Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 21-03-2017, 01:53 PM
oldtbone oldtbone is offline
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: away from civilization
Posts: 6,925
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 315
Active Level
My Mood:
Default Perbelanjaan pertahanan keutamaan negara - PM


NAJIB Tun Razak berucap bagi merasmikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) '17 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri ( MIEC) hari ini. - UTUSAN ONLINE/ISMAIL KAMADIN


LANGKAWI 21 Mac - Perbelanjaan pertahanan negara akan terus meningkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sebanyak RM26 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RM11) untuk meningkatkan pertahanan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

"Pertahanan dan keselamatan adalah paling penting kepada mana-mana negara kerana adalah satu keutamaan bagi mengekalkan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) '17 di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia perlu melengkapkan angkatan tenteranya dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden iaitu simetri dan asimetri.

"LIMA '17 telah menghimpunkan firma aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia untuk mempromosikan teknologi terkini mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, penganjuran LIMA '17 adalah seiring dengan keperluan untuk melengkapkan ATM dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden.

"Kami sangat berbangga kerana LIMA '17 terus menjadi laluan masuk berkesan kepada satu daripada pasaran terbesar aeroangkasa dan maritim dunia dan ia telah menjadi kalendar acara global utama," katanya. - UTUSAN ONLINE



sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4bw9ApkeX
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold