Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 27-01-2017, 10:16 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default BR1M 2017 (Fasa 3) akan mula dibayar 16 Ogos



PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini akan diagihkan bermula 18 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu selepas menerima banyak pertanyaan mengenai bantuan wang tunai itu di akaun sosial miliknya.

"Ramai orang yang bertanyakan mengenai BR1M di laman Facebook, Twitter dan Instagram saya.

"Saya gembira mengumumkan bahawa, Insya-Allah, BR1M akan diagihkan bermula pada 18 Februari. Mudah-mudahan ia membantu," kata Najib di laman Facebooknya pada Jumaat.

Ketika pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan bahawa jumlah bantuan BR1M akan ditambah untuk semua kategori.

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, meningkat daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Manakala Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos.


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...H3pfJlegX0E.99

Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

BR1M dijangka ditambah



KUALA LUMPUR 5 Okt. - Bajet 2018 dijangka menjadi bajet bersifat mesra rakyat dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin ditambah RM150 daripada paras sekarang iaitu RM1,200 dan RM900 kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).


Menurut Ahli Ekonomi, M. Manokaran, unjuran mengenai BR1M itu merupakan satu daripada lima perkara yang dijangka dijadikan tumpuan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2018 akhir bulan ini.

Empat lagi perkara itu ialah bonus kepada penjawat awam dan pesara, skim pekerjaan graduan, lebih banyak inisiatif rumah mampu milik dan pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Manokaran yang merupakan Ketua Penganalisis Ekonomi Alliance Bank berkata, pemberian BR1M itu diunjur memberi manfaat kepada golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Kami menganggarkan ke*ra*jaan bakal meningkatkan pem*berian BR1M sebanyak RM150 kepada semua golongan masyarakat dengan anggaran perbelanjaan bantuan berkenaan naik RM700 juta kepada RM7.5 bilion pada 2018,’’ katanya dalam nota kajian Bajet 2018 di sini hari ini.

Bajet 2018 bakal dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27 Oktober ini.

Manokaran yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkata, Bajet 2018 akan memberi lebih tumpuan kepada keselesaan orang ramai termasuk pengenalan beberapa inisiatif khas bagi meningkatkan pendapatan boleh guna sebagai satu cara mengurangkan kenaikan kos sara hidup.

Menurutnya, beberapa inisiatif seperti BR1M, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bakal diteruskan termasuk memper*kenalkan langkah-lang**kah pembiayaan akhir yang le*bih baik.

“Kerajaan juga dijangka meng*umumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada semua penjawat awam dan RM500 kepada pesara kerajaan serta peningkatan elaun pesara kerajaan yang tidak disemak semula sejak tahun 2002 pada kadar RM95,” katanya.

Manokaran berkata, pihak*nya berpendapat kerajaan juga akan meluaskan projek PR1MA dan PPA1M serta cadangan penyewaan rumah transit baharu kepada graduan yang baru tamat pengajian.

Selain itu katanya, pelaksa*naan subsidi pet*rol kepada go*longan B40 melalui kad petrol khas untuk penerima BR1M bo*leh meringankan beban golo*ngan berkenaan.

“Kami menganggarkan bahawa 20 peratus subsidi bagi 50 liter setiap bulan untuk setiap isi rumah akan menelan belanja sekitar RM1.2 bilion kepada kerajaan.

“Dari segi ekonomi, kami te*lah menyemak semula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada 5.4 peratus berbanding 5.2 peratus sebelum ini manakala KDNK pada 2018 diramalkan berkembang pada lima peratus,” katanya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon...ambah-1.534411
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

PEMBAYARAN BR1M FASA 3 DITUNDA

Pembayaran peringkat ketiga BR1M 2017 yang akan dibuat mulai 15 Ogos 2017 (Selasa) telah dipinda kepada tarikh yang baru iaitu mulai 16 Ogos 2017 (Rabu) secara berperingkat.

Pembayaran ini melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama dan kedua tempoh hari.

.
Update #3

Quote:
Originally Posted by 8itis9 View Post

Pembayaran peringkat ketiga BR1M 2017 akan dibuat mulai 15 Ogos 2017 (Selasa) secara berperingkat.

Sumber
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 pada 5 Jun



PUTRAJAYA 31 Mei - Kerajaan bersetuju untuk pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat mulai 5 Jun ini sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka 25 Jun depan.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, bagi permohonan rayuan pula, pembayaran kepada penerimanya dijangka akan dibuat pada 17 Jun ini.


“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.


“Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing, bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mana-mana pihak yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada [email protected].


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasi...#ixzz4idPkN0Qn
Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

BR1M: Kerajaan hanya mampu beri RM1,200



KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menaikkan lagi bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diumumkan sebanyak RM1,200 pada tahun ini meskipun harga pasaran minyak dunia terus melonjak.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jumlah yang diberikan itu berdasarkan harga minyak dunia pada tahun 2013 dan 2014 yang melebihi AS$100 setong.

Pada masa ini katanya, harga bahan bakar itu berada pada sekitar AS$55 setong dan jurangnya masih besar berbanding semasa lonjakan pada tahun 2013 dan 2014.

“Setakat ini, kerajaan hanya mampu hanya membayar RM1,200 sahaja.

“BR1M ini dibuat untuk membantu golongan B40 selepas kerajaan menghapuskan subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan dalam menghadapi kesan ketidaktentuan ekonomi global, ” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Aplikasi Mobile Semakan BR1M di Dewan Hasil di sini.

Dalam perkembangan sama, Johari berkata, sejak BR1M dikreditkan dalam akaun penerima, tidak ada lagi permohonan invdividu yang sudah diluluskan tetapi tidak menerima bantuan tersebut.

“Dulu mungkin ada sebab penerima diberi baucar. Sekarang baucar diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank sahaja, ” ujarnya.

Tambah Johari lagi, peningkatan jumlah permohonan BR1M pada tahun ini adalah dalam kategori orang bujang yang baharu bekerja.

“Gaji mereka ini dalam lingkungan RM2,500, RM2,000 jadi mereka dapat BR1M sebab kerajaan tetapkan penerima bantuan ini di bawah gaji RM3,000,” katanya.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...u-agih-rm1200/

Last edited by TT; 14-08-2017 at 03:56 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 27-01-2017, 10:17 PM
cre8tive cre8tive is offline
Legendary Member

cre8tive's Avatar
 
Trader Rating: (21)
Join Date: Oct 2008
Posts: 14,287
Thanks (Received): 24
Likes (Received): 92
Active Level
My Mood:
Default

I love pm!!!!
__________________
LOGO | BUSINESS CARD | FLYERS | FB TIMELINE | STICKADZ
Reply With Quote
  #3  
Old 27-01-2017, 10:30 PM
2618918 2618918 is offline
Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2012
Posts: 1,602
Thanks (Received): 802
Likes (Received): 92
Active Level
Default

Aku dapat january haritu BR1M mana pulak?
__________________
Pengembaraan Kepulauan Semporna
http://cuticutimabul.blogspot.my
Reply With Quote
  #4  
Old 27-01-2017, 10:36 PM
TT TT is online now
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,132
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8023
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by 2618918 View Post
Aku dapat january haritu BR1M mana pulak?
yeke. screenshot sikit
Reply With Quote
  #5  
Old 27-01-2017, 10:38 PM
d_conan d_conan is offline
CG Top Poster Club

d_conan's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Aug 2011
Posts: 21,184
Thanks (Received): 110
Likes (Received): 130
Active Level
My Mood:
Default

Januari jun ogos.. ueayy.. pru dh dekat
Reply With Quote
  #6  
Old 27-01-2017, 11:08 PM
Master Mind Master Mind is offline
Active Plus

Master Mind's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Jan 2014
Location: Planet Infractions
Posts: 2,620
Thanks (Received): 23
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

br1m yang tahun lepas pun tak habis lagi, i love PM..

jilat sikit2
__________________
nak internet data 40GB ++ hanya RM28/bulan
click WhatsApp link di bawah
http://datamurah.wasap.my
Reply With Quote
  #7  
Old 27-01-2017, 11:10 PM
shah_ae shah_ae is offline
Legendary Member

shah_ae's Avatar
 
Trader Rating: (102)
Join Date: Oct 2008
Location: K.L dan kwsn yg sewaktu dgnnye
Posts: 12,454
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 60
Active Level
My Mood:
Default

Umno teros mara utk rakyat Malaysiaaaaaaaaa...
Reply With Quote
  #8  
Old 27-01-2017, 11:13 PM
Jedi Jedi is online now
CG Top Poster Club

Jedi's Avatar
 
Trader Rating: (19)
Join Date: Feb 2009
Posts: 34,043
Thanks (Received): 123
Likes (Received): 448
Active Level
My Mood:
Default

Dedak...dedak...


TN50 tu pun dedak juga.

Ada reti?


Kekeke~
__________________
Mereka itulah orang˛ yg membeli kesesatan dgn hidayah. [Al-Baqarah;86]

▂▃▅▇█▓▒░۩۩ Buka Akaun UMOFX Anda Sekarang ۩۩░▒▓█▇▅▃▂

Reply With Quote
  #9  
Old 28-01-2017, 11:34 AM
ramos ramos is offline
Super Active

ramos's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2009
Posts: 5,933
Thanks (Received): 144
Likes (Received): 15
Active Level
My Mood:
Default

lambat la status asyik dalam proses je hehe..
Reply With Quote
Likes Toxic2010 liked this post
  #10  
Old 28-01-2017, 11:46 AM
boyz371 boyz371 is offline
CG Top Poster Club

boyz371's Avatar
 
Trader Rating: (53)
Join Date: Aug 2010
Location: Kelantan - Ganu - KL
Posts: 27,704
Thanks (Received): 221
Likes (Received): 16
Active Level
My Mood:
Default

Eh dah nak dapat lagi ke ? BRIM tahun lepas tak abis lagi belanja ni
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold