Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 15-06-2017, 01:57 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 110,920
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 5910
Active Level
My Mood:
Default UPDATE Pesawat Hawk TUDM terhempas, 2 pilot terbunuh


GAMBAR hiasan pesawat Hawk TUDM. FOTO arkib NSTP



KUALA LUMPUR - Markas Tentera Udara mengesahkan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu persempadanan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi, hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan TUDM, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada 11.30 pagi.

Difahamkan pihak TUDM sudah mengaktifkan Operasi dan Menyelamat (SAR) untuk mencari pesawat berkenaan.

Pihak TUDM memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...putus-hubungan

Update #32

Quote:
Originally Posted by naimw View Post

Beberapa siri foto anak sulung Mejar Yazmi Mohamed Yusof, Mikhail Adam Riaz, 11, menangis dalam dakapan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang sebak orang ramai.







Foto tersebut menunjukan Mikhail sedang menangis sambil dipujuk dan ditenangkan oleh Tunku Azizah yang hadir melawat bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Difahamkan sepanjang berada di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Mikhail gagal menahan sebak dan menangis sebelum dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh.

Suasana pilu itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik turut mengalirkan air mata.

Foto-foto tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, RBO Rahim Othman semalam beserta nukilan bertajuk ‘Mereka Adalah Wira Negara.’

Entri tersebut telah dikongsi lebih 5,000 pengikut dan mendapat hampir 3,000 komen yang rata-ratanya sayu melihat wajah sebak Mikhail.

Terdahulu, dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 Mejar Yazmi Mohamed Yusof TUDM, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika menjalani sesi latihan.

Jasad kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dalam keadaan lengkap berpayung terjun di kawasan hutan berpaya berhampiran Chukai, Kemaman kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan.



Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi bersama enam anak iaitu Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz,10, Muaz Addin Riaz, 7, Mika Adden Fiaz, 4, Mika Ayman Riaz, 4, dan Musa Akhtar Raiz, 3.

Foto: Facebook RBO Rahim Othman
Update #32

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tumpu cari kerusi anjal


Pasukan penyiasat TUDM masuk ke lokasi pesawat terhempas bagi membawa keluar bangkai pesawat Hawk 108 dan mencari kerusi anjal di Kampung Yak Yah, Chukai, Kemaman, Terengganu, semalam. mingguan/AZLAN BAHRUM

KEMAMAN 17 Jun - Operasi mengeluarkan bangkai pesawat pejuang jenis Hawk 108 yang terhempas di kawasan paya berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai di sini diteruskan lagi hari ini de*ngan tumpuan mencari kerusi anjal.

Ketua Polis daerah, Supe*rintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, segala aspek teknikal mengenai kerja-kerja itu dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala pihaknya membantu dari segi kawalan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.

“TUDM masih meneruskan penugasan mereka dan saya difahamkan hari ini mereka menjalankan siasatan untuk mendapatkan kerusi anjal.

“Proses mengeluarkan bangkai akan dijalankan TUDM kerana mereka mempunyai prosedur tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di pos kawalan operasi di lokasi nahas di Kampung Yak Yah di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat oleh TUDM semalam telah berjaya mengesan kedudukan rangka pesawat Hawk 108 yang terhempas sehingga mengorbankan dua juruterbangnya, Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31.

Kedua-dua mereka terbunuh selepas pesawat yang digunakan ketika menjalani latihan terhempas di Chukai setelah terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Mayat juruterbang itu ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing, kira-kira pukul 2.30 petang, kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Said memberitahu, pihaknya tidak dapat menganggarkan tempoh mengeluarkan bangkai pesawat itu tetapi pihak polis akan meneruskan bantuan kawalan trafik dan di tempat kejadian selagi diperlukan.

“Segala maklumat mengenai perkembangan kes selepas ini hanya akan dikeluarkan pihak TUDM dan bukan pihak polis,” katanya.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sekumpulan pasukan penyiasat masuk ke lokasi kira-kira pukul 12 tengah hari sambil membawa barangan termasuk mesin penjana elektrik dan beberapa kelengkapan lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/naha...#ixzz4kIwNZeG9
Update #31

Quote:
Originally Posted by protoculture View Post

Kedua2 arwah adalah wira Lahad Datu (callsign Fixer dan Caser) dengan masing2 ada confirmed kill dan bomb drop.

Selain tu sorang daripada arwah pun kaki forum Kopitiam Lowyat sekali sekala post.


Update #30

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Serpihan pesawat terbenam di kawasan paya


Mohd Said keluar dari kawasan operasi pencarian pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas dan menyebabkan 2 juruterbang terbunuh di Kampung Yak Yah. FOTO Muhd Asyraf Sawal

SERPIHAN pesawat Hawk 108 yang terhempas di Kampung Yak Yah, Jalan Ibok-Chukai, Kemaman semalam, ditemui terbenam di kawasan berpaya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, serpihan pesawat itu ditemui pada jarak 100 hingga 150 meter dari lokasi mayat dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemui semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati serpihan itu menyerupai pesawat Hawk 108 yang terhempas semalam.

"Ia ditemui 10 orang anggota penyiasat yang melakukan siasatan di kawasan berpaya itu pada jarak 400 meter dari jalan raya.

"Kita sudah pantau kawasan berkenaan dengan menempatkan anggota untuk mengawal tempat berkenaan bagi membolehkan TUDM menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Difahamkan disebabkan serpihan pesawat itu terbenam di kawasan berpaya, kerja mengeluarkannya berdepan kesukaran.

Malah, kotak hitam juga belum ditemui.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...i-kawasan-paya
Update #29

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pesawat Hawk terhempas sudah ditemui - TUDM
Quote:

Update #28

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mejar Yazmi hubungi ibu minta doakan selamat


DATIN HANIZAH Ibrahim. FOTO Nabihah Kamal

“Dia ada hubungi saya Selasa lalu dan beritahu akan buat latihan penerbangan di Kuantan dan minta saya doakan dia selamat.

“Saya nasihat, supaya jaga diri. Saya kata jika terjadi apa-apa saya tidak sanggup menerima jasadnya dalam keadaan berkecai biar elok sempurna, tetapi dia hanya berdiam diri," kata Hanizah Ibrahim, 70, ibu Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, selepas majlis pengebumian anak bongsunya itu di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham memang bercita-cita mahu menjadi juruterbang sejak kecil dan cita-citanya itu tercapai.

"Kami tidak pernah menghalang dia jadi juruterbang, Allah SWT sayangkan dia, kami sekeluarga reda,"katanya.

Sementara itu, Mejar Shamsul Shahreen Isa, 37, yang sama-sama melapor diri dengan Allahyarham pada 1998 di TUDM berkata, dia tidak menyangka perkara itu terjadi kepada sahabatnya yang juga jurulatih juruterbang.

"Dia mempunyai pengalaman sebagai jurulatih selama enam tahun dan sudah berkhidmat dalam TUDM selama 19 tahun.

"Sedih apabila dia yang juga seorang daripada 16 rakan yang sama laporkan diri pergi meninggalkan kami," katanya.

Seorang lagi rakan Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Goh berkata, Mejar Yazmi seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

"Kami mengajaknya makan tetapi dia menolak kerana ingin menyelesaikan tugasnya untuk melatih Fixer (Mejar Mohd Hasri Zahari).

"Mesej terakhirnya adalah 'nanti jumpa', tidak sangka itu kali terakhir berhubung dengannya," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa pada 12.45 tengah hari, hari ini.

Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Mohd Hilmi dan enam anak lelaki berusia antara 3 hingga 11 tahun.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-sayangkan-dia
Update #27

Quote:
Originally Posted by TT View Post

'Mak tak mahu kamu berkecai-kecai. Mak nak kamu satu jasad'


Datin Hanizah Ibahim (tengah) tidak dapat menahan sebak tatkala melihat upacara pengebumian anak bongsunya itu di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR


Allahyarham Mejar Yazmi meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam orang anak iaitu Mikhail Adam Riaz, 11, Mukhriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, sepasang kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz, masing-masing 4 tahun dan Musa Ayman Riaz, 3 Tahun. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad."

Itu antara perbualan terakhir Datin Hanizah Ibrahim, ibu kepada Mejar Yazmi Mohamed Yusof, yang menjadi mangsa nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hawk 108.

Katanya, nasihat yang diberi itu langsung tidak dibalas anak bongsu kepada empat beradik tersebut.

"Saya rasa kehilangan sangat, dia ibarat anak emas dalam keluarga. Adik beradik yang lain pun sayang pada dia. Kalau kena marah pun dia tidak pernah menjawab.

"Saya cakap dengan dia, 'mak restu kamu jadi juruterbang, mak hendak kamu meninggal dengan satu keping, mak tak nak kamu berkecai-kecai. Mak nak satu jasad'.

"Dia (Yazmi) tidak menjawab. Itu antara perbualan terakhir kami," kata Hanizah selepas selesai upacara pengebumian Allahyarham Mejar Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini hari ini.

Hanizah turut menceritakan perbualan terakhir beliau bersama anak keempatnya itu pada Selasa lalu.

"Saya tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya. Saya ingat saya dulu (meninggal dunia). Akhir sekali dia telefon saya pada hari Selasa malam Rabu.

"Dia kata dia nak terbang ke Kuantan, sekarang dia buat latihan di Kuantan, doakan lah dia. Saya jawab, saya doakan semua, tentera darat, laut dan udara. Mak doakan untuk semua dan untuk negara.

"Saya tanya, balik raya tak? Dia kata balik Teluk Intan," jelas Hanizah.


Hanizah yang terima dengan redha pemergian Yazmi berjanji akan memastikan keenam-enam cucunya itu mendapat pendidikan yang sempurna walaupun tanpa bapa.


http://www.astroawani.com/berita-mal...r-yazmi-146433
Update #26

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan


HISHAMMUDDIN (tengah) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kiri). FOTO Rosdan Wahid

KEMENTERIAN Pertahanan akan menyiasat secara terperinci punca nahas pesawat Hawk 108 yang mengorbankan dua juruterbang semalam dan keutamaan kini membantu keluarga mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penggantungan operasi pesawat jenis itu sehingga siasatan selesai adalah prosedur biasa dalam mana-mana nahas membabitkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Pesawat Hawk 108 ini baru selesai servis penyelenggaraan penuh dan sudah dua kali terbang.

"Jadi masih terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan," katanya dalam sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Hishammuddin, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamed Noor.

Hishammuddin berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan beliau akan menziarahi mereka dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan meneliti keperluan keluarga terbabit dan mereka kini memerlukan sokongan serta semangat dan sebab itu timbalan beliau Datuk Seri Johari Baharom serta Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang tiada dalam majlis hari ini kerana menghadiri majlis pengebumian dua juruterbang terbabit.

Beliau berkata, kehilangan pesawat terbabit tidak menjejaskan operasi TUDM kerana mereka masih mempunyai pelbagai aset lain.

"Jangan kerana satu insiden ia menjejaskan kredibiliti dan kemampuan pesawat.

"Daripada maklum balas TUDM, mereka berpuas hati dengan pesawat berkenaan dan masih banyak negara menggunakannya," katanya.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...enyelenggaraan
Update #25

Quote:
Originally Posted by TT View Post

TUDM buat sekatan di lokasi dipercayai bangkai pesawat ditemui



KEMAMAN: Three Royal Malaysian Air Force (RMAF) men have cordoned off a secondary forest area along Jalan Chukai-Ibok here, where wreckage of the RMAF Hawk 108 advanced jet trainer which crashed near Kampung Yah Yah here yesterday is believed to have been found.


The trio, armed with machetes to clear the underbrush, emerged from a peat swamp forest area at 11.10am, having walked from the suspected wreckage site to the main road to seal off the area from the public.

Curious villagers and bystanders gathered along the road shoulder, hoping to catch a glimpse of the wreckage from a distance. However, the trees and tall grass blocked their view.

Questions posed by members of the media to the three men, whose pants were soaked from the knees down, went unanswered as they politely announced that they could not provide any information.

It is learnt that the wreckage site is located some 250 metres from the main road, and that the area is only accessible by heavy vehicles.

Major Yazmi Mohamed Yusof, 39, and fellow pilot Major Mohd Hasri Zahari, 31, were found dead at Chukai, Terengganu on Thursday afternoon following the disappearance of the RMAF Hawk 108 trainer jet that the duo was in.

The RMAF lost contact with the aircraft half an hour after it departed from the RMAF Kuantan air base at 11am.

The duo's bodies, still attached to their parachutes, were found by the RMAF search and rescue (SAR) team in a swampy area in Chukai at 2.30pm yesterday.


https://www.nst.com.my/node/249460/amp
Update #24

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah Mejar Yazmi selamat dikebumikan


4 daripada 6 orang anak arwah mejar yazmi



Jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof diusung ke Tanah Perkuburan Titiwangsa dengan keranda dibaluti jalur gemilang dan bendera tudm



JENAZAH juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang terkorban dalam nahas Hawk 108, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa, 12.45 tengah hari ini.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Pangkalan Udara Kuantan menggunakan pesawat Hercules C130H dan tiba di Pangkalan Subang pada, 10.15 pagi.

Jenazah dibawa dengan menaiki van jenazah diiringi anggota polis trafik dan kenderaan rasmi TUDM ke Masjid Ibnu Sinar Taman Tasik Titiwangsa untuk disembahyangkan.

Turut hadir pada majlis pengebumian, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan 200 orang terdiri daripadapegawai tertinggi TUDM, keluarga, sanak-saudara, dan sahabat handai.

Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof terkorban dalam nahas membabitkan pesawat Hawk 108 di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu semalam.

Seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, turut terkorban dalam nahas itu.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...i-sana-metrotv
Update #23

Quote:
Originally Posted by TT View Post

'Bakti terakhir saya buatnya'
Rakan Mejar Hasri kendali helikopter hantar jenazah ke kampungnya



MEJAR Mohd Husni Mohd Tarmizi (tengah) menghadiri pengebumian rakan karibnya, Mejar Mohd Hasri, di Tanah Perkuburan FELDA Lui Barat, Jempol , hari ini. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap


JENAZAH Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Serting.

BANDAR SERI JEMPOL: Persahabatan yang terjalin sejak menjalani latihan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Kedah, membuatkan Mejar Mohd Husni Mohd Tarmizi memohon untuk mengendalikan helikopter yang membawa jenazah sahabatnya, Mejar Mohd Hasri Zahari pulang ke kampung.

Kebenaran yang diberi pihak atasan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Mohd Husni, 31, membuktikan keakrabannya dengan Mohd Husni, 31, hingga ke akhir hayat apabila mengendalikan kedua-dua penerbangan jenazah rakannya.

"Sebaik mendapat tahu Husni terbabit dalam nahas itu, saya meminta tugasan membawa jenazah dari tempat kejadian ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.

"Selepas itu, saya sekali lagi meminta kebenaran pihak atasan membawa jenazah dengan helikopter EC 725 AP dari Pangkalan Udara Kuantan ke FELDA Lui Muda di sini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagi Mohd Husni, ia adalah sumbangan dan penghormatan terakhirnya kepada Allahyarham yang sangat dikagumi kerana memiliki budi pekerti yang tinggi.

Katanya, Allahyarham dikenali sejak zaman Kolej Tentera Udara pada 2004 dan hubungan mereka terus akrab walaupun berlainan skuadron.

"Saya amat terkejut dengan kemalangan itu walaupun kami sentiasa dilatih untuk menghadapi apa juga kemungkinan apabila menyertai TUDM," katanya.

Mohd Husni adalah dari 10 Skuadron di Kuantan manakala Mohd Hasri dari 6 Skuadron di Labuan.

Katanya, mereka bertemu buat kali terakhir pada 8 Jun lalu kerana kebetulan mempunyai tugasan di Labuan manakala Mohd Hasri menghubunginya kelmarin sebaik tiba di Pangkalan Udara Kuantan.

"Saya ada tugasan lain ketika itu, jadi kami tak sempat berjumpa. Itu yang membuat saya terkilan," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/293564
Update #22

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Suasana di Pangkalan TUDM Subang, ketibaan jenazah Allahyarham Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang terkorban dalam kemalangan Hawk 108 semalam






Jenazah Allahyarham Mejar Mohd. Yazmi Datuk Mohamed Yusof dibawa keluar dari masjid untuk dikebumikan ke tanah perkuburan Titiwangsa





Jenazah Allahyarham Mejar Mohd. Yazmi Datuk Mohamed Yusof dibawa turun dari kenderaan untuk dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan.


Update #21

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah Mejar Mohd Hasri selamat dikebumi




Update #21

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah juruterbang TUDM Mejar Mohd Hasri Zahari sewaktu tiba di kediaman ibu bapanya sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol.




Update #20

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah diterbangkan ke Jempol & Subang


JENAZAH Mejar Mohd Hasri Zahari diusung masuk ke helkopter sebelum diterbangkan ke Jempol. FOTO Farizul Hafiz Awang

JENAZAH dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masing-masing selamat diterbangkan ke Negeri Sembilan dan Pangkalan Udara Subang, Selangor untuk urusan pengebumian, hari ini.

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari dibawa menaiki helikopter EC725 ke Padang Awam FELDA Lui Muda dekat Jempol, Negeri Sembilan pada 8.15 pagi.

Manakala jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof dibawa ke Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat Hercules C130H pada 8.45 pagi.

Terdahulu, kedua-dua jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ke Surau Al-Taqwa Pangkalan Udara Kuantan selepas bedah siasat selesai kira-kira jam 5.45 pagi.

Jenazah mereka dimandikan dan dikafankan di surau berkenaan manakala solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuantan, Mejar Mohd Zaki Kassim dan disertai kira-kira 200 anggota TUDM.

Selepas solat jenazah berkenaan, keranda kedua-dua juruterbang itu diletakkan Jalur Gemilang dan bendera TUDM sebagai tanda penghormatan.


http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...-jempol-subang
Update #19

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #18

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sempat imamkan solat Subuh


Tuanku Azizah menenangkan Mikail Adam Riaz ketika tiba di Unit Forensik HTAA. Gambar kecil, Allahyarham Yazmi. FOTO ZULKEPLI OSMAN

ALLAHYARHAM Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, sempat mengimamkan solat Subuh bersama keluarganya sebelum keluar melakukan latihan menggunakan pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi.

Anak sulungnya Mikail Adam Riaz, 11, berkata itu kali terakhir dia bertemu bapanya sebelum mendapat panggilan memaklumkan bapanya terbabit dalam nahas berkenaan.

Katanya, bapanya bertugas di 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan, Sabah dan kebetulan menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan sejak seminggu lalu.

"Kami bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah. Ayah selalu mengimamkan solat apabila pulang ke sini.

"Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkata apa-apa sebelum keluar bekerja, semuanya seperti biasa," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, malam ini.

Terdahulu, Mikail Adam Riaz menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Yazmi dan rakannya, Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, terbunuh selepas terbabit dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai dekat Kemaman, Terengganu, hari ini.

Pesawat mangsa terputus hubungan jam 11.30 pagi selepas bertolak dari Pangkalan Udara Kuantan kira-kira jam 11 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan sebelum menemui mayat mereka jam 2.30 petang di kawasan berpaya.

Murid tahun lima itu berkata, bapanya ada berjanji mahu membelikan baju raya buatnya serta lima adiknya yang lain.

"Baju raya tiada lagi dan ayah janji mahu membelikan baju raya buat saya dan adik-adik.

"Tapi tengah hari tadi ada orang (pegawai) telefon kata ayah dah tiada," katanya.

Milkhail Adam Riaz berkata, dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya sebagai juruterbang pesawat pejuang dan meminati kerjaya itu

"Kalau boleh saya hendak kerja macam ayah, dia beri banyak tunjuk ajar dan nasihat untuk menjadi juruterbang," katanya.

Difahamkan, keluarga Yazmi tinggal di bandar ini dan tidak mengikutnya berpindah ke Labuan.

Sementara itu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli menziarah jenazah Yazmi dan Mohd Hasri.

Yazmi yang sudah berkhidmat dengan TUDM selama 19 tahun meninggalkan seorang balu, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak, Mikhail Adam Riaz, 11, Mukriz Anwar Riaz, 10, Muaz Addin Riaz, 7, pasangan kembar Mika Adden Riaz dan Mika Ayman Riaz, 4, serta Musa Akhtar Riaz, 3.

Mohd Hasri pula meninggalkan balu, Asysyuhadak Ahmad dan anak tunggal mereka, Nur Hafiya yang berusia tujuh bulan.

Mohd Hasri berpengalaman selama 13 tahun bersama TUDM.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...dijemput-ilahi
Update #17

Quote:
Originally Posted by pecot85 View Post
Update #16

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pilot sempat buat isyarat minta pertolongan
Penduduk cuma lambai semula sangka latihan payung terjun



Pesawat TUDM berlegar-legar di ruang udara mencari bangkai pesawat Hawk yang masih belum dijumpai.

KEMAMAN - Salah seorang daripada dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam tragedi pesawat pejuang jenis Hawk 108 dilihat sempat membuat isyarat meminta pertolongan kepada penduduk kampung sebelum terjatuh di kawasan berpaya di Kampung Pondok Pasir, Ibol dekat sini hari ini.

Seorang penduduk, Siti Zamilah Mohd. Hussin, 27, berkata, kelibat dua pegawai TUDM itu dalam keadaan berpayung terjun tersebut dilihat sewaktu dia sedang menyapu sampah di halaman rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari.

"Sewaktu sedang menyapu di halaman rumah tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum kelihatan kelibat dua lelaki berpakaian hitam yang memakai payung terjun.

"Salah seorang daripada mereka dilihat membuat isyarat tangan pangkah kepada saya sambil menarik-narik tali payung terjun," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Siti Zamilah berkata, dia yang tidak mengetahui perbuatan membuat tangan pangkah terbabit merupakan isyarat meminta pertolongan.

Menurutnya, dia sekadar membalas dengan melambai-lambaikan tangannya kerana menyangka kedua-dua pegawai TUDM sedang menjalani latihan payung terjun.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4k5CXJ21m
Update #15

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Penduduk nampak pesawat berasap


Hafizuddin menunjukkan tempat dia melihat pesawat pejuang TUDM terbang rendah di Kampung Yak Yah, Ibok, Kemaman.

KEMAMAN - Pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dilihat terbang rendah di kawasan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini, sebelum dilihat berasap.

Saksi kejadian, Hafizuddun Yunus, 32, berkata, dia melihat pesawat itu terbang dalam ketinggian kira-kira 1,000 kaki ketika sedang menunggang motosikal berdekatan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal menghala ke Kampung Ibok.

"Saya terkejut lihat pesawat itu terbang sangat rendah lebih kurang jam 11.30 pagi, deruman enjinnya sangat kuat dan saya lihat ia meluncur ke arah sekitar Hutan Simpan Tasik Buku dan Seri Bandi.

"Terdetik di hati saya pesawat tu mcam nak jatuh. Lepas kelibat pesawat tu makin menghilang saya lihat keluar asap," katanya kepada Sinar Harian.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan setengah jam kemudian sebelum dua juruterbang berkenaan ditemui meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan.

Kedua-dua mangaa ditemui di sebuah kawasan hutan paya di Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, operasi mencari menyelamat digerakkan dalam radius 40 kilometer sekitar Kampung Tak Yah.

"Kesukaran kita adalah untuk menentukan kedudukan pesawat yang terhempas berkenaan. Kita akan mohon bantuan Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...rasap-1.689938
Update #14

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Penduduk nampak jet terbang rendah



CHUKAI: "Saya nampak dua lelaki melayang di udara bersama payung terjun dan menjunam ke arah belukar tidak jauh dari rumah," kata Siti Zamilah Husin, 27, dari Kampung Pondok Pasir, dekat sini.


Beliau mendakwa mendengar bunyi bising seperti enjin pesawat yang sedang terbang rendah, sebelum bergegas segera keluar dari rumah.

"Sebaik keluar, saya ternampak kelibat dua orang melayang di udara pada jarak kira-kira 100 meter dari rumah.

"Saya dapat mengecam objek yang menjunam ke arah belukar adalah dua lelaki yang seakan-akan berpeluk tubuh, sebelum hilang daripada penglihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Siti Zamilah berkata, dia tidak tahu bahawa kedua-dua orang yang dilihat melayang itu adalah juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu oleh anggota bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat bahawa mangsa adalah juruterbang, kira-kira dua jam kemudian.

"Saya memang tidak tahu kedua-duanya juruterbang tentera yang jatuh di lokasi tidak jauh dari rumah, iaitu kawasan belukar Kampung Yakyah yang berpaya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Daud Ibrahim berkata, pihaknya melancarkan gerakan mencari dan menyelamat, sebaik menerima laporan dengan memberi tumpuan ke lokasi kejadian.

"Mayat kedua-dua juruterbang ditemui pada kira-kira jam 2.30 petang dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan," katanya.

Beliau berkata, anggota mencari dan menyelamat membabitkan 20 anggota polis, 13 anggota bomba dan penyelamat, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (tiga), kakitangan Hospital Kemaman (sembilan) dan tentera (dua).


http://www.bharian.com.my/node/293332
Update #13

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bangkai pesawat Hawk 108 belum ditemui


PANGLIMA Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tengah) bersama Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang (kanan) ketika menjawab soalan wartawan ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAA. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Bangkai pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua juruterbangnya masih belum ditemui sehingga kini.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed, berkata usaha mencari pesawat malang yang terputus hubungan dengan menara kawalan selepas berlepas pada jam 11 pagi dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan, di sini, masih giat dijalankan.

Sehubungan itu, katanya, tindakan segelintir pengguna media sosial menyebarkan gambar pesawat yang kononnya ia sudah ditemui di sebuah lokasi adalah sangat mengecewakan dan tidak menghormati sensitiviti.

"Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang sudah sahkan bahawa ia adalah pesawat lama TUDM jenis Aermacchi MB339C (terbabit dalam nahas di Nenasi, Pekan pada Mei 2016).

"Mereka (keluarga mangsa) dalam keadaan berduka...jadi jangan buat perkara kurang manis seperti ini dengan menyebarkan berita palsu," katanya ditemui di perkarangan bilik Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi dan Affendi menziarah jenazah dua juruterbang pesawat Hawk 108, Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari serta Mejar Yazmi Mohamed Yusof yang maut dalam nahas pagi tadi.

Mayat mereka ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, Kemaman, Terengganu.

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi menyifatkan pemergian kedua-duanya sebagai satu kehilangan besar untuk negara kerana mereka berpengalaman luas dalam mengendalikan pesawat tentera.

"Mewakili pasukan tentera, saya mengucapkan takziah kepada keluarga di atas kehilangan insan tersayang di bulan Ramadan yang mulia ini...diharapkan mereka dapat bersabar menghadapi dugaan.

"Kita akan membantu menjaga kebajikan waris mereka dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Affendi berkata, jenazah Mohd Hasri akan dikebumikan di FELDA Lui Muda, Negeri Sembilan manakala Yazmi di Tanah Perkuburan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada keesokan hari selepas bedah siasat selesai.

"Jenazah mereka akan ditempatkan di masjid TUDM pada malam ini dan diterbangkan esok untuk proses pengebumian," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/293334
Update #12

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sangka anak masih di Labuan - Bapa


JENAZAH juruterbang yang maut selepas pesawat Hawk 108 yang terhempas di kawasan paya Chukai, Kemaman ketika tiba di bilik Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan. - Foto Ihsan TUDM

BANDAR SERI JEMPOL: Bapa juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam latihan di Chukai, Terengganu, hari ini, tidak menyangka berita televisyen yang menyiarkan nahas itu membabitkan anaknya.

Ini menyebabkan Zahari Md Din, 51, tidak peduli dengan berita itu kerana menyangka anaknya, Mejar Hasri, berada di Labuan, yang menjadi pangkalan pasukannya.

"Saya hanya menyedari dia terbabit apabila isterinya, (Assyuhadak Ahmad, 30), menghubungi saya kira-kira jam 1.30 tengah hari, memaklumkan bahawa Mejar Hasri kemalangan dan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mejar Hasri, 31, terbunuh selepas pesawat Hawk 108 yang digunakan ketika menjalani latihan terhempas di Chukai, Kemaman, Terengganu.

Kejadian berlaku Mohd Hasri dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, menjalani latihan menaiki pesawat itu sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Lui Muda itu berkata, dia tidak mengetahui langsung bahawa anaknya berada di Kuantan, Pahang, menjalani latihan.

Zahari berkata, arwah anaknya sepatut pulang beraya di kampung, Sabtu ini, selepas mendapat cuti selama 10 hari.

"Adiknya, Norhaslinda, 30, akan menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Arwah adalah anak tunggal lelaki daripada empat beradik.

"Kali terakhir arwah menghubungi ibunya, Hatijah Abd Hamid, 60, seminggu lalu namun tidak diketahui apa yang mereka berbual," katanya sambil memaklumkan arwah memiliki seorang anak perempuan berusia enam bulan," katanya.

Dalam kejadian itu, Mohd Hasri dan Yazmi ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing.


http://www.bharian.com.my/node/293342
Update #11

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Penduduk dengar bunyi bising enjin pesawat
Nampak 2 objek melayang



Siti Zamilah menceritakan detik dia melihat pesawat dan juruterbang jatuh. FOTO Shamsudin Husin

PENDUDUK di Kampung Pondok Pasir, Chukai mendakwa mendengar bunyi bising enjin pesawat dan ternampak dua objek melayang di udara kira-kira 12 tengah hari ini.

Siti Zamilah Husin, 27, berkata, dia bergegas keluar selepas terdengar bunyi bising enjin pesawat terbang rendah berhampiran rumahnya.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak dua objek seperti orang melayang di udara bersama payung terjun sebelum jatuh di kawasan belukar berpaya kira-kira 100 meter dari rumahnya.

"Pada mulanya saya tidak tahu ia juruterbang pesawat tentera yang jatuh di lokasi tidak jauh dari rumah di kawasan belukar Kampung Yakyah, " katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, dia terkejut diberitahu pegawai bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat kira-kira dua jam kemudian bahawa objek orang dilihat itu juruterbang tentera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian pihaknya terus menjalankan usaha mencari mangsa di lokasi.

"Seramai 20 pegawai dan anggota polis dibantu 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua anggota tentera bersama sembilan kakitangan Hospital Kemaman terbabit dalam gerakan mencari mangsa itu.

"Mangsa dijumpai oleh anggota tentera kira-kira 2.30 petang dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan," katanya.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang hari ini mengesahkan jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, juruterbang pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninggal dunia.

Affendi dalam satu sidang media khas mengesahkan mayat Mohd Hasri dan Yazmi ditemui 20 meter antara satu sama lain bersama payung terjun masing-masing.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-enjin-pesawat
Update #10

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post

Sedikit perkongsian sebelum iftar


Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jenazah 2 juruterbang tiba di HTAA


Jenazah salah seorang juruterbang TUDM dibawa masuk ke Jabatan Forensik HTAA.

JENAZAH dua juruterbang pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam nahas pagi tadi tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 5.10 petang tadi.

Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dibawa menggunakan dua ambulans HTAA.

Sebelum itu jenazah kedua-duanya dibawa menggunakan helikopter dari lokasi kejadian di Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamad Noor dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang tiba jam 5.35 petang dan dilihat memasuki bilik mayat bersama-sama.

Tinjauan mendapati beberapa anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah berada di perkarangan bilik mayat, bagaimanapun belum kelihatan ahli keluarga kepada Allahyarham Mohd Hasri serta Yazmi.

Terdahulu, Affendi dalam satu sidang media khas mengesahkan kematian tragedi terbabit.

Mayat mereka ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Chukai, Kemaman, Terengganu.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...g-tiba-di-htaa
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Operasi Hawk digantung serta-merta



KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggantung semua operasi latihan atau penerbangan membabitkan pesawat Hawk MK108 susulan insiden mengorbankan dua juruterbang mereka hari ini.


Panglimanya, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, berkata tempoh penggantungan operasi pesawat itu akan diputuskan kemudian, selepas mengambil kira hasil laporan penemuan oleh pasukan siasatan yang ditubuhkan.

"Keputusan ini (penggantungan) perlu bagi memberi ruang kepada pasukan siasatan melakukan siasatan mereka... ini adalah antara langkah segera yang kita ambil.

"Kita juga akan memastikan kebajikan keluarga kedua juruterbang kami yang terkorban ini mendapat perhatian sewajarnya.

"Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 tahun dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 tahun adalah juruterbang berpengalaman dan aset kami, ...insiden ini adalah kehilangan besar kepada TUDM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, hari ini.

Kedua-dua juruterbang Hawk MK108 TUDM yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia dan ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berpaya dekat Kampung Sungai Ibok, Air Jernih, dekat Kemaman, Terengganu.

Affendi berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.


http://www.bharian.com.my/node/293287
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Hishammuddin arah punca nahas disiasat segera




KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat punca nahas pesawat miliknya, HAWK 108 dengan terperinci dan pada kadar yang segera.


Dalam twit terbarunya, Hishammuddin turut mengucapkan takziah ke atas keluarga dua juruterbang TUDM yang maut dalam insiden berkenaan.

Kedua juruterbang yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.

Kedua-dua mereka ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman.

Pesawat Hawk 108 dilaporkan hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.

Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi sebelum terputus hubungan 30 minit selepas itu.


http://www.astroawani.com/berita-mal...-segera-146319
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tragedi pesawat TUDM Hawk 108: Dua juruterbang ditemui mati di kawasan hutan paya, Chukai, Kemaman - Panglima Tentera Udara




Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sad day for STAROBA.

Our brother Yazmi Yusof (Batch9195) the TUDM Hawk Fighter Pilot died in a crash near Zoo Kemaman.



Update #4

Quote:
Originally Posted by fuhgeddaboudit View Post


Quote:


DUA juruterbang TUDM yang terkorban apabila pesawat Hawk 108 terhempas di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada jam 2.30 petang tadi. Mejar Mohd Hasri Zahari dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.


KUANTAN: Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.
Mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.
Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing.
"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.
"Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami.
"Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof," katanya.
Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.


Update #3

Quote:
Originally Posted by fuhgeddaboudit View Post

2 juruterbang TUDM terbunuh, pesawat Hawk masih dicari


Pasukan penyelamat menjumpai mayat kedua-dua mereka dan payung terjun yang digunakan bagi menyelamatkan diri.



PETALING JAYA:
Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang bersama sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 pagi tadi ditemui meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan.

Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata mayat kedua-dua mereka dijumpai di sebuah kawasan hutan paya di Chukai, Terengganu. Bagaimanapun, bangkai pesawat itu masih belum ditemui.

Juruterbang malang itu ialah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, jurulatih penerbang pesawat yang sudah berkhidmat kira-kira 19 tahun, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang berkhidmat 13 tahun.

Jenazah mereka kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk bedah siasat.

Kemalangan itu merupakan kali ke-5 melibatkan jet Hawk 108.
Pasukan mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus selepas pesawat itu terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi dilaporkan menjumpai payung terjun di kawasan pencarian di utara Kuantan.

Pesawat itu berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi.
Hawk 108 merupakan pesawat buatan Britain dan mula digunakan TUDM sekitar 1996.

Ia merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.

Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan juruterbang berlaku tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang juruterbang.



sumber : FMT
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jumpa payung terjun

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) dikhabarkan menemui payung terjun di kawasan pencarian, di utara Kuantan, selepas Zohor, hari ini.


Difahamkan, dua juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang sebelum ini dilaporkan selamat.

Pesawat Hawk 108 milik TUDM yang dikendalikan mereka sebelum ini dilaporkan hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi tadi.

Pesawat yang terlibat dalam operasi SAR itu adalah Hercules C130 dan Eurocopter EC725 yang memulakan pencarian pada 11.49 pagi.

TUDM dalam kenyataan, hari ini melaporkan kehilangan pesawat itu selepas berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan.

Satu sidang media khas Panglima Tentera Udara (PTU) akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan, kira-kira 4 petang nanti.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...-payung-terjun
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kronologi Hawk 1996-2006



JET pejuang dua tempat duduk, Hawk 108 milik TUDM dikhuatiri hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi, hari ini.

Mengikut rekod, TUDM memilik enam pesawat Hawk 108 untuk tujuan latihan lanjutan manakala 16 unit Hawk 208.

Difahamkan, Hawk mula bersama TUDM sejak 1996. Ia adalah pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan.


Kronologi pesawat Hawk terhempas

*31 Mei 2006 - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang ketika melakukan sesi latihan peperangan selepas jet pejuang Hawk 100 dipandunya terhempas di kawasan berpaya di Endau, dekat Rompin, Kuantan.

*23 Jun 2005-Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru melangsungkan majlis persandingannya, sebelum sebelum nahas, terbunuh apabila pesawat Hawk Mk208 terhempas dalam belukar berhampiran Kampung Kerupang di utara Lapangan Terbang Labuan.

* 18 Disember 2003 - Dua juruterbang pesawat Hawk 100 terbunuh selepas pesawat mereka terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan.

* 4 September 2002 - Pesawat pejuang Hawk MK208 TUDM, terhempas ketika melakukan latihan di ruang udara Pulau Tioman, Pahang. Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten S Nadzeer Sallehudin, 31, berjaya menyelamatkan diri dengan menekan butang kerusi anjal.

* 19 Mac 2002 - Seorang anggota kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, Laskar Udara Kanan (LUK) Shawn Cristopher Chew, 25, terbunuh apabila kerusi anjal sebuah jet pejuang Hawk 108 tiba-tiba melantun selain menyebabkan enam lagi melecur terkena api roket.

* 10 September 1998 - Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 208 Skuadron Ke-6 dari pangkalan TUDM Kuantan terhempas di Kampung Kuala Betis, kira-kira 30 kilometer dari Gua Musang menyebabkan juruterbangnya, Kapten Jaidev Biaspal a/l Basdav Biaspal, terkorban.

*18 Jun 1996 - Sebuah pesawat Hawk 100 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkecai setelah terhempas dalam kawasan sawah berhampiran pangkalannya di Butterworth.

Juruterbang yang terbabit dikenali sebagai Lt Kol Roshaimi Zakaria dan Kapten K Chandran, bagaimanapun selamat keluar menggunakan kerusi anjal.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...hawk-1996-2006
Update #0

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post

Quote:
Originally Posted by janggut_X View Post
tak jumpa lagi ker? byk betul bulan ramadan kali ni berlaku mcm mcm.
Dah...

Pilot tgh hanging dgn parachute - dari WA family aku - kazen aku AC engineer TUDM Labuan.


Update #0

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post
Erm



Nanti aku cuba sampaikan dalam ayat berlapik, kalau dapat la...

Tapi no promise ya!

PS: it's not like what is mentioned on TV. Tu je aku leh share, lain2 info, dah di/ter-share, semak je mesej atas2... and it's not just one, it could be both, one is still.... harap2 ok la... dah tak leh share lebih2

Kata kunci: Winching

disclaimer: all info should not be deemed as final despite coming from a reliable source.

innalillahi wa inna ilaihi rajiun!

Dah leh release statement kazen aku...



Untuk rekod, winching bermaksud proses mengeluarkan mangsa dari pesawat.

Aku akan try dapatkan pic diorang dari kazen aku kalau ada dari rekod pegawai TUDM....

Last edited by TT; 15-06-2017 at 05:02 PM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 15-06-2017, 02:00 PM
oldtbone oldtbone is online now
Super Active

oldtbone's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2012
Location: away from civilization
Posts: 6,492
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 230
Active Level
My Mood:
Default

takziah..semoga dipermudahkan segala urusan mencari..

menarik gak berita ni..negara kecik pn boleh hilang dari radar..mcm mana tu ye?
Reply With Quote
  #3  
Old 15-06-2017, 02:00 PM
mazri_2008 mazri_2008 is offline
Super Active

mazri_2008's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Nov 2008
Location: REBAT INSTAFOREX 1.3 PIPS
Posts: 7,222
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 1031
Active Level
Default

Pesawat Hawk TUDM Terputus Hubungan

PETALING JAYA: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan.

Kementerian Pertahanan mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 12.35 tengah hari Khamis.

"Markas tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDMjenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.


"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi," menurut kenyataan tersebut.

TUDM juga telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...6kEiF4Ca7Vh.99
__________________
!!! OPEN LIVE INSTAFOREX ACCOUNT NOW !!!
AUTOMATIK 1.3 PIPS REBAT @ DUIT SETIAP HARI + WELCOME BONUS 250%
BUKA AKAUN BAWAH SAYA >>> SETIAP KALI TUTUP DAGANGAN ANDA DAPAT DUIT

REBAT MASUK DALAM AKAUN| REBAT MASUK DALAM BANK CIMB/MAYBANK
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #4  
Old 15-06-2017, 02:03 PM
Xploit Machine Xploit Machine is offline
Active Member

Xploit Machine's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2012
Location: West Malaysia
Posts: 1,003
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 132
Active Level
Send a message via AIM to Xploit Machine Send a message via MSN to Xploit Machine Send a message via Yahoo to Xploit Machine Send a message via Skype™ to Xploit Machine
Default

__________________
FB - First Information Report
Reply With Quote
Likes TT, cek mek molek liked this post
  #5  
Old 15-06-2017, 02:20 PM
sweetkl sweetkl is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 1,448
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 40
Blog Entries: 1
Active Level
Default

dah jumpa ke
Reply With Quote
  #6  
Old 15-06-2017, 02:22 PM
potsmoker potsmoker is offline
CG Top Poster Club

potsmoker's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2007
Posts: 27,505
Thanks (Received): 21
Likes (Received): 9
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to potsmoker
Default

Quote:
Originally Posted by oldtbone View Post
takziah..semoga dipermudahkan segala urusan mencari..

menarik gak berita ni..negara kecik pn boleh hilang dari radar..mcm mana tu ye?
pelik kan... radar xberkualiti atau SOP lepas pandang...
__________________
be good to have a good life

" Tidak HEBAT seseorang itu sekiranya dia hanya mahukan KESENANGAN "
Reply With Quote
Likes oldtbone liked this post
  #7  
Old 15-06-2017, 02:26 PM
jebat derhaka jebat derhaka is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2017
Posts: 119
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

kena tengok dulu apa yang berlaku.. siasat apa yang patut
Reply With Quote
  #8  
Old 15-06-2017, 02:33 PM
stillFX stillFX is offline
Active Member

stillFX's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2016
Posts: 1,445
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 43
Active Level
Default

hilang lagi... huhuhu
Reply With Quote
  #9  
Old 15-06-2017, 02:34 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 34,596
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 93
Active Level
My Mood:
Default

bila bc tajuk dan isi berita... bunyi cam ilang kene "rembat"... rupenye ilang dari radar
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #10  
Old 15-06-2017, 02:37 PM
potsmoker potsmoker is offline
CG Top Poster Club

potsmoker's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2007
Posts: 27,505
Thanks (Received): 21
Likes (Received): 9
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to potsmoker
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
bila bc tajuk dan isi berita... bunyi cam ilang kene "rembat"... rupenye ilang dari radar
hahaha... siapa la nak rembat sebiji kapal terus.. kalau ada kes ni mmg naya kementerian pertahanan...
__________________
be good to have a good life

" Tidak HEBAT seseorang itu sekiranya dia hanya mahukan KESENANGAN "
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:40 AM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you