Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Properties Discussions

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #61  
Old 21-11-2017, 11:26 PM
putrazan putrazan is offline
Active Plus

putrazan's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Oct 2010
Posts: 3,344
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

Antara Project Perumahan yang depan mata sendiri tengok KURANG sambutan.
Southville City, Developer Mah Sing.
Rimbayu Kota Kemuning, Banyak Developer besar sana.
Sendayan,Seremban.

Mungkin sebab harga dan mungkin orang beralih ke projek perumahan dari kerajaan.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #62  
Old 22-11-2017, 11:44 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 117,226
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 9731
Active Level
My Mood:
Default

Pemaju hartanah kini terperangkap strategi sendiri



KUALA LUMPUR – Lambakan hartanah mewah yang berlaku sekarang ini membuktikan dakwaan sesetengah pemaju terdapat permintaan tinggi bagi kediaman, ruang pejabat dan peruncitan adalah spekulasi semata-mata.


Ia juga menunjukkan pembinaan hartanah mewah yang agresif dalam kalangan pemaju selama ini bertujuan untuk meningkatkan nilai hartanah-hartanah terbabit seperti yang berlaku sekarang.

Pemaju bebas membangunkan hartanah kerana tidak ada kawalan daripada kerajaan dan para pemaju memilih untuk membina kediaman berharga RM400,000 ke atas.

“Apabila stok hartanah mewah yang tidak terjual semakin banyak dan permintaan bagi kediaman ini tidak sebagaimana yang digambarkan, ternyata pemaju kini terperangkap sendiri.

“Semasa Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan kawalan kredit dengan peminjam prospektif dinilai berdasarkan pendapatan bersih dan bukan pendapatan kasar, banyak pihak tidak berpuas hati.

“Tetapi pada pandangan saya, BNM berjaya membuktikan spekulasi pemaju-pemaju terhadap bekalan kediaman adalah permintaan yang direka-reka (artificial demand),” kata penganalisis hartanah, Sharom Md Ariffin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan membekukan projek hartanah bernilai RM1 juta sejak 1 November lalu bagi menangani lambakan hartanah berkenaan.

Jumaat lalu, Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ketidakseimbangan dalam pasaran hartanah menimbulkan risiko ketara kepada pasaran keseluruhan sekiranya berlaku kejutan.

Katanya, ketika pendedahan sektor kewangan bagi ruang ini berada dalam tahap yang selesa, kelebihan bekalan di sesetengah segmen ini boleh menyebabkan kesan limpahan negatif kepada ekonomi yang lebih luas.

Muhammad menegaskan ketidakseimbangan bekalan-permintaan dalam pasaran hartanah telah meningkat sejak 2015, menunjukkan hartanah kediaman yang tidak dijual dalam sedekad, dengan majoriti unit tidak terjual berada dalam kategori berharga RM250,000 ke atas.

Sharom menambah, pada masa ini bukan sahaja kediaman di bandar sahaja yang melonjak tetapi projek-projek hartanah di pinggir bandar pun tidak ada bezanya.

Sambil memberi contoh, beliau mempersoalkan tentang harga rumah di Semenyih dan Alor Setar juga dijual lebih RM400,000.

“Pemaju yang memulakan masalah ini kerana mengejar keuntungan. Jadi, BNM ada alasan kukuh untuk melahirkan kebimbangan dengan lambakan hartanah yang tidak terjual kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi.

“Semasa krisis ekonomi 1997/98 hartanah tidak terjual kerana masalah pasaran tetapi pada hari ini sebab terlebih bina. Kalau masalah lambakan tidak dapat diselesaikan, ia boleh menjejaskan para pemaju dengan tunggakan hutang.

“Dulu berbeza, sebab itu Dana Modal dan Dana Harta diwujudkan untuk membeli aset-aset ini.

“Kalau tidak ada pembeli, bagaimana pemaju mahu meneruskan kelangsungan perniagaan, hutang kepada bank, kontraktor dan sebagainya,” jelas Sharom.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...ategi-sendiri/
Reply With Quote
Likes cek mek molek, putra1234 liked this post
  #63  
Old 23-11-2017, 12:57 AM
jackstan jackstan is offline
Active Member

jackstan's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2011
Posts: 1,456
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 14
Active Level
Default

Sibuk jaga pemaju buat apa. Biar berlambak x jual pergi mampos sama pemaju.. Bila over supply maybe rumah jadi murah @ diskaun..
Reply With Quote
  #64  
Old 23-11-2017, 01:12 AM
momoque momoque is offline
Super Active

momoque's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2011
Posts: 7,990
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 48
Active Level
My Mood:
Default

2008 umah 22x70 mount austin member beli launching x smpai 190k

Skrg harga dh cecah 500k

Gile2
Reply With Quote
  #65  
Old 23-11-2017, 01:13 AM
maxpda maxpda is offline
Super Active

maxpda's Avatar
 
Trader Rating: (30)
Join Date: Jan 2007
Posts: 6,406
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 8
Active Level
My Mood:
Default

buat la rumah bawah 150k...mesti laku...
__________________
Buat Uber Jom!! Waktu free je santai2..
https://partners.uber.com/i/djmbquqbue
Reply With Quote
  #66  
Old 23-11-2017, 01:32 AM
asamboy asamboy is offline
Active Member

asamboy's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2013
Posts: 1,214
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 74
Active Level
My Mood:
Default

Dato sain la kasi lulus projek saya adjust 1 unit Dato dok free..
Reply With Quote
Likes pecot85 liked this post
  #67  
Old 23-11-2017, 08:00 AM
ifanonline ifanonline is offline
Junior

ifanonline's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2010
Posts: 95
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

sebenarnya tidak perlu campuratangan kerajaan, biar market demand tentukan..supply and demand...kalau demand kurang, dgn sendirinya harga akan berkurangan sekiranya ada lambakan rumah...

biarkan lambakan rumah ini memberi tekanan kpd pemaju perumahan...
Reply With Quote
  #68  
Old 23-11-2017, 08:34 AM
Laici Laici is offline
Active Plus

Laici's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 3,154
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 113
Active Level
Default

orang sekarang berkira2 nak beli rumah...lebih prefer rumah subsale atau yg lagi pandai lelong..

pastu ramai gak beralih kepada projek yg bawah seliaan kerajaan macam rumawip, selangorku, pr1ma (walaupun harga pr1ma dlm lingkungan mampus milik)..dan tak kisah sangat pasal kemudahan dah..

bukti, kat kl banyak rumah mampu milik rumawip, banyak supply pulak tu dari pemaju baru nak up...harga tak lebih 300k dan ada yg supply kondo tapi harga dlm 400++ dengan macam2 kemudahan boleh bersaing dgn kondo pemaju swasta lain..tu kat lembah klang dan sekitar la

kat negeri lain tak pasti
Reply With Quote
  #69  
Old 23-11-2017, 08:48 AM
yus7777 yus7777 is offline
Junior

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2017
Posts: 80
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2
Active Level
Default

nak control harga la ni..
Reply With Quote
  #70  
Old 23-11-2017, 08:56 AM
abukrokok abukrokok is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2012
Posts: 2,270
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by ifanonline View Post
sebenarnya tidak perlu campuratangan kerajaan, biar market demand tentukan..supply and demand...kalau demand kurang, dgn sendirinya harga akan berkurangan sekiranya ada lambakan rumah...

biarkan lambakan rumah ini memberi tekanan kpd pemaju perumahan...
amboi bang ifan kita ni....sejuk berbicara, lembut je... hampir hampir x kenal
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump