Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #421  
Old 13-09-2017, 09:09 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 116,303
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9243
Active Level
My Mood:
Default

Kamu akan dihukum, kata Al-Qaeda kepada Myanmar


Militan itu menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan 'sokongan ketenteraan'.

YANGON: Militan Al-Qaeda menyeru sokongan diberikan kepada orang Islam Rohingya di Myanmar, yang berdepan tindakan keras pasukan keselamatan yang mengakibatkan kira-kira 400,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, dan memberi amaran Myanmar berdepan “hukuman” di atas “jenayah” mereka.

Penghijrahan pelarian Islam dari negara Myanmar yang mempunyai majoriti pengikut ajaran Buddha dicetuskan oleh tindakan balas pasukan keselamatan terhadap siri serangan militan Rohingya ke atas pos polis dan tentera di barat negara itu pada 25 Ogos lepas.

Kumpulan militan yang mendalangi serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan “sokongan ketenteraan”.

“Kekejaman terhadap saudara Islam kita…tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum,” kata Al-Qaeda dalam kenyataan, menurut kumpulan pemantau SITE.

“Kerajaan Myanmar akan merasai apa yang dirasai saudara Islam kita.”

Myanmar berkata pasukan keselamatannya menjalankan kempen sah terhadap “pengganas”, yang dipersalahkan di atas serangan terhadap polis dan tentera, dan orang awam.

Kerajaan mengeluarkan amaran mengenai serangan bom di bandar, dan seruan angkat senjata oleh Al-Qaeda mungkin akan meruncingkan kebimbangan itu.

“Kami menyeru semua saudara mujahid di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina supaya menuju ke Burma untuk membantu saudara Islam mereka, dan melakukan persiapan sewajarnya – seperti latihan dan sebagainya – untuk melawan penindasan itu,” kata kumpulan itu.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...epada-myanmar/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #422  
Old 13-09-2017, 09:12 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,483
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 959
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Kamu akan dihukum, kata Al-Qaeda kepada Myanmar

YANGON: Militan Al-Qaeda menyeru sokongan diberikan kepada orang Islam Rohingya di Myanmar, yang berdepan tindakan keras pasukan keselamatan yang mengakibatkan kira-kira 400,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, dan memberi amaran Myanmar berdepan “hukuman” di atas “jenayah” mereka.

Penghijrahan pelarian Islam dari negara Myanmar yang mempunyai majoriti pengikut ajaran Buddha dicetuskan oleh tindakan balas pasukan keselamatan terhadap siri serangan militan Rohingya ke atas pos polis dan tentera di barat negara itu pada 25 Ogos lepas.

Kumpulan militan yang mendalangi serangan 11 September 2001 terhadap Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan menggesa orang Islam seluruh dunia menyokong saudara seagama di Myanmar dengan bantuan, senjata dan “sokongan ketenteraan”.

“Kekejaman terhadap saudara Islam kita…tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum,” kata Al-Qaeda dalam kenyataan, menurut kumpulan pemantau SITE.

“Kerajaan Myanmar akan merasai apa yang dirasai saudara Islam kita.”

Myanmar berkata pasukan keselamatannya menjalankan kempen sah terhadap “pengganas”, yang dipersalahkan di atas serangan terhadap polis dan tentera, dan orang awam.

Kerajaan mengeluarkan amaran mengenai serangan bom di bandar, dan seruan angkat senjata oleh Al-Qaeda mungkin akan meruncingkan kebimbangan itu.

“Kami menyeru semua saudara mujahid di Bangladesh, India, Pakistan dan Filipina supaya menuju ke Burma untuk membantu saudara Islam mereka, dan melakukan persiapan sewajarnya – seperti latihan dan sebagainya – untuk melawan penindasan itu,” kata kumpulan itu.
alqaeda atau so called millitan lain dah berbunyi dah

chechnya pun dah bersuara
__________________
<a href=http://bit.ly/hadiah-percuma-pmc/ target=_blank>bit.ly/hadiah-percuma-pmc/
</a>
Reply With Quote
  #423  
Old 13-09-2017, 09:12 PM
akundaktau akundaktau is offline
Super Active

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 9,540
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 60
Blog Entries: 1
Active Level
Default

X apa..x lama lagi pm yg kita syangi akan meminta pertolongan dgn kuasa besar dunia...trumph
__________________
Reply With Quote
  #424  
Old 13-09-2017, 09:15 PM
cek mek molek cek mek molek is offline
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 24,483
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 959
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by akundaktau View Post
X apa..x lama lagi pm yg kita syangi akan meminta pertolongan dgn kuasa besar dunia...trumph
belum lagi diwar warkan oleh media massa psl yg ni
__________________
<a href=http://bit.ly/hadiah-percuma-pmc/ target=_blank>bit.ly/hadiah-percuma-pmc/
</a>
Reply With Quote
  #425  
Old 13-09-2017, 09:18 PM
akundaktau akundaktau is offline
Super Active

akundaktau's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Mar 2013
Posts: 9,540
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 60
Blog Entries: 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
belum lagi diwar warkan oleh media massa psl yg ni
Mungkin strategi mereka rahsia...tiba2 nanti..us hantar nuclear trus...x mustahil...semoga pm kita dpt meminta bantuan dr pihak trump
Reply With Quote
  #426  
Old 14-09-2017, 12:45 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,561
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1074
Active Level
Default

Bukan Rohingya bakar


KOMBINASI gambar diambil pada bulan September 2017 menunjukkan perbuatan khianat suspek membakar rumah etnik Rohingya.

Quote:
BANGKOK 12 Sept. - Dakwaan kerajaan Mynmar bahawa etnik Islam Rohingya membakar rumah mereka sendiri sebelum melarikan diri ke Bangladesh ternyata tidak benar apabila wartawan 
asing mendapati perbuatan khia*nat itu sebenarnya dilakukan oleh penduduk etnik Rakhine beragama Hindu.

Perkara berkenaan disedari oleh wartawan asing yang membuat liputan ke wilayah bergolak Rakhine apabila mereka ditunjukkan gambar yang mendakwa ‘penduduk Islam Rohingya’ sedang membakar rumah etnik berkenaan.

Wartawan berkenaan melawat utara Rakhine, minggu lalu untuk bertemu dengan seorang sami Buddha dikenali sebagai Zawtika yang mendakwa ‘etnik Rohingya’ membakar rumah mereka sendiri malah mempunyai bukti bergambar mengenainya.

“Saya cuba menahan penduduk (didakwa penduduk Islam Rohingya) berkenaan tetapi mereka nampaknya benar-benmar mahu membakarnya,” dakwa Zawtika .

Malah, seorang penduduk yang rapat dengan Zawtika, Maung Maung Htwe menunjukkan bukti bergambar itu menerusi telefon pintar miliknya dan kesemua suspek yang membakar rumah etnik Rohingya tersebut jelas kelihatan.

Bagaimanapun, seorang pemberita AP daripada rombongan pemberita itu sebaliknya mengenal pasti dua individu dalam gambar berkenaan sebenarnya adalah penduduk Rakhine beragama Hindu tinggal di sebuah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara di Rakhine.

Walaupun tidak dinyatakan secara tepat bilakah gambar ber*kenaan diambil, perbuatan membakar rumah penduduk Rohingya itu dilakukan oleh lelaki dan wa*nita Hindu berkenaan kerana pakaian yang dipakai adalah sama se*perti dalam gambar tersebut.

Selepas gambar yang mendakwa ‘penduduk Rohingya membakar rumah sendiri’ berjaya mencetuskan keraguan, kerajaan Myanmar kemudiannya melancarkan siasatan terhadap individu yang terlibat membakar rumah berkenaan.

Sebelum ini kediaman penduduk Islam Rohingya telah dilaporkan dibakar oleh tentera Myanmar dan juga pelampau Buddha tetapi pihak kerajaan berkeras menyatakan ia dilakukan sendiri oleh etnik tersebut.

Dalam perkembangan ber*kaitan, portal Arakan Times Media melaporkan,sekurang-kurangnya tiga buah perkampungan Rohingya di bandar Buthidaung dibakar tentera, polis pengawal sempadan dan pelampau etnik Rakhine, semalam.

Selain Kampung NgaYanChaung, MaungNaMa dan ZeeGon di utara Buthidaung dibakar pasukan keselamatan, semalam turut dibakar ialah Kampung Khaung Ta Kar, Padin, Kunkarfara, Bood Deil dan Gojjondia selatan Maungdaw.

Berdasarkan laporan, sebanyak 95 peratus rumah Rohingya di Maungdaw dan Rathedaung hangus dibakar mengakibatkan lebih 300,000 etnik Rohingya dari Maungdaw sahaja melarikan diri ke Bangladesh.

Sementara itu, Majlis Ke*selamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan satu mesyuarat ter*gempar esok bagi membincangkan keganasan di barat Myan*mar selepas penghapusan etnik didakwa menjadi punca kebanjiran 300,000 pelarian ke Bangladesh.

Mesyuarat itu diadakan atas permintaan Britain dan Sweden tetapi China menentang pemba*bitan majlis tertinggi PBB berkenaan dalam menangani isu tersebut.

Kerajaan Bangladesh pula me****rayu sokongan antarabangsa untuk memindahkan pelarian Rohingya ke sebuah pulau tidak berpenghuni, Bhasan Char di negara berkenaan yang sering dilanda banjir pada setiap tahun tetapi kajian mendapati pulau terbabit tidak sesuai untuk diduduki kerana kerap dinaiki air laut. – AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4sZuOQGno
© Utusan Melayu (M) Bhd


__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID: IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #427  
Old 14-09-2017, 12:48 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,561
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1074
Active Level
Default

Kerajaan nafi pelarian Rohingya dihantar ke Sarawak

Quote:
PUTRAJAYA 13 Sept. - Kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di negara ini tidak akan dipindahkan ke Bau dan Serian, Sarawak seperti ditularkan melalui media sosial

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak merupakan berita palsu dan meminta semua pihak tidak mempercayainya.

“Beliau turut menggesa supaya mana-mana pihak yang menerima berita palsu ini melalui media sosial segera melaporkan kepada pihak berkuasa supaya siasatan lanjut dapat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID: IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #428  
Old 14-09-2017, 01:02 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,561
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1074
Active Level
Default

Suu Kyi akan tangani krisis minggu depan


Jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay semasa taklimat mengenai Perhimpunan Agung PBB di rumah presiden di Naypyitaw, Myanmar. - Foto EPA

Quote:
YANGON: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi akan menangani krisis yang melanda negara Rakhine menerusi ucapan pertama beliau minggu depan.

Keputusan itu dibuat selepas ribuan terbunuh dalam keganasan yang mengakibatkan hampir 380,000 etnik Rohingya Islam melarikan diri ke Bangladesh sekali gus mencalar reputasinya sebagai pembela mereka yang ditindas.


Tindakan tegas tentera Myanmar sebagai tindak balas terhadap serangan oleh militan Rohingya pada 25 Ogos lalu, memaksa sejumlah besar pelarian dari minoriti Muslim tanpa negara itu menyeberangi sempadan.

Keganasan itu turut mencetus krisis kemanusiaan di kedua-dua belah sempadan dan tekanan global yang kuat terhadap Suu Kyi yang dikutuk kerana kempen tenteranya, digambarkan PBB sebagai mempunyai semua ciri 'pembersihan etnik'.

Pada sidang akhbar hari ini, jurucakap kerajaan, Zaw Htay berkata, Suu Kyi akan 'bercakap untuk perdamaian dan kedamaian nasional' secara langsung di televisyen pada 19 September.

Beliau berkata, pemenang Nobel yang dikecam kumpulan hak kerana gagal menjadi suara kepada minoriti Rohingya, tidak akan hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu depan untuk menangani krisis yang berlaku di tanah airnya.

Beliau diperlukan di Myanmar untuk 'menguruskan bantuan kemanusiaan' dan 'kebimbangan keselamatan' yang disebabkan oleh keganasan.

Suu Kyi dikutuk kerana kurangnya kepimpinan moral dan belas kasihan dalam menghadapi krisis yang mengejutkan masyarakat antarabangsa.

Bangladesh kini sedang berjuang untuk menyalurkan bantuan kepada pelarian yang keletihan dan kelaparan.

Kira-kira 60 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak sementara hampir 30,000 lagi adalah etnik Rakhine Buddha serta Hindu yang turut melarikan diri ke Myanmar. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asi...s-minggu-depan
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID: IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #429  
Old 14-09-2017, 01:04 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,561
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1074
Active Level
Default

Suu Kyi tidak hadir UNGA


PEMIMPIN Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Quote:
YANGON: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang dikecam berhubung keganasan etnik hingga memaksa 370,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, tidak akan menghadiri sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, kata jurucakap partinya hari ini.

Krisis berhubung tindak balas ganas pasukan keselamatan kepada siri serangan militan Rohingya adalah masalah terbesar dihadapi Suu Kyi sejak menjadi pemimpin negara itu tahun lalu.

Pengkritik mendesak hadiah Nobel Keamanan yang diperolehnya ditarik balik kerana kegagalan beliau menghalang keganasan itu.

Dalam ucapan pertamanya di UNGA sebagai pemimpin negara September tahun lalu, Suu Kyi mempertahankan usaha kerajaannya menyelesaikan krisis berhubung layanan terhadap minoriti Islam itu.

Tahun ini, jurucakap partinya, Aung Shin, berkata Suu Kyi tidak akan menghadiri perhimpunan itu namun tidak pasti sebabnya.

"Beliau tidak pernah takut berdepan kritikan atau masalah. Mungkin beliau menerima banyak tekanan di sini," kata Aung Shin.

Tekanan antarabangsa memuncak ke atas Myanmar untuk menamatkan keganasan di Rakhine yang bermula 25 Ogos lalu apabila militan Rohingya menyerang 30 pos polis dan pangkalan tentera. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asi...dak-hadir-unga
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID: IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
  #430  
Old 14-09-2017, 01:15 AM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Legendary Member

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT FOREX USD/RM
Posts: 10,561
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1074
Active Level
Default

TUDM siap siaga hantar bantuan Rohingya ke Bangladesh



Quote:
SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM Tan Sri Affendi Buang berkata pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanakan arahan penghantaran bekalan sekali lagi jika diminta kerajaan.

“(Sabtu lepas) dilaksanakan misi kemanusiaan pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutnya daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

“Kami akan pilih antara 2 aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang hari ini.

Pada 9 September, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Misi Kemanusiaan – Negaraku Prihatin, menggunakan 2 pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.

Berhubung Karnival Sukan 1 Keluarga itu, Affendi berkata acara itu diadakan untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama antara warga TUDM dan ahli Badan Amal Kebajikan (Bakat) Udara.

Menurutnya kemuncak sambutan itu adalah pada 18 November di Pangkalan Udara TUDM Subang yang menyaksikan pelbagai acara sukan dipertandingkan antaranya futsal, golf dan badminton.

“Kami jangka 15,000 warga TUDM akan hadir untuk memeriahkan lagi acara kemuncak karnival ini,” kata Affendi.

Turut hadir pada pelancaran karnival sukan itu ialah Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

http://www.freemalaysiatoday.com/cat...ke-bangladesh/
__________________
[ GET 1.3 PIPS AUTOREBATE FOREX HERE ]
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT SETIAP HARI
|AFF ID: IBASIA/REBATRM
AUTOREBATE DAILY PAYMENT
| 86.67% REBATE BANK IN|PERCUMA 1500 TANPA DEPO
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump