Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-06-2017, 07:45 AM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,141
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 199
Active Level
My Mood:
Arrow Isu Panas Felda, FGV dan terbaru FIC (update)

Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan berhubung status Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Datuk Zakaria Arshad, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata sebarang keputusan yang akan diambil perlu mengikut prosedur yang ditetapkan yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah.

"Masih terlalu awal untuk saya membuat kenyataan sebab apa-apa yang dibuat kena ada prosedurnya, prosedur belum habis (jadi) saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan.

"Keputusan yang akan dibuat adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah,"
katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga FGV di Felda Residence Trolak, di sini pada Ahad.

Mohd Isa mengulas dakwaan blogger Raja Petra Kamaruddin pada Sabtu yang mendakwa beliau cuba menyingkirkan Zakaria pada mesyuarat Lembaga Pengarah Jumaat lalu.

Beliau turut menafikan mesyuarat tersebut hanya membincangkan mengenai penyingkiran Zakaria, sebaliknya banyak perkara lain dibincangkan.

Katanya, antara perkara yang dibincangkan adalah termasuk hasrat FGV untuk menubuhkan akademinya sendiri pada tahun ini khusus untuk melatih kira-kira 18,000 kakitangan di seluruh negara agar lebih cekap dalam tadbir urus.

Beliau berkata antara lokasi yang dirasakan sesuai adalah Felda Trolak di Perak dan Felda Tekam di Pahang.

Katanya ketika ini pihaknya sedang merangka butiran terperinci tentang bentuk latihan dan kursus berkaitan yang akan dijalankan untuk tempoh jangka panjang dan jangka pendek.

"Selain tenaga pengajar sendiri, kita juga bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam selain menjemput pihak luar untuk menjadi tenaga pengajar.

"Kita mahu tenaga kerja kita sama ada yang baharu atau yang lama, cekap dalam kerja mereka dan memahami tadbir urus dengan baik," katanya.

Pada majlis itu, Mohd Isa turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 50 anak yatim dan kakitangan Felda.

-- BERNAMA

Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Quote:
Originally Posted by kiddd2 View Post
TT pon letak source bernama je..

link berita xde ke??

bila kenyataan ni dikeluarkan??
Astro Awani & Malay Mail hari ini:
http://www.astroawani.com/berita-bis...ohd-isa-145054
http://www.themalaymailonline.com/ma...-says-mohd-isa
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Zakaria is the son of a Felda family who is too straight for Isa’s liking

Hence if there was any breach of company governance then Isa and the entire board plus the management team would be equally guilty, especially Ahmad Salman Omar, the CEO of DOP, Kamarzaman Karim, the General Manager of Sales, and Mohamed Zubir Abd Razak. So why just target Zakaria alone and ignore the rest?

Clearly the ‘crime’ that Zakaria has been accused of committing is merely an excuse to get rid of him. Isa wants Zakaria to resign but he refused to do so because he knows he is not guilty of the crime he has been alleged to have committed. So Isa brought this matter to the board and is trying to get the board to endorse the move to sack Zakaria.

The board members, however, are not in favour of this unjust and high-handed action against Zakaria but they know if they do not go along with Isa their own positions would be in jeopardy because Isa can be very vindictive and would remove the board members as well.

If the board backs Isa’s move to sack Zakaria then this matter is going to end up in court and the **** is going to hit the fan. Not only has Zakaria been acting within his authority and has not breached any of the company’s governance but the real reason why Isa wants him removed is going to be revealed in court. And everyone will know why Isa wants to get rid of Zakaria.

Isa wants Zakaria out because he wants a yes man to take over as the new Group President and CEO. Being a non-executive Chairman, Isa cannot instruct Zakaria. He can only request. And many times when Isa asked Zakaria to do certain things he would not do so unless Isa puts those instructions in writing. Zakaria knows the danger of taking verbal instructions from Isa, especially when it is not completely legal, as later he would be held accountable and may even face action in court for that action.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/why-is...akaria-arshad/
Update #1

Quote:
Originally Posted by nsriza View Post

Quote:
Originally Posted by naimw View Post
Felda dengan fgv ni 2 entiti berbeza ke..
Memang berbeza, FGV listed company, pengerusi Isa... FELDA agensi kerajaan, pengerusi Shahrir
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FGV sedia disiasat SPRM - Isa


Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersama Ketua Kluster Logistik FGV, Azman Ahmad (dua dari kanan) mengadakan sidang media khas berhubung isu Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad di Menara Felda, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad berkata syarikat sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, syarikat tidak akan menghalang jika agensi itu mahu masuk dan menyiasat urus niaga FGV, khususnya membabitkan urus niaga antara Delima Oil Products (DOP) dan Safitex.

Katanya, hasil siasatan PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga itu yang menjurus kepada arahan bercuti terhadap Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu lain, mendapati terdapat beberapa kesalahan yang menjurus ke arah rasuah.

Bagaimanapun, katanya, FGV enggan terus menuding jari, sebaliknya meminta audit dalaman menjalankan siasatan lanjut.

"Buat masa ini, kita cuma membenarkan audit dalam saja buat siasatan, namun jika ada pihak lain seperti SPRM nak masuk menyiasat, kita tidak akan halang.

"FGV juga tidak akan buat laporan kepada SPRM, tetapi bersedia jika SPRM mahu menyiasat. Tidak ada siapa boleh menahan SPRM jika agensi itu mahu masuk menyiasat," katanya pada sidang media khas di Menara FELDA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Zakaria yang mahu SPRM menyiasat urus niaga dan pengambilalihan dilaksanakan FGV.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Zakaria berhubung terdapat wujud tangan ghaib dan urus niaga mencurigakan dalam FGV, Isa berkata, Ketua Pegawai Eksekutif yang dipaksa bercuti itu seharusnya melaporkan pada SPRM.

"Kalau dia (Zakaria) tidak puas hati (dengan arahan dan siasatan FGV) dan nak laporkan pada SPRM, laporlah," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/290254
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pergerakan harga saham FGV menjelang penutupan sesi pagi pada jam 12.30 tengah hari tadi.


Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Siasatan ke atas CEO FGV melibatkan jutaan ringgit - Isa Samad


Mohd. Isa ketika sidang akhbar hari ini.

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang telah pun diarahkan bercuti melibatkan jutaan ringgit, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd. Isa berkata, siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

"Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar, tetapi dia tidak mahu," katanya dalam satu sidang akhbar tergempar, di sini hari ini.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jD4aqyjN
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

4 termasuk Presiden FGV dipaksa cuti


TAN Sri Mohd Isa Abdul Samad.- Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Empat pegawai kanan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, berkata arahan itu bertujuan memberi ruang audit dalaman dijalankan berhubung siasatan tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Empat yang dipaksa cuti ialah Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Isa berkata, empat pegawai kanan berkenaan diarahkan bercuti, bukannya dipecat.

"Kita minta beliau bercuti untuk mudahkan siasatan, bukannya memberhentikan beliau.

"Jika siasatan audit dalaman tidak mendapati kesalahan, beliau tidak akan dikenakan tindakan," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Isa berkata, siasatan ke atas Zakaria membabitkan jutaan ringgit.

Katanya, siasatan dijalankan susulan hasil siasatan yang dilakukan syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lalu.


http://www.bharian.com.my/node/290283
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kebenaran akan menjelma, CEO FGV luah perasaan di Twitter

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, yang diarahkan bercuti menyifatkan peristiwa yang berlaku sekarang sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat itu.


“Berita hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV. Kebenaran akan menjelma akhirnya.

“Kepada rakan sekerja FGV dan warga Felda, Saya mohon maaf kerana terpaksa meninggalkan pejabat secara tiba-tiba, saya tidak berkesempatan bertemu anda semua,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain daripada Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.

Semasa dihubungi stesen televisyen tempatan dalam segmen temu bual sebelumnya, Zakaria berkata beliau bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga yang melibatkan unit FGV, Delima Oil Products.

“Malahan, semasa ditanya sebelum ini, saya meminta SPRM supaya datang ke FGV dan menyiasat keseluruhan FGV, termasuk kes ini (Delima Oil) bagi membolehkan kami bagi menghapuskan segala keraguan,” katanya.

Zakaria juga berkata beliau ada menjangkakan kemungkinan lembaga meminta beliau bercuti, tetapi tidak menjangka sampai seperti ini kerana ia adalah isu kecil.

“Saya perlu mendepani perkara ini dengan terbuka dan mempertahankan diri saya sendiri,” katanya.—Bernama


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr....KI2q7CLY.dpuf
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Datuk Zakaria Arshad menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) seperti yang diarahkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Zakaria dilantik ke jawatan tersebut pada 1 April 2016 menggantikan Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah dan merupakan anak peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan dan telah ber*khidmat dengan Kumpulan Felda lebih 32 tahun sejak 1984.

Dalam perbincangan Lembaga Pengarah FGV pada 31 Mei lalu, Mohd. Isa telah meminta Zakaria meletak jawatan dengan dakwaan Zakaria telah melanggar kod tadbir urus korporat, dengan meneruskan amalan biasa terma pembayaran tanpa surat kredit yang mengakibatkan kelewatan pembayaran daripada syarikat Afghanistan, Safitex.

Delima Oil Products Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan FGV telah menjalin kontrak dengan Safitex bagi membolehkan syarikat itu menikmati kemudahan kredit atas semua jualan minyak sawit.

Kemudahan kredit itu dilaksanakan sebelum Zakaria dilantik sebagai CEO FGV dan Safitex sudah berurusan dengan Felda selama 20 tahun.


“Seperti dalam perbincangan tersebut, ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa adalah tidak wajar bagi saya meletakkan jawatan seperti yang diarahkan (Mohd. Isa) kerana tiada pelanggaran mana-mana kod tadbir urus korporat seperti yang didakwa,’’ katanya.

Dalam salinan surat yang di*kemukakan kepada Mohd. Isa bertarikh 5 Jun dan turut dilihat Utusan Malaysia, Zakaria mengemukakan tiga hujah iaitu:

1. Proses pembayaran dan syarat kredit kepada Safitex diluluskan dan diguna pakai oleh CEO sebelum beliau, yang membeli kelulusan kepada Safitex dengan syarat bayaran dan terma kredit selama 90 hari selepas produk dihantar.

Selain itu, Safitex adalah pe*langgan Delima Oil selama 20 tahun dengan rekod kredit yang baik dan turut dikenali oleh Mohd. Isa secara peribadi de*ngan kedudukannya juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Delima Oil.

2. Kelewatan pembayaran juga berpunca daripada pemilik Safitex yang kini berdepan de*ngan masalah larangan perjalanan. Dia kini berada di Afghanistan dan tidak dapat kembali ke Dubai sehingga akhir bulan ini bagi melaksanakan urusan bayaran kepada Delima Oil.

Pada masa sama, Delima Oil masih berusaha mendapatkan semua bayaran tertunggak, terma*suk mengambil tindakan undang-undang terhadap Safitex.

3. Sebagai Presiden/CEO sejak 1 April 2016, adalah sukar bagi beliau (Zakaria) menguruskan semua anak syarikat Kumpulan FGV termasuk Delima Oil secara mikro dan secara keseluruhan*nya beliau tidak harus dipertanggungjawabkan dalam isu hutang tertunggak. Tambahan, jumlah tunggakan Safitex hanya 0.2 peratus daripada jumlah perolehan Kumpulan FGV.


Sementara itu, sumber dalaman FGV memberitahu, kedudukan Zakaria ‘tiada lagi’ de*ngan Lembaga Pengarah akan mengambil alih urusan FGV sementara menentukan pengganti beliau.

“Perubahan akan berlaku da*lam masa terdekat tetapi tidak melibatkan sebarang pe*lantikan baharu buat masa ini,’’ kata sumber tersebut.

Sumber: http://www.utusan.com.my/bisnes/korp...watan-1.489921
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Zakaria tiba di SPRM Putrajaya


Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) Putrajaya bagi memberi keterangan berkaitan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP). - Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sebentar tadi.

Zakaria tiba di SPRM pada jam 2.20 petang tadi dan pertemuan dengan SPRM masih lagi berlangsung.

Ia dipercayai berhubung dakwaannya berkaitan transaksi perniagaan dan perolehan membabitkan syarikat itu.

Zakaria ketika ditemui media sebelum itu berkata, beliau dipanggil oleh SPRM pada hari ini dan akan menyerahkan dokumen berkaitan FGV.

"Saya nak menyerahkan dokumen bersangkut paut dengan FGV saja," katanya ketika ditemui media sebelum memasuki bangunan SPRM.

Ditanya sama ada beliau akan menjawab mengenai dakwaan terhadapnya berhubung isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products (DOP), Zakaria berkata, beliau akan menjawab apa saja soalan yang diajukan kepadanya.

Semalam, Zakaria dan tiga lagi pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Tiga yang lain ialah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Kanan DOP, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia menyatakan arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, membabitkan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk DOP.

Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad pada sidang medianya semalam, berkata siasatan awal FGV mendapati wujud unsur salah laku dan tidak mengikut prosedur berkaitan isu tunggakan bayaran syarikat Safitex bagi produk DOP, yang diperoleh hasil siasatan audit dalaman berdasarkan audit kewangan PricewaterhouseCoopers (PwC).

Zakaria dalam temubual eksklusif bersama BH dan NST di Menara Felda, semalam, mendakwa isu tunggakan bayaran oleh syarikat Sofitex kepada DOP, dipercayai dibangkitkan hanya untuk dijadikan alasan bagi menyingkirkan beliau.

Katanya, beliau dinasihatkan untuk meletakkan jawatan oleh Isa selepas Ahli Lembaga Pengarah FGV mengarahkan beliau berbuat demikian pada 31 Mei lalu.

Zakaria juga menggesa SPRM menyiasat urusan perolehan dan pembelian oleh FGV kerana ada banyak urusan yang didakwa mencurigakan.


http://www.bharian.com.my/node/290572
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Lakukan inkuiri segera - Shahrir



JOHOR BAHRU: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, meminta proses inkuiri Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terhadap Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad dilakukan dengan segera dan adil.


Selain itu, beliau meminta semua pihak termasuk Zakaria dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad supaya berdiam serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut dalam entiti itu.

"Saya harap apa yang mereka (Lembaga Pengarah FGV) persoalkan mahu lakukan inkuiri terhadap Zakaria, buatlah cepat dan adil, jangan lengah.

"Sebagai Pengerusi FELDA, tentu sekali saya suka nak lihat dan orang FELDA sendiri (peneroka) pun nak lihat (proses inkuiri dilakukan segera dan secara adil) kerana ia membabitkan empat pegawai kanan yang dipaksa bercuti.

"Saya ingatkan hanya Zakaria sahaja, tetapi empat pegawai kena cuti dan bagi mengelak supaya tidak timbul dalam blog serta laman sosial dengan pelbagai dakwaan seperti ada pihak menjadi kambing hitam atau menuding jari pada sesiapa, ia perlu dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi BH di sini, sebentar tadi.

Shahrir berkata, sebagai Pengerusi FELDA, beliau meminta FGV memberi tempat (wakil) kepada FELDA untuk duduk menjadi Lembaga Pengarah di dalam entiti itu bagi memulihkan semula keyakinan peneroka pada FGV.

"Lembaga FELDA sudah bermesyuarat dan mahukan tiga wakil daripada FELDA duduk selaku Lembaga Pengarah FGV, jika ada wakil (FELDA) dalam FGV keyakinan boleh cepat dipulihkan.

"Jika tiada wakil daripada FELDA, orang ramai secara tidak langsung melihat warga FELDA sendiri tidak berminat dengan FGV.

"Ini lebih mustahak (meletakkan wakil FELDA dalam Lembaga Pengarah FGV) kerana FELDA sendiri lebih arif dalam perniagaan yang dijalankan FGV. Dahulu ada wakil FELDA, sekarang bukan lagi kerana dia tidak mengaku wakil FELDA serta tidak ada kena mengena dengan FELDA," katanya.

Krisis FGV menjadi semakin meruncing apabila empat pengurusan kanan syarikat itu dan anak syarikatnya termasuk Zakaria, dipaksa bercuti berkuatkuasa serta-merta, semalam.

Tiga lagi adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.


http://www.bharian.com.my/node/290598
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Safitex hutang hampir RM50 juta kepada Delima Oil



KUALA LUMPUR – Hutang tidak berbayar Safitex Trading LLC (Safitex) kepada Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP) telah meningkat kepada AS$11.7 juta (RM49.96 juta) dan melebihi had pinjaman yang ditetapkan mengikut audit kewangan berkanun PriceWaterhouseCooper (PwC) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.


Perkara tersebut telah dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit pada 17 Februari 2017.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), PwC menerusi audit kewangan berkanun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 telah melaporkan hutang tidak berbayar Safitex sebanyak AS$8.3 juta. Jumlah tersebut boleh menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Perkara ini dimaklumkan lagi oleh PwC menerusi laporan semakan suku tahunannya.

“Sejak itu pihak pengurusan sentiasa membentangkan bahawa baki hutang telah dibayar.

“Namun sebaliknya, baki hutang tersebut telah meningkat kepada AS$11.7 juta dan melebihi had hutang yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam audit kewangan berkanun PwC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Urusniaga dengan Safitex melibatkan penjualan minyak dan lelemak boleh makan kepada syarikat yang berpengkalan di Dubai itu.

Bagaimanapun, barangan tersebut akan dihantar ke pasaran Afghanistan.

Menurut lembaga pengarah FGV, pada 20 April lalu, mereka telah mengarahkan Audit Dalaman Kumpulan melakukan siasatan terhadap perkara tersebut dan mendapati berlakunya pelanggaran polisi sehingga menyebabkan lembaga pengarah terpaksa mengarahkan empat pegawai kanan FGV untuk bercuti.

“Proses dalaman akan mengambil masa dan kami akan memberi makluman terkini dari masa ke semasa.

“Buat masa ini, lembaga pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa Pengarah Eksekutif untuk memastikan kelicinan perjalanan syarikat,” katanya lagi.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...da-delima-oil/
Update #1

Quote:
Originally Posted by naimw View Post

KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.



Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd telah diminta untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.

Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha untuk bercuti.

Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim.

Pejabat Perdana Menteri hari ini dalam satu kenyataan berkata pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan Idris.

Mereka yang dirujuk ialah Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli.

Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34 peratus pegangan.

-BERNAMA
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Zakaria beri keterangan 4 jam


ZAKARIA di sidang media selepas keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) Putrajaya selepas memberi keterangan berkaitan isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products (DOP). - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad, hari ini memberi keterangan selama empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bermula jam 2.30 petang tadi.

Ketika ditemui selepas pertemuan itu, Zakaria mengesahkan memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products (DOP).

"Selain itu ada juga (kes) yang lain-lain tapi saya tidak boleh beritahu," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya beliau dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sama-sama meletak jawatan, Zakaria berkata, tiada keperluan untuk beliau berbuat demikian.

"Kenapa saya harus letak jawatan? Saya tidak boleh terima cadangan itu kecuali saya salah.

"Saya tidak salah, kenapa nak letak jawatan," katanya.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas meneliti isu penggantungannya daripada jawatan itu sebagai tindakan bijak.


http://www.bharian.com.my/node/290634
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Arahan bercuti keputusan salah - Johari

KUALA LUMPUR: Keputusan 'merehatkan' empat pengurusan kanan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) disifatkan sebagai percaturan salah dan mengundang impak negatif.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata keputusan sedemikian tidak boleh dilakukan secara membuta tuli kerana berupaya menjejaskan sentimen pelbagai pelabur dalam agensi perladangan bersepadu itu.

"Tindakan seperti ini membabitkan risiko kepada pelaburan awam dan asing, justeru bukan senang-senang nak suruh orang berehat kerana mampu merencatkan reputasi pengurusan kanan.

"Contohnya, arahan untuk bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman akan meranapkan imej FGV kalau didapati tiada apa-apa (kes salah laku oleh individu terbabit)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Nur Ramadan bagi Parlimen Titiwangsa, di sini, petang ini.

Media semalam melaporkan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad, mengeluarkan arahan bercuti kepada empat pegawai kanan agensi perladangan bersepadu itu, berkuat kuasa serta-merta.

Arahan mengejut itu dikatakan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Empat yang dipaksa cuti adalah Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Sehubungan itu, Johari berkata, pergolakan yang melanda FGV wajar diselesaikan secara tuntas bagi menjaga kepentingan pelabur tempatan dan asing, selain nasib ribuan peneroka di negara ini.

"FGV adalah syarikat yang disenaraikan di bursa dan mencakupi pelaburan pelbagai pihak, antaranya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai pemegang kepentingan terbesar, Kerajaan Pahang, Kerajaan Sabah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Sentimen pelbagai pelabur ini akan terhakis jika kemelut ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh dan sistematik, sekali gus menyebabkan saham FGV merudum saban hari," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/290632
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

CEO FGV tak kutip hutang


FGV mendakwa Zakaria terpaksa diarahkan bercuti selepas beliau gagal mengutip hutang Safitex ke atas Delima Oil yang kini mencecah RM49 juta.

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mendakwa tindakan menggantung tugas ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad kelmarin dibuat selepas siasatan audit mendapati mereka menjual mi*nyak sawit kepada sebuah syarikat asing, Safitex tanpa mengutip bayaran hutang selama bertahun-tahun.

Menurut FGV dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, siasatan oleh firma PricewaterhouseCoopers (PwC) yang diperkukuhkan oleh audit dalaman FGV sendiri mendapati anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd. (Delima Oil) telah mengumpul hutang tidak berbayar yang mencecah sehingga AS$8.3 juta (RM35.4 juta).

Kegagalan mengutip hutang ke atas Safitex yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu itu telah menyebabkan berlakunya pendedahan rosot nilai.

Kenyataan itu menyebut, hutang melibatkan Safitex untuk penjualan minyak masak dan lemak ke pasaran Afghanis*tan itu kemudian terus meningkat kepada AS$11.7 juta (RM49 juta).


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jL0ytD2N
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM angkut lebih lima beg


Para pegawai dan anggota SPRM semasa tiba di Menara Felda. FOTO Asyraf Hamzah

SEPASUKAN 25 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tadi tiba di Menara Felda hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Mereka mula tiba di pekarangan bangunan itu bermula jam 10 pagi secara berperingkat sebelum menaiki lif ke pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV di tingkat 45.

Mereka membawa lebih lima beg untuk mengisi dokumen yang akan diambil.

Suasana di lobi menara felda juga dilihat meriah dengan kehadiran puluhan wartawan dari pelbagai agensi tempatan dan luar negara.

Semalam, Datuk Zakaria Arshad memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Aafitex kepada Delima Oil Product.

Beliau juga difahamkan turut menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai SPRM di Putrajaya.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...lebih-lima-beg
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Saya sedang kumpul bukti - Idris Jala


BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pihak bebas untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meninggalkan perkarangan di Menara Felda. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang dilantik sebagai pihak bebas dalam menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings (FGV) mengesahkan pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti untuk tindakan lanjut.

Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menubuhkan sebarang jawatankuasa khas bagi tujuan itu.

"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini kerana masih lagi mengumpul semua maklumat. Setakat ini juga kami tidak menubuhkan sebarang komuniti lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Menara Felda tadi.

Beliau yang tiba di Menara Felda pada jam 2.33 dan dilihat menaiki lif ke tingkat 45, enggan mengulas lanjut biarpun di dikerumuni wartawan dan hanya berjalan memasuki kenderaan dengan diiringi polis bantuan Felda.

Kerajaan semalam melantik Idris untuk bertanggungjawab mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian berhubung keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua pengurusan kanannya bercuti berkuasa, kelmarin.


http://www.bharian.com.my/node/290967
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM masih di Menara FELDA


PEGAWAI SPRM masih lagi berada di Menara Felda.
- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tujuh jam berlalu, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengumpul dokumen dari tingkat 25 Menara FELDA.

Seramai 25 pegawai dan anggota SPRM yang hadir kira-kira jam 10 pagi tadi belum dilihat turun ke lobi utama dan dipercayai masih berada di pejabat itu.

Bagaimanapun, kakitangan FELDA mula beransur pulang selepas tamat waktu bekerja jam 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi. mengesahkan pegawainya masih berada di pejabat itu untuk menyemak dokumen.


http://www.bharian.com.my/node/290983
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa kata tiada kemelut, yakin saham FGV naik



KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures Bhd. (FGV), Tan Sri Isa Samad yakin saham syarikat itu akan melonjak naik setelah siasatan terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daruk Zakaria Arshad selesai.


“Biasalah, mana-mana syarikat pun kalau ada (kemelut) macam ni, akan turun. Selesai nanti, selesai (naik) la semula,” katanya.

Walau bagaimanapun, untuk rekod, saham FGV dilihat mengalami penurunan secara konsisten sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012.

Saham syarikat itu jatuh sehingga RM1.50 hari ini berbanding RM1.66 ketika sesi dagangan Bursa Malaysia ditutup semalam.

Saham FGV di senaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 pada harga tawaran awam permulaan RM4.55.

Ia merupakan penyenaraian terbesar di Asia pada tahun itu dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Ironinya, Isa dalam sidang media hari ini menafikan wujud kemelut dalam syarikat tersebut, meskipun lebih kurang 30 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir ke Menara Felda awal pagi hari ini bagi proses siasatan berhubung siasatan salah laku terhadap Datuk Zakaria.

“Tidak ada kemelut. Proses biasa saja, anda (media) yang jadikan kemelut,” katanya kepada pemberita.

Siasatan SPRM terhadap Zakaria dibuat sejurus arahan untuk bercuti tanpa tempoh oleh Isa, dipercayai berkaitan dengan anak syarikat FGV.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...aham-fgv-naik/
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

8 jam SPRM 'geledah' pejabat FGV


PEGAWAI dan anggota SPRM diiringi Polis Bantuan memasukkan dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ke dalam kereta di Menara Felda. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Seramai 40 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dari Menara FELDA petang tadi selepas lapan jam berada di tingkat 45 bangunan itu.

Mereka beredar dari bangunan itu pada jam 5.56 petang membawa empat kotak dan tiga beg bagasi dipercayai berisi dokumen berkaitan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Difahamkan, semua barangan itu akan dibawa ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

Pegawai dan anggota SPRM yang hadir bagaimanapun enggan ditemui pemberita dan terus meninggalkan pekarangan Menara Felda sebaik turun ke lobi utama bangunan berkenaan.

Semalam, Zakaria tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV untuk memberi keterangan.

Pada Selasa, Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar turut dipaksa bercuti.


http://www.bharian.com.my/node/291015
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Putrajaya arah tutup mulut?



SHAH ALAM - Kemelut yang berlaku dalam pengurusan Felda Global Ventures Holding dikatakan cuba diredakan apabila kedua-dua pihak sudah menerima arahan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.


Sumber memberitahu Sinar Harian, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria telah dipanggil ke Putrajaya semalam dan beliau difahamkan agar tidak membuat atau memberi sebarang komen berkaitan kemelut itu sehingga diberitahu kelak.

Difahamkan juga, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad turut dipanggil dan menerima arahan sama.

"Memang Datuk Zakaria diminta ke Putrajaya tengahari ini (semalam) dan selepas itu beliau beritahu sudah diminta tidak buat sebarang kenyataan," kata sumber itu.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...mulut-1.685927
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pengurusan tertinggi FGV antara saksi akan dipanggil



KEPALA BATAS 9 Jun - Pengurusan tertinggi Felda Global Ventures (FGV) antara saksi yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan berkaitan kemelut agensi itu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, selain memanggil saksi, pihaknya turut meneliti semua dokumen yang diambil dari pejabat agensi itu di Menara Felda semalam bagi mendapatkan bukti.

“Kami perlukan masa lebih-lebih lagi jika dokumen dan siasatan melibatkan pihak di luar negara. Namun kami yakin akan lengkapkan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bungkusan bubur lambuk sempena program Ihya Ramadan SPRM di Masjid Al-Jamiul Badawi di sini hari ini.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, selepas kunjungan ke pejabat FGV semalam, SPRM telah mendapatkan dokumen, invois dan kontrak mengandungi enam isu yang akan diberi tumpuan bagi memastikan sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut sumber dalaman FGV, salah satu daripadanya melibatkan pelaburan bernilai 100 juta pound (RM542 juta) bagi kerjasama dengan Universiti Cambridge untuk penghasilan ekstrak nano daripada minyak sawit yang tidak mendatangkan keuntungan kepada FGV.

Ujarnya, turut disiasat ialah dakwaan terhadap individu tertentu yang mempergunakan khidmat syarikat Felda D’Saji Catering untuk majlis peribadi yang sepatutnya dibayar sendiri namun mengarahkan pihak FGV untuk membuat pembayaran.

“Bagaimanapun, pihak FGV tidak melunaskan pembayaran berkenaan kerana tidak mendapat kelulusan syarikat selain berlaku pertikaian berhubung isu itu sekali gus mengakibatkan Felda D’Saji menanggung hutang tertunggak,” kata satu sumber di sini hari ini.

Sumber turut memaklumkan, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan kontrak reka bentuk dalaman sebuah kondominium milik FGV yang didakwa dianugerahkan oleh individu tersebut kepada kakak iparnya.

Ujar sumber, kondominium tersebut didakwa didiami oleh anak perempuan individu berkenaan dan keputusan itu dibuat sendiri oleh beliau, sekali gus menjurus kepada perbuatan salah guna kuasa.

“Pihak SPRM juga mengambil dokumen berkaitan pembelian tiket kapal terbang yang menunjukkan individu itu sering ke luar negara bersama isterinya menggunakan tiket penerbangan kelas pertama dan dibayar menggunakan dana syarikat FGV.

“Selain itu, pihak SPRM turut mengambil dokumen berkaitan anak syarikat FGV, Delima Oil Pro*ducts Sdn. Bhd. (DOP) dan serta dokumen-dokumen sejak tahun 2011 iaitu sebelum Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad menjawat jawatan beliau,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Zakaria menyarankan SPRM menyiasat ke*seluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa selepas beliau diarahkan bercuti serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV.

Dalam pada itu, kira-kira 100 peneroka dan generasi kedua Felda Palong 1, Gemas, Negeri Sembilan berhimpun di hadapan Menara Felda, Persiaran KLCC hari ini, bagi mendesak pengurusan tertinggi FGV melepaskan jawatan.

Kumpulan peneroka itu mula berhimpun kira-kira pukul 2.15 petang di hadapan bangunan Ibu pejabat Korporat Felda di sini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4jY1n5wYZ
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Cadangan pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS), sebuah syarikat nano karbon, tidak pernah dibentangkan kepada lembaga.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga FGV, Datuk Omar Salim berkata FGV CNS juga tidak pernah mengalami kerugian RM117 juta seperti yang didakwa.

Dalam kenyataannya, Omar memaklumkan kerugian yang dicatatkan syarikat itu dari 2014 hingga April 2017 adalah RM27.5 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda (FGV) Datuk Zakaria Arshad sebelum ini menyatakan beliau cuba menghalang pelaburan bernilai ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Perancangan untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan kilang krimer juga tidak pernah mendapat kelulusan jawatankuasa pelaburan berikutan nilai pertumbuhan kerjasama berkenaan.

FGV mengambil alih FGV CNS pada Disember 2013.



Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bis...fgv-cns-145738
Update #1

Quote:
Originally Posted by naimw View Post

JOHOR BAHRU, 9 Jun (Bernama) -- Kemelut Felda Global Holdings Bhd (FGV) perlu diselesaikan segera bukan atas dasar kepentingan atau kemenangan individu, sebaliknya demi memastikan syarikat itu kembali fokus kepada urus tadbir perniagaan khususnya dalam industri sawit.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kemelut yang berpanjangan dikhuatiri akan menjejaskan keyakinan peneroka, pelabur serta keuntungan Felda.

"Kemelut FGV perlu betul-betul diselesaikan, bukan soal siapa yang menang. Jika kemelut FGV tidak selesai, Felda juga akan menerima kesannya dan pembayaran dividen kepada peneroka juga boleh terkesan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga melihat perkara ini dengan serius sebab itulah beliau bertindak melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah dan saya rasa itu langkah yang bagus.

"Bagi saya ini mustahak untuk (membolehkan) FGV dilihat sebagai syarikat yang memiliki urus tadbir yang baik dan faham tentang perniagaan sawitnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Dewan Serbaguna Majidee di sini, petang tadi.

Shahrir diminta mengulas kemelut yang menyaksikan Ketua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta pada Selasa lepas.

Selain itu, Shahrir juga meminta FGV untuk memutuskan segera pelantikan tiga nama yang mewakili Felda dalam syarikat itu bagi membantu menyelesaikan kemelut berkenaan.

Tegasnya, ini merupakan permintaan biasa sejajar kedudukan Felda sebagai pemegang saham terbesar FGV sebanyak 33 peratus.

"Pada 23 Mei lepas, kita (Lembaga Felda) telah membuat keputusan untuk menamakan tiga wakil dalam Lembaga Pengarah FGV.

"Kalau tiada sebarang jawapan, saya sendiri akan tulis surat dengan cadangan tiga nama yang telah diputuskan bagi dilantik sebagai wakil Felda minggu depan," katanya.

Tiga nama itu membabitkan dua daripada bahagian pengurusan manakala seorang lagi mewakili Lembaga Pengarah Felda.

-- BERNAMA
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FGV nafi dakwaan rugi RM117 juta

SHAH ALAM - Jawatankuasa Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menafikan perniagaan FGV Cambridge Nanosystems Ltd (FGV CNS) mencatatkan kerugian mencecah RM117 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga, Datuk Dr Omar Salim berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan pihak FGV mengambil alih FGV CNS sebagai syarikat yang baharu ditubuhkan.

"FGV mengambil alih FGV CNS pada Disember 2013 dan ia masih di peringkat pembangunan produk.

"Kerugian yang dicatatkan daripada tahun 2014 hingga April 2017 adalah GBP5 juta (RM27.5 juta)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sekaligus menyanggah kenyataan Presiden dan Ketua Pengarah Urusan Felda Global Ventures (FGV), Datuk Zakaria Arshad kepada media baru-baru ini apabila menyatakan beliau cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

"Zakaria turut membuat kenyataan bercanggah apabila mengatakan perancangan melabur RM300 juta untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan dalam kilang krimer tidak pernah mendapat kelulusan jawatankuasa pelaburan.

"Ia berikutan nilai pertumbuhan kerjasama berkenaan kepada FGV dan kebolehupayaan sinergi dengan perniagaan hiliran FGV tidak dapat ditentukan," katanya lagi.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...-juta-1.687402
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa Samad akan dipanggil



KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad merupakan antara individu pen*ting yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan penjelasan dalam pelbagai isu berkaitan kemelut agensi itu.


Menurut sumber, ini kerana ada antara isu terbabit melibatkan tohmahan terhadap beliau.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi bagaima*napun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Ujarnya, pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja yang difikirkan perlu untuk membantu siasatan termasuk Mohd. Isa.

“Kita akan panggil beliau apabila diperlukan, namun ia bergantung pada ketera**ngan yang bakal kita peroleh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Azam, pihaknya juga berkemungkinan mengambil beberapa dokumen tambahan untuk membantu siasatan isu tersebut.

Akhbar hari ini melaporkan pengurusan tertinggi FGV antara saksi yang akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan.

Selain itu, beberapa dokumen, invois dan kontrak me*ngandungi enam isu akan diberi tum*puan bagi memastikan sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam agensi terbabit.

Salah satu daripadanya melibatkan pelaburan yang bernilai 100 juta pound atau kira-kira RM542 juta bagi kerjasama antara FGV de*ngan Universiti Cambridge untuk penghasilan ekstrak nano daripada minyak sawit yang tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat itu.

Turut disiasat ialah dakwaan terhadap individu tertentu yang mempergunakan khidmat syarikat Felda D’Saji Catering untuk majlis peribadi yang sepatutnya dibayar sendiri namun mengarahkan FGV membuat pembayaran.

Isu lain yang disiasat ialah berkaitan kontrak reka bentuk dalaman sebuah kondominium milik FGV yang didakwa dianugerahkan oleh individu tersebut kepada kakak iparnya dan pembelian tiket ke luar negara bersama isterinya menggunakan penerbangan kelas pertama de*ngan dana syarikat FGV.

Dua isu lagi ialah berkaitan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd. (DOP) dan beberapa dokumen sejak tahun 2011 iaitu sebelum Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad menjawat jawatannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4jg6CNweJ
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Kemelut FGV dibincang dengan Najib Rabu ini



CHUKAI: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu ini untuk membincangkan jalan penyelesaian terhadap kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).


Shahrir berkata, pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Kementerian Kewangan, Putrajaya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan FGV secara lebih terperinci.

"Saya kena jumpa Perdana Menteri untuk tahu lebih lanjut apa pandangan, apa yang dimaksudkan dengan laporan-laporan mengenai FGV ini, sebab saya duduk di luar.

"FELDA hanya sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV. "Mungkin dalam perjumpaan itu nanti akan tahu apa cadangan-cadangan yang sesuai, macam mana nak selesaikan isu ini. Insya-Allah sempat sebelum raya ni. Ada lebih kurang dua minggu lagi (untuk selesaikan)," katanya.

Shahrir berkata demikian pada majlis Ihya Ramadan Warga FELDA bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi FELDA di Felda Kerteh 6 hari ini. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/292300
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razalegh Hamzah mencadangkan Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad digantung tugas sementara siasatan kes dijalankan.

Ia berikutan beliau melihat keperluan berbuat demikian ke atas Isa yang dipilih melalui lantikan politik.

Tengku Razaleigh bagaimanapun yakin kemelut yang melanda pihak pengurusan FGV akan dapat ditangani dengan baik.

"Pandangan saya sama kalau benda tu merugikan perjuangan politik apatah lagi kepentingan rakyat maka wajar keputusan dibuat supaya tidak meneruskan keadaan sedemikian rupa yang jelas merugikan kita kalau itulah kesimpulannya," katanya media selepas sebuah majlis peringkat Parlimen Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati, di sini pada Ahad.

Minggu lalu, Lembaga Pengarah GFV mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha diarah bercuti sementara menunggu penyiasatan berkaitan urus niaga tertentu anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Tan Sri Isa sebelum ini juga berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV kerana tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-mal...g-tugas-145949
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM temui dokumen penyelewengan FGV berprofil tinggi



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui beberapa dokumen membabitkan seorang individu berprofil tinggi dalam syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa.


Menurut sumber, individu terbabit disyaki telah mengarahkan FGV membuat pembayaran kepada syarikat milik adik iparnya untuk mengendalikan majlis-majlis keramaian bersama peneroka Felda sejak tiga tahun lalu.

"Wang sebanyak RM1 juta telah dikeluarkan bagi membayar kos untuk mengendalikan majlis keramaian bersama dengan peneroka-peneroka Felda sejak tiga tahun lalu kepada syarikat milik adik iparnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4jvNUkrEE
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Generasi ke-2 mahu Isa berundur, Shahrir ganti



KUALA LUMPUR: Sekumpulan generasi kedua FELDA hari ini menggesa Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan segera.


Wakilnya, Hamaruddin Abdul Aziz, berkata gesaan itu dibuat kerana pihaknya mendapati Isa kini sudah menjadi bebanan dan liabiliti kepada syarikat berkenaan.

"Kita juga mahu supaya kedudukan Isa di FGV digantikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad. Kita mahu biarlah di dalam FELDA ini hanya ada seorang Pengerusi sahaja.

"Kita juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Shahrir dalam masa terdekat bagi menyuarakan sokongan penuh kepada beliau untuk menerajui FGV," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. Lebih 30 generasi kedua FELDA turut hadir pada majlis itu sebagai tanda sokongan.

Kemelut FGV bermula 6 Julai lalu apabila empat pegawai kanan FGV dipaksa bercuti termasuk Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad.

Selain itu ialah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Rabu minggu lalu sebagai pihak bebas untuk mengumpul fakta kes dan mengemukakan cadangan penyelesaian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lalu mahu isu itu diselesaikan segera pada Ramadan ini dan

menggariskan tiga prinsip penyelesaian FGV.

Mengulas lanjut, Hamarudin berkata, semua generasi kedua FELDA menyokong penuh hasrat mahukan Shahrir menjadi Pengerusi FGV.

Katanya, sejak mula menjadi Pengerusi FELDA, Shahrir sudah mengadakan jelajah ke seluruh FELDA bagi berjumpa dan mendapat maklum balas daripada peneroka bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi.


http://www.bharian.com.my/node/292946
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FGV: Laporan pihak bebas siap - PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya, turut kelihatan Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Laporan pihak bebas yang dilantik kerajaan bagi menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sudah siap, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, laporan itu akan dibentangkan Datuk Seri Idris Jala kepada beliau dalam masa terdekat.

"Laporan itu sudah disiapkan, tapi sedang meneliti segala fakta dan apa keputusan yang sebaik-baiknya berdasarkan tiga prinsip iaitu undang-undang syarikat, urus tadbir yang baik dan proses yang adil.

"Idris akan datang semula (bertemu saya)...saya mahu dia melihat beberapa pendekatan dan pilihan yang boleh diambil FGV," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKN) di sini, hari ini.

Kerajaan minggu lalu melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pihak bebas untuk menyelesaikan kemelut FGV.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, mengumumkan Idris akan bertanggungjawab mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian berhubung keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua pengurusan kanannya, bercuti berkuat kuasa 6 Jun lalu.


http://www.bharian.com.my/node/292944
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM akan panggil Isa Samad dalam masa terdekat



SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil saksi-saksi yang terbabit dalam isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai hari ini.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki ketika memberitahu China Press, kebanyakan saksi dipanggil terdiri daripada pegawai-pegawai FGV.

Beliau turut mengesahkan SPRM akan memanggil Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad untuk mengambil keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Azam berkata, beliau tidak pasti berapa lama tempoh yang perlu diambil untuk menghabiskan siasatan kerana ia bergantung kepada keterangan yang diberikan oleh saksi.

Ditanya apakah SPRM akan melancarkan sebarang tangkapan dan apakah akan memanggil Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi membantu siasatan, Azam menjelaskan, SPRM hanya menjalankan siasatan membabitkan rasuah dan penyelewengan.

Katanya, serbuan yang dilakukan oleh SPRM di pejabat FGV Khamis lalu hanya mengambil dokumen yang berkaitan dan tidak merampas barangan lain.

"Buat masa ini, SPRM juga tidak membekukan akaun bank milik mana-mana pegawai FGV," katanya.

Sebelum ini, Azam menjelaskan, SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti-bukti berhubung siasatan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

“Siasatan SPRM tertumpu kepada enam isu yang melibatkan FGV dan kesemua isu itu akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...dekat-1.689541
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Nasib Isa, Zakaria ditentukan hari ini

Kuala Lumpur: Kedudukan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad serta Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam syarikat itu akan ditentukan hari ini.


Difahamkan, kerajaan akan membuat pengumuman penting berkaitan krisis melanda FGV dan kedudukan pengurusan tertinggi agensi itu, petang ini.

Hari ini, satu mesyuarat dijadualkan diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan disediakan pihak bebas dilantik kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut melanda syarikat perladangan terbesar negara.

Menurut satu sumber, Isa juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini.

Sumber itu mengulas khabar angin dan spekulasi bahawa Isa akan digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat senaraian awam itu.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu.

Isa ketika dihubungi BH mengenai desas-desus kedudukan beliau dalam FGV berkata: "Saya tidak tahu (khabar ingin mengenai kedudukan beliau), saya tak mahu komen apa-apa lagi sekarang. Kita tunggu dulu."

Zakaria pula berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan kerajaan mengenai nasib dirinya di dalam syarikat itu.

Sementara itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, ketika ditemui BH di Johor Bahru, semalam, menafikan beliau turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya, hari ini.

"Saya tidak dipanggil (pertemuan di Putrajaya hari ini), jadi saya tak tahu apa mesyuarat (akan dibincang atau diumumkan). Buat masa ini, cerita mengenai pengguguran Isa dan Zakaria, hanya khabar angin.

"Kita tunggulah esok (hari ini) kerana kali ini Perdana Menteri nampak serius. Kerajaan serius sehingga melantik pihak bebas (Idris Jala) untuk mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku dalam FGV," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/294457
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Digugurkan? Kita tunggu dulu, kata Isa Samad



SEREMBAN: "Kita tunggu dulu." Itu reaksi Tan Sri Isa Samad mengenai khabar angin beliau akan digugurkan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) minggu ini.


"Saya tidak tahu (mengenai khabar ingin itu), saya tak mahu komen apa-apa lagi sekarang," katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, semua pihak sewajarnya menunggu sehingga isu yang membelenggu FGV kebelakangan ini, selesai disiasat pihak berkaitan, malah beliau sendiri mengelak untuk memberi sebarang kenyataan pada masa ini.

Isa ditanya mengenai spekulasi perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi FGV akan ditamatkan dalam minggu ini, sebagai jalan penyelesaian untuk kepada pelbagai isu yang membelenggu syarikat perladangan itu.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, Pejabat Perdana Menteri melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan.

Pelbagai pihak kemudian mendesak Isa meletak jawatan atau bercuti bagi membolehkan siasatan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isa bagaimanapun mempertikaikan desakan itu dan menegaskan beliau tidak bersalah dalam krisis syarikat berkenaan dan tidak perlu untuknya meletakkan jawatan.


http://www.bharian.com.my/node/294459
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post


LOL!! :))
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD



BEKAS Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah bertemu dengan Isa dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pagi tadi bagi membincangkan masa depan FGV dan peranan Isa dalam syarikat itu.

“Beliau (Isa) rela hati untuk lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dan tempatnya pula digantikan Sulaiman.

“Bagi menghargai Isa, saya setuju melantiknya sebagai pemangku Pengerusi SPAD," katanya.

Menurutnya, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku kepada Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain sebelum ini.

Najib berkata, Lembaga Pengarah FGV akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV lebih kukuh pada masa depan.

Najib sebelum itu mengesahkan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.

Sulaiman sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV dan Pengerusi Telekom Malaysia (TM) selain Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.

Sulaiman berkelulusan Ekonomi dari UM menyambung pengajian di University of London.

Beliau menyempurnakan pengajian doktor falsafah (PhD) di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal 1986.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...pengerusi-spad
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sulaiman ganti Isa



TAN Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menggantikan Tan Sri Isa Samad.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu berkuat kuasa serta merta.

Sulaiman, 67, sebelum memegang jawatan Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal.

Hari ini, satu mesyuarat diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan pihak bebas dilantik kerajaan untuk menyelesaikan krisis melanda syarikat perladangan terbesar negara itu.

Isa bertemu dengan Najib di Perdana Putra kira-kira jam 8 pagi tadi tetapi menggunakan laluan lain sebaik keluar kira-kira jam 11 pagi.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lalu.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/...iman-ganti-isa
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM tetap siasat FGV



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal meneruskan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meskipun berlaku perubahan pengurusan tertinggi syarikat itu, seperti yang diumumkan Perdana Menteri.


Malah ketika ini, siasatan itu hampir selesai dan pegawai SPRM kini hanya perlu memanggil beberapa individu penting yang dikaitkan, termasuk bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Isa tidak lama lagi namun tidak memberi jangka masa tertentu.

Kata beliau, Isa bakal dipanggil selepas SPRM sudah memanggil keseluruhan 50 individu yang disenaraikan sebagai saksi untuk tindakan selanjutnya.

"Kita tidak akan tutup siasatan walaupun hari ini terdapat perubahan dalam kepimpinan tertinggi FGV.

"SPRM komited untuk menyiasat dakwaan rasuah dan salah laku yang sudah dilaporkan kepada kami dan tidak boleh menyelesaikan sesuatu tanpa siasatan rapi atau penyelesaian tertentu.

"Malah kami sudah memanggil hampir kesemua 50 individu yang disenaraikan dan pada masa terdekat ini, Isa akan turut dipanggil memberi keterangan kerana dia adalah salah seorang saksi," katanya kepada BH, sebentar tadi.

Beliau menjangkakan siasatan itu akan diselesaikan dalam tempoh selepas perayaan Aidilfitri nanti.

"Pegawai-pegawai kami sedang berusaha ke arah itu dan akan memanggil lebih ramai individu yang disenaraikan sebagai saksi," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menafikan siasatan yang dijalankan SPRM ketika ini adalah berpandukan kepada siasatan yang dilakukan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Idris Jala yang dilantik sebagai wakil bebas kerajaan.

"Tiada kaitan kerana siasatan kami sekadar bertumpu kepada isu rasuah dan salah laku manakala saya difahamkan siasatan Idris adalah berhubung urus tadbir pengurusan FGV," katanya.

Ditanya mengenai pembekuan aset, Azam berkata perkara itu tidak dilakukan lagi kerana siasatan masih berjalan dan bergantung jika pihaknya memperoleh bukti-bukti yang kukuh.


http://www.bharian.com.my/node/294751
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Tiada yang kalah atau menang - Isa Samad


Bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membaca laporan akhbar Utusan berhubung kemelut di FGV Holdings di Senawang di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 20 Jun - Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.(FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tiada pihak yang kalah atau menang berikutan peletakan jawatannya dalam syarikat itu semalam.

Sebaliknya, beliau memberitahu, tindakan yang diambil selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah demi kebaikan syarikat tersebut.

"Dalam perbincangan itu, timbul cadangan supaya saya lepaskan jawatan dan saya terima. Saya tiada masalah (meletakkan jawatan).

"Ini bukan soal kalah menang saya atau Datuk Zakaria Arshad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV). Saya berhenti awal daripada yang dituduh dalam isu ini cuma persepsi masing-masing.

"Yang paling penting bagi saya adalah FGV. Saya berbincang dengan Perdana Menteri tentang FGV bukan individu. Mengenai nasib pihak satu lagi terpulang kepada siasatan yang akan dilakukan oleh syarikat. Tiada siapa kalah atau menang," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Mohd. Isa melepaskan jawatan Pengerusi FGV dengan rela hati dan digantikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV, Tan Sri Sulaiman Mahbob.

Kemelut FGV timbul selepas Lembaga Pengarah meminta Zakaria dan tiga lagi pengurusan kanan diarah bercuti pada 6 Jun lalu, berikutan dakwaan wujud salah laku tadbir urus dalam syarikat terbabit.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...samad-1.495390
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Update #1

Quote:
Originally Posted by helmisaman View Post


Tan Sri Isa Samad & isteri, Puan Seri Bibi Sharliza tiba di ibu pejabat SPRM jam 9:40 pagi tadi
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa, isteri beri keterangan lebih 4 jam


BEKAS Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad ditemuramah pemberita selepas selesai memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi. - Khairull Azry Bidin

PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isteri memberi keterangan lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat agensi itu, pagi tadi.

Isa dan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, tiba jam 9.40 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna hitam.

Isa dan isteri terus memasuki pejabat SPRM sebelum keluar pada jam 2 petang.

Isa yang ditemui pemberita sebaik selesai memberi keterangan berkata beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lanjut dan membuat penentuan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya.

Ditanya mengenai permasalahan dalam FGV, katanya beliau tidak mempunyai kapasiti untuk menjawab berhubung isu itu kerana sudah tidak mempunyai jawatan dalam syarikat berkenaan.

Mengenai mengapa isterinya turut dipanggil memberi keterangan, beliau menjelaskan perkara itu adalah normal dan menjadi kebiasaan selain tidak perlu dipersoalkan.


http://www.bharian.com.my/node/295274
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Polis buru lelaki ugut Isa Samad di Facebook



JEMPOL 21 Jun - Seorang lelaki yang membuat ugutan terhadap bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad melalui laman sosial, Facebook semalam kini dicari polis.




Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berkenaan menghantar komen yang mempertikaikan penyelesaian kemelut FGV susulan peletakan jawatan Mohd. Isa kelmarin. 



Katanya, pihak polis menjalankan siasatan selepas laporan dibuat Naib Presiden 3 Kelab Tinju Felda Malaysia, Aripen Tugimin di Balai Polis Bandar Seri Jempol di sini pada pukul 3.16 petang ini. 



“Polis akan menyiasat kes berkenaan kerana melakukan ugutan dan sedang mencari lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini. 



Sementara itu, Mohd. Isa ketika ditemui selepas Kempen Balik Kampung di Jalan Mahsan di sini petang ini enggan mengulas lanjut perkara berkenaan. 



“Saya tak nak ulas” ujarnya ketika dihampiri wartawan. 



Beliau melepaskan jawatan Pengerusi FGV kelmarin ekoran kemelut melibatkan pengurusan tertinggi syarikat itu dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4kgiJ1qLs
Update #1

Quote:
Originally Posted by myroadtax.com View Post

TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.

Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily.

Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.

Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.

"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa," kata Syed Hamid lagi.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...n-isa-1.693351
Update #1

Quote:
Originally Posted by naimw View Post

TAN Sri Syed Hamid Albar menganggap pelantikan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat mengejutkannya.



Beliau yang telah bersara daripada jawatan Pengerusi SPAD bermula 3 Jun lalu, percaya keputusan dibuat kerajaan itu akan mencetuskan satu lagi isu kontroversi terbaru.

"Saya rasa terkejut, sama seperti apa yang dirasai oleh semua rakyat," kata Syed Hamid kepada Sin Chew Daily.

Bagaimana pun, kata Syed Hamid, kuasa melantik Mohd Isa adalah terletak pada tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau percaya perdana menteri telah memikir sedalam-dalamnya sebelum mengumumkan pelantikan tersebut.

"Perdana menteri adalah seorang pemimpin politik yang berpengalaman. Beliau sudah berkecimpung dalam dunia politik lebih daripada 40 tahun dan sudah memegang jawatan perdana menteri selama tujuh tahun. Beliau tentu yakin Isa adalah calon yang sesuai," jelas Syed Hamid.

Beliau tidak ingin mengulas lanjut sama ada pelantikan Mohd Isa itu tepat atau tidak namun mendoakan beliau agar dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengenai harapan terhadap Isa, Syed Hamid berkata, beliau sukar memberikan jawapan tepat kerana Mohd Isa masih belum memulakan tugasnya.

"Bagaimana pun SPAD telah mengeluarkan kenyataan dengan menyambut baik pelantikan beliau. Saya harap Mohd Isa dapat memimpin SPAD dengan lebih baik kerana SPAD telah mempunyai nama yang baik di peringkat antarabangsa," kata Syed Hamid lagi.

Jamin barangan makanan tiada GST

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberi jaminan beliau tidak akan mencadangkan kepada Kabinet untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi barangan makanan.

"Saya berpendapat tidak perlu lagi menambahkan barangan untuk dikenakan GST. Sebenarnya jumlah cukai ke atas barangan makanan adalah kecil. Kenapa perlu memeningkan kepala rakyat. Tak payah ( kenakan GST) lah !" kata Johari ketika memberitahu Sin Chew Daily.

Johari mengakui beliau sendiri tidak tahu-menahu keputusan Jabatan Kastam yang memuat naik di laman web mengenai pelaksanaan cukai enam peratus GST ke atas barangan makanan itu mulai 1 Julai

"Saya telah memberitahu Jabatan Kastam bahawa mana-mana isu berkaitan dengan GST perlu memaklumkan kepada Kementerian Kewangan terlebih dulu agar ia dapat dibincang dalam jemaah Kabinet. Sebarang pengenaan cukai GST terhadap mana-mana barangan baru perlu melalui kelulusan Kabinet," katanya.

Tender HSR KL-Singapura makin sengit

China kini dilaporkan menerima saingan sengit dari Jepun untuk mendapatkan tender pembinaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Menurut sebuah portal berita daripada China, iaitu Caixin.com, Jepun dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menepikan China yang sebelum ini diura-ura akan dipilih oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan projek landasan sejauh 350 kilometer itu.

Kerajaan Malaysia dan Singapura dijangka memulakan kerja penilaian tender pada suku keempat tahun ini.

"Ketika ini, selain China dan Jepun, negara-negara lain yang turut menyertai tender ini ialah Korea, Perancis dan Jerman. Namun Jepun kini dipercayai mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan negara-negara lain," tulis portal ini.

Antara sebab Jepun mampu mengatasi negara-negara lain, kata portal ini lagi, ialah kualiti pembinaan landasan negara ini jauh lebih baik dan mampu bertahan lama seperti yang terbukti di dalam negara mereka sendiri.

Pada hujung tahun lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala yang memberi laluan kepada pelaksanaan HSR Kuala Lumpur-Singapura, dan akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar itu kepada hanya 90 minit.

Perjanjian itu meliputi aspek teknikal, keselamatan dan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) berhubung HSR.

Malaysia dan Singapura komited dengan tarikh akhir projek itu pada 2026. Landasan keret api itu melibatkan lapan hentian iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM buka siasatan baru terhadap Felda



KUALA LUMPUR 10 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) , kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.


Katanya, tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.

“Saya telah mengarahkan satu kertas siasatan dibuka dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media ketika menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dzulkifli bagaimanapun memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih diteruskan.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.

Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan

Sementara itu, dalam isu lain, Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan suruhanjaya berkenaan pada awal tahun ini.

Katanya IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.

"Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu-isu rasuah.

Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk menunjukkan komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

Mengulas mengenai GERAH, Dzulkifli berkata program yang dilaksanakan sejak tiga bulan lepas itu menunjukkan kesan positif apabila terdapat peningkatan jumlah laporan yang diterima oleh suruhanjaya berkenaan daripada orang awam.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4mR7fHGsZ
Update #1

Quote:
Originally Posted by akudotcom View Post

Non-Independent Non-Executive Director
Tan Sri Haji Mohd Isa
Dato' Haji Abdul Samad

Board
(RM) - 560,000.00

Annual Fees from Subsidiaries
(RM) - 595,000.00

Benefits In-Kind
(RM) - 1,418,088.28

Other Benefits
(RM) - 100,000.00

Total
(RM) -2,673,088.28

C&P
Update #1

Quote:
Originally Posted by akudotcom View Post

Quote:
Originally Posted by d_conan View Post
gaji dia setahun ke ni?
Ada mentioned dlm annual report felda



Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

2 ahli lembaga pengarah 
FGV enggan letak jawatan

KUALA LUMPUR 12 Julai – Dua ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dilaporkan enggan meletak jawatan seperti yang diminta oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.


Menurut sumber, keengganan dua ahli lembaga pengarah berkenaan iaitu Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid dan Datuk Dr. Omar Salim untuk berundur te*lah merencatkan program untuk menstabilkan semula syarikat.

“Kedua-dua ahli lembaga pengarah tersebut telah diminta untuk berbuat demikian sejajar usaha mengembalikan keyakinan masyarakat serta pelabur terhadap FGV,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, FGV bersetuju meletakkan dua wakil Felda dalam lembaga pengarahnya.

Shahrir berkata, keputusan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau dengan Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob pada minggu lalu.

Katanya, dengan persetujuan tersebut, FGV tidak perlu me*ngadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi menambah Ahli Lembaga Pengarah daripada 12 kepada 13 kerana perkara tersebut masih termaktub dalam perlembagaan syarikat.

Usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi mereka lewat malam ini tidak berhasil.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korp...#ixzz4mfRUhjc2
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM siasat FGV beli hotel mewah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Siasatan yang dijangka dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Felda dipercayai berhubung isu pembelian hartanah di sebuah kawasan oleh agensi itu.


Difahamkan, maklumat terbaharu itu mempunyai kaitan dengan isu pembelian hotel mewah yang telah dibangkitkan di Dewan Rakyat tahun lalu dan dipercayai tiada kertas siasatan dibuka sebelum ini.

Menurut sumber, siasatan yang akan dilakukan adalah berkenaan salah guna kuasa dalam isu terbabit.

“Setakat ini, maklumat yang diperoleh tidak dapat didedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam satu kenyataan mendedahkan pihaknya akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap Felda.

Ujarnya, tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.

Beliau turut memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) masih diteruskan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4mfTGhgKF
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM siasat individu beli hotel



KUALA LUMPUR 14 Julai - Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.


Menurut kenyataan SPRM, individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2014.

Jelas kenyataan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengarahkan pasukan penyiasat membuka kertas siasatan selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.

“Dokumen-dokumen berkait*an pembelian hotel tersebut juga telah diambil dan kini dalam proses menilai serta meneliti ke*semua maklumat yang diperoleh.

‘‘Hasil siasatan awal mendapati FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit,’’ katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut.

Akhbar sebelum ini melaporkan FIC yang merupakan entiti pelaburan diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013 telah membeli sebuah hotel empat bintang bernilai £60 juta (RM330juta) di Kensington, London pada tahun 2014.

Hotel yang mempunyai 62 buah bilik dan dua unit pangsapuri mewah itu merupakan pelaburan ke-12 organisasi tersebut dalam perhotelan selepas Felda membelanjakan £98 juta (RM545 juta) pada 2013 untuk memiliki pangsapuri mewah di kawasan Bayswater juga di London.

Bagaimanapun, SPRM yang telah menyiasat kes berkenaan pada Mei 2015 tidak mendapati sebarang salah laku dalam transaksi itu.

Perkara itu dibangkitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dalam Parlimen yang memaklumkan siasatan SPRM tidak menemukan asas kesalahan mana-mana pihak dalam kes pembelian hotel Grand Plaza Kensington.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena...#ixzz4mqisuo5G
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM dijangka ke pejabat FIC hari ini
Ambil dokumen pembelian hotel empat bintang di London

KUALA LUMPUR 16 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka menghantar pasukan penyiasatnya ke pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan Semarak, di sini esok bagi mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.


Menurut sumber, pasukan penyiasat tersebut dijangka tiba di pejabat FIC kira-kira pukul 10 pagi.

“SPRM kini dalam proses me*ngumpul seberapa banyak maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Dokumen yang diambil juga adalah bagi mengenal pasti saksi atau mana-mana individu yang boleh dipanggil SPRM untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ujar sumber, sebaik sahaja pro*ses mengambil dokumen tersebut dijalankan, mereka yang didapati mempunyai kaitan dalam kes tersebut akan diambil keterangannya dalam masa terdekat.

Tambahnya, SPRM juga masih belum memanggil mana-mana individu berhubung siasatan kes tersebut.

Pada 10 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya telah mengarahkan pasukan penyiasat membuka kertas siasatan terhadap Felda selepas pihaknya menerima maklumat baharu berhubung kes tersebut.

Beliau turut memaklumkan siasatan pihaknya membabitkan kemelut Felda Global Ventures Hol*dings Bhd. (FGV) masih diteruskan.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.

Kenyataan itu menjelaskan, individu-individu berkenaan me*rupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4n2cErfak
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

8 jam SPRM 'punggah' FIC



Kuala Lumpur: Selepas lapan jam berada Balai Felda, Jalan Gurney, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya membawa keluar dokumen daripada Felda Investment Corporation (FIC) bagi membantu siasatan.


Mereka yang tiba kira-kira jam 10.20 pagi hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap pembelian hotel empat bintang di Kensington, London.

Semua dokumen berkenaan dibawa keluar lapan pegawai SPRM daripada tingkat empat sebelum meninggalkan Balai Felda dengan menaiki dua kenderaan SPRM kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Difahamkan semua dokumen yang terdiri daripada tiga kotak dan dua bagasi itu sudah menjalani proses siasatan awal sebelum ia dibawa keluar untuk dibawa ke Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung proses pengambilan dokumen itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, FIC dalam satu kenyataan mengesahkan kehadiran lapan pegawai SPRM ke pejabat FIC untuk menyiasat pembelian hotel terbabit.

Katanya, FIC memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan oleh pihak SPRM.

"FIC komited memberikan sokongan terhadap usaha pihak berkaitan dalam meningkatkan ketelusan, akauntabiliti, integriti serta amalan etika perniagaan yang menjadi kunci kepada tadbir urus korporat yang baik," katanya.

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Katanya, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...rm-punggah-fic
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Nik Azman bantu siasatan beli hotel



DUA pegawai kanan Felda Investment Corporation (FIC) tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini.


Difahamkan, kehadiran mereka adalah bagi membantu siasatan SPRM terhadap pembelian hotel empat bintang di Kensington, London.

Pegawai berkenaan adalah Pengarah Felda Investment Corporation (FIC), Datuk Nik Azman Mohamed Zain dan wanita dikenali Siti Salwani Mohd Salleh.

Mereka tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira kira 10 pagi.

Pada 10 Julai lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberitahu pasukan penyiasat diarah membuka kertas siasatan.

Berikutan itu, SPRM dalam satu kenyataan menyatakan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014.

Kenyataan itu menjelaskan, beberapa individu berkenaan adalah saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.

Semalam, lapan pegawai SPRM hadir ke pejabat FIC di Jalan Semarak, Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan berhubung kes pembelian hotel empat bintang berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...tan-beli-hotel
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Beli hotel terlebih bayar RM78 juta

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas FELDA Investment Corporation (FIC), memfokuskan kepada lebihan pembayaran 14 juta pound sterling (RM78.4 juta) daripada pembelian sebuah hotel bertaraf empat bintang di Kensington, London, oleh syarikat itu.


Difahamkan, dalam proses pembelian hotel bernilai RM330 juta pada tahun 2013 hingga 2015, lebihan wang berjumlah jutaan ringgit yang tidak dilaporkan setelah urus niaga selesai.

Siasatan itu untuk mengenal pasti ke mana wang berkenaan dilaburkan, untuk tujuan apa atau disimpan pihak tertentu.

Hari ini, lapan pegawai SPRM hadir ke pejabat FIC di Balai FELDA di Jalan Gurney di sini, dan mengambil masa hampir lapan jam untuk memeriksa dan mengambil dokumen serta melakukan siasatan ke atas FIC.

Sumber berkata, SPRM membuka semula kertas siasatan itu selepas menerima maklumat terbaharu terhadap pelaburan yang membabitkan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Siasatan kini lebih menjurus kepada lebihan wang hasil pembelian hotel itu yang dianggarkan sebanyak 14 juta pound sterling.

"Hotel itu dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga sebenar dan sudah tentu mempunyai lebihan pelaburan dengan jumlah tertentu.

"Kita sedang menyiasat di mana wang itu 'berada' atau dilaburkan menggunakan kaedah tertentu termasuk membabitkan pengubahan wang haram," kata sumber berkenaan.

Sumber itu berkata SPRM kini sedang mengumpul bukti termasuk dokumen penting daripada FIC.

"Pegawai SPRM menyerbu pejabat FIC untuk tujuan itu hari ini dan semakan sedang dilakukan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Baru-baru ini, SPRM memaklumkan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC.

Siasatan awal mendapati FIC membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sehingga mengakibatkan mengalami kerugian jutaan ringgit.


http://www.bharian.com.my/berita/kes...han-rm784-juta
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM kesan beberapa saksi penting

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan beberapa saksi penting bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).


Menurut sumber, dengan merakam percakapan saksi berkenaan, SPRM dapat mengumpul lebih banyak maklumat berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington antara 2013 dan 2015.

Katanya, kenyataan saksi itu penting untuk mengetahui sama ada wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan dalam pembelian hotel itu.

“Pasukan penyiasat kini sedang mengesan saksi berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung pembelian hotel itu untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Sementara itu, SPRM sudah merakam percakapan enam lagi individu dari FIC berhubung pembelian hotel itu hari ini iaitu Ketua Hospitaliti FIC, Ketua Kewangan FIC, Pengurus Kanan Strategik dan Pelaburan, Eksekutif Kewangan, Pembantu Pengurus Kewangan serta Bekas Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...penting-dicari
Update #1

Quote:
Originally Posted by naimw View Post

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.



Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa​​​​​​​ Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.

Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ​​​​​​​ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik & Sektor-sektor Lain FGV.

Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.

“Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda,” kata syarikat tersebut.

Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.

Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.

Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab​​​​​​​ Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.

“Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.

“Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017,” menurut kenyataan itu.

Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn. Bhd ( sebuah konsortium ditubuhkan oleh Felda, Risda dan Felcra di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perdana Menteri) dan Lembaga Pelabuhan Kuantan Bhd.

Sebelum menyertai FGV, Khairil Anuar memperoleh pengalaman luas dalam logistik dan pengedaran, teknologi maklumat, pengurusan projek, jualan dan pemasaran serta pembangunan perniagaan, kebanyakannya bagi pengurusan kanan.

Beliau berkhidmat di Renong Bhd Group dan beberapa jawatan lain di UEM Group Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd dan Time Engineering Bhd.

Khairil Anuar pernah dilantik sebagai Pengerusi Kluster syarikat berkaitan kerajaan dan anggota panel Gabungan Pemikir Profesional Felda sejak 2009.

- Bernama
Update #1

Quote:
Originally Posted by naimw View Post



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat, iaitu waktu bekerja.

"Tunggulah, kita tunggu," katanya ketika diminta tarikh spesifik penangkapan tersebut.

Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Banteras' kolobrasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di Cyberjaya semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.

​​​​​​​"Tangkapan kita buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut, atau pun keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kita akan buat," katanya.

SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

- Bernama
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM tahan 2 suspek kes beli hotel di London

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan dua individu disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Cooperation (FIC) pada jam 1 petang hari ini.


Kedua-duanya ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pembelian hotel empat bintang di Kensington antara tahun 2013 dan 2015.

Sumber berkata, mereka yang ditahan adalah pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset berusia 45 tahun manakala seorang lagi adalah Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang berusia 36 tahun.

Katanya, ketika pembelian hotel itu dilakukan, masing-masing bertugas sebagai Ketua Penasihat Korporat dan Pengarah syarikat Raine and Horne untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan percaya kedua-dua suspek dapat memberikan maklumat berhubung pembelian hotel.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...otel-di-london
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FIC: 3 lagi ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.


Menurut sumber, dua daripada mereka adalah pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Kedua-duanya yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9 pagi hari ini apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam 1.30 tengah hari adalah pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel itu.

"Siasatan awal mendapati pengarah syarikat terbabit melantik syarikat ejen berkenaan untuk menguruskan pembelian hotel itu," tambah sumber lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata dua pengarah syarikat ejen sudah direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos di Mahkamah Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, seorang lagi suspek dijangka akan direman pagi esok di Mahkamah Putrajaya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...u-dicekup-sprm
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FIC: Pengarah syarikat direman 6 hari


Pegawai SPRM membawa pengarah syarikat bagi memohon reman membantu siasatan berhubung pembelian hotel empat bintang oleh FIC. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

PENGARAH syarikat berusia 57 tahun ditahan reman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang juga pemilik hotel ditahan di pejabat SPRM Kuching kira-kira 1.30 tengah hari semalam.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mendapati suspek terbabit melantik ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Semalam, dua lelaki masing-masing berusia 47 dan 51 tahun ditahan di pejabat SPRM Putrajaya apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Kedua-dua mereka adalah pengarah syarikat yang menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Mereka turut direman selama tujuh hari oleh mahkamah sama sehingga 4 Ogos ini bagi membantu siasatan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...eman-enam-hari
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Bekas CEO FIC ditahan SPRM



BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh agensi itu di London.


Perkara itu disahkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani dan turut memaklumkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman.

Sebelum itu, Mohd Zaid memberi keterangan hampir 12 jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bermula 9.30 pagi tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan sebelum ditahan pada 9.20 malam.

Sumber SPRM berkata, suspek dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan pembelian hotel di Kensington, London yang dikatakan dibeli pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran antara 2013 dan 2015.

Pada 22 Julai lalu, dua individu iaitu pengarah syarikat perundingan pengurusan aset dan Ketua Unit Harta syarikat perkhidmatan pos direman enam hari sebelum disambung empat hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki berusia 45 dan 36 tahun itu sudah dibebaskan dari tahanan reman hari ini.

Ketika pembelian hotel itu dilakukan, kedua-dua mereka masing-masing bertugas sebagai Ketua Penasihat Korporat dan Pengarah syarikat Raine and Horne yang dilantik FIC untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...c-ditahan-sprm
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post


..
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM serbu Menara Felda



KUALA LUMPUR - Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Menara Felda di Persiaran KLCC di sini pagi tadi.


Dalam serbuan kira-kira pukul10.00 minit pagi itu, pegawai SPRM dilihat tiba di lobi utama bangunan sebelum menaiki lif dipercayai menuju ke pejabat pengurusan agensi tersebut.

Difahamkan, SPRM melakukan serbuan tersebut untuk mendapatkan dokumen penting bagi kes pembelian hotel di Kuching, Sarawak dan Kensington, London yang dikatakan melebihi harga pasaran.

Ia dibuat susulan penangkapan seorang bekas pegawai khas kepada seorang bekas pengurusan tertinggi Felda dan bekas pegawai pengurusan kanan Felda berhubung pembelian kedua-dua hotel tersebut semalam.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4oZvJuPHx
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pegawai-pegawai SPRM tiba di pekarangan Menara Felda



Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

7 jam pegawai SPRM penuhkan beg


Pegawai SPRM meninggalkan perkarangan Menara FELDA dengan dua beg dipenuhi dokumen-dokumen yang diperlukan. FOTO Syarafiq Abd Samad

SEPASUKAN pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa hampir tujuh jam untuk mendapatkan beberapa dokumen di Menara FELDA, Kuala Lumpur, berkaitan siasatan pembelian oleh Felda Invesment Corporation (FIC) di Kensington, London dan di Kuching, Sarawak.

Pasukan penyiasat yang dianggotai empat pegawai berkenaan tiba di ibu pejabat FELDA itu dan memasuki bangunan berkenaan pada jam 10.17 pagi.

Mereka dilihat keluar dari menara itu dengan membawa sekurang-kurangnya dua beg dipercayai mengandungi dokumen diperlukan pada jam 5 petang.

Pada Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi berbanding yang ditawarkan di pasaran.

Sehingga kini, empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada tahun 2014.

SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...m-penuhkan-beg
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Dr M yakin pemimpin PPBM tak terbabit kes hotel Felda



KUALA LUMPUR: PPBM akan memberi pembelaan secukupnya kepada seorang pemimpin tertingginya yang ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes pembelian sebuah hotel di Sarawak, pada 2014.


Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PPBM yakin ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tidak percaya dia terlibat.

“Dia bersama dengan (Tan Sri) Isa (Samad) sekian lama, tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya selepas menyerahkan memorandum meminta Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk kesahihan pelantikan Tan Sri Raus Sharif sebagai ketua hakim negara kepada Mahkamah Persekutuan.

Semalam, seorang bekas pegawai Isa direman 5 hari bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel di Sarawak pada 2014.

Penahanan itu menjadikan 4 individu setakat ini disiasat dalam kes pembelian Merdeka Palace Hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) pada 19 Jun lalu, selepas kontroversi membabitkan syarikat itu.

Pada 14 Julai lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu yang disyaki diperolehi dengan harga lebih tinggi berbanding harga asal.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...da-di-sarawak/
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

FIC: 2 lagi ditahan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), hari ini.


Sumber berkata, suspek yang ditahan adalah seorang peguam dan pembantu wanita yang disyaki terbabit menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.

Katanya, peguam berusia 44 tahun itu beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek wanita berusia 29 tahun adalah pembantu perundangan firma undang-undang itu.

"Kedua-dua mereka ditahan kira - kira 4 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Peguam terbabit juga mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat yang membuat urusan jual beli hotel dengan FIC manakal suspek wanita pula dipercayai memainkan peranan penting dalam menandatangani perjanjian jual beli itu, " katanya.

Sementera itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...32/dua-ditahan
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Untung atas angin RM78 juta


Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Peguam, pembantu cantik direman 5 hari


SEORANG peguam dan seorang pembantu wanita dikenakan tahanan reman selama lima hari berhubung siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh FIC di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN

PUTRAJAYA 4 Ogos - Seorang peguam dan seorang pembantu wanita dikenakan tahanan reman selama lima hari berhubung siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Majistret Muhammad Safuan Azhar mengeluarkan perintah tahanan reman sehingga 8 Ogos itu terhadap kedua-dua individu berkenaan yang masing-masing berusia 44 dan 29 tahun.

Kedua-dua suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam disyaki terlibat menguruskan pro*ses dokumentasi perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.


http://www.utusan.com.my/berita/mahk...#ixzz4okqZ6wSP
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Reman pemimpin PPBM disambung



PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas pengurusan tertinggi FELDA disambung reman tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporation (FIC) pada 2014.


Pembelian itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Safuan Azhar di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Lelaki berusia 51 tahun itu sebelum ini direman lima hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek ditahan jam 4 pagi hari yang sama di ibu pejabat SPRM di sini dan menjadi individu keempat direman berhubung kes berkenaan.


http://www.bharian.com.my/berita/kes...khas-disambung
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Sedia heret tokoh terlibat ‘aniaya’ peneroka Felda


AHMAD ZAHID HAMIDI melambaikan tangan sejurus selesai merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Raub di Dewan Titiwangsa, Universiti Teknologi Mara kampus Raub, Pahang, semalam. – BERNAMA

RAUB 6 Ogos – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu Felda dan akan mengheret individu termasuk tokoh tertentu yang didapati terlibat 'menganiayai' masyarakat Felda ke muka pengadilan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu Felda mendapat perhatian daripada kerajaan dan beliau amat menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap agensi itu.

“Ya, kita ada beberapa kelemahan insya-Allah kita akan perbaiki. Ya, kita ada beberapa perkara yang tidak dapat diperkirakan dari segi kesahihannya kita akan betulkan. Ya, kita ada kerugian dalam syarikat-syarikat di bawah Felda Global Ventures Holdings (FGV), kita akan pantau.

“Malah kita tidak akan pernah melepaskan mana-mana individu biarpun individu itu adalah tokoh tetapi kalau tokoh atau individu itu merugikan Felda, telah menzalimi peneroka Felda, maka tunggulah mereka akan diheret ke mahkamah untuk kita mencari keadilan demi kepentingan penduduk Felda di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Raub di Dewan Titiwangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram serta ketua ketiga-tiga sayap parti bahagian itu.

Menurut Ahmad Zahid, pihak kerajaan memandang serius terhadap semua isu yang melibatkan organisasi tersebut termasuk berkaitan pelaburan yang dilakukan Felda dan anak-anak syarikatnya.

“Apa perlunya membeli hotel yang mewah di luar harga pasaran, apa perlunya membeli hotel yang berada di luar negara walaupun ini merupakan satu pelaburan yang memberikan pulangan pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai sebuah organisasi kerajaan, Felda seharusnya memberi keutamaan kepada kepentingan peneroka-peneroka dan jangan sesekali menganiayai mereka.

Malah beliau memberitahu, Felda amat dekat di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meneruskan kesi*nambungan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Nasib peneroka Felda harus dibela kerana mereka merupakan asas kepada pendukung-pendukung kerajaan di kawasan Felda,” ujarnya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4p1M0xoRF
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa dipanggil minggu depan?



KUALA LUMPUR 9 Ogos – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dijangka dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian hotel di London dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC), minggu depan.


Langkah SPRM untuk memanggil bekas Pengerusi Felda mula diperkatakan apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Azam Baki memberitahu Bernama,

“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.

Pada 21 Jun lalu Mohd. Isa dan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid memberi keterangan lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemelut syarikat itu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.

“Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,” kata Azam.

Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.

“Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4pIlcNRuK
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

3 pengarah Encorp termasuk Isa Samad letak jawatan



KUALA LUMPUR: Encorp Bhd mengumumkan peletakan jawatan tiga ahli lembaga pengarah termasuk pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Samad.


"Mohd Isa yang juga bekas Pengerusi FELDA dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan bermula 1982 hingga 2004, memegang jawatan berkenaan sejak 30 Jun 2014.

"Dua lagi peletakan jawatan ialah Datuk Hanapi Suhada, 60, dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54," kata syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia.

Menurut Encorp, peletakan ketiga-tiga jawatan itu adalah sebagai perubahan nomini daripada pemegang saham utama.

Pada masa sama, syarikat itu juga mengumumkan tiga pelantikan ahli Lembaga Pengarah baharu.

Encorp berkata, tiga pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif baharu yang dilantik ialah Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (58); Datuk Muzzammil Mohd Nor (45) dan Hussein Ismail (60).

"Syed Mohamed kini memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd, selain Pengarah di Felda Investment Corporation Sdn Bhd, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd dan Endless Growth Sdn Bhd.

"Beliau memulakan kerjaya dalam industri perbankan di Bank Bumiputera (M) Bhd dan Bank Rakyat sebelum beralih ke beberapa firma lain termasuk Johor State Economic Development Corporation; Encorp Group Sdn Bhd; TH Properties Sdn Bhd; Knowledge Economic City (Madinah, Arab Saudi), DRB-Hicom Bhd dan Iskandar Investment Bhd," kata pengumuman itu.

Encorp berkata, Muzzamil pula yang berkelulusan dari Universiti Malaya juga berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan), FELDA bermula 2015 hingga kini, serta sebagai Pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang dilantik pada tahun ini.

"Hussein pula berpengalaman luas dalam pelbagai perkhidmatan perakaunan awam, termasuk audit, percukaian, kesetiausahaan, perkhidmatan perundingan dan insolvensi," katanya.


http://www.bharian.com.my/bisnes/kor...-letak-jawatan
Update #1

[quote=Fayafa;24061414]

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Isa Samad dibawa ke mahkamah untuk mohon reman



Pegawai Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) membawa bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mohon tahanan remah di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). -

PUTRAJAYA: Perkarangan Mahkamah Majistret di sini mula dipenuhi wakil media dan orang awam yang ingin mengikuti prosiding permohonan reman terhadap bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.


Comei pulak tengok Isa Samad pki baju oren SPRM..macam Garlfield pun ada:)paid
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa direman 5 hari



BEKAS pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu salah guna kuasa dalam pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London antara 2014 dan 2015.


Perintah reman bermula hari ini hingga 20 Ogos itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Terdahulu Isa, 68, tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya pada 9.08 pagi berbaju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Isa diwakili tujuh peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Dev Kumaraendran, Datuk N Sivananthan, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Ridha Ahdar, Lavina Kumarendran dan Ashraf Bapoo.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

Isa ditahan 4.24 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan hampir dua jam berhubung urusniaga hotel berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan syarikat Malaysia yang mengendalikan urusan jual beli hotel hotel di Kensington, London kepada FIC dikatakan memperoleh keuntungan RM78 juta dalam masa 24 jam.

Dalam pada itu, perkarangan luar Mahkamah Majistret Putrajaya juga sesak dengan orang ramai termasuk pengikut dan ahli keluarga Isa yang hadir bagi memberi sokongan.

Lebih 50 orang dilihat memenuhi perkarangan luar mahkamah, selain puluhan wartawan serta jurugambar pelbagai agensi berita.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017...direman-5-hari
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

SPRM mungkin beku aset Isa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) masih belum membuat keputusan untuk membeku aset bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang ditahan semalam.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat menerusi keterangan yang diperoleh.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kes berkenaan.

"Berkenaan aset itu, kita belum tentukan sama ada mahu beku atau sebaliknya kerana ia bergantung kepada keterangan yang diperoleh.

" Saya perlu dapatkan maklumat lanjut dari pegawai penyiasat dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan dijalankan," katanya selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu tadi.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Semalam SPRM menahan Mohd Isa bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2...-aset-mohd-isa
Update #1

Quote:
Originally Posted by xgang View Post

Pembelian hotel di London ni sebenarnya dah jadi kes sejak 2 tahun lepas. Waktu tu anak Isa Samad telah ditahan untuk siasatan.

Tapi lepas tu kes ni sejuk balik hinggalah TS Shahrir Samad dilantik jadi Pengerusi Felda yang baru. Tambah lagi Pengerusi SPRM yang baru ni memang bagus orangnya. TS Shahrir Samad pula memang straight orangnya. Kalau benda tu salah memang dia akan cakap salah, takde separuh salah atau suku salah. Even orang umno kawasan dia di JB tak berapa suka dengan dia sebab umno ni pun bukannya betul sangat.

Berbeza pula dengan kes Mara. Untuk kes Mara pula pelantikan pengerusi baru tu nampak sangat bermotifkan politik je. Maybe nak jaga hati pengerusi lama kot. :p
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa Samad sentiasa ceria, Bibi gelisah




PUTRAJAYA – Sosok personaliti memang cukup dikenali dengan sifat yang ceria dan sentiasa tersenyum.


Mana-mana majlis atau sidang media yang dihadiri, beliau kekal menyuntik suasana humor dan kegembiraan bagi mewujudkan suasana mesra.

Karakter itu jugalah yang dibawa oleh bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV) , Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika tiba di perkarangan mahkamah di sini pada pagi tadi.

Sebaik keluar dari kenderaan, Mohd. Isa tersenyum kepada orang ramai yang hadir. Tiada riak wajah takut atau malu sebaliknya senyuman manisnya masih terukir seperti biasa.

Sejurus itu, isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid yang tiba lebih awal kelihatan menuju ke arah Mohd. Isa dan mereka berpelukan.

Ketika bekas menteri kabinet itu dibawa ke Mahkamah Majistret, Mohd. Isa masih terus ceria walaupun berdepan asakan pihak media yang ingin mengambil gambarnya.

Di sebalik keceriaan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, wajah Bibi Sharliza pula seperti kegelisahan. Ketika menunggu suaminya datang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi itu seolah-olah berdebar dan menanti buah yang tidak gugur.

Ketika berselisih dengan bekas Setiausaha Puteri UMNO itu, wajahnya yang tidak bermekap kelihatan kusam dan bebola mata membayangkan apa yang terbuku di hatinya.

Apa yang menarik, dua karekter berbeza suami isteri itu menjadi perhatian ramai.

Kemuncaknya, Mohd. Isa telah direman selama lima hari untuk membantu siasatan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam pembelian pembelian sebuah hotel di London pada 2014 dan 2015 oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sehingga 20 Ogos ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Ketika dibawa keluar hingga hingga ke lobi mahkamah, suasana bergema dengan laungan, “hidup Tan Sri”.

Mohd. Isa diwakili seramai tujuh orang peguam yang diketuai oleh Datuk K. Kumaraendran yang meminta supaya anak guamannya dibebaskan kerana berdepan masalah kesihatan iaitu penyakit jantung selain telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dilakukan SPRM sejak dari awal.

Sementara itu mengenai Mohd. Isa, pada tahun 2005, Mohd. Isa yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu pernah mencetus kontroversi apabila Lembaga Disiplin parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden.

Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...h-di-mahkamah/
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

3 rumah ada kaitan dengan Isa Samad diserbu


SUASANA diperkarangan pintu masuk perumahan Tan Sri Isa Samad di Nilai Spring Height, Negeri Sembilan susulan penahanan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu tiga rumah yang ada kaitan dengan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, malam semalam dan hari ini, serta mengesan sebuah lagi.

Selain menyerbu rumah beliau di Lavender Heights, Senawang, malam semalam, agensi rasuah itu juga dikatakan menggeledah dua rumah lain, masing-masing di Nilai Springs, Bandar Baru Nilai dan Linggi, Negeri Sembilan, hari ini.

Penyiasat SPRM dikatakan mengesan sebuah lagi rumah yang ada kaitan dengan Isa, juga di Nilai.

Serbuan itu susulan penahanan Isa, petang semalam, untuk membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh FELDA Investment Corporation (FIC) di Kensington, London, di antara 2014 dan 2015.

Menurut sumber, pegawai SPRM turut merampas beberapa dokumen di premis berkenaan.

Difahamkan, SPRM akan menyerbu pejabat beliau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), di sini, esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, berkata sehingga kini pihaknya sudah merakam keterangan lebih 40 orang, termasuk ahli keluarga Isa bagi melengkapkan siasatan.

Bagaimanapun, Azam enggan dedahkan hasil serbuan yang dilakukan di kediaman Isa, malam semalam.

"Setakat ini, proses siasatan terhadap Isa masih berjalan dan perlu menunggu laporan penuh. Kita belum tentukan sama ada perlu membekukan semua aset Isa. Ia bergantung kepada keterangan yang diperoleh.

"Sebaik mendapat laporan penuh daripada pegawai penyiasat, kita akan memutuskan perkara itu," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...-samad-diserbu
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Isa mohon direman di hospital, mahkamah tolak



PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya menolak permohonan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad menjalani perintah tahanan reman di hospital.


Peguam, Datuk K Kumaraendran ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, sebaliknya anak guamnya itu diperintah menjalani tempoh reman di lokap ibu pejabat SPRM.

“Pada prosiding, pihak kami (pembelaan) telah mengemukakan permohonan tersebut kepada mahkamah kerana beliau adalah seorang penghidap penyakit jantung yang memerlukan rawatan,” katanya.

Justeru katanya, SPRM perlu memastikan Mohd Isa berada dalam keadaan selesa sepanjang tahanan tersebut.

Selain itu, pihaknya berharap agar SPRM tidak membuat permohonan lanjutan reman.

Beliau berkata, pihaknya juga mengemukakan bantahan jaminan atas alasan Mohd Isa tidak akan melarikan diri sehingga kes selesai.

“Beliau tidak akan mengganggu saksi- saksi atau memusnahkan dokumen selain akan hadir memberi keterangan sekiranya diperlukan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...tolak-1.719912

Last edited by myroadtax.com; 04-08-2017 at 09:17 AM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 05-06-2017, 07:47 AM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,141
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 199
Active Level
My Mood:
Default Why Isa Samad wants to get rid of Zakaria Arshad

It looks like Isa Samad is up to his dirty tricks again. This time he is trying to get rid of Zakaria Arshad, the Group President and CEO of Felda Global Ventures. And the reason he wants Zakaria out is because the CEO is too straight and cannot be made to approve the under-the-table deals that Isa wants approved. Furthermore, Isa is worried that once the MACC closes in on him Zakaria may not be prepared to cover his back and bury the evidence.

Bacaan lanjut: http://www.malaysia-today.net/why-is...akaria-arshad/

Last edited by myroadtax.com; 05-06-2017 at 07:52 AM..
Reply With Quote
Likes cek mek molek liked this post
  #3  
Old 05-06-2017, 10:00 AM
akudotcom akudotcom is offline
Active Member

akudotcom's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 1,286
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 100
Active Level
My Mood:
Default

Sila
Siasat sprm oiii
__________________
AKU NAMPAK APA YG ENGKAU NAMPAK

* To Multi-Level Marketing (MLM) and Network Marketing people : dont lie about ur income.. sampai bila nak menipu org?
Reply With Quote
  #4  
Old 05-06-2017, 10:08 AM
m0mo~ m0mo~ is offline
CG Top Poster Club

m0mo~'s Avatar

 
Trader Rating: (39)
Join Date: Oct 2012
Location: ||ONEXOX||||Out There|_____|We Are ONE|||ONEXOX|||
Posts: 33,240
Thanks (Received): 41
Likes (Received): 99
Blog Entries: 5
Active Level
My Mood:
Default

akhir zaman perampok diangkat memegang amanah
__________________

Data/Voice ONEXOX SUPERJIMAT versi m0mo~ *HARGA BARU*
DATA WAR!! RM50 DAPAT 20GB!||KLIK SINI||
VPN UNLIMITED [TELCOBIRU]
KEMPEN MERAKYATKAN TOPUP~TOPUP 1MALAYSIA|KLIK SINI|
Reply With Quote
  #5  
Old 05-06-2017, 10:43 AM
Penbiru Penbiru is offline
Legendary Member

Penbiru's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Posts: 12,643
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 83
Active Level
My Mood:
Default

Isa samad buat taik lagi ni
Reply With Quote
  #6  
Old 05-06-2017, 11:00 AM
myroadtax.com myroadtax.com is offline
CG Top Poster Club

myroadtax.com's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Feb 2014
Posts: 25,141
Thanks (Received): 258
Likes (Received): 199
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Penbiru View Post
Isa samad buat taik lagi ni
Minta maaf, saya tak berapa ikuti kes FGV ni.

Sebenarnya dia pro Najib atau Mahathir?

Bila baca artikel Raja Petra tu kurang jelas.
Reply With Quote
  #7  
Old 05-06-2017, 11:05 AM
3gunHell 3gunHell is offline
Active Member

3gunHell's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2011
Posts: 2,195
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

isa samad siapa tak kenal.
__________________
sedangkan lidah lagi tergigit dengan gigi. apatah lagi dalam perhubungan.
Reply With Quote
  #8  
Old 05-06-2017, 11:47 AM
mohdnor mohdnor is offline
Active Member

mohdnor's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2008
Location: tg karang-setiawangsa-jay bee
Posts: 1,730
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 11
Active Level
My Mood:
Default

isa samad mana ada lagi dalam fgv
kan dah ganti dengan shahrir samad
__________________
019-3875631 @ 014-3712708(whatsapp)
hubungi saya untuk maklumat terperinci

http://www.carigold.com/portal/forum...d.php?t=114442
http://biayakoperasi.blogspot.com/
Reply With Quote
  #9  
Old 05-06-2017, 12:01 PM
WnB WnB is offline
Super Active

 
Trader Rating: (6)
Join Date: Dec 2007
Posts: 7,942
Thanks (Received): 44
Likes (Received): 11
Active Level
Default

ada lagi nama isa samad dlm senarai BoD FGV...
Reply With Quote
  #10  
Old 05-06-2017, 12:21 PM
mohdnor mohdnor is offline
Active Member

mohdnor's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2008
Location: tg karang-setiawangsa-jay bee
Posts: 1,730
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 11
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by WnB View Post
ada lagi nama isa samad dlm senarai BoD FGV...
tapi pengerusi dah tukar dengan shahrir samad
cube baca berita tu.jawatan isa samad dinyatakan sebagai pengerusi
cerita lama ni
__________________
019-3875631 @ 014-3712708(whatsapp)
hubungi saya untuk maklumat terperinci

http://www.carigold.com/portal/forum...d.php?t=114442
http://biayakoperasi.blogspot.com/
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
felda global ventures, isa samad rasuah, politik wang, skandal rasuah isa samad

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:06 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you