Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,615
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,404
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 22,027
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 08-01-2017, 09:26 AM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 109,605
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5280
Active Level
My Mood:
Default Ratu Elizabeth, Bush diramal meninggal dunia tahun ini


RATU Elizabeth II


George H W Bush

LONDON: Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II; bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George H W Bush dan Jimmy Carter serta jutawan AS, David Rockefeller adalah antara mereka yang dijangka meninggal dunia tahun ini, demikian lapor sebuah laman web.

The Daily Express melaporkan, pemilik DeathList.net yang berjaya meramalkan 12 kematian selebriti dengan tepat pada 2016, menyenaraikan nama 50 selebriti yang mungkin mati tahun ini.

Tahun lalu, laman web berkenaan meramalkan dengan tepat kematian juara tinju dunia Muhammad Ali dan pemimpin revolusi Cuba, Fidel Castro.

Sementara bagi 2017, jawatankuasa pakar percaya bahawa Ratu Elizabeth yang kini berusia 90 tahun dan suaminya Putera Philip, 95, mungkin akan mati.

Akhir Disember lalu, Istana Buckingham melaporkan bahawa pemerintah paling lama di dunia itu mengalami selsema yang teruk, menyebabkan baginda tidak dapat menghadiri upacara gereja sempena Krismas dan Tahun Baharu 2017.

Suaminya, Putera Philip yang menghidap penyakit jantung dan masalah kesihatan lain, turut dilaporkan mengalami selsema sewaktu Krismas.

Selain itu, laman web itu turut menyenaraikan dua bekas Presiden AS, Bush dan Carter serta Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, 93, yang memerintah negara Afrika itu selama lebih 36 tahun.

Bekas Pope Benedict XVI juga tersenarai selain pemilik Playboy, Hugh Hefner.

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak turut tersenarai.

Tahun lalu, 12 orang yang tersenarai dalam laman web berkenaan meninggal dunia, termasuk bekas Wanita Pertama AS, Nancy Reagan.

Bagaimanapun, beberapa calon lain, termasuk Stephen Hawking dan Putera Philip, tidak menepati ramalan. - AGENSI



David Rockefeller


Hugh Hefner


Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak

http://www.bharian.com.my/node/231703
The DeathList 2017 https://deathlist.net/

Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

David Rockefeller meninggal dunia



NEW YORK: Jutawan dan dermawan, David Rockefeller, bekas peneraju Chase Manhattan Corp, antara keluarga terkaya dan paling berpengaruh Amerika Syarikat, meninggal dunia pada usia 101 tahun hari ini, kata jurucakap keluarga berkenaan.


Rockefeller, yang dilaporkan pernah menyumbangkan hampir AS$2 billion (RM8.7 bilion) ketika hayatnya, mati dalam tidur akibat sakit jantung di kediamannya di Pocantico Hills, New York, kata Fraser Seitel dalam satu kenyataan.

Beliau adalah anak kepada hartawan, John D Rockefeller Jr, yang membina bangunan pencakar langit, New York Rockefeller Center dan cucu jutawan minyak, John D Rockefeller, iaitu pengasas Standard Oil dan dinasti keluarga berkenaan. Beliau juga sinonim dengan era ketika ketua perbankan berpengaruh besar dalam kalangan ahli politik berkuasa sedunia.

Ketika menerajui Chase dari 1969 ke 1981, Rockefeller membina rangkaian perhubungan rapat bersama beberapa kerajaan dan perbadanan multinasional hingga, menurut pemerhati, membolehkan ia menetapkan dasar luarnya sendiri.

Akibatnya, nama Rockefeller menjadi simbol dasar perbankan AS yang tidak disenangi dalam kalangan negara peminjam, selain Rockefeller sendiri dikecam di negaranya kerana bekerjasama dengan diktator Chile, Augusto Pinochet serta Shah Iran.

Beliau menimbulkan kemarahan kerana mendesak dibuka perdagangan dengan China dan Soviet Union ketika perang dingin.

Kumpulan Trilateral Commission (Suruhanjaya Tiga hala), yang diasaskan Rockefeller pada 1973 merapatkan hubungan antara Amerika Utara, Jepun dan Eropah Barat, menjadi sasaran puak kanan dan peramal konspirasi yang mengatakan gabungan berkenaan ingin membentuk kerajaan sedunia.

Rockefeller juga terbabit dalam insiden antarabangsa pada 1979 apabila beliau dan kawan akrabnya, Henry Kissinger membantu dalam mempengaruhi Presiden Jimmy Carter agar menerima masuk Shah Iran ke Amerika Syarikat bagi menjalani rawatan kerana limfoma, seterusnya mengeruhkan lagi krisis tebusan Iran ketika itu. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/262348
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bush dimasukkan ke hospital



BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dimasukkan ke sebuah hospital di Houstan sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas, jelas jurucakap keluarga pada Rabu.


Menurut jurucakap Jim McGrath melalui emailnya kepada Reuters, Bush,92, telah menunjukkan tindak balas yang baik sepanjang rawatan di Hospital Houston Methodist.

"Semua pihak termasuk doktor gembira dengan tindak balas itu dan kami berharap dia akan keluar tidak lama lagi," tulis McGrath.

Bush merupakan bapa kepada bekas Presiden George W. Bush dan Gabenor Florida Jeb Bush.

Bush adalah anggota Parti Republikan seperti anak-anaknya, memegang jawatan naib presiden selama dua penggal di bawah pimpinan Ronald Reagan sebelum dipilih sebagai Presiden pada 1988.

Beliau gagal kepada Bill Clinton Gabenor Demokratik Arkansas dalam pemilihan pada tahun 1992.

Beliau merupakan bekas juruterbang Perang Dunia Kedua dan Bush sesekali turut menjadi skydiver selepas meninggalkan jawatan presiden.

Beliau turut melakukan aksi tersebut ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-90 dengan melompat keluar dari helikopter.

Namun, dua tahun kemudian, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda dan dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali pada tahun 2014 kerana masalah radang paru-paru serta kesukaran bernafas.

Pada bulan Julai 2015, beliau mengalami patah tulang di bahagian leher akibat terjatuh di kediaman keluarganya di Maine.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...kkan-hospital/
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 08-01-2017, 09:29 AM
akundaktau akundaktau is online now
Super Active

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 8,902
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 25
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Dpt cutila negara komenwal sehari...yes
__________________
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 08-01-2017, 09:30 AM
ronaldinhood ronaldinhood is offline
Super Active

ronaldinhood's Avatar
 
Trader Rating: (27)
Join Date: Apr 2006
Posts: 9,320
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to ronaldinhood
Default

Suka hati jer buat ramalan
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 08-01-2017, 09:34 AM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 20,916
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 465
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

lahai, jahatnya buat ramalan gini, tak patut betul...
kesian sapa yg dia ramalkan tu...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 08-01-2017, 09:38 AM
tomie tomie is offline
CG Hardcore

tomie's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Dec 2006
Location: Sedaka, Yan
Posts: 70,830
Thanks (Received): 7806
Likes (Received): 75
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

mau hilang selera makan kalau sifulan tu tgk namanya tertera....huhu
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 08-01-2017, 09:52 AM
ronaldinhood ronaldinhood is offline
Super Active

ronaldinhood's Avatar
 
Trader Rating: (27)
Join Date: Apr 2006
Posts: 9,320
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to ronaldinhood
Default

Macam ramlan cuaca jer ni, takde makna
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 08-01-2017, 09:53 AM
tomie tomie is offline
CG Hardcore

tomie's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Dec 2006
Location: Sedaka, Yan
Posts: 70,830
Thanks (Received): 7806
Likes (Received): 75
Dislikes (Received): 1
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ronaldinhood View Post
Macam ramlan cuaca jer ni, takde makna
ramalan ikut faktor umur jugak ni....logika je.. dah tua
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 08-01-2017, 09:57 AM
cre8tive cre8tive is offline
Legendary Member

cre8tive's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Oct 2008
Posts: 13,927
Thanks (Received): 24
Likes (Received): 70
Dislikes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Kalau mati pun, polisi memerangi islam akan diterus'n legasi mereka. So make no difference dorg ada atau takde.
__________________
LOGO | BUSINESS CARD | FLYERS | FB TIMELINE | STICKADZ
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 08-01-2017, 09:57 AM
dausbiz dausbiz is offline
CG Top Poster Club

dausbiz's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2015
Location: www.rahsiafirdaus.com
Posts: 29,811
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 322
Dislikes (Received): 6
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tomie View Post
ramalan ikut faktor umur jugak ni....logika je.. dah tua
Lani muda ka tua sampai masa jalan la

Tengok tengok yang ramal tue jalan dulu
__________________
Dapatkan Info PERCUMA RAHSIA Kenikmatan SEKS Sebenar Lelaki Wanita Terbaik Malaysia
dan Dapatkan RAHSIA Komisyen Lebih RM1,000 ke Akaun Bank Anda
di
www.rahsiafirdaus.com

Sebarang Pertanyaan Hubungi Firdaus 016-4650338
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 08-01-2017, 10:01 AM
sanji sanji is offline
Regular

sanji's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Nov 2010
Posts: 695
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Send a message via Yahoo to sanji
Default

aku pun nk ramal gak
__________________
[85 in 1] AllDebrid-Download Filehosting,Torrent,Stream:Click Here
[WTS] Blackout & Justica Naturel Perfume (FREE Postage):Click Here
[WTS]D'Shera Perfume/Inspired by International Perfume Brand (FREE Postage):Click Here
[WTS]OASIS Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara OASIS (FREE Postage):Click Here
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:39 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you