Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #61  
Old 19-06-2017, 06:29 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,163
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6071
Active Level
My Mood:
Default

Buta mata kerana mercun bola



KEGEMBIRAAN bermain mercun bersama rakan akhirnya membawa padah kepada seorang remaja selepas sebelah matanya buta terkena serpihan mercun pada 2010.


Mohamad Abdul Amin Zokhri, 22, dari Kampung Bukit Lala, Pokok Sena, tidak menyangka lontaran mercun bola ke dalam air oleh rakannya menyebabkan dia hilang penglihatan.

Peristiwa itu memberi kenangan pahit kepadanya hingga kini dan setiap kali melihat mercun bola sudah pasti dia akan mengingat kembali peristiwa itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidiladha dan dia bersama rakannya bermain mercun bola di tali air berhampiran rumahnya.

"Saya bersama empat kawan main mercun. Waktu itu kami baling mercun masuk ke dalam tali air sebab seronok tengok buih-buih yang banyak keluar dekat permukaan air," katanya.

Mohamad berkata, selepas beberapa kali mercun itu dibuang ke dalam tali air, tiba-tiba seorang rakan sekali lagi melemparkan mercun.

"Saya tak sempat nak palingkan muka menyebabkan mercun itu meletup di permukaan hingga serpihannya terkena mata kiri.

"Selepas serpihan terkena mata, saya cuba basuh dan mata mula rasa sakit, macam kena masuk air limau. Masa itu juga mata makin kabur dan berair. Saya terus balik rumah dan beritahu mak ayah," katanya.

Katanya, bimbang dengan keadaannya itu, bapanya membawanya ke Klinik Kesihatan berdekatan dan kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Di hospital doktor bersihkan mata dan buang serpihan belerang dalam mata. Mata saya terpaksa ditutup tiga hari. Paling sedih bila doktor beritahu kornea mata saya dah pecah dan tak berfungsi lagi.

"Masa itulah saya menyesal bermain mercun sebab sekelip mata saja hilang sebelah mata. Saya terpaksa tinggal dekat hospital selama dua minggu untuk dapatkan rawatan bagi memulihkan kembali penglihatan menggunakan sebelah mata," katanya.

Tambahnya, selepas sebelah matanya tidak lagi berfungsi, pelbagai masalah timbul pada awalnya bagi mengimbangi dirinya terutamanya semasa berjalan dan memegang objek.

"Kejadian ini beri pengalaman pahit kepada saya dan masa inilah saya terasa berharganya sepasang mata kepada saya. Saya harap pengalaman ini beri iktibar kepada mereka yang suka main mercun sebab boleh bagi cacat kekal untuk selamanya," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...-bola-1.691649
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #62  
Old 19-06-2017, 06:31 PM
MHaffiezMNazri MHaffiezMNazri is online now
Active Plus

MHaffiezMNazri's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2012
Location: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Posts: 4,676
Thanks (Received): 676
Likes (Received): 117
Active Level
My Mood:
Send a message via ICQ to MHaffiezMNazri Send a message via MSN to MHaffiezMNazri Send a message via Yahoo to MHaffiezMNazri Send a message via Skype™ to MHaffiezMNazri
Default

Aku dah dua tiga malam ni berdoa budak bawah apartment ni ada yang kena macam dalam berita ni, tak boleh nak tidur dibuatnya terkejut2 tau!
__________________
facebook
instagram
twitter
whatsapp +60182003004
Reply With Quote
  #63  
Old 19-06-2017, 06:44 PM
naimw naimw is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 2,780
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 177
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Ahmad07 View Post
ini lawak
Nak kata lawak, tak juga.

Budak ni mungkin tak mau jadi camni.

Salah ibu bapa juga. Tak monitor/nasihat anak masing-masing.
Reply With Quote
  #64  
Old 19-06-2017, 06:48 PM
a2zextra a2zextra is offline
Legendary Member

a2zextra's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2013
Posts: 14,099
Thanks (Received): 78
Likes (Received): 74
Active Level
Default

Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
__________________
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal
BIMB 080590 2004 8153 MBB 55818 100 2814 :MAAHAD TAHFIZ QIAM
MBB 55829 360 6057 :KOMPLEKS AT-TAALIM
Reply With Quote
  #65  
Old 19-06-2017, 07:43 PM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Super Active

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 9,394
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 50
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by naimw View Post
Nak kata lawak, tak juga.

Budak ni mungkin tak mau jadi camni.

Salah ibu bapa juga. Tak monitor/nasihat anak masing-masing.
lawak ni subjektif... bagi kau mungkin tak lawak, bagi aku, sangat lucu...

part salah betul tu letak tepi skejap.. budak2 ni dh mengganggu kententeraman awam.. masa seronok main mercun tu, bersuka ria la diorang.. dah berbungkus camni, giliran aku pulak gelak...

Last edited by Ahmad07; 19-06-2017 at 07:45 PM..
Reply With Quote
  #66  
Old 19-06-2017, 07:50 PM
Ahmad07 Ahmad07 is offline
Super Active

Ahmad07's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2007
Posts: 9,394
Thanks (Received): 404
Likes (Received): 50
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post
Aku dah dua tiga malam ni berdoa budak bawah apartment ni ada yang kena macam dalam berita ni, tak boleh nak tidur dibuatnya terkejut2 tau!
semoga lebih ramai terkena camni... nasihat tak nak dengar, kita marah die melawan balik... kalo ramai dah berbungkus camni, aman la sket utk musim raya tahun ni...
Reply With Quote
  #67  
Old 19-06-2017, 08:09 PM
Supreme Supreme is offline
Super Active

Supreme's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: May 2012
Posts: 5,274
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 69
Active Level
Default

Benda2 bahaya jgk nk main.. mmg syok tp kalau terkena..mmg merana hidup..
Reply With Quote
  #68  
Old 19-06-2017, 08:18 PM
babyblacky babyblacky is offline
Legendary Member

babyblacky's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Feb 2011
Location: |AbStracK HinGga ke|.......................★
Posts: 18,239
Thanks (Received): 106
Likes (Received): 23
Active Level
My Mood:
Default

dari dulu lagi jadi kes2 camni sampai malaysia haramkan mercun...
tapi same jer..senang je nak dapatkan mercun
__________________
사랑하는 내 여자
yesterday i love u less than today
tomorrow i love u more than today
and forever my love will never be less
★『꽃미남 남자』★
Reply With Quote
  #69  
Old 19-06-2017, 09:10 PM
naimw naimw is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2017
Posts: 2,780
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 177
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Ahmad07 View Post
lawak ni subjektif... bagi kau mungkin tak lawak, bagi aku, sangat lucu...

part salah betul tu letak tepi skejap.. budak2 ni dh mengganggu kententeraman awam.. masa seronok main mercun tu, bersuka ria la diorang.. dah berbungkus camni, giliran aku pulak gelak...
Nasib baik la posting kat carigold. Kalau kat facebook ni, ramai akan amek ko punya post, buat screenshot, tulis dalam blog.

Lepas tu, blogger tu akan kondem ko habis-habisan keluar nasihat keagamaan.

Tapi ko kena la bagi muka sikit. Budak tu nak rasa juga main meriam buluh macam kat kampung-kampung dulu (ni salah mak bapak beli rumah taman ni). Hahahhaha
Reply With Quote
  #70  
Old 21-06-2017, 06:10 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 111,163
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 6071
Active Level
My Mood:
Default

Melayu paling ramai



SHAH ALAM: Kebanyakan kanak-kanak Melayu yang bermain mercun kerap ditimpa kecelakaan seperti kematian dan kecederaan yang serius berbanding kaum-kaum lain.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menjelaskan, berdasarkan kes-kes sebelum ini, apabila berlaku kes letupan mercun, kanak-kanak Melayu akan mengalami kecederaan lebih teruk, malahan membabitkan kematian dan kebakaran rumah.

"Berbanding dengan kanak-kanak Cina, bila mereka main mercun ketika Tahun Baharu Cina, jarang berlaku kes letupan sehingga bawa kecelakaan. Pihak bomba jarang menerima kes pada musim perayaan mereka.

"Sebaliknya, kanak-kanak Melayu dilihat lebih 'kreatif' ketika membakar mercun. Ada yang masukkan mercun ke dalam tin, botol dan sebagainya semata-mata mahu mencari keseronokan," kata Khirudin kepada China Press.

Beliau menegaskan, permainan mercun adalah diharamkan di negara kita tidak kira dalam musim perayaan atau tidak.

Bagaimana pun, pihak bomba tidak mempunyai kuasa untuk merampas mercun sebaliknya hanya menjalankan tugas memadam kebakaran.

Katanya, untuk mengelakkan berlakunya kebakaran, adalah lebih baik tidak bermain mercun kerana kecelakaan boleh berlaku tanpa diduga.


http://www.mstar.com.my/berita/berit...ercun-kreatif/
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 05:29 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you