mcm laju tak laju sgt laa.. sebab situ jln korner2 . Lgpun benda ni kalau ko buat takut kat dia.. mmg dia hambat la.. so acah2 berani tu penting.. mmg aku rasa benda tu yg umpan aku masuk kedalam sini kot. Sebab dari awal tadi masa kat tangki air tu aku dh rasa tak sedap hati nk jalan ke tanak.. dan masa aku patah balik tu aku nampak semua jalan tu luas elok je. Pokok2 tepi divider yg ranting2 dia mcm rendang atas jalan tu takde pun.. dlm hati begaduh dgb diri sendiri .Dh kenapa aku nk cari u turn jauh .. perghh dlm hati cakap ******* punya hantu setan oi ...

bila aku Sampai kat tsik puteri aku pucat gak . Terus aku masuk kat kawssan flat2 situ. Round punya round Aku nampak ade kedai makan tomyam ade keta polis kat situ . Aku singgah pastu nk isap rokok. Lighter aku ade tapi saje aku pi meja polis pinjam lighter .

Aku tanya bang jalan blkg tu betul ke boleh kuar kl. Polis tu cakap jalan mana tu batu arang kat tokong india tu ke. Laaa itu jalan lama .. knp ikut sana. Skg org dh tak ikut jln tu sgt la. Knp tak Ikut hiway je .lgpn Jalan tu byk kes laa.. aku duduk terus aku cerita kat polis tu aku tesesat tak pnh smp sini.. tu yg kesana tu.. Tergamam dia ko biar betul dh pukul 4pagi ko lalu sana. Berani betul .. nasib ko tak kene samun. Aku cakap la takut jgk bang. Saya jumpa hantu kat dlm tu td .polis tu cakap Lain kali kalau hantu ni ko kalau rasa tak syok sgt mse drive ko berenti jap ko bukak pintu belakang ko cakap. Oklah aku tumpangkan ko sampai sini ajelah. Ko tutup dan blah mesti ok.. a'ah yelaa dah la kawasan tu sunyi dia satu keta tak lalu dgn gelap sejuknya buatnya tetiba aku bukak pintu kiri . tetiba yang terbukaknya pintu keta belah kanan .. peeghhh tak pengsan aku kat situ.

Last2 aku lepak dan ikut blkg kete polis dia tunjuk jala keluar ikut plus hiway.. perghhhh legaaaaaa alhamdlh selamat...

sumber
Ni kali pertama jumpa orang komen pengalaman pasal jalan ijok-batu arang. Saya biasa lalu jalan tu cuma malam2 tak lalu satu takut kes rompak kedua pokok tumbang.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #8342  
Old 17-05-2017, 04:36 PM
oracle912 oracle912 is offline
Newbie

oracle912's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 20
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Post

Tempat = Rumah mak abah (kedah)
Masa = dalam umur 5 atau 6 tahun dalam waktu senja
Ahli = Aku sorang
Suspek hantu = Penunggu pokok buluh atau beruk besar?

salam cgrian post pertama.. kalau ada salah tegur yer.. dah lama membaca sejak tread ni diterbitkan maklum lar silent reader.. terasa pulak nak kongsi pengalaman..

Hal ni berlaku masa aku kecik-kecik (tapi dah ada akai orang kedah kata). masa tu aku jalan-jalan ikut pak su aku nak pegi sawah dekat dengan rumah.

aku ceritakan sikit keadaan geografi rumah aku berdekatan kawasan sawah padi di belakang, kiri dan kanan manakala bahagian depan agak jauh dalam 300 meter yang dipisahkan oleh jalan tar pulak adalah penanaman getah yang agak menghijau.. dan di kawasan sebelah kanan xjauh dari rumah aku ada kawasan yang tumbuh belukar dan terdapat pokok buluh lemang (dah tua dan nampak suram terutama selepas hujan) yang besar dekat tengah-tengah belukar yang agak tebal tu..

nak dijadikan cerita ada macam lorong @ denai kecil melalui belukar tu yang menghubungkan sawah padi di seberang belukar tersebut. pak su aku pulak suka menyakat, dia ajak aku jalan-jalan sampai dekat mulut denai belukar tu dia suruh aku toleh belakang kata mak aku panggil.. aku toleh tengok mak aku xpanggil pun, alih-alih dia yang hilang..

tiba-tiba aku nampak macam kelibat pak su aku lalu lorong belukar tu tapi aku bila aku amati lain susuk tubuh berbanding pak su aku yang kurus kedekiang orang kedah kata.. badan kelibat tu agak tinggi dalam 2 meter dan aku tak pasti sama ada rambut atau busut di atas kepala dia sebab dia membelakangkan aku dalam posisi berdiri dalam 6-7 meter dari aku macam berbulu lebat pun ada.. meremang bulu roma bila dipikirkan balik..

masa tu memang xsah kalau pergi sawah xbuat peluru tanah simpan dalam poket (ketulan tanah digumpal-gumpal buat macam biji guli).. aku pun apa lagi tuju la nama pun budak-budak kan marah lar ingatkan pak su aku.. dalam aku buat skill lempar-lempar ketul tanah tu tiba-tiba benda tu bergerak dan lari di dalam masuk semakin jauh ke dalam belukar tu...

jeng-jeng yang anehnya pokok-pokok renek belukar tu xbergerak langsung dan benda tu lari menuju ke pokok buluh yang pasti kalau nak lari celah-celah pokok memang xlogik dek akal bedesup benda tu lari..

yang paling aku cuak abah aku panggil balik dari rumah yang jarak dari mulut belukar tu lebih kurang 20 ke 30 meter.. aku pandang ke arah jalan tiba-tiba aku nampak pak su aku jalan bersahaja ja keluar dari kebun getah..

yang anehnya apa benda yang aku nampak.. haiwan mitos ke? big foot? malam tu aku tanya pak su aku dia cakap dia lari masa dia sakat aku xserempak pulak apa-apa masa dia lari ikut lorong tu ke sawah seberang belukar.. ikut logik jarak belukar tu kalau nak keliling nak ke jalan tar dan masuk dan keluar melalui kebun getah di hadapan rumah aku ambil masa sekurang-kurang 10 minit kalau sprint macam hussain bolt.. xlogik kalau pak su aku yang dalam belukar tu sebab macam yang dia cakap lepas 10 ke 15 minit dalam situasi aku menuju-nuju benda tu dengan guli tanah aku nampak pak su aku atas jalan tar termengah-mengah..

2-3 tahun lepas tu tok aku (perempuan panggil tok/ lelaki panggil tok wan) ambil keputusan untuk tolak kawasan belukar tu termasuk pokok buluh yang besar tu.. dibakar ja bila dah dikumpul.. buluh lemang bila dibakar banyak-banyak dah jadi macam pesta meriam buluh..

aku pun tak pasti sebab apa tok aku nak tolak kawasan tu mungkin nak bersihkan kampung.. dan benda yang aku nampak tu lar kali pertama dan terakhir berlaku yang xada jawapan.. tapi aku pasti apa yang aku nampak tu bukan pak su aku..

tu je la pengalaman yang aku dapat share untuk cgrian buat masa ni.. kalu ada masa aku share pengalaman lain..
__________________
*SENTIASA BERDOA AGAR HIDUP DIBERKATI ALLAH*
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8343  
Old 18-05-2017, 01:28 PM
akundaktau akundaktau is online now
Super Active

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 8,879
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 23
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by oracle912 View Post
Tempat = Rumah mak abah (kedah)
Masa = dalam umur 5 atau 6 tahun dalam waktu senja
Ahli = Aku sorang
Suspek hantu = Penunggu pokok buluh atau beruk besar?

salam cgrian ...
Klu ikut kata org dulu2... Pokok buluh ni mmg keras...tp x taulah..itu kt org2 dulu
__________________
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8344  
Old 19-05-2017, 08:00 AM
oracle912 oracle912 is offline
Newbie

oracle912's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 20
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by akundaktau View Post
Klu ikut kata org dulu2... Pokok buluh ni mmg keras...tp x taulah..itu kt org2 dulu
tu lar bro.. kawasan pokok buluh tu bila angin kuat pasti akan ada bunyi macam angklung atau bunyi macam benda diketuk-ketuk.. suram kawasan pokok buluh tu memang xberani masuk sorang-sorang..
__________________
*SENTIASA BERDOA AGAR HIDUP DIBERKATI ALLAH*
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8345  
Old 19-05-2017, 09:07 AM
oracle912 oracle912 is offline
Newbie

oracle912's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 20
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Tempat = sebuah universiti di area kajang
Masa = pukul 10++ malam (tahun 2010)
Ahli = student penyewa rumah kedai (second sem)
Suspek hantu = Pelesit @ pukau

salam cgrian salam pagi jumaat salam pembuka cerita.. pengalaman aku yang kedua melibatkan perkara-perkara mistik ni berlaku di sebuah universiti di hujung bandar kajang.. xusah aku terangkan nama universiti kerana ingin menjaga nama baik tempat menuntut ilmu ..

ini kerana perkara ni berlaku di rumah sewa yang terletak lebih kurang 1km dari universiti tersebut.. keadaan rumah sewa ni ketika waktu tu baru siap dibina dan benda-benda seperti gril besi dan pak guard memang xada lar.. aku ingin ceritakan serba sedikit latar belakang kawasan perkampungan budak-budak sem kedua yang xnak tinggal di dorm kerana merasakan dah kaya apabila dah terima loan dan nak berdikari dari pengawasan warden-warden ..

dijadikan cerita kawasan rumah kedai bertingkat ni di belakangnya highway silk dan didepannya diselangi sungai @ parit besar adalah kawasan bukit yang dibina rumah-rumah banglo yang gah diteres-teres dan pemandangan indah sebuah masjid di atas bukit.. jika ada orang kajang atau selangor mesti tahu yang kajang adalah kawasan hitam dan sungai di hadapan rumah kedai ni adalah salah satu kawasan pembuangan mayat-mayat pembunuhan warga-warga asing (mesti ada yang boleh teka)..

berbalik kepada cerita, kami (student lelaki masing-masing dalam 5 ke 6 orang menyewa di tingkat 3 di blok B) manakala mangsa-mangsa pulak (student perempuan lebih kurang sama bilangan menyewa di sebuah rumah di tingkat 1 blok C blok sebelah).. rumah diorang akan kelihatan dari pandangan orang yang lalu lalang disekitar kaki lima bawah deretan kedai-kedai.. kejadian ni berlaku apabila sekitar jam 11 malam ada awek kawan aku yang tinggal dekat bawah tu lari naik rumah kitorang dekat tingkat 3 dengan termengah-mengah bagitahu kata diorang kena rompak dan minta pertolongan..

apa lagi turun lar semua student-student lelaki menjenguk keadaan.. kondisi rumah bersepah dengan kain baju dan kertas-kertas assingment dan muka bebudak pompuan tu semua dalam kedaan blurr atau tegamam.. masing-masing seperti baru terjaga dari tidur xtahu apa terjadi..

salah seorang student tu abid (bukan nama sebenar) bagi tahu yang dalam pukul 10 malam diorang tengah lepak-lepak lepas makan sambil buat assingment dekat atas meja budak-budak yang ada ABC yang disusun dalam 3 4 biji menjadi meja yang agak besar.. sambil-sambil menjenguk laptop sambil layan cerita kung fu tv3 yang baru nak mula..

tiba-tiba diorang terdengar bunyi macam cengkerik dekat pintu depan dan dengar ada orang ketuk pintu.. abid pun jenguk melalui peep hole atau lubang kat pintu tu.. tiba-tiba semua macam blurr mengantuk sedar-sedar rumah dah bersepah dan pintu depan terbuka tanpa kesan dipecah..

segala laptop,tv dan duit di dalam purse diorang semua lesap.. kitorang student lelaki terus call polis.. dalam 10 minit polis datang bersama csi ambik cap jari apa semua tangkap gambar ada member offer drive pergi balai buat report..

brader polis tu ada cakap yang kawasan ni dah kerap berlaku perkara macam ni dan dia suspek yang diorang ni dah dipukau sebab xada kesan dipecah masuk dia cadangkan supaya di pasang pagar besi dan dia cakap syukur pape xterjadi dekat diorang hanya barang yang hilang xseperti kes-kes sebelum ni ada yang dirogol..

besoknya bebudak pompuan ni jumpa owner dan mintak pasang cctv dan gril pagar.. yang peliknya selepas dipasang owner ada jugak tunjuk video dalam sebulan dua lepas tu ada macam orang datang tabur pasir dan ulang-alik naik tangga tapi mungkin sebab security dah up dah xada perkara teruk-teruk yang terjadi sampai akhir sem wallahhualam..

ada masa dan ketika aku cerita lagi..
__________________
*SENTIASA BERDOA AGAR HIDUP DIBERKATI ALLAH*
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8346  
Old 19-05-2017, 09:24 AM
eday84 eday84 is offline
CG Top Poster Club

eday84's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jan 2009
Location: Rawang
Posts: 26,324
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 61
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to eday84
Default

Quote:
Originally Posted by Firuz Saadi View Post
Ni kali pertama jumpa orang komen pengalaman pasal jalan ijok-batu arang. Saya biasa lalu jalan tu cuma malam2 tak lalu satu takut kes rompak kedua pokok tumbang.
lalu tasik puteri la bole tembus batu arang
tak angker sgt tapi kes rompakan tu taktau la plak
mmg org dh xlalu, semua lalu latar
__________________
[ 7stones | Bust Cream | Whitening Cream | Ora Matte | alturl.com/vmnoh ]
Ordinary people are obsessed with entertainment. The best are obsessed with education
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8347  
Old 19-05-2017, 09:41 AM
eday84 eday84 is offline
CG Top Poster Club

eday84's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jan 2009
Location: Rawang
Posts: 26,324
Thanks (Received): 55
Likes (Received): 9
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 61
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to eday84
Default

Quote:
Originally Posted by oracle912 View Post
Tempat = sebuah universiti di area kajang
Masa = pukul 10++ malam (tahun 2010)
Ahli = student penyewa rumah kedai (second sem)
Suspek hantu = Pelesit @ pukau

salam cgrian salam pagi jumaat salam pembuka cerita.. pengalaman aku yang kedua melibatkan perkara-perkara mistik ni berlaku di sebuah universiti di hujung bandar kajang.. xusah aku terangkan nama universiti kerana ingin menjaga nama baik tempat menuntut ilmu ..

ini kerana perkara ni berlaku di rumah sewa yang terletak lebih kurang 1km dari universiti tersebut.. keadaan rumah sewa ni ketika waktu tu baru siap dibina dan benda-benda seperti gril besi dan pak guard memang xada lar.. aku ingin ceritakan serba sedikit latar belakang kawasan perkampungan budak-budak sem kedua yang xnak tinggal di dorm kerana merasakan dah kaya apabila dah terima loan dan nak berdikari dari pengawasan warden-warden ..

dijadikan cerita kawasan rumah kedai bertingkat ni di belakangnya highway silk dan didepannya diselangi sungai @ parit besar adalah kawasan bukit yang dibina rumah-rumah banglo yang gah diteres-teres dan pemandangan indah sebuah masjid di atas bukit.. jika ada orang kajang atau selangor mesti tahu yang kajang adalah kawasan hitam dan sungai di hadapan rumah kedai ni adalah salah satu kawasan pembuangan mayat-mayat pembunuhan warga-warga asing (mesti ada yang boleh teka)..

berbalik kepada cerita, kami (student lelaki masing-masing dalam 5 ke 6 orang menyewa di tingkat 3 di blok B) manakala mangsa-mangsa pulak (student perempuan lebih kurang sama bilangan menyewa di sebuah rumah di tingkat 1 blok C blok sebelah).. rumah diorang akan kelihatan dari pandangan orang yang lalu lalang disekitar kaki lima bawah deretan kedai-kedai.. kejadian ni berlaku apabila sekitar jam 11 malam ada awek kawan aku yang tinggal dekat bawah tu lari naik rumah kitorang dekat tingkat 3 dengan termengah-mengah bagitahu kata diorang kena rompak dan minta pertolongan..

apa lagi turun lar semua student-student lelaki menjenguk keadaan.. kondisi rumah bersepah dengan kain baju dan kertas-kertas assingment dan muka bebudak pompuan tu semua dalam kedaan blurr atau tegamam.. masing-masing seperti baru terjaga dari tidur xtahu apa terjadi..

salah seorang student tu abid (bukan nama sebenar) bagi tahu yang dalam pukul 10 malam diorang tengah lepak-lepak lepas makan sambil buat assingment dekat atas meja budak-budak yang ada ABC yang disusun dalam 3 4 biji menjadi meja yang agak besar.. sambil-sambil menjenguk laptop sambil layan cerita kung fu tv3 yang baru nak mula..

tiba-tiba diorang terdengar bunyi macam cengkerik dekat pintu depan dan dengar ada orang ketuk pintu.. abid pun jenguk melalui peep hole atau lubang kat pintu tu.. tiba-tiba semua macam blurr mengantuk sedar-sedar rumah dah bersepah dan pintu depan terbuka tanpa kesan dipecah..

segala laptop,tv dan duit di dalam purse diorang semua lesap.. kitorang student lelaki terus call polis.. dalam 10 minit polis datang bersama csi ambik cap jari apa semua tangkap gambar ada member offer drive pergi balai buat report..

brader polis tu ada cakap yang kawasan ni dah kerap berlaku perkara macam ni dan dia suspek yang diorang ni dah dipukau sebab xada kesan dipecah masuk dia cadangkan supaya di pasang pagar besi dan dia cakap syukur pape xterjadi dekat diorang hanya barang yang hilang xseperti kes-kes sebelum ni ada yang dirogol..

besoknya bebudak pompuan ni jumpa owner dan mintak pasang cctv dan gril pagar.. yang peliknya selepas dipasang owner ada jugak tunjuk video dalam sebulan dua lepas tu ada macam orang datang tabur pasir dan ulang-alik naik tangga tapi mungkin sebab security dah up dah xada perkara teruk-teruk yang terjadi sampai akhir sem wallahhualam..

ada masa dan ketika aku cerita lagi..
hentian kajang ke ni
taktau plak kajang kwsn hitam pembuangan warga asing tu
__________________
[ 7stones | Bust Cream | Whitening Cream | Ora Matte | alturl.com/vmnoh ]
Ordinary people are obsessed with entertainment. The best are obsessed with education
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8348  
Old 19-05-2017, 09:56 AM
oracle912 oracle912 is offline
Newbie

oracle912's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2012
Posts: 20
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by eday84 View Post
hentian kajang ke ni
taktau plak kajang kwsn hitam pembuangan warga asing tu
tak lar bro dekat TKS...
__________________
*SENTIASA BERDOA AGAR HIDUP DIBERKATI ALLAH*
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8349  
Old 20-05-2017, 01:47 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 109,426
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5222
Active Level
My Mood:
Default

Kisah Seram
Quote:

Pusat Matrikulasi Kolej XXX di selatan tanahair. Terletak di berdekatan dengan sebuah tasik. Sebenarnya Kolej ini telah lama dibina. Rekabentuk bangunan yang unik dengan tangganya berpusing (Spiral) hingga tingkat paling atas.

Bangunan asramanya juga adalah bangunan lama dan penuh dengan pelbagai cerita-cerita di sebalik batch demi batch pelajar yang menginap di bangunan asrama itu.

Salah satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di bangunan asrama itu adalah seorang pelajar lelaki yang menggantungkan dirinya pada kipas dan meninggal di dalam bilik itu. Kalau ikut cerita daripada mulut ke mulut bilik tersebut telah ditutup takut ada gangguan kepada pelajar lain.

1998 adalah tarikh aku melangkah masuk ke alam Matrikulasi. Yer...aku dapat masuk ke kolej itu. Masa masuk ke Kolej XXX aku tidak tahupun semua sejarah yang pernah berlaku. Sehinggalah semester pertama selesai. Cerita demi cerita mula disampaikan dari mulut ke mulut.

Asrama lelaki cuma ada dua blok sahaja. Bangunan asramanya adalah dua tingkat. Seperti biasa lelaki ke menara gading memang sikit. Asrama perempuan pula besar dan ada 5 tingkat tidak silap aku.

Bilik yang berkunci tidak berpenghuni di asrama lelaki itu memang ada. Biliknya di tingkat bawah berkunci dan dijadikan stor untuk menyimpan katil dan tilam-tilam.

Ikut kata makcik Dewan Selera memang itulah bilik dimana kejadian bunuh diri itu berlaku. Ada masa kipas dalam bilik berkunci itu ‘on’ secara tiba-tiba dan kipas yang berpusing dalam bilik itu bekeriuk bunyinya mungkin sebab sudah uzur atas sudah rosak.

Suasana Kolej XXX ini memang nyaman sebab dikelilingi oleh pepohon besar pokok-pokok yang telah berpuluh tahun usianya. Memang redup dan sedikit berbukit kawasan kolej ini. Apabila tiba waktu senja memang akan timbul rasa seperti bukan kami sahaja yang menghuni kawasan di ‘lake garden’ itu.

Bilik aku...

Yer bilik aku terletak di tingkat satu paling hujung sekali. Sebelah bilik aku hanya ada kawasan lapang dan pohon pokok besar yang ditanam sebaris di sepanjang pagar kawasan asrama di atas bukit. Pandangan tingkap pula meninjau kawasan belakang asrama dan ampaian kain.

Setiap bilik akan ada 3 orang penghuni. Namun aku dapat bilik ‘special’. Cuma ada dua orang sahaja. Aku dan Herman. Namun bilik itu tetap ada 3 katil. Maksudnya bilik kami memang ada extra katil tidak bertuan. Kenapa yer bilik aku dan Herman hanya untuk dua orang sedangkan bilik rakan-rakan lain semuanya dengan 3 orang roomate?

Aku tak fikir apa-apa masa tu. Aku enjoy dapat bilik yang lapang dan tidak sempit kerana hanya aku dan hirman sahaja sebagai roomate. Malah ada satu locker kosong juga. Aku dan herman decide untuk guna sama katil kosong dan locker yang ada.

Tempoh pengajian Matrikulasi yang aku ambil cuma setahun sahaja. Maksudnya ada 2 semester. Aku ingat lagi masa semester pertama ketika minggu orientasi ada satu malam ini ustaz buat program di surau selepas Maghrib membawa ke waktu selepas Isyak untuk kami semua warga baru Kolej bersama-sama membaca surah Al-Baqarah dan habis membacanya beramai-ramai pada malam itu juga. Masa itu semua pun budak baru. Ikut sahaja tanpa banyak soal.

Masa berlalu dengan pantas. Semester pertama sudah ditempuhi. Tinggal satu semester lagi untuk kami semua melangkahkan diri ke menara gading.
Namun untuk menempuh semester kedua ini.....hmmmm

Pelbagai pula peristiwa yang kami rakan-rakan lelaki dan perempuan lalui semasa berada di kolej itu.

Dimulakan dengan pada satu malam jeritan sambung menyambung daripada penghuni asrama putri. Masa itu jam 2pagi. Kami kaum lelaki di asrama putra cuba berkumpul dan ingin melihat apakah yang berlaku. Kelihatan warden sibuk keluar masuk asrama putri. Rasanya ingin membantu tapi tidak dibenarkan oleh warden bertugas malam itu.

Lama juga peristiwa itu berlaku. Hingga jam 5 pagi baru selesai. Pagi itu ada beberapa orang pelajar perempuan tidak ke kelas. Rupanya peristiwa histeria berlaku. Kesihan juga pelajar perempuan yang diganggu pada malam itu.

Bagi kami kaum lelaki kejadian malam itu tidak memberi kesan ketara buat kami...mungkin sebab lelaki, macho sikit dan tidak gentar berdepan lembaga berbulu dan berantai seperti yang dikatakan oleh budak-budak perempuan sekelas dengan kami.

Rupanya mereka ini telah dikacau setiap malam oleh lembaga itu yang berjalan di koridor mereka setiap malam dengan bunyi seretan rantai dilantai. Yang melihat lembaga itu menceritakan ia besar berbulu, gelap dan tidak berwajah. Ada juga antara mereka yang pernah kena tindih dengan lembaga itu.

Aku dengar jer. Caya tak caya jer cakap geng perempuan dalam kelas aku.
Hidup rutin asrama aku macam biasa, pagi ke kuliah, petang ke kelas petang, petang bermain di padang yang kecil depan asrama, malam pergi prep dan balik basuh baju sikit sebelum kembali ke bilik untuk stay up study.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku basuh baju malam hari. Sebab tempat membasuh baju terhad. Kalau waktu biasa kadang-kadang berebut. So aku buat kerja malam hari.

Sekitar pukul 11 malam. Aku berseorangan di dalam tandas untuk membasuh baju. Adakalanya aku rasa seperti ada orang yang sedang perhatikan aku dari bilik tandas paling hujung itu.

Aku toleh-toleh juga. Tapi tiada siapa. Namun riuh rendah rakan-rakan lain diluar yang menanti jam 12 malam untuk ‘light off’ buat aku sedikit berani dan tidak berasa takut membasuh baju sorang diri dalam tandas itu. Lagipun ada jer rakan-rakan yang keluar masuk menunaikan hajat sebelum masuk tidur.

Masa ‘light off’ cuma boleh buka ‘study lamp’ sahaja. Selalunya aku dan hirman akan stay up sikit sehingga pukul 1 atau 2 untuk mengulangkaji pelajaran. Al-maklumlah aku dan herman bukan ‘gifted student’ yang belajar last minute pun boleh skor. Kadang-kadang belajar di meja dan kadang-kadang atas katil.

Masa study tu memang akan berhadapan dengan tingkap. Tapi tak nampak apa pun sebab gelap diluar tu. Setakat nampak ampaian dengan baju-baju yang disedai sahaja. Ada masa aku rasa ada sesuatu yang melihat kami disebalik kain-kain bersidai di ampaian itu.

Bila ditoleh dan dipandang betul-betul tiada apa-apa pun. Kawasan Kolej itu sebelah malam memang berangin sikit. Nyaman jer dan tidak perlu aircond. Kadang-kadang aku rasa memang ada kelibat yang lalu dihadapan tingkap itu ketika aku dan Herman sedang study. Tapi aku tidak pernah pula bersuara atau berbincang dengan Herman berkaitan perkara ini walaupun dia juga merasakan perkara yang sama.

Oh yer, Herman ini memegang jawatan Ketua Pelajar masa aku di Kolej. Ada masanya Herman balik lewat sikit sebab ada meeting Persatuan Pelajar after prep. Aku tinggal berseorangan di dalam bilik. Tapi aku sentiasa rasa ada seseorang dalam bilik itu. Terutama di katil kosong dalam bilik aku itu. Walau bagaimannapun setakat hari itu aku tidak pernah pula ternampak kelibat berbaring di katil itu.

Setiap pagi seperti biasa selepas solat subuh semua pelajar akan bergegas untuk bersiap-siap ke kelas. Semua tergesa-gesa dan selalunya tidak sempat nak kemas-kemas bilik. Kemas sikit-sikit dan kumpulkan mangkuk bekas maggie yang dinikmati malam tadi dan cawan bekas milo di hujung sudut meja. Ini amalan biasa sejak semester pertama lagi. Nanti balik after makan tengahari baru aku basuh mangkuk dan cawan kotor itu. Herman pun begitu juga.

Selalunya aku akan keluar bilik dahulu. Aku sentiasa pesan kepada Herman;
“Man ko jangan lupa kunci bilik kita...nanti ada barang hilang pulak...dah la bilik kita paling hujung”

Begitulah pesan aku setiap pagi kepada roomate aku.

Herman memang amanah orangnya. Sebab aku balik setiap hari memang bilik berkunci. Setiap pelajar ada kunci bilik masing-masing. Namun ada satu perubahan ketara yang aku lihat berlaku pada Herman ini semenjak masuk semester kedua. Herman menjadi seorang yang rajin.

Maksud aku rajin sebab setiap kali aku balik ke bilik selepas makan tengahari aku lihat bilik kami telah berkemas. Katil yang kemas dan cadar yang tertarik tegang. Bukan katil Herman sahaja, katil aku pun Herman kemaskan. Katil yang kosong itu pun kemas juga. Semua mangkuk dan cawan juga telah dicuci. Wow baik sungguh Herman semenjak masuk semester kedua ini. Yelah, diakan ketua Pelajar. Memang patut menjadi contoh.

Pada suatu malam. Malam hujung minggu, selalunya aktiviti bebas. Ada yang ke kelas ada yang hanya lepak bilik. Masa tu aku dan hirman lepak dalam bilik jer sambil membelek-belek buku.

“Man aku nak ucapkan thank you kat ko” teriak aku kepada Herman.
“kenapa pula...thank you for what?” jawab Herman.
“yelah ko tolong kemas bilik, katil dan meja study everyday. Aku balik tengahari jer semua dah tersusun rapi...apa yang buat ko jadi rajin ni Man?”
“Ko biar betul An (Nama singkatanku). Aku pun nak tanya ko the same thing. Aku ingat ko balik after lunch dan tolong kemaskan katil aku dan katil kosong ni sekali”
“Ko jangan bergurau Man, bukan aku yang kemas”
“Aku pun tak kemas. Ko pun tahu aku mana sempat nak kemas pagi-pagi tu. After ko keluar bilik pergi ke kelas aku pun keluar camtu jer and kunci pintu”

Masa tu kami berpandangan antara satu sama lain dan mula merasakan sesuatu tidak kena.

Tetiba meremang jer bulu roma dan kami melihat kepada katil kosong yang kemas dengan cadar yang tertarik tegang itu.

“Man, ko ada nampak apa-apa ker dalam bilik kita” Aku memberanikan diri bertanya dengan herman malam tu
“Real nampak tak ada lah. Tapi aku rasa macam ada orang memerhatikan kita” Jawab Herman.
“Aku pun rasa camtulah”
“Habis camna ni An....seram aku”

“esok kita jumpa ustaz”
Malam tu aku dan Herman both tidak lena tidur. Meremang jer bulu roma. Mata kami asyik memandangkan katil yang kosong itu dan melihat sekali sekala ke arah tingkap. Malam itu sungguh lama rasanya. Akhirnya subuh pun menjelma. Dengan pantas aku terus ke surau dan diikuti rakan bilik aku, Hirman.

Pagi itu aku bisik pada Herman.

“Man, kita buat macam biasa. Jangan kemas bilik kita”
Man bersetuju dan faham dengan plan aku.

Pagi itu masa rehat pukul 10 pagi aku dan Herman terus ke bilik guru untuk berjumpa dengan Ustaz Yusuf. Setelah menceritakan semuanya kepada Ustaz Yusof, beliau secara spontan bersuara kecil;

“Dia kembali dah kembali semula”
“Apa ustaz?” teriak aku
“Tak ada apa-apa. Kamu berdua duduk bilik nombor berapa yer?”
Herman menjawab “Bilik nombor 25, bilik paling hujung tingkat bawah”
“OOOO patutlah. Awak sebilik dua orang sahajakan”
Dengan pantas aku menjawab “Yer ustaz. Mana ustaz tahu?kenapa bilik kami jer berdua?”

Kelihatan Ustaz semakin gelisah dan muka serba salah apabila aku mula bertanya berkaitan bilik aku dan Herman.

“Jom kita ke bilik kamu berdua”
Aku dan herman pun bawa Ustaz Yusof ke bilik kami.
Yer betul jangkaan aku.

“Ustaz tengok, kemaskan bilik kami?” teriak aku kepada ustaz
Herman pula menyampuk; “Yer Ustaz, saya keluar pagi tadi saya tidak kemas satu benda pun dan cadar katil pun tidak tegang camni”
“Hmmmmm....”keluh ustaz...

Ustaz bagaikan telah mengetahui sesuautu

“Man, ko kumpulkan semua pelajar lelaki dan perempuan di surau untuk solat Maghrib dan Isyak malam ni...Prep malam ini dibatalkan. Namun pastikan semua wajib ke surau malam ini” arahan ustaz kepada Herman sebagai Ketua Pelajar.

Malam itu seperti yang diarahkan semua pelajar lelaki dan perempuan berada dalam surau ditingkat atas dewan selera. Selepas solat Sunat Ba’diah Magrib Ustaz mencapai mikrofon dan membuat pengumuman;

“Seperti yang telah diadukan kepada kami, ustaz dan warden yang bertanggungjawab di Kolej ini atas kes-kes yang dialami oleh rakan-rakan kamu berkaitan gangguan makhluk Allah sejak kebelakangan ini...maka malam ini kita berkumpul untuk membaca surah Al-Baqarah seperti mana kita pernah lakukan dahulu ketika baru masuk ke kolej ini...Ini ikhtiar kita agar Allah melindungi kita dan menjauhi kita daripada sebarang gangguan”

Peerrrghhh meremang bulu roma bila ustaz buat pengumuman macam itu. Seoalah-olah ustaz, warden dan guru-guru yang hadir bersama-sama malam itu telah lama mengetahui kewujudan mahluk Allah ini yang akan mengganggu para penghuni kolej itu setiap tahun.

Malam itu kami dibahagi-bahagikan beberapa kumpulan tadarus untuk membaca secara berjemaah surah Al-Baqarah. Setelah selesai membaca surah tersebut ustaz membacakan doa. Panjang juga doa yang dibacakan Ustaz Yusof malam itu.

Setelah selesai solat Isyak yang dilewatkan itu Ustaz berpesan agar tidak perlu berasa takut kerana ia juga Mahluk Allah. In Shaa Allah, Allah melindungi kita semua kata ustaz.

Kami putra dan putri penghuni Kolej XXX malam itu balik ke bilik dengan perasaan bercampur-campur. Perasaan seram, takut dan ingin tahu apakah perkara sebenar yang telah berlaku sehinggakan mahluk ini datang mengganggu.

Tapi bagi situasi aku dengan Herman, aku rasa tidak diganggu malah dibantu. Namun menyedari ia bukan manusia membuat aku dan rakan sebilik aku takut juga untuk tidur dalam bilik kami malam itu.

Mungkin atas faktor kepenatan aku dan Herman tertidur juga amalm itu dalam bilik kami. Bila bangun pagi Alhamdulillah seperti biasa. Masa aku hendak keluar bilik aku cuma memberi arahan lisan kepada Herman agar tidak mengemaskan bilik kami.

Saja hendak lihat adakah bilik kami masih akan kelihatan kemas apabila balik selepas makan tengahari nanti.

Ternyata bilik kami kelihatan seperti mana kami tinggalkan pada awal pagi tadi.

“Man lihat bilik kita...Alhamdulillah”
“Alhamdulillah An...tapi tak best la pulak dah tak ada siapa nak bantu kita kemaskan bilik ni”
“Ko ni man, aku sanggup kemaskan untuk ko janji bukan...”

Semenjak hari itu sehingga kami tamat pengajian matrikulasi di Kolej XXX, tiada lagi gangguan berlaku di asrama putra dan putri. Bilik kami bersepah seperti biasa. Rahsia cerita disebalik gangguan itu masih kekal menjadi rahsia antara Ustaz dan warden-warden di situ...

Aku pernah terfikir,mungkinkah katil kosong itu milik pelajar yang membunuh diri tersebut? dan biliknya sebenarnya bukan bilik stor simpan katil dan tilam, namun bilik bernombor 25...?

#KisahSeramMalamJumaat
Sumber kredit Dziehan mustapa

Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8350  
Old 20-05-2017, 12:35 PM
Arluth Arluth is offline
Super Active

Arluth's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2009
Location: Ipoh-Taiping-Mertajam Hills
Posts: 7,345
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 14
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

seram cita katil kosong ni..
tapi mujur la dia xmuncul kekekeke
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:48 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you