Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-06-2017, 06:04 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Arrow Arab Saudi, Bahrain, UAE, Mesir putus hubungan dengan Qatar

Arab Saudi, Bahrain, UAE, Mesir putus hubungan dengan Qatar



DUBAI: Empat negara Arab serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara mereka.


Agensi berita Bahrain melaporkan, negara sekutu Arab Saudi itu memutuskan perhubungan udara dan laut dengan Qatar.

Warga Qatar yang berada di negara itu diberi tempoh hingga 14 hari untuk keluar daripada negara terbabit.

Sementara itu, Arab Saudi mengumumkan tindakan yang sama dengan mengatakan langkah itu perlu untuk melindungi negara itu daripada apa yang disifatkan sebagai keganasan dan tindakan pelampau.

Arab Saudi memutuskan semua perhubungan darat dan laut dengan Qatar dan menggesa negara lain turut mengambil tindakan yang sama.

Sejurus selepas Arab Saudi, Mesir mengumumkan memutuskan hubungan dengan Mesir dan menuduh negara itu melindungi organisasi pengganas, termasuk Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita negara itu.

Tindakan tiga negara itu disusuli Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memutuskan hubungan dengan alasan yang sama dan mengarahkan warga dan diplomat Qatar supaya meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam. - REUTERS/AP/AFP


https://www.bharian.com.my/node/289833

Update #44

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar beli pula 24 jet pejuang Typhoon dari Britain



DOHA: Qatar dan Britain menandatangani surat hasrat untuk membeli 24 jet pejuang Typhoon, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita Qatar (QNA) pada Isnin.

Surat itu ditandatangani pada Ahad di antara Menteri Pertahanan Qatar, Khalid Mohammed Al Attiyah dengan Setiausaha Pertahanan Britain, Michael Fallon.

Ia antara lain bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan sokongan bersama dalam bidang ketenteraan serta teknikal di antara kedua-dua negara.

Fallon berkata ia sekaligus menjadi perjanjian pertahanan utama yang pertama dengan Qatar sebagai rakan strategik Britain.

"Ia satu detik penting dalam hubungan pertahanan kedua-dua negara dan menjadi asas untuk mengadakan kerjasama pertahanan yang lebih erat lagi," katanya.

Selepas majlis menandatangani surat itu, kedua-dua pihak mengadakan mesyuarat membincangkan aspek kerjasama dalam bidang ketenteraan terutama memerangi keganasan serta isu serantau lain.

Pada 15 Jun, Qatar dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pembelian jet pejuang F-15 dengan kos awal sebanyak US$12 bilion. -- BERNAMA


http://www.astroawani.com/berita-dun...britain-155610
Update #43

Quote:
Originally Posted by TT View Post

6 negara desak Fifa batal hak Qatar tuan rumah 2022



LONDON: Enam negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menuntut badan itu menarik baik hak negara Teluk itu sebagai tuan rumah kejohanan Piala Dunia 2022.


Menerusi laman web Switzerland, The Local, Presiden Fifa, Gianni Infantino berkata, 6 enam negara terbabit sepakat menulis sepucuk surat kepada pihaknya menuntut hak Qatar sebagai tuan rumah dibatalkan mengikut Artikel 85 Kod Fifa, yang membolehkan tindakan tersebut dibuat atas dasar keselamatan.

Keenam-enam negara terbabit adalah Arab Saudi, Yemen, Mauritania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir.

Mereka menuntut tindakan itu atas alasan Qatar disifatkan menyokong aktiviti keganasan.

“Negara-negara berkenaan mengingatkan Fifa mengenai risiko dihadapi penyokong dan keselamatan pemain ketika berada di negara yang menjadi tapak aktiviti keganasan,” kata Infantino.

Infantino berkata, 6 negara berkenaan mengugut untuk memulau kejohanan 2022 jika permintaan mereka tidak dilayan.

Reuters tidak melihat salinan surat berkenaan dan Fifa tidak membuat sebarang jawapan balas.

Sumber yang biasa dengan aktiviti-aktiviti Piala Dunia 2022 berkata, Qatar menyedari Saudi dan yang lain terlibat dalam langkah itu tetapi juga tahu yang Qatar belum menerima surat tersebut.

Pihak-pihak di Amerika Syarikat yang mewakili dan menasihati kerajaan Saudi juga belum memberi maklum balas kepada permintaan Reuters untuk mendapatka pengesahan atau komen.

Keenam-enam negara itu memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkutan dengan Qatar sejak Jun lalu sambil menuduh negara itu menyokong keganasan dan Iran.
Doha menafikan tuduhan itu.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...an-rumah-2022/
Update #42

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Dokumen dedahkan Qatar mungkir janji


Muka surat pertama Perjanjian Riyadh Tambahan 2014. foto SaudiGazette

JEDDAH – Empat negara Arab yang menentang keganasan menjelaskan dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh CNN, termasuk Perjanjian Riyadh 2013, Mekanisme Eksekutif dan Perjanjian Tambahan Riyadh pada tahun 2014, mengesahkan kegagalan Qatar untuk memenuhi komitmennya dan pelanggaran janji-janjinya.

Dalam satu kenyataan bersama mengenai dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh CNN itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menegaskan senarai 13 tuntutan yang dikemukakan kepada Qatar adalah untuk memenuhi kewajipan sebelum ini dan permintaan asal dinyatakan dalam Perjanjian Riyadh, Mekanisme Eksekutif dan Perjanjian Tambahan sejajar dengan semangat apa yang telah dipersetujui.

Perjanjian pertama yang ditulis tangan dan dipersetujui pada 23 November 2013, ditandatangani oleh Almarhum Raja Abdullah, Emir Kuwait dan Emir Qatar.

Perjanjian itu memaksa Qatar untuk menghentikan sokongan dan pembiayaan kepada kumpulan pengganas, menghentikan campur tangan dalam hal ehwal dalaman jiran negara Teluk dan tidak menyokong media antagonistik.

Ia juga bersetuju untuk tidak menyokong Ikhwanul Muslimin atau organisasi atau individu lain yang mengancam keamanan dan kestabilan negara-negara Teluk.

Ketiga negeri itu juga bersetuju tidak ada negara dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kumpulan di Yaman yang menimbulkan bahaya kepada negara jiran Yaman.

Dokumen kedua bertajuk “rahsia utama ” dan ditandatangani pada 16 November 2014, menambah bahawa Raja Bahrain, Perdana Menteri UAE dan Putera Mahkota Abu Dhabi sebagai penandatangan.

Para penandatangan berkomitmen untuk menyokong kestabilan Mesir dan mencegah al Jazeera sebagai platform bagi kelompok dan tokoh untuk mencabar pemerintah Mesir.

Permintaan yang paling menonjol yang dipersetujui oleh Emir Qatar pada perjanjian 2014 adalah untuk menghentikan sokongan Qatar kepada Ikhwanul Muslimin dan pengusiran semua afiliasi bukan warga negara dari Qatar.

Qatar juga berjanji tidak akan menyokong individu-individu dengan agenda berbahaya terhadap GCC dan tidak menyokong mana-mana organisasi yang berjuang melawan kerajaan yang sah di Yaman dan Mesir.

Walaupun kewujudan perjanjian itu sentiasa diketahui, butiran khusus telah dirahsiakan kerana sensitiviti dan protokol mesyuarat GCC.

Dokumen lain mendedahkan nama-nama 12 pegawai tentera Bahrain yang diberi warga negara oleh Qatar.

Salah satu klausa yang ditandatangani oleh Qatar pada Perjanjian Riyadh Tambahan 2014 adalah menghentikan semua pekerjaan dan sokongan Doha – sama ada secara langsung atau tidak langsung – profesional media dan cawangan yang mempunyai agenda anti-GCC.

Qatar juga bersetuju untuk bekerjasama dengan negara-negara GCC dalam menyokong Mesir dan mengekalkan keamanan dan kestabilannya serta secara khusus menghalang “penghinaan dari al Jazeera Media Channel dan saluran al Jazeera Mesir Live (Mubasher Misr)”.

Doha telah memutuskan untuk membubar dan menutup Mubasher Misr selepas perjanjian ditandatangani pada masa itu.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...mungkir-janji/
Update #41

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Rizab Qatar lebih USD340 bilion



DOHA – Qatar mempunyai rizab berjumlah AS$340 bilion (RM1.46 trilion) termasuk dana kekayaan negara yang boleh digunakan untuk membantunya menempuh sekatan dan pemulauan oleh negara-negara Arab lain di rantau Teluk, kata Gabenor Bank Pusat, Sheikh Abdullah Bin Saoud al-Thani kepada saluran berita CNBC.


Sheikh Abdullah berkata, bank pusat negara itu memiliki rizab AS$40 bilion (RM171.88 bilion) selain emas, manakala Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar pula mempunyai dana boleh dicairkan mencecah AS$300 bilion (RM1.28 trilion)

Saham Qatar lemah dan mata wang riyalnya di pasaran semerta menjadi tidak stabil sejak Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik serta pengangkutan dengan negara itu pada 5 Jun lalu kerana mendakwa Doha menyokong keganasan.

Qatar menafikan semua dakwaan tersebut.

“Qatar mempunyai sistem yang baik dan unik. Kami mempunyai undang-undang untuk menangani semua jenis pengganas.

“Kami bekerja sama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan institusi-institusi lain bagi mewujudkan undang-undang serta audit kami,” kata Sheikh Abdullah.

Menurutnya, bank pusat menyedari terdapat aliran keluar dana daripada sebahagian warga asing di Qatar tetapi jumlahnya tidak besar.

“Lebih banyak lagi dana mengalir masuk,” katanya.

Kata Sheikh Abdullah lagi, kontrak jangka panjang dalam sektor minyak dan gas tidak terjejas akibat pemulauan dan sekatan oleh lima negara Arab tersebut. – Reuters


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4mTEwRm6R
Update #40

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Piala Dunia 2022 Qatar: FIFA dedah laporan rasuah



LAUSANNE: Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (FIFA) mendedahkan laporan penuh berhubung dakwaan rasuah berkaitan pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.


Badan bola sepak dunia itu sebelum ini enggan mendedahkan laporan 400 muka surat berkenaan.

Bagaimanapun, memutuskan sebaliknya selepas sebuah tabloid di Jerman bertegas mereka memiliki laporan penuh dan sedia untuk mendedahkannya, termasuk mengenai seorang daripada anak perempuan ahli FIFA menerima $2 juta (RM8.57 juta).

"Apabila dokumen itu dibocorkan kepada akhbar Jerman, ahli jawatankuasa meminta laporan penuh diterbitkan untuk mengelak penyebaran maklumat mengelirukan.

"Demi ketelusan, FIFA mengalu-alukan berita penerbitan laporan penuh ini," jelas FIFA menerusi kenyataan rasmi.

Laporan itu membabitkan pelbagai urusan kewangan suspek, termasuk sejumlah $2 juta (RM8.57 juta) disalurkan perunding dari Qatar, Sandro Rosell, kepada anak perempuan seorang pegawai badan induk itu yang baharu berusia 10 tahun.

Bayaran itu dinyatakan sebagai nilai rundingan perjanjian hartanah. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/296934
Update #39

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Amerika jual 36 jet F15 kepada Qatar



Washington: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis dan rakan sejawatannya dari Qatar, Khalid Al-Athhiyah semalam menandatangani persetujuan jual beli jet pejuang F-15 bernilai kira-kira AS$12 bilion (RM51.21 bilion).


Perjanjian itu ditangani ketika krisis di Teluk semakin serius selepas jiran Qatar menuduhnya menyokong keganasan dan memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan.

Presiden Amerika, Donald Trump menyuarakan sokongan terhadap tindakan yang diketuai Arab Saudi itu tetapi pegawai Amerika Syarikat yang lain mengambil sikap lebih berhati-hati dan mendesak krisis itu ditamatkan menerusi dialog.

“Penjualan jet itu akan memberikan keupayaan terkini kepada Qatar dan meningkatkan kerjasama pertahanan antara Amerika Syarikat dan Qatar,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pentagon.

Mattis dan al-Attiyah juga membincangkan isu keselamatan bersama, termasuk perkembangan memerangi Daish dan kepentingan negara Teluk meredakan ketegangan bagi membolehkan negara berkenaan memberi tumpuan terhadap langkah selanjutnya bagi memenuhi matlamat bersama.

Pentagon tidak memberi maklumat lanjut mengenai penjualan itu.

Di Doha, seorang pegawai Qatar berkata, perjanjian itu membuktikan negara itu mempunyai sokongan padu daripada Amerika Syarikat sehinggakan sengketa negara itu dengan negara Arab lain tidak dapat menjejaskan hubungan kedua-dua negara itu.

Satu sumber Kementerian Pertahanan Qatar berkata, perjanjian itu membabitkan pembelian 36 Jet F-15.

November lalu, di bawah pentadbiran Barack Obama, Amerika Syarikat meluluskan penjualan sehingga 72 pesawat pejuang F-15QA.

Kontraktor utama, Boeing, enggan mengulas.

Qatar ialah pangkalan penting untuk tentera Amerika Syarikat melancarkan operasi terhadap Daish dan kumpulan militan lain di Iraq, Syria dan Afghanistan. Pangkalan udara Al-Udeid di Qatar menempatkan lebih 11,000 askar Amerika dan negara sekutunya.

Dalam pada itu, agensi berita Qatar berkata, dua kapal perang Amerika Syarikat tiba di Pelabuhan Hamad untuk menyertai latihan tentera bersama kedua-dua negara.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...5-kepada-qatar
Update #38

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Arab Saudi nafi Qatar dikenakan sekatan


GAMBAR fail, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir semasa satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman Sigmar Gabriel (tiada dalam gambar) di Kementerian Luar di Berlin, Jerman, pada 7 Jun lalu. - Foto EPA

WASHINGTON: Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menolak dakwaan penutupan sempadan dan larangan menggunakan ruang udara ke atas pesawat milik Qatar adalah satu bentuk sekatan terhadap Doha.

Ketika ini, Qatar dan Arab Saudi hanya dipisahkan oleh sempadan daratan.

Doha menganggap tindakan Riyadh, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menutup ruang udara kepada pesawat Qatar Airways menjejaskan laluan yang biasa digunakan.

Bagaimanapun, Adel menegaskan tindakan yang diambil oleh negaranya adalah wajar.

Beliau kini berada di Washington bagi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson.

"Tiada sekatan dikenakan ke atas Qatar. Qatar bebas untuk bergerak. Pelabuhannya dibuka, lapangan terbang juga masih beroperasi.

"Apa yang kami lakukan hanyalah melarang mereka daripada menggunakan ruang udara kami, iaitu hak kedaulatan kami.

"Sekatan untuk menggunakan ruang udara Arab Saudi hanya terhad kepada penerbangan Qatar atau pesawat milik Qatar, bukan orang lain.

"Pelabuhan Qatar juga masih beroperasi. Tiada sekatan terhadap mereka. Qatar masih boleh membawa masuk atau keluar barangan. Mereka hanya tidak boleh menggunakan perairan kami," katanya. - AFP


https://www.bharian.com.my/node/292804
Update #37

Quote:
Originally Posted by naimw View Post


Pesan Ustaz Azhar Idrus.......
Update #36

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Iran hantar 100 tan makanan ke Qatar setiap hari



LONDON: Iran menghantar 4 pesawat kargo membawa makanan ke Qatar dan merancang untuk menghantar 100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, kata pegawai kerajaan Iran, berikutan kebimbangan mengenai bekalan makanan selepas pembekal terbesar Qatar memutuskan hubungan dengan negara pengimport itu.


Qatar mengadakan perbincangan dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain menuduh Doha menyokong terorisme dan memutuskan hubungan. Qatar berkata dakwaan itu berdasarkan pembohongan.

“Susulan sekatan itu…ke atas Qatar, IranAir setakat ini sudah menghantar makanan dan sayur-sayuran ke negara itu melalui 4 penerbangan,” kata ketua perhubungan awam di syarikat penerbangan Iran, Shahrokh Noushabadi, lapor agensi berita Fars semalam.

Ketua pertubuhan industri, perniagaan dan perdagangan di wilayah Fars juga dipetik agensi berita Tasnim hari ini berkata pesawat pertama membawa makanan ke Qatar terbang ke Qatar dari bandar Shiraz.

“Kita akan eksport 100 tan buah dan sayur-sayuran ke Qatar setiap hari,” kata Ali Hemmati.

Qatar, sebuah negara semenanjung dengan penduduk seramai 2.5 juta orang, mengimport 80% keperluan makanannya dari negara Arab Teluk sebelum hubungan mereka terputus.

Iran, yang berseteru dengan Arab Saudi dan menjadi sasaran langkah itu di sebalik tabir, menyeru kedua-dua pihak mengatasi perbezaan mereka.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...r-setiap-hari/
Update #35

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Arab Saudi halang rakyat Qatar masuk Makkah?



DOHA - QATAR. Pihak berkuasa Arab Saudi didakwa menghalang rakyat Qatar dari memasuki kota suci Makkah.


Menurut laporan Al-Jazeera, Suruhanjaya Hak Asasi Nasional Qatar (NHRC) menerima aduan daripada warga Qatar yang cuba melawat Masjidil Haram.

Pengerusi NHRC, Ali bin Smaikh al-Marri menggelar tindakan tersebut melanggar hak menunaikan ibadat seperti yang dibenarkan KonvenSyen Hak Asasi Manusia.

Sebelum ini, Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyekat sebarang unsur simpati terhadap nasib Qatar dengan hukuman penjara.


http://www.sinarharian.com.my/global...akkah-1.687706
Update #34

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar tidak usir rakyat 6 negara yang putuskan hubungan



RIYADH: Rakyat negara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar bebas untuk tinggal di negara itu selaras dengan peraturan sedia ada, kata kerajaan dalam kenyataan yang dilaporkan agensi berita QNA, semalam.


Kenyataan Kementerian Dalam Negeri itu berkata, tiada sebarang perubahan dasar ke atas rakyat negara 'bersaudara dan sahabat' yang memutuskan atau mengehadkan hubungan diplomatik susulan kempen jahat dan permusuhan terhadap negara itu.

Isnin lalu, Arab Saudi, Emiriah Arab bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu menyokong militan dan Iran dalam pertikaian terburuk rantau Asia Barat dalam tempoh beberapa tahun.

Tiga daripada negara terbabit bertindak keras dengan menghalau rakyat Qatar dan memberi tempoh hanya dua minggu untuk meninggalkan negara mereka.

Antara tiga negara terbabit, UAE lebih kejam apabila menghalang rakyat Qatar daripada transit di lapangan terbang negara itu.

Perselisihan antara negara Arab itu memisahkan keluarga dan memutuskan hubungan perdagangan hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pekerja asing terutamanya Mesir yang mempunyai pegawai dagang terbesar di Qatar. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/291832
Update #33

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Turki gesa negara Teluk utamakan persaudaraan


RECEP TAYYIP ERDOGAN

ISTANBUL 10 Jun – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa penarikan balik sepenuhnya sekatan terhadap Qatar yang dilaksanakan oleh negara-negara Teluk diketuai Arab Saudi dengan menegaskan Riyadh perlu meletakkan keutamaan persaudaraan berbanding permusuhan.

Menurut pemimpin itu, memulaukan Qatar tidak akan menyelesaikan masalah rantau itu selain berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi menamatkan krisis rantau ber*kenaan.

“Kami tidak akan me*ning*galkan saudara kami, Qatar. Malah saya mempunyai permintaan khas kepada pentadbiran Arab Saudi. Anda adalah negara paling besar dan berkuasa di Teluk. Kami menggelar anda sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’.

“Maka anda terutama*nya perlu mengusahakan per**saudaraan. Anda per*lu me*nyatukan semula per*sau**daraan. Ini yang kami harapkan daripada Arab Saudi,” kata Erdogan kepada ahli-ahli Parti Pemba*ngunan dan Keadilan (AK) semasa majlis berbuka puasa di sini semalam.

Berhubung sekatan itu, beliau mahu semuanya di*tarik balik sepenuhnya, la*por portal Al-Jazeera.

Ditanya tentang senarai individu dan pertubuhan kebajikan di Qatar yang dikaitkan dengan keganasan seperti kenyataan bersama Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Erdogan berkata, perkara itu tidak benar dan beliau mengetahui tentang pertubuhan terbabit.

Turki yang masih menge*kalkan hubungan baik dengan Qatar termasuk beberapa negara jiran Teluk telah menawarkan bekalan makanan dan air bagi menampung kekurangan bekalan.

“Mereka yang merasa tidak selesa dengan pendirian kami terhadap saudara kami, Qatar dan membekalkan makanan terhadap negara itu, kami memohon maaf namun kami akan te*rus memberi sokongan kepada saudara kami,” kata*nya yang menambah Turki tidak pernah melihat Doha memberi sokongan kepada keganasan.

Pada Rabu lalu, Parlimen Turki mengesahkan dua perjanjian untuk menghantar pasukan tentera ke Qatar dan melatih pasukan ke*selamatan negara itu.

Perjanjian tersebut me*nyasarkan peningkatan kerjasama tentera Qatar yang telah ditandatangani pada April tahun lalu di Doha.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan pihak*nya tidak terikat dengan se*narai pengganas yang di*keluarkan Arab Saudi sebaliknya hanya terikat dengan senarai sekatan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4jg5ApPDI
Update #32

Quote:
Originally Posted by TT View Post

List of designated individuals:

Khalifa Mohammed Turki al-Subaie - Qatari

Abdelmalek Mohammed Yousef Abdel Salam - Jordanian

Ashraf Mohammed Yusuf Othman Abdel Salam - Jordanian

Ibrahim Eissa Al-Hajji Mohammed Al-Baker - Qatari

Abdulaziz bin Khalifa al-Attiyah - Qatari

Salem Hassan Khalifa Rashid al-Kuwari - Qatari

Abdullah Ghanem Muslim al-Khawar - Qatari

Saad bin Saad Mohammed al-Kaabi - Qatari

Abdullatif bin Abdullah al-Kuwari - Qatari

Mohammed Saeed Bin Helwan al-Sakhtari - Qatari

Abdul Rahman bin Omair al-Nuaimi - Qatari

Abdul Wahab Mohammed Abdul Rahman al-Hmeikani - Yemeni

Khalifa bin Mohammed al-Rabban - Qatari

Abdullah Bin Khalid al-Thani - Qatari

Abdul Rahim Ahmad al-Haram - Qatari

Hajjaj bin Fahad Hajjaj Mohammed al-Ajmi - Kuwaiti

Mubarak Mohammed al-Ajji - Qatari

Jaber bin Nasser al-Marri - Qatari

Yusuf Abdullah al-Qaradawi - Egyptian

Mohammed Jassim al-Sulaiti - Qatari

Ali bin Abdullah al-Suwaidi - Qatari

Hashem Saleh Abdullah al-Awadhi - Qatari

Ali Mohammed Mohammed al-Salabi - Libyan

Abdelhakim Belhadj - Libyan

Mahdi Harati - Libyan

Ismail Muhammad Mohammed al-Salabi - Libyan

Al-Sadiq Abdulrahman Ali al-Ghuraini - Libyan

Hamad Abdullah Al-Futtais al-Marri - Qatari

Mohamed Ahmed Shawky Islambouli - Egyptian

Tariq Abdelmagoud Ibrahim al-Zomor - Egyptian

Mohamed Abdelmaksoud Mohamed Afifi - Egyptian

Mohamed el-Saghir Abdel Rahim Mohamed - Egyptian

Wagdy Abdelhamid Ghoneim - Egyptian

Hassan Ahmed Hassan Mohammed Al Dokki Al Houti - UAE

Hakem al-Humaidi al-Mutairi - Saudi / Kuwaiti

Abdullah al-Muhaysini - Saudi

Hamed Abdullah Ahmed al-Ali - Kuwaiti

Ayman Ahmed Abdel Ghani Hassanein - Egyptian

Assem Abdel-Maged Mohamed Madi - Egyptian

Yahya Aqil Salman Aqeel - Egyptian

Mohamed Hamada el-Sayed Ibrahim - Egyptian

Abdel Rahman Mohamed Shokry Abdel Rahman - Egyptian

Hussein Mohamed Reza Ibrahim Youssef - Egyptian

Ahmed Abdelhafif Mahmoud Abdelhady - Egyptian

Muslim Fouad Tafran - Egyptian

Ayman Mahmoud Sadeq Rifat - Egyptian

Mohamed Saad Abdel-Naim Ahmed - Egyptian

Mohamed Saad Abdel Muttalib Abdo Al-Razaki - Egyptian

Ahmed Fouad Ahmed Gad Beltagy - Egyptian

Ahmed Ragab Ragab Soliman - Egyptian

Karim Mohamed Mohamed Abdel Aziz - Egyptian

Ali Zaki Mohammed Ali - Egyptian

Naji Ibrahim Ezzouli - Egyptian

Shehata Fathi Hafez Mohammed Suleiman - Egyptian

Muhammad Muharram Fahmi Abu Zeid - Egyptian

Amr Abdel Nasser Abdelhak Abdel-Barry - Egyptian

Ali Hassan Ibrahim Abdel-Zaher - Egyptian

Murtada Majeed al-Sindi - Bahraini

Ahmed Al-Hassan al-Daski - Bahraini


List of entities:

Qatar Volunteer Center - Qatar

Doha Apple Company (Internet and Technology Support Company) - Qatar

Qatar Charity - Qatar

Sheikh Eid al-Thani Charity Foundation (Eid Charity) - Qatar

Sheikh Thani Bin Abdullah Foundation for Humanitarian Services - Qatar

Saraya Defend Benghazi - Libya

Saraya al-Ashtar - Bahrain

February 14 Coalition - Bahrain

The Resistance Brigades - Bahrain

Hezbollah Bahrain - Bahrain

Saraya al-Mukhtar - Bahrain

Harakat Ahrar Bahrain - Bahrain Movement


http://www.khaleejtimes.com/arab-nat...d-terror-list-
Update #31

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar jadi mangsa komplot terancang


RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menyambut ketibaan Trump ketika Presiden AS itu menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan AS di Riyadh baru-baru ini.

Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Yemen dan Libya mengambil keputusan drastik setelah mendakwa Doha menyokong pergerakan pengganas Islam termasuk gagasan Ikhwan Muslimin selain dilihat menjalinkan hubungan toleransi dengan Iran yang merupakan musuh Arab Saudi.

Arab Saudi yang mengetuai tindakan itu telah menutup semua pintu sempadan darat, air dan udara dengan Qatar.

Ruang udara dan laluan laut turut menerima kesan apabila syarikat penerbangan utama Arab Saudi dan UAE mengumumkan untuk menghentikan penerbangan ke Doha.

“Ini merupakan krisis politik yang sangat serius pernah berlaku di rantau ini.

“Wujud dua aspek dalam krisis ini iaitu politik dan ekonomi. Kedua-duanya memberi tekanan yang hebat kepada Qatar,” kata koresponden kanan Al Jazeera di Asia Barat, Hashem Ahelbarra.

Situasi terbaharu itu dianggap sebagai paling buruk melanda negara-negara Teluk selepas kewujudan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) sejak tahun 1981.

Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas krisis itu berlaku memberitahu, tindakan keenam-enam negara tersebut merupakan suatu yang tidak adil dan hanya berasaskan kepada andaian serta salah anggapan.

Agenda tersembunyi

“Qatar mengambil serius terhadap apa yang berlaku. Ia jelas menunjukkan terdapat agenda tersembunyi untuk melemahkan negara ini,” menurut kementerian itu.

Qatar pernah menjadi sebuah negara termiskin di rantau Teluk sebelum muncul sebagai antara negara terkaya pada masa ini.

Kini, Qatar dikenali sebagai negara Arab moden yang memiliki bangunan pencakar langit yang canggih dan berdiri megah.

Doha yang merupakan ibu negara itu pula adalah bandar yang kaya dengan sumber minyak mentah.

Negara itu juga telah menggunakan pendapatan yang diperoleh daripada simpanan gas asli besar miliknya untuk membangunkan ekonomi selain mencapai cita-cita globalnya termasuk turut memenangi bidaan menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2022.

Berkeluasan kira-kira 11,571 kilometer (km) persegi dengan jumlah penduduk sekitar 2.7 juta orang, Qatar sememangnya sebuah negara yang kerdil berbanding jirannya, Arab Saudi yang memiliki keluasan 2,149,690km persegi dengan kepadatan penduduk mencecah 30 juta.

Bagaimanapun, Qatar memiliki kekuatan dari segi ekonomi. Malah, ia hampir menyamai kekuatan ekonomi yang dimiliki oleh Arab Saudi selain muncul sebagai antara pengeluar minyak mentah utama dunia dengan membekalkan kira-kira 30 peratus keperluan gas asli cecair global.

Persoalannya, jika Qatar merupakan antara negara terkaya di rantau Teluk, mengapa negara-negara Arab yang lain termasuk Arab Saudi tidak menggunakan kesempatan itu untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pakatan yang kuat dan digeruni di dunia sama ada dari segi ketenteraan mahupun penguasaan ekonomi global?

Apakah yang mendorong kesemua negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar?


SUASANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha selepas banyak penerbangan dibatalkan ekoran krisis yang berlaku.

TINDAKAN enam buah negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada Isnin lalu dianggap sebagai satu krisis politik terburuk di rantau Asia Barat.

Bukan kali pertama

Sebenarnya, krisis yang berlaku sejak Isnin lalu bukanlah yang pertama kali dihadapi oleh Qatar dengan negara Arab yang lain terutamanya Arab Saudi.

Pada Mac 2014, Arab Saudi, UAE dan Bahrain pernah mengambil tindakan mengarahkan kedutaan mereka meninggalkan Qatar.

Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik ketika itu atas alasan Qatar menyokong gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hassan al-Banna.

Bagaimanapun, hubungan diplomasi antara negara itu pulih lapan bulan kemudian apabila Qatar memaksa beberapa ahli Ikhwan Muslimin meninggalkan negara itu.

Sejak itu, Qatar lantang menyuarakan pendirian dan menafikan bahawa negara tersebut membiayai kumpulan pengganas walaupun pada masa sama mereka masih menjadi penaja utama kepada gerakan Hamas selain melindungi pegawai Hamas dalam buangan, Khaled Mashaal sejak tahun 2012.

Para pegawai dari negara Timur pula menuduh Qatar memberi galakan dalam bentuk dana kepada pengganas Sunni seperti al-Qaeda yang mempunyai cawangan di Syria yang dikenali sebagai Nusra Front.

Secara teorinya, ramai yang berpendapat, krisis terbaharu yang berlaku itu sebenarnya tidak jauh beza dengan apa yang tercetus pada tahun 2014.

Pemutusan hubungan diplomatik yang berlaku itu antara lain adalah berpunca daripada sikap pragmatik Qatar yang terus menjalinkan hubungan dengan Iran selain rentak politik mereka yang lebih berkiblatkan Turki.

Ia juga adalah respons kepada krisis negara Teluk yang berlanjutan sejak sekian lama di samping hegemoni Amerika Syarikat (AS) yang mula menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Arab.

Malah, krisis terbaharu itu juga berlaku kira-kira dua minggu selepas Presiden AS, Donald Trump melakukan lawatan ke Asia Barat untuk memeterai kontrak pertahanan utama bersama Arab Saudi yang dianggar bernilai sekitar AS$110 bilion (RM469.42 bilion).

Kunjungan itu turut membawa kepada penubuhan Institut Antipengganas di Riyadh dan ia dilihat selari dengan pendirian Trump yang menganggap gagasan Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.

Gesaan Presiden AS yang mahu negara-negara Arab bersatu menentang Iran juga turut disokong oleh Arab Saudi yang sememangnya memusuhi negara berkenaan.

Perjanjian minyak

Keserasian antara Arab Saudi dengan AS dilihat sangat bertentangan dengan sikap Qatar yang melindungi pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin.

Dengan erti kata lain, apabila Arab Saudi memperkukuh hubungan dengan AS dan Qatar menganggap AS bukan lagi sekutu yang boleh dipercayai, ia menjadi punca krisis itu berlaku meskipun pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat terletak di Qatar.

AS juga mungkin tidak senang hati apabila Qatar dan Rusia memeterai perjanjian minyak melibatkan Rosneft dengan Qatar selain pelaburan yang dibuat oleh Doha di dalam projek pembinaan lapangan terbang Pulkovo St. Petersburg sedangkan hubungan AS dengan Rusia kini semakin tegang.

Tindakan Qatar melindungi ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr. Yusuf Al Qaradhawi yang sangat lantang dalam menyokong Arab Spring selain membantu perjuangan Ikhwan Muslimin juga mungkin antara sebab yang mendorong kepada krisis itu.

Perkembangan itu mencetuskan bermacam-macam reaksi daripada pelbagai negara di dunia dan rata-rata berpendapat ia perlu diselesaikan dengan segera.

“AS akan mencadangkan agar kesemua pihak yang terlibat untuk duduk semeja dan menyelesaikan perbezaan pendapat yang timbul.

“Sekiranya pendapat kami diperlukan, kami mencadangkan agar GCC memainkan peranan untuk mencari kaedah menyatukan semua pihak,” kata Setiausaha AS, Rex Tillerson ketika bercakap pada satu program di Australia.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu juga memberi pandangan yang sama.

“Kami melihat kestabilan di rantau Teluk sebagai satu cerminan kepada kesatuan dan solidariti negara-negara di sekelilingnya.

“Setiap negara pasti akan berhadapan dengan isu-isu tertentu tetapi dialog mesti diteruskan dalam apa juga keadaan sebagai usaha mewujudkan keamanan.

“Kami sangat sedih dengan apa yang berlaku ketika ini dan akan memberi sokongan penuh untuk mengembalikannya kepada keadaan sedia kala,” katanya.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jY0YR49f
Update #30

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Senarai pengganas berkait dengan Qatar didedah


ORANG ramai bergambar dengan anggota polis berkuda di pasar Souq Waqif, Doha kelmarin ketika Qatar berhadapan dengan krisis diplomatik dengan beberapa negara Teluk.- AFP

DUBAI – Empat negara Arab yang sebelum ini memutuskan hubungan dengan Qatar menyenaraikan sejumlah individu pengganas yang didakwa mempunyai kaitan dengan Doha.

Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita, Saudi menyatakan bahawa senarai itu merangkumi sebanyak 59 orang termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin, Yousef al-Qaradawi.

Turut tersenarai ialah 12 entiti termasuk badan-badan amal yang dibantu Qatar seperti Qatar Cha*rity dan Eid Charity.

Pengumuman itu menambah tekanan ke atas Qatar dalam krisis diplomatik dan ekonomi untuk mengasingkan negara Teluk ber*kenaan.

Qatar merupakan negara pengeluar gas antarabangsa dan me*nempatkan kem tentera Amerika Syarikat terbesar di Asia Barat.

Pihak berkuasa Qatar tidak memberikan komen serta-merta mengenai penyenaraian itu.

Seorang pegawai yang tidak dinamakan berkata, Qatar patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani keganasan termasuk membasmi sumber pembiayaan untuk keganasan.

Seramai 18 rakyat Qatar yang dinamakan didakwa membiayai keganasan termasuk ahli perniagaan terkenal, ahli politik dan ahli keluarga pemerintah termasuk bekas menteri dalam negeri.

Bekas Komander Islam Libya, Abdel Hakim Belhadj menjadi salah seorang daripada lima warga Libya yang tersenarai. Yousef termasuk ulama dan pendakwah, Wagdi Ghoneim pula merupakan sebahagian daripada 26 rakyat Mesir dalam senarai itu.

Turut tersenarai ialah kumpulan militan Syiah di Bahrain yang dilihat oleh beberapa kerajaan negara Teluk mempunyai kaitan dengan Iran seperti Saraya Ashtar, Saraya Mukhtar dan Pergerakan 14 Februari.

Senarai itu juga mengandungi nama tiga rakyat Kuwait, Jordan (dua), Bahrain (dua) dan masing-masing satu nama warga UAE, Arab Saudi dan Yemen. – Reuters


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jXzrAMUS
Update #29

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Turki sedia hantar tentera, pesawat pejuang pertahan Qatar


Undang-undang baharu untuk tujuan itu diluluskan dengan pantas dalam tempoh kurang 3 hari.

ISTANBUL: Presiden Reccep Tayyip Erdogan meluluskan undang-undang membenarkan negara itu menghantar tenteranya ke Qatar, petanda sokongan untuk negara Teluk itu yang kini berdepan kempen jiran Arab untuk menyisihkannya.

Parlimen Turki mempercepatkan pembentangan rang undang-undang itu pada Rabu sebelum mendapat kelulusan segera Erdogan. Ia kemudian digazetkan hari ini, melengkapkan proses menggubal undang-undang.

Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir merupakan antara negara yang memutuskan hubungan dengan Doha pada Isnin, atas alasan ia menyokong kumpulan militan Islam dan juga musuh ketat Saudi iaitu Iran, tuduhan yang ditolak Qatar.

Qatar semalam berikrar akan melawan serangan diplomatik ke atasnya dan tidak akan berkompromi dengan dasar luarnya.

Akhbar Hurriyet dari Turki berkata tentera negara itu sudah pun dihantar ke sebuah pengkalan di Doha dan akan disusuli dengan pesawat pejuang dan kapal perang.

Rombongan Turki juga dijangka ke Qatar dalam beberapa hari akan datang.
Erdogan turut meluluskan satu lagi perjanjian antara Turki dan Qatar berkenaan latihan bersama.

Erdogan yang sekian lama cuba menjadi orang tengah di rantau Asia Barat berkata menyisihkan Qatar tidak akan menyelesaikan masalah, sambil menambah Ankara akan melakukan apa sahaja menamatkan krisis.

Kedua-dua Turki dan Qatar mempunyai hubungan baik dengan negara Teluk di samping turut menyokong Ikhwanul Muslimun, kumpulan politik yang dimusuhi Arab Saudi dan Mesir.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...ertahan-qatar/
Update #28

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mesir minta PBB siasat Qatar bayar tebusan RM4.3 bilion


Emir Qatar, Sheik Hamad Khalifa al Thani bersama Ratu Elizabeth II. - Foto Fail (Reuters)

MESIR meminta PBB menyiasat dakwaan Qatar membayar sejumlah besar wang tebusan kepada ‘kumpulan pengganas’ yang dikaitkan dengan Negara Islam (IS) bagi pembebasan beberapa kerabat diraja negara itu yang ditahan di Iraq.

Bercakap ketika perbahasan Majlis Keselamatan mengenai ancaman pengganas, Timbalan Duta Mesir ke PBB, Ihab Moustafa, mendakwa Qatar membayar sehingga AS$1 bilion (RM4.3 bilion) kepada ‘kumpulan pengganas’ yang aktif di Iraq bagi pembebasan beberapa anggota kerabat diraja yang diculik ketika memburu dan ditahan di Iraq.

“Jika terbukti betul, adalah sokongan jelas kepada keganasan,” katanya yang mendakwa kumpulan penculik itu ada kaitan dengan IS.

Beliau tidak mengemukakan bukti namun menyatakan ia disebut pihak media sebelum ini.

“Kami mencadangkan Majlis Keselamatan menyiasat kejadian ini dan kejadian lain yang sama,” kata Ihab.

Mesir bersama Arab Saudi, Bahrain dan UAE memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar mendakwa negara itu menyokong keganasan dan kumpulan pelampau.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...t-diraja-rm43b
Update #27

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Rakyat Malaysia di Qatar selamat, cukup bekalan makanan



DOHA – Rakyat Malaysia dijamin berada dalam keadaan selamat serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.


Menurut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Mohamad Shahir Sabarudin yang kini berada di Doha, “Stok makanan mencukupi. Jadi rakyat Malaysia di tanah air idak perlu bimbang dengan situasi ini, lapor Awani.

“Pihak kedutaan juga telah menasihatkan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang ingin pulang menyambut perayaan Aidilfitri di tanah air untuk menyemak pernerbangan.

“Kerana terdapat beberapa penerbangan yang tidak ada penerbangan keluar dan masuk dari Qatar seperti Etihad, Emirates dan Saudi Airlines. Jadi mereka perlu memikirkan Qatar Airways sebagai contoh untuk pulang ke Malaysia.”


http://www.suara.tv/2017/06/08/krisi...makanan-cukup/
Update #26

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Trump hubungi Qatar tawar baiki krisis diplomatik negara Teluk


TRUMP ketika berucap mengenai penjagaan kesihatan dan infrastruktur di Cincinnati, Ohio kelmarin.- AFP

DOHA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghubungi pemerintah Qatar kelmarin dan menawarkan bantuan menyelesaikan persengketaan antara Doha dan negara-negara jirannya.

Panggilan Trump kepada Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, sekutu utama AS itu dibuat ketika pegawai kanan Qatar memberitahu AFP bahawa negara-negara Teluk tidak mahukan perubahan rejim di Doha.

“Presiden memberi tawaran untuk membantu pihak-pihak terbabit menyelesaikan pertikaian mereka termasuk melalui rundingan di White House jika perlu,” kata pejabat Trump selepas panggilan dibuat.

Seorang pegawai Qatar berkata, Trump semasa panggilan itu melahirkan kesediaan untuk mencari penyelesaian terhadap krisis diplomatik di Teluk dan menegaskan bahawa rantau itu akan kekal stabil.

Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Libya dan Yemen mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dan menutup hubungan darat, laut dan udara dengan Qatar. Malah, mereka memberi tempoh selama dua minggu untuk rakyat Qatar meninggalkan negara tersebut.

Kesemua negara itu juga telah menggantung semua penerbangan keluar dan masuk dari Qatar, memanggil pulang duta-duta dari Doha dan mengarahkan diplomat Qatar meninggalkan negara tersebut.

Arab Saudi dan sekutunya menuduh Qatar melindungi kumpulan pengganas dan menyokong agenda musuh tradisi Riyadh, Iran, dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh Doha.

Sementara itu, Kuwait turut berusaha untuk mencari penyelesaian bagi krisis tersebut.

Pemerintahnya, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah telah bertemu pemerintah UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan lain-lain pegawai kanan di Dubai kelmarin selepas bercakap dengan Raja Salman di Arab Saudi sehari sebelum*nya.

Mereka dilaporkan menuju ke Qatar selepas lawatan ke UAE. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jS7jKndv
Update #25

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Siasatan awal Qatar mendapati agensi berita digodam – Kementerian Luar


Tamim bin Hamad al-Thani

DUBAI – Siasatan awal mengesahkan agensi berita Qatar telah digodam dan kenyataan palsu yang dikaitkan dengan pemerintah negara itu yang disebarkan telah menyemarakkan perselisihan dengan negara-negara Teluk, kata Kementerian Luar Qatar.

Pada Isnin lalu, Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa negara lagi memutuskan hubungan dengan Doha berikutan ulasan ringkas yang disiarkan pada laman sesawang Qatar News Agency pada 23 Mei lalu.

Artikel tersebut memetik Emir Qatar, Tamim bin Hamad al-Thani memberi amaran terhadap konfrantasi dengan Iran, dan mempertahankan kumpulan Palestin, Hamas dan Hezbollah.

“Kementerian ini menyatakan pasukan penyiasat mengesahkan bahawa proses pemalsuan menggunakan teknik berkemahiran tinggi dan kaedah inovatif dengan mengeksploitkan jurang elektronik pada laman sesawang Qatar News Agency,” kata kenyataan Kementerian Luar.

Ia tidak menyatakan siapa penggodam itu.

Para pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Eropah berkata, ketika agensi kerajaan AS dan pakar-pakar yakin agensi berita itu dan Twitter kerajaan Qatar digodam, mereka tidak dapat memastikan siapa yang melakukan perbuatan menggodam itu.

Laporan CNN memetik, pegawai AS memberi taklimat terhadap siasatan itu dan tidak mahu dikenali mengesyaki penggodam Rusia bertanggungjawab. Moscow berkata laporan tersebut adalah palsu.

Seorang pegawai risikan AS berkata, ketika Rusia mempunyai kepakaran dan niat memecah belah sekutu AS dalam kalangan negara-negara Arab, khidmat penggodam Rusia boleh diperolehi oleh negara lain dan kumpulan-kumpulan penjenayah.

Negara-negara Arab berasa janggal dengan dakwaan terhadap Qatar menyokong kumpulan-kumpulan militan dan mendahulukan agenda musuh tradisi mereka, Iran, di rantau itu – Doha menyatakan dakwaan itu tidak berasas.

Para pegawai tentera AS yang membincangkan isu politik itu berkata, pengkalan udara Al Udeid di Qatar adalah penting bagi menyokong tentera AS menghadapi separa tentera Iran dan pasukan ketenteraan yang memihak Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam perang saudara di negara tersebut. – Reuters


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...enterian-luar/
Update #24

Quote:
Originally Posted by Mr.Lobo View Post

,Apa alasan mereka melakukan embargo dan isolasi terhadap Qatar...?*

*Pertama*: Qatar adalah negara kaya pendukung utama ikhwanul muslimin dunia khususnya di timur tengah

*Kedua*: Qatar adalah negara islam yang kaya dan *bertindak independen dalam membantu dunia islam lewat jalur diplomasi resmi*

*Ketiga: Qatar adalah negara islam yang menolak kudeta mursi di Mesir dan kudeta Erdogan di Turki*

*Keempat* Emir qatar dalam kalangan dinasti kedua keluarga Hamad Al Khalifa adalah *tokoh islam yang ramah terhadap islam dan pergerakan islam sejak lama*

*Kelima* *Qatar adalah negara kontra zionis*dan kontra emirat arab yang menjadi kekuatan utama pendukung kudeta mursi dan erdogan

*Keenam* Qatar adalah negara yang *kosisten mendukung hamas di palestina dengan dana tak terbatas*

*Ketujuh*: *Qatar adalah negara super kaya* yang menjadi tempat tinggal yang nyaman bagi ulama besar dunia Syeik Dr Yusuf AlQardhawi sejak 40 tahun lalu

*Kedelapan*: Qatar adalah negara yang *berseberangan kuat dengan mesir dan emirat dalam isu deportasi ulama islam dan tekanan terhadap pergerakan islam*

*Kesembilan*: Qatar adalah negara yang aman untuk misi diplomatik hamas dan ikhwanul muslimin secara menyeluruh utk kepentingan perjuangan hamas dll

*Kesepuluh*: Qatar adalah negara yang selalu berada di *garis depan membela Mursi dan membela Hamas di panggung dunia, PBB, OKI dst*

*Kesebelas* Qatar adalah *penyumbang tetap dana rehabilitasi dan rekonstruksi jalur gaza* juga penyumbang tetap dana talangan utk membayar pegawai negeri hamas yg diisolasi di jalur gaza

*Kedua belas*: Qatar adalah negara yang sangat sering berkeras kepala dan *menentang rezim kudeta mesir as sisi di berbagai forum dunia secara langsung*

*Ketiga belas*: Qatar adalah *Negara Islam Pertama yang menelpon Erdogan dan mengucapkan selamat atas gagalnya kudeta besar july 2016 atas perintah amerika dan sekutunya*
Update #23

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar beralih kepada Turki, Iran untuk dapatkan bekalan makanan


PENDUDUK di Doha, ibu negara Qatar bergambar bersebelahan meriam Ramadan. - Reuters

Doha: Qatar beralih kepada Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bagi mengatasi kemungkinan kekurangan bahan itu, dua hari selepas pembekal terbesarnya, Emriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, memutuskan hubungan perdagangan dan diplomatik dengannya.

“Kami berbincang dengan Turki dan Iran serta beberapa negara lain,” kata seorang pegawai Qatar yang enggan dikenali.

Menurutnya, bekalan itu akan dibawa ke negara itu dengan pesawat Qatar Airways.

Pegawai itu juga berkata, Qatar mempunyai bekalan bijirin secukupnya dalam pasaran di negara itu yang boleh bertahan sehingga empat minggu dan kerajaan juga mempunyai jumlah besar rizab makanan strategik di Doha.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar serta menutup ruang angkasa mereka kepada penerbangan komersial Isnin lalu dengan menuduhnya membiayai kumpulan militan.

Qatar menyangkal tuduhan itu. Ia adalah perpecahan terburuk dalam kalangan negara Arab sejak beberapa tahun lalu.

Sengketa Qatar dengan Arab Saudi dan negara Arab lain itu bermula dengan kerajaan Qatar mengkritik tindakan negara itu kerana menjadikan Iran musuh.

Qatar mencetuskan rasa tidak puas hati negara jiran Arabnya kerana memberi perlindungan kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diisytiharkan Mesir sebagai pengganas.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...ekalan-makanan
Update #22

Quote:
Originally Posted by Jedi View Post

Syarat yang diberikan Saudi kepada Qatar dalam masa 24 jam:

1- Putuskan hubungan diplomatik dengan Iran serta merta.
2- Memohon maaf kepada semua negara Teluk dari keceluparan stesen Jazeera.
3- Keluarkan semua anggota Hamas dari Qatar.
4- Keluarkan semua anggota IM dari Qatar dan hentikan campur tangan dalaman di Mesir.
5- Berhenti dari menyalurkan dana sokongan kepada semua gerakan pengganas.
6- Bekukan akaun bank para pemimpin Hamas dan tidak berhubung dengan mereka.
7- Doha perlu berjanji tidak akan melaksanakan program kerajaannya yang bertentangan dengan konsep politik yang digagaskan oleh Gabungan negara-negara Teluk.
8- Hentikan penyiaran stesen televisyen Jazeera serta merta.
9- Mengeluarkan anasir pembangkang dari Gabungan negara-negara Teluk
10- Mengaadakan mesyuarat tergempar diJedaah pada hari esok di kalangan ahli Gabungan negara-negara Teluk termasuk Qatar selepas pihak Doha bersetuju dengan syarat perjanjian yang dikemukakan.



Update #21

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Arab Saudi minta Qatar ubah dasar


ADEL bercakap kepada pemberita di Paris kelmarin.- AFP

PARIS – Qatar mesti ‘mengubah dasar’ dan berhenti daripada menyokong ‘kumpulan pelampau’, kata Menteri Luar Arab Saudi di sini kelmarin, sehari selepas negaranya serta beberapa sekutu memutuskan hubungan dengan negara Teluk tersebut.

“Mereka perlu mengubah dasar mereka dan berhenti menyokong kumpulan pelampau,” kata Adel Al-Jubeir kepada pemberita, sambil menambah bahawa Qatar perlu bertindak seperti ‘sebuah negara yang normal’.

Bahrain, Mesir, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Yemen dan Libya memutuskan hubungan diplomatik dan rangkaian pengangkutan dengan Qatar pada Isnin lalu selepas menuduh negara itu menyokong ekstremisme.

Dalam satu langkah yang mengejutkan terhadap sekutu utama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Qatar yang menempatkan pangkalan udara AS terbesar di Asia Barat membiayai ekstremisme sambil menyokong sekatan diplomatik tersebut.

“Mereka berkata akan mengambil tindakan keras kerana membiayai pengganas dan semua rujukan ditujukan kepada Qatar. Diharapkan ini adalah permulaan untuk pengakhiran keganasan yang kejam!” kata Trump.

Diplomat tertinggi Arab Saudi itu bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang beliau mahukan da*ripada Qatar dan berkata, beberapa langkah boleh diambil dan pemimpin negara itu mengetahuinya.

“Kami mengambil keputusan untuk menjelaskan bahawa cukuplah setakat ini. Kami mahu Qatar menjadi sekutu bagi mencapai kedamaian dan kestabilan di rantau ini,” kata Adel yang turut menjelaskan bahawa mereka tidak berminat dalam perubahan rejim di Qatar.

Pada 2014, Qatar berjanji untuk berhenti melindungi pemimpin militan dan marah kepada saluran televisyen Al-Jazeera yang didakwa menjadi jurucakap kumpulan militan di dunia Arab. – AFP


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jL39okWc
Update #20

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mungkin inilah punca putus hubungan
Qatar bayar wang tebusan RM4.7 bilion kepada pengganas



Sebahagian daripada kumpulan pemburu termasuk keluarga diraja Qatar yang ditahan penculik militan di Iran pada Disember 2015.- Agensi

DOHA – Kerajaan Qatar dilaporkan membayar wang tebusan AS$1 bilion (RM4.7 bilion) kepada Iran dan sekutu al-Qaeda di Syria untuk membebaskan tahanan termasuk beberapa orang ahli keluarga diraja.

Portal MailOnline me*laporkan, tindakan membayar pampasan itu mungkin menjadi punca negara Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Yemen dan Libya memutuskan hubungan dengan Doha pada Isnin lalu.

Wang tebusan itu bagi membebaskan seramai 26 orang termasuk beberapa ahli keluarga diraja Qatar selepas mereka diculik oleh militan di selatan Iraq ketika menyertai aktiviti memburu menggunakan burung falko pada 16 Disember 2015.

Kumpulan itu diculik ketika mereka memasuki negara itu di wilayah Muthanna, kira-kira 370 kilometer tenggara kota Baghdad, Iraq. Seramai 11 orang daripada mereka merupakan ahli keluarga pemerintah diraja Qatar, Al Thani.

Qatar membayar pampasan itu pada awal tahun ini kepada sekutu al-Qaeda yang berperang di Syria dan pihak keselamatan Iran, kata seorang individu yang terlibat dalam rundingan pampasan pada April lalu.

“Pembayaran tebusan (oleh Qatar) itu mencetuskan reaksi mengejut secara besar-besaran (daripada negara Teluk),” kata seorang pemerhati negara-negara Teluk kepada akhbar Financial Times. – Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jL2Qc4DM
Update #19

Quote:
Originally Posted by TT View Post

UAE haramkan rakyatnya luah simpati terhadap Qatar, atau penjara 15 tahun



ABU DHABI - EMERIAH ARAB BERSATU. Kerajaan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjatuhkan hukuman penjara maksimum 15 tahun kepada rakyatnya yang meluahkan rasa simpati terhadap Qatar.


"Hukuman tegas akan diambil terhadap mereka yang meluahkan simpati dalam apa jua bentuk, tidak kira di sosial media, bertulis atau lisan," lapor Reuters memetik laporan agensi tempatan, Gulf News.

Selain dihukum penjara, mereka yang disabitkan kesalahan juga boleh didenda sekurang-kurangnya 500,000 dirham.

Selain UAE, Arab Saudi, Mesir, Yaman dan Bahrain juga memutuskan hubungan mereka dengan Qatar, minggu lepas.

Kelima-lima negara menuduh Qatar memberikan dana kepada kumpulan pengganas dan menyokong keganasan.


http://www.sinarharian.com.my/global...qatar-1.685769
Update #18

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Al-Jazeera kutuk penutupan pejabatnya di Arab Saudi



DOHA: Agensi penyiaran antarabangsa dari Qatar, Al-Jazeera menyifatkan tindakan Arab Saudi menutup cawangannya di negara itu semalam sebagai sebahagian daripada krisis di Teluk sebagai 'tidak berasas'.


Dalam satu kenyataan, saluran berita global itu mengutuk tindakan Riyadh dan menggesa Arab Saudi membenarkan wartawannya untuk terus bertugas tanpa 'gangguan atau ancaman.'

"Kita percaya pihak berkuasa di negara ini tidak mempunyai sebab untuk bertindak sedemikian terhadap rangkaian dan operasi kami," kata kenyataan itu.

"Walaupun dengan sekatan terhadap rangkaian kami, Al-Jazeera akan terus melakukan liputan berita dan hal ehwal semasa di rantau ini dan kawasan lain secara adil dan objektif."

Selain menutup pejabat, Arab Saudi turut menarik balik lesen saluran itu untuk membolehkannya daripada bersiaran, sambil menuduh Al-Jazeera menggalakkan kumpulan pengganas serta menyokong pemberontak Syiah di Yaman.

Tindakan itu dilakukan ketika Arab Saudi bersama beberapa negara Teluk termasuk Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/290498
Update #17

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Jerman tuduh Trump cetus konflik di Teluk


MENTERI Luar Jerman, Sigmar Gabriel. - Foto AFP

BERLIN: Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel semalam, menuduh Presiden Amerika (AS), Donald Trump mencetus konflik di Asia Barat dan mempertaruhkan persaingan senjata baharu ketika negara jiran Qatar memutuskan hubungan dengan Doha.

"Kontrak ketenteraan gergasi Presiden AS dengan monarki Teluk meningkatkan risiko terbaru dalam penjualan senjata.

"Dasar ini adalah salah dan ia pastinya bukan dasar Jerman. Saya sangat bimbang dengan akibatnya di seluruh rantau itu," kata Gabriel memberi amaran dalam satu wawancara dengan akhbar Handelsblatt hari ini.

Isnin lalu, Arab Saudi dan sekutunya termasuk Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan menutup ruang udara, laut dan rangkaian darat dengan Qatar.

Mereka menuduh negara Teluk itu melindungi kumpulan pelampau dan mendakwa Qatar menyokong agenda Iran, musuh tradisi Arab Saudi di rantau ini. AFP


http://www.bharian.com.my/node/290544
Update #16

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar mesti ubah dasar, berhenti sokong kumpulan pelampau



PARIS: Qatar mesti 'mengubah dasar' dan berhenti menyokong 'kumpulan pelampau' kata Menteri Luar Arab Saudi, hari ini di sini.


Kenyataan itu dibuat sehari selepas kerajaan Arab Saudi dan sekutunya memutuskan hubungan dengan negara Teluk itu.

"Mereka perlu mengubah dasar mereka dan berhenti menyokong kumpulan pelampau," kata Adel Al-Jubeir kepada pemberita, sambil menambah bahawa Qatar perlu bertindak seperti 'sebuah negara yang normal'. AFP


http://www.bharian.com.my/node/290524
Update #15

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Iraq enggan dikaitkan dengan pertikaian Arab Saudi-Qatar


HAIDER Abadi.

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi berkata, negaranya tiada kaitan dengan pertikaian antara Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Menurut Haider, kerajaan Iraq akan mengawal kawasan sempadan dengan kerjasama Presiden Syria, Bashar al-Assad.

"Kami cuma ada satu matlamat iaitu menghapuskan Daesh dan pemberontak yang menguasai kawasan sempadan Iraq-Syria," kata Haider pada sidang media di ibu negara hari ini.

Komen beliau membayangkan keengganan Iraq untuk bekerjasama dengan kumpulan pemberontak Syria dan Kurdish yang disokong Amerika Syarikat (AS) yang kini menguasai sebahagian kawasan sempadan sebelah Syria.

Haider berkata, kerajaannya tidak akan membenarkan kumpulan bersenjata menyeberangi sempadan ke Syria menerusi Iraq, yang merujuk kepada separa tentera Syiah yang dilatih di Iran dan menyokong rejim Bashar. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/290435
Update #14

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Mauritania putus hubungan dengan Qatar



NOUAKCHOTT: Mauritania, sebuah negara di Afrika Barat dan ahli Liga Arab memutuskan hubungan dengan Qatar semalam, mendakwa negara itu 'menyokong pengganas', lapor agensi berita kerajaan.


Beberapa kuasa besar di Arab termasuk Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, kelmarin dengan menuduhnya menyokong pengganas dan Iran.

"Qatar mempunyai dasar menyokong pertubuhan pengganas dan penyebaran idea pelampau.

"Ia menyebabkan banyak kematian di negara Arab, Eropah dan seluruh dunia, " kata satu kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negara yang diterbitkan Agensi Maklumat Mauritania dalam bahasa Arab. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/290454
Update #13

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Trump hubungi Raja Salman, tekankan perpaduan Teluk



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercakap dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud melalui telefon hari ini dan menekankan betapa perlunya perpaduan di Teluk, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih.


Ia berikutan keputusan oleh kuasa Arab itu untuk memutuskan hubungan dengan Qatar Ahad lalu, selepas mendakwa negara kaya minyak itu bersekongkol dengan kumpulan pengganas.

"Mesej beliau (Trump) adalah kita perlu bersatu di rantau ini untuk berjuang menentang ideologi pelampau dan pembiayaan pengganas.

"Adalah penting bagi negara Teluk bersatu demi keamanan dan keselamatan di rantau ini, " kata pegawai Rumah Putih berkenaan kepada Reuters. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/290447
Update #12

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Infografik: Krisis diplomatik Qatar

Pada Isnin, Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menutup laluan darat, laut serta hubungan udara.


Negara Teluk itu menuduh Qatar menyokong kumpulan militan di rantau berkenaan.

Qatar bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Berikut rangkuman apa yang berlaku:

Quote:
http://www.astroawani.com/berita-dun...k-qatar-145294
Update #11

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Arab Saudi batal lesen Qatar Airways, arah pejabat tutup dalam 48 jam



RIYADH/DUBAI: Arab Saudi, hari ini membatalkan lesen syarikat penerbangan Qatar Airways dan mengarahkan pejabatnya ditutup dalam tempoh 48 jam.

Tindakan itu dilakukan sehari selepas ia melarang semua pesawat Qatar mendarat di lapangan terbang negaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) dalam kenyataannya berkata, mana-mana lesen diberi kepada kakitangan Qatar Airways juga ditarik balik.

Penganalisis berkata, pembatalan penerbangan berikutan tindakan Arab Saudi itu menyebabkan kerugian jutaan dollar kepada Qatar Airways.

Ketua Penganalisis di StrategicAero Research, yang berpusat di United Kingdom (UK), Saj Ahmad, berkata pembatalan lesen itu menunjukkan pertikaian akan menjadi panjang dan berlarutan.

"Anda tidak membatalkan lesen jika menjangka satu penyelesaian segera.

"Cabaran sebenar ialah apa yang boleh dilakukan Qatar untuk mengurangkan (kerugian) dan ketika ini, ia tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.

Pihak berkuasa penerbangan Arab Saudi berkata, pelanggan yang mahu mengubah tiket dari atau ke Qatar perlu berkomunikasi dengan syarikat menerusi telefon atau laman webnya.

Berpuluh pelanggan memenuhi pejabat Qatar Airways di tengah Riyadh, pagi ini, meminta bayaran balik atau menempah semula penerbangan dengan syarikat lain.

Qatar Airways dalam laman webnya berkata, ia sudah menguruskan tiga penerbangan sewa khas milik Oman Air untuk membawa penumpang dari Jeddah ke Muscat hari ini.

Satu penerbangan sambungan Qatar Airways kemudian membawa mereka ke Doha.

Syarikat penerbangan itu turut membatalkan operasi ke Bahrain, Mesir dan UAE, selepas ia menggantung penerbangan ke Arab Saudi. - REUTERS


http://www.bharian.com.my/node/290377
Update #10

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Krisis Arab-Qatar: Ikhwan Muslimin dan Russia


Bekas Presiden Mesir, Morsi, Negara Teluk dan Hasan Al-banna.

“JIKA bangsa Arab menjadi hina, Islam akan turut dihina” (Hasan al-Banna).

Arab Saudi, Mesir, Emiriyyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, kerajaan Yaman dan Libya pro-Saudi, serta terbaru Maldives telah memutuskan hubungan dengan Qatar.

Saham milik Qatar terus jatuh merudum manakala laluan darat, laut serta udaranya pula dikenakan sekatan.

Sebenarnya tindakan mengejutkan sebegini bukan kali pertama kerana pada 2014 Arab Saudi, Bahrain, dan UAE pernah memanggil pulang duta mereka dari Qatar.

Apakah ‘dosa’ negara kepulauan kecil di sebelah Semenanjung Arab itu? Mengapa Qatar yang selama ini dilihat antara sekutu Arab kini tiba-tiba dimusuhi?

Antara tuduhan terhadap Qatar ialah “menyokong aktiviti keganasan” dan “menggugat kestabilan serantau” serta memiliki hubungan baik dengan pertubuhan seperti “Ikhwan Muslimin, ISIS, dan al-Qaeda”.

Qatar turut dituduh menyokong agenda Iran dan Syiah di Qatif (Saudi) dan Bahrain. Sebelum itu ada tuduhan yang telah pun dinafikan kononnya pemimpinnya Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menyokong Iran, Hamas, Hezbullah, dan Israel di samping tidak yakin “berapa lama Trump akan bertahan sebelum dipecat di Amerika”.

Sememangnya Qatar merupakan salah satu daripada negara Arab utama yang membentuk Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Malah Qatar turut menyertai latihan ketenteraan North Thunder anjuran Arab Saudi pada 2016.

Qatar bahkan terkehadapan dalam mengiktiraf pencerobohan kuasa Barat ke atas rejim Muammar Gaddafi di Libya serta bersama GCC Arab menentang pemberontakan di Bahrain.

Namun berbeza dengan negara Arab lain, Qatar mesra Ikhwan Muslimin dan Rusia. Sama sekali bertentangan dengan Arab Saudi, UAE, dan Mesir yang kini menganggap pertubuhan tersebut sebagai pengganas.

Qatar bukan sahaja mengadakan hubungan rapat dengan Mesir sewaktu era Morsi, bahkan turut melindungi kepimpinan Ikhwan. Ilmuan Prof. Yusuf Al-Qaradhawi yang dianggap pemikir Ikhwan turut diberi suaka politik di Qatar.

Sewaktu kepimpinan Morsi, Qatar dilaporkan mendepositkan sebanyak USD 2 bilion kepada Bank Negara Mesir, meningkatkan pelaburannya sebesar 74 peratus di Mesir.

Doha juga secara umumnya menyokong peristiwa Arab Spring yang menaikkan kepimpinan bercitra Islamis di rantau Teluk, sedangkan Arab Saudi, Bahrain, dan UAE kurang selesa dengan kebangkitan sedemikian.

Malah terdapat dakwaan bahawa sokongan Qatar telah membantu kejayaan gerakan pro-Ikhwan Muslimin dalam pilihan raya pasca-Arab Spring di Mesir, Maghribi, dan Tunisia. Ditambah dengan faktor kewangan yang kuat dan penglibatan aktif Qatar di pentas antarabangsa telah menjadikannya pesaing yang serius.

Qatar semakin berani mendedahkan urusan di sebalik tabir yang kurang disenangi negara jiran Arabnya. Terkini pada 2017 baru-baru ini tentang emel kerjasama UAE-Israel.

Laporan stesen penyiaran Qatar, iaitu Al-Jazeera menyatakan bahawa penggodam telah membocorkan emel Duta UAE ke Amerika iaitu Yousef al-Otaiba dengan kumpulan pemikir neokonservatif Israel, Foundation for Defense of Democracies (FDD) yang bekerjasama sejak 2014 lagi untuk memburukkan imej Qatar di rantau Asia Barat.

Pada 2015 Al-Jazeera turut menyiarkan imej ngeri orang awam yang menjadi mangsa serangan Mesir selepas Presiden Morsi digulingkan, sekali gus memburukkan hubungan Qatar-Mesir. Malah pada 2016 dua pekerja Al-Jazeera dihukum mati oleh Mahkamah Mesir kerana didakwa membocorkan dokumen keselamatan sulit Mesir kepada Qatar sewaktu pemerintahan Morsi.

Hasilnya imbangan kuasa di Timur Tengah kini semakin boleh dibahagikan kepada tiga blok: pada satu sudut, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, dan UAE. Manakala pada sudut yang lain ialah Qatar, Turki, Hamas di Palestin, Sudan, serta Tunisia dan Maghribi yang lebih lunak dengan Ikhwan manakala Iran, Syria dan Hizbullah mewakili satu lagi blok yang berpengaruh. Perkembangan ini bakal mengimpak situasi di Yaman dan Syria yang masih bergolak.

Di peringkat global pula, meskipun Qatar mempunyai pangkalan tentera Amerika Syarikat, namun ia juga semakin rapat dengan Rusia.

Amerika bukan sahaja memiliki dua pangkalan udara dan tentera di Qatar, bahkan turut membekalkan pelbagai aset ketenteraan seperti helikopter, sistem pertahanan, dan peluru berpandu kepada Doha.

Namun hubungan Qatar-Rusia makin erat apabila terkini perjanjian syarikat minyak antara Rosneft (Rusia) dengan Qatar dan Glencore (Switzerland) ditandatangani, menyusuli pembelian saham Bank V.T.B. Rusia dan juga pelaburan dalam pembinaan lapangan terbang Pulkovo St. Petersburg oleh Qatar, sedangkan Rusia berada dalam sekatan antarabangsa.

Aset Qatar di Rusia kini berjumlah USD 2.5 bilion, suatu perkembangan yang pastinya tidak menyenangkan seteru Moscow. Kebetulan, Rusia ialah penganjur Piala Dunia 2018 manakala Qatar pula penganjur Piala Dunia 2022.

Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


http://www.sinarharian.com.my/karya/...rusia-1.685039
Update #9

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar selar ‘kempen penipuan’



DUBAI – Qatar berkata ia sedang menghadapi kempen penipuan dan pemalsuan yang bertujuan meletakkan negara itu dibawah pengawalan selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengannya.


“Kempen hasutan ini berdasarkan kepada pembohongan yang telah sampai ke tahap pemalsuan sepenuhnya,” kata Kementerian Luar Qatar.

Ia menambah, sebagai anggota Majlis Kerjasama Teluk, Qatar komited terhadap piagamnya dan menghormati kedaulatan negara lain dan tidak mencampuri urusan mereka.

Terdahulu Arab Saudi, UAE dan Bahrain mengumumkan pemutusan hubungan pengangkutan dengan Qatar dan memberi tempoh selama dua minggu kepada pelawat dan residen Qatar untuk meninggalkan negara itu.

Penyelarasan langkah drastik oleh tiga negara Teluk dan Mesir meningkatkan lagi pertikaian sokongan Qatar kepada pergerakan Islam tertua, Ikhwanul Muslimun dan menambahkan lagi dakwaan negara itu menyokong agenda Iran.

Arab Saudi mendakwa Qatar menyokong kumpulan-kumpulan militan dan menyebarkan ideologi keganasan, yang dilihat merujuk kepada rangkaian satelit Al-Jazeera. Qatar menafikan ia menyokong keganasan atau Iran pada masa lalu.

“(Qatar) menyokong pelbagai kumpulan keganasan dan mazhab yang mensasar mengacau kestabilan di rantau ini termasuk Ikhwanul Muslimun, ISIS dan Al-Qaeda dan mempromosi mesej dan skim kumpulan-kumpulan ini menerusi media mereka secara konsisten,” kata agensi berita, SPA.

Kenyataan itu terus mendakwa Qatar menyokong apa yang disifatkannya sebagai militan yang disokong Iran yang berpangkalan di Qatif, timur Arab Saudi dan Bahrain.

Agensi berita Mesir yang merupakan negara Arab paling ramai penduduk berkata, dasar Qatar ‘mengancam keselamatan negara-negara Arab dan menyemai benih pertelingkahan selain memecah belahkan masyarakat Arab melalui perancangan yang diatur yang disasarkan kepada penyatuan dan kepentingan negara-negara Arab.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...mpen-penipuan/
Update #8

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Penduduk panik serbu pasar raya


Orang ramai di Doha membeli barang keperluan, terutama makanan dalam jumlah yang besar. - Foto AP

PENDUDUK Qatar menyerbu pasar raya dan kedai memborong barang keperluan, terutama makanan berikutan enam negara Teluk, termasuk Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar, semalam.

Penduduk Qatar ada asas melakukan pembelian panik itu kerana import makanan ngara itu banyak bergantung kepada sat-satunya jiran, Arab Saudi.

Orang ramai berbaris panjang di pasar raya, termasuk Carrefour di Center Mall, Doha, antara kawasan beli-belah paling sibuk, sejak semalam.

Pelanggan memenuhkan beberapa troli dengan keperluan asas, termasuk susu, beras dan ayam.

Qatar banyak mengimport makanan, termasuk ayam dari Arab Saudi dan eksport negara itu d ijangka terjejas teruk kerana peralatan jentera dan eletronik dibawa dengan jalan darat ke Arab Saudi.

Menurut perangkaan PBB, jumlah eksport Qatar je Arab Saudi ialah AS$896 juta pada 2015.

Bagi mengelakkan pembelian panik berterusan, kerajaan Qatar mengeluarkan kenyataan bahawa perkapalan dan penerbangan masih beroperasi untuk membawa masuk barangan import.

“Kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi menghalang cubaan merosakkan ekonomi dan masyarakat Qatar,” katanm kenyataan itu.


http://www.hmetro.com.my/global/2017...rbu-pasar-raya
Update #7

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar digesa adakan dialog dengan negara Teluk untuk pulih hubungan diplomatik


MENTERI Luar Turki, Mevlut Cavusoglu. -AFP

ANKARA 5 Jun - Turki dan Iran menggesa Qatar supaya mengadakan 'dialog khas' dengan negara-negara Teluk bagi memulihkan hubungan diplomatik sesama mereka.

Di Turki, Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu berkata, pihaknya bersedih dengan perpecahan yang berlaku antara Qatar dengan sebahagian besar negara Arab yang lain ketika ini.

“Kami melihat kestabilan di wilayah Teluk ini seperti perpaduan dan solidariti kami sendiri,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi pula berharap keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar...#ixzz4j9HvDG7k
Update #6

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Quote:
sikit psl hubungan Msia-Qatar
Gulf states/ Qatar split: Malaysia monitoring developments, says Najib


Malaysia will closely monitor the situation in the Persian Gulf after six countries proceeded to cut ties with Qatar, which has been accused of destabilising the region and backing militant groups. (EPA photo)

KUALA LUMPUR: Malaysia will closely monitor the situation in the Persian Gulf after six countries proceeded to cut ties with Qatar, which has been accused of destabilising the region and backing militant groups.

“We are close to the Gulf countries and we do not know what the issues are but, at the moment, we will monitor the developments,” Najib told reporters after visiting the TRX Gallery here, today.

Najib was asked whether the diplomatic row, which is seen as a significant split between powerful Gulf nations, would have an effect on Malaysia’s ties with the region.

Several Arab nations have accused Qatar of funding terror groups including the so-called Islamic State (IS) and al-Qaeda, a claim Qatar has denied.

The diplomatic withdrawal was put into motion by Bahrain and Saudi Arabia earlier today. The United Arab Emirates, Egypt, Yemen and Libya followed suit.

In 2011, Malaysia and Qatar announced a US$2 billion joint investment fund and the signing of co-operation agreements in the fields of tourism and higher education.

In February, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi conducted a four-day official visit to Qatar to reaffirm the strong ties between both countries.

Among others, the Qatari government agreed to recognise the Malaysian driving licence, exempting holders from having to sit and pass the driving test there.

Malaysian tourists to Qatar were also exempted from having to pay for visas.

To date, several Malaysians companies, including WCT Engineering Bhd and Malaysia Airports Holdings Bhd, have secured at least 25 projects in Qatar.


https://www.nst.com.my/news/nation/2...nts-says-najib
Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Yaman putus hubungan diplomatik dengan Qatar

DUBAI: Kerajaan Yaman memutuskan hubungan dengan Qatar pada Isnin, menuduhnya bekerjasama dengan musuh-musuhnya dalam gerakan Houthi yang didukung Iran, menurut agensi berita Saba.


"Amalan Qatar yang berurusan dengan militia rampasan kuasa (Houthi) dan menyokong kumpulan pelampau kini jelas," kata kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Yaman menyokong keputusan oleh gabungan diketuai Arab Saudi, yang berjuang selama lebih daripada dua tahun untuk menggulingkan Houthi dari Sanaa, untuk menyingkirkan Qatar dari kedudukannya seperti yang diumumkan pada awal Isnin.

Terdahulu hari ini, Bahrain, Arab Saudi, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, menuduhnya menyokong kegiatan keganasan serta campur tangan dalam urusan dalaman Bahrain.

Agensi berita Arab Saudi memetik sumber rasmi sebagai berkata, keputusan itu diambil bagi melindungi keselamatan negara "dari bahaya keganasan dan faham pelampau".

Laporan media rasmi Mesir turut menuduh Qatar menyokong kumpulan pengganas.


http://www.astroawani.com/berita-dun...n-qatar-145106
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tidak wajar singkirkan negara yang menyokong ekstremis - Pakar

KUALA LUMPUR: Tindakan Arab Saudi dan empat sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dilihat langkah yang kurang wajar.


Dengan memberikan alasan Qatar menyokong kumpulan pengganas dan aktiviti ekstremisme, negara-negara berkenaan sepatutnya membawa isu tersebut ke meja rundingan dan melakukan sesuatu untuk memujuk Qatar agar menolak fahaman ektremis secara total.

Itu pendapat Ketua Pusat Antarabangsa Bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan Singapura, Prof. Rohan Gunaratna.

"Arab Saudi perlu berhati-hati dalam membuat tuduhan bahawa negara lain terbabit dalam menyokong pengganas.

"Strategi paling ideal adalah berbincang dan cuba mempengaruhi mereka agar tidak lagi menjalankan sebarang kerjasama dengan mana-mana kumpulan pengganas.

"Adalah penting untuk mengendalikan hal ini dengan penuh diplomasi tanpa mengasingkan mereka," kata Rohan.

Ditanya jika kesemua negara berkrisis ini mampu untuk kembali berdamai, Rohan tidak menafikan adanya potensi ke arah itu.

"Saya pasti negara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Kanada akan melakukan sesuatu untuk membawa mereka duduk semeja, apatah lagi dalam isu yang membabitkan keganasan dan kumpulan ekstremis," katanya.

Selain Arab Saudi, turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar ialah Bahrain, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.

Dalam satu kenyataan disiarkan agensi berita rasmi Bahrain, negara itu menuduh Qatar menyokong kegiatan keganasan serta campur tangan dalam urusan dalaman Bahrain.

Sementara itu, agensi berita Arab Saudi memetik sumber rasmi sebagai berkata, keputusan itu diambil untuk melindungi keselamatan negara "dari bahaya keganasan dan faham pelampau".

Laporan media rasmi Mesir turut menuduh Qatar menyokong kumpulan pengganas.


http://www.astroawani.com/berita-dun...s-pakar-145086
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Memahami krisis Qatar, Arab Saudi dan sekutunya


Selain Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

KUALA LUMPUR: Tindakan Arab Saudi dan tiga sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dilihat pemerhati politik sebagai sesuatu yang sudah boleh dijangka.

Ini kerana krisis yang berlaku antara negara-negara teluk Arab ini sudah berputik sejak tahun 2012 lagi, menurut pandangan penganalisis politik Prof. Kamaruzzaman Yusoff.

Isu bermula ketika tercetusnya Kebangkitan Arab atau Arab Spring di mana Qatar dituduh membantu kerajaan Mesir yang ketika itu diketuai Mohamed Morsi, selain memberi kebebasan sepenuhnya kepada agensi media seperti Al-Jazeera, yang membawa kepada penyebaran maklumat sehingga jatuhnya beberapa kerajaan di Asia Barat.

Namun pertelingkahan antara keempat-empat negara ini dengan Qatar sampai ke kemuncaknya apabila Qatar News Agency dikatakan digodam oleh pihak tertentu, yang membawa kepada keluarnya beberapa kenyataan yang berbaur kontroversi.

"Penggodam menggodam Qatar News Agency (QNA) dan QNA dikatakan melaporkan pemimpin utama Qatar membuat kenyataan yang menyebabkan pergeseran lebih besar terutamanya dengan Arab Saudi.

"Antaranya kenyataan berkaitan kepemimpinan Trump di Amerika Syarikat selain mempertikaikan kempen Arab Saudi untuk menyingkirkan Iran daripada kuasa-kuasa lain di Asia Barat," kata Pro. Kamaruzzaman.

Qatar juga disifatkan sebagai duri dalam daging bagi rantau itu kerana kekerapannya mengambil langkah kurang popular, dan ia tentunya menimbulkan rasa kurang senang Arab Saudi yang dilihat berusaha keras mahu memastikan negara serantau memiliki pandangan dan mengambil tindakan yang sama dengan aspirasinya.

Selain Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu turut mengambil langkah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.


http://www.astroawani.com/berita-dun...kutunya-145085
Update #2

Quote:
Originally Posted by lpsoldier007 View Post

SAUDI DAN QATAR: KAWAN DAN LAWAN

Saudi memutus hubungan dengan Qatar bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kali terakhir Saudi buat begitu adalah semasa Mac 2014, alasannya Qatar menyokong Ikhwanul Muslimin. Tahun 2002 pun pernah buat sekali.

Kali ini alasannya Qatar menyokong teroris. Teroris yang dimaksudkan bukan Ikhwan, tetapi merujuk kepada Syiah. Kenyataan Saudi adalah senada dengan kenyataan Trump baru-baru ini yang mengutuk Iran atas menyokong teroris di Syria dan Yaman.

Jadi, peristiwa kali ini adalah lanjutan daripada lawatan Trump dan Perang Dingin Saudi-Iran.

Yang menjadi punca Saudi dan geng memutuskan hubungan dengan Qatar ialah kenyataan pro-Iran Sheikh Tamim, pemerintah Qatar baru-baru ini. Pada 27 Mei yang lepas, Sheikh Tamim telah menghubungi Presiden Iran, Hassan Rouhani melalui telefon untuk menyatakan hasrat memperbaiki hubungan antara dua negara.

Saudi dan geng cuba memberi tekanan kepada Qatar supaya membatalkan hasrat tersebut. Pada masa yang sama ini merupakan peluang emas bagi Saudi untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang terdiri daripada Saudi, Qatar, UAE, Bahrain, Kuwait dan Oman.

GCC ditubuhkan pada tahun 1981 untuk mengimbangi pengaruh Iran. Ketika itu Iran mengamalkan dasar luar yang agresif (Perang Iran-Iraq) dan dilihat sebagai ancaman oleh negara serantau. Saudi merupakan peneraju idea GCC dan Saudi memiliki matlamat yang lebih besar iaitu menjadikan GCC sebagai blok anti-Iran dan anti-Syiah.

Namun selepas Perang Iran-Iraq tamat pada 1989, negara GCC yang lain mula berbaik-baik dengan Iran, terutamanya Qatar, Kuwait, UAE dan Oman yang berkongsi ladang minyak dan gas dengan Iran.

Sepanjang 1990-an, lebih banyak masa negara GCC bergaduh sesama sendiri. Antara yang paling kuat bergaduh ialah Saudi dan Qatar, walaupun kedua-dua Wahhabi dan kedua-dua berasal dari Banu Tamim. Antara isunya ialah Qatar memberi perlindungan kepada tokoh Ikhwan seperti Yusuf Al-Qaradawi.

Arab Spring pada tahun 2011 memberi peluang untuk Saudi merealisasikan cita-citanya iaitu menjadikan GCC sebagai pakatan anti-Iran. Saudi menghantar tentera ke Bahrain pada Mac 2011 untuk menekan protes rakyat Bahrain yang majoritinya Syiah. Pada Mac 2015 Saudi juga mula bercampur tangan di Yaman. Saudi mahu menonjolkan diri sebagai pembela umat serantau dari ancaman Syiah.

Namun halangan utama kepada Saudi ialah Qatar. Qatar yang pragmatik tidak mengikut skrip anti-Syiah yang cuba ditulis oleh Saudi. Kekayaan Qatar setanding dengan Saudi, membolehkannya turut bercampur tangan di negara yang bergolak, walaupun kedua-dua mempunyai strategi dan matlamat yang berbeza. Di Mesir misalnya, Saudi menyokong Mubarak dan geng (Al-Sisi) manakala Qatar menyokong Ikhwan.

Kini, Saudi cuba mengguna hubungan baiknya dengan Trump untuk menekan Qatar. Selain Kuwait dan Oman, kesemua anggota GCC adalah pro-Saudi. Al-Sisi pun join sekaki, ambil kesempatan mendesak Qatar untuk menarik sokongan terhadap Ikhwan. Sebab Al-Sisi pun banyak kamcing dengan Trump.

Drama kali ini kemungkinan besar berakhir dengan Qatar berkompromi, seperti yang berlaku semasa tahun 2014 di mana Qatar menghalau keluar beberapa pemimpin Ikhwan. Di era Trump, adalah mencabar bagi Qatar untuk meneruskan dasar pragmatik yang tidak menyebelahi Saudi atau Iran.

Tapi Qatar pun ada leverage yang tersendiri. Qatar mempunyai tapak ketenteraan US terbesar di Timur Tengah (Al-Udeid). Berbanding dengan Saudi, imej Qatar lebih moden dan progresif dan kurang menimbulkan kontroversi di Barat. Cuma tak pasti sama ada Trump kisah pasal semua ini.

Iran pun mempunyai pengiraan tersendiri. Dengan berbaik-baik dengan Qatar, Iran harap dapat memecahkan perpaduan GCC agar ia tidak dapat berfungsi sebagai pengimbang kuasa yang berkesan. Dengan itu Iran mampu meresap pengaruhnya ke dalam kawasan Teluk.

Hubungan Saudi-Qatar adalah lebih kepada pesaing, tidaklah sampai bermusuhan. Drama kali ini merupakan satu pergelutan kuasa dalaman GCC dan juga mungkin prelude kepada sebuah persengketan GCC dan Iran.

Ujian duniawi semasa Ramadan.

#mahabbah

(jarang saya post 2 kali sehari, tapi disebabkan ramai request)

Bacaan lanjut:
Shahram Chubin & Charles Tripp (2014). Iran-Saudi Relations and the Regional Order.
David B. Roberts (2014). Qatar, the Ikhwan, and the Transnational Relations in the Gulf.
Mehran Kamrava (2013). Qatar: Small State, Big Politics.
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Qatar digugur dari pakatan perangi pemberontak Yaman

RIYADH: Pasukan tentera antarabangsa diketuai Arab Saudi yang memerangi pemberontak Yaman, mengumumkan penamatan keanggotaan Qatar dalam pasukan itu.


Menerusi kenyataan pasukan pakatan yang dikeluarkan agensi berita SPA, langkah itu diambil berikutan amalan Qatar yang mengukuhkan keganasan dan sokongannya kepada pertubuhan pengganas di Yaman.

Ia termasuk menyokong al-Qaeda dan Daesh, selain berurusan dengan militia pemberontak.

Perkara tersebut diumumkan tatkala kebanyakan negara Teluk memutuskan hubungan dengan Doha.

Ia susulan ketegangan semakin memuncak antara negara berjiran di rantau itu.

Media melaporkan empat negara, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar hari ini.

Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Muslim Brotherhood, pergerakan ektremis Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.


http://www.astroawani.com/berita-dun...k-yaman-145074
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 05-06-2017, 06:04 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default

Saudia gantung semua penerbangan ke Qatar



DUBAI: Saudi Arabian Airlines (Saudia) menggantung semua penerbangan ke Qatar, kata syarikat itu menerusi Twitter, tanpa memberikan butiran lanjut.


Syarikat penerbangan lain termasuk Emirates, Etihad Airways dan Air Arabia juga sudah mengumumkan langkah sama, manakala Qatar Airways menggantung penerbangan ke Arab Saudi.

Langkah itu dibuat selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan mereka dengan Qatar hari ini.

Qatar juga dituduh menyokong keganasan dan mencetuskan pergolakan paling teruk sejak sekian lama di antara beberapa negara paling berkuasa di dunia Arab. - Reuters


http://www.bharian.com.my/node/289947
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #3  
Old 05-06-2017, 06:05 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default

Qatar Airways gantung penerbangan ke Arab Saudi



DUBAI: Qatar Airways mengesahkan telah menggantung semua penerbangannya ke Arab Saudi, menurut laman web rasmi penerbangan itu hari ini.


Langkah itu dibuat selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain memutuskan hubungan mereka dengan Qatar.

Qatar juga dituduh menyokong keganasan dan mencetuskan pergolakan paling teruk sejak sekian lama di antara beberapa negara paling berkuasa di dunia Arab. - REUTERS


http://www.bharian.com.my/node/289937
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #4  
Old 05-06-2017, 06:07 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default

Qatar kutuk tindakan negara Teluk

DOHA: Qatar hari ini menyelar keputusan tiga negara Teluk dan Mesir memutuskan hubungan dengannya, menyifatkannya sebagai 'tidak wajar' dan bertujuan meletakkan Doha di bawah 'penjagaan' politik mereka.


"Langkah-langkah yang diambil tidak wajar dan berdasarkan tuntutan palsu dan tidak berasas," kata Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, merujuk kepada langkah-langkah yang belum pernah diambil oleh Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.

"Tujuannya adalah jelas, dan ia adalah untuk mengenakan 'penjagaan' di negara ini. Ia dengan sendirinya melanggar kedaulatannya (Qatar) sebagai sebuah negara," katanya. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/289909
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #5  
Old 05-06-2017, 06:09 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,579
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 820
Active Level
My Mood:
Default

lahai kenapa gini, berita besar serius ni
Reply With Quote
  #6  
Old 05-06-2017, 06:10 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 23,579
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 820
Active Level
My Mood:
Default

kenapa berbalah sesama negara islam, lahai

betul ke Qatar menyokong keganasan...
Reply With Quote
  #7  
Old 05-06-2017, 06:12 PM
lpsoldier007 lpsoldier007 is offline
CG Top Poster Club

lpsoldier007's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Dec 2010
Posts: 21,491
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 218
Active Level
My Mood:
Default

Gaduh dalaman antara negara GCC je ni.

Dr dulu tak setel2.
Reply With Quote
  #8  
Old 05-06-2017, 06:13 PM
zerovirus zerovirus is offline
CG Super Hardcore

zerovirus's Avatar

 
Trader Rating: (26)
Join Date: Jan 2009
Posts: 177,646
Thanks (Received): 58
Likes (Received): 4
Active Level
My Mood:
Default

kes apa pun tak faham
Reply With Quote
  #9  
Old 05-06-2017, 06:17 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default

Malaysia tunggu dan lihat


DATUK Seri Najib Tun Razak.- Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sebelum memutuskan pendirian terhadap insiden dan negara yang terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu yang membelenggu beberapa negara Asia Barat itu sehingga mencetuskan krisis hubungan diplomatik berkenaan masih belum cukup jelas.

"Malaysia memiliki hubungan yang rapat dengan negara Teluk Arab, namun ketika ini kerajaan masih belum mengetahui apakah isu sebenarnya.

"Buat masa ini, kerajaan akan memerhati perkembangan situasi di sana," katanya ditemui pemberita di Galeri TRX di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, hari ini, bakal memberi impak kepada Malaysia berikutan hubungan rapat negara ini dengan negara yang terbabit dalam krisis berkenaan.

Tindakan beberapa negara Asia Barat itu adalah bagi melindungi kerajaan masing-masing daripada keganasan dan ektremisme, yang didakwa disokong Qatar.


http://www.bharian.com.my/node/289949
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #10  
Old 05-06-2017, 06:20 PM
hj_maikel hj_maikel is online now
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 23,558
Thanks (Received): 378
Likes (Received): 475
Active Level
My Mood:
Default

Main cg byk sgt smpai tk boleh control bawak keluar cg..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
krisis diplomatik qatar, qatar, qatar breaking news, qatar diplomatic crisis, qatar dipulau, qatar isolated

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold