Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-02-2015, 03:08 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default ✾Kehebatan dan Kelebihan Surah as Sajdah dan al-Mulk✾


Kelebihan Surah As-Sajdah:

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
3- Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :

“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”
4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"
5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):

”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”
6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :

“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”
7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.
8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).

“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan

(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.

Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:

“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”
Sujud Tilawah

Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.

Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”

(Hadis Riwayat Bukhari)





Surah al-Mulk adalah surah ke 67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah 'makkiyah' yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan al-Mulk kerana kata 'al-Mulk' yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti 'Kerajaan'. Surat ini disebut juga dengan 'at-Tabaarak' yang bererti 'Maha Berkat'.

Surah al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.

Surah al-Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian.

Ulama berkata:-

"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk."



Kandungan Surah al-Mulk

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah SWT terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud 'kerajaan'. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat celanya.

Allah SWT telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah SWT berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.


Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya:-

"Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?"

Mereka menjawab:-

"Ya, tetapi kami mendustakannya."

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba periksa iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah SWT yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa dan yang berkuasa memberi serta menahan rezeki kita. Allah SWT amatlah murka terhadap mereka yang mendustakan-Nya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama:-

"Katakanlah (Muhammad), terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"



Kelebihan Surah al-Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

Di antara kelebihan surah ini ialah:-
  • Surah ini akan menjadi penyelamat
  • Penegah pembacanya dari seksa kubur
  • Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah SWT)
  • Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf AS (cantik)
  • Dinamakan surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik



Fadhilat Dari Hadith

Terdapat banyak hadith tentang fadhilat yang terkandung dalam surah al-Mulk, iaitu:-


1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda:-

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk."

Abu Hurairah RA meriwayatkan hadith, katanya:-

"Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga."

Ulama berkata:-

"Sesungguhnya surah al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api neraka."


2. Menyelamatkan Daripada Seksa Kubur



Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata:-

"Kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca surah al-Mulk."


Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata:-

"Kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca surah al-Mulk."

Maka, surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah SAW bersabda:-

"Surah al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Nabi Muhammad SAW bersabda:-

"Sesiapa membaca surah al-Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sesiapa membaca surah al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Sesungguhnya di dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah al-Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga."

Saidina Abdullah bin Abbas RA berkata:-

"Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan:-

"Tidak boleh engkau datang ke bahagian kepala ini kerana ada surah al-Mulk."

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui Baginda SAW dan berkata:-

"Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam."

Nabi SAW bersabda:-

"Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur." (HR at-Tirmizi)


3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda:-

"Hatiku ingin supaya surah al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah)."

Rasulullah SAW bersabda:-

"Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Mendapat Keistimewaan

Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata-

"Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf AS."

Ulama berkata:-

"Sesungguhnya surah Yasin dan surah al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat surah al-Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

Wallahua'lam


Quote:
Jika TT tidak UPkan thread ini melebihi 1 tahun dari tarikh akhir TT post, di harap ada rakan2 CG sudi untuk UPkan sebagai peringatan bersama. Moga2 Allah membalas jasa baik kalian. InshaAllah

Last edited by FAUZEY_FX; 09-07-2017 at 05:41 PM..
Reply With Quote
Likes m0mo~, En Am 3, Skuter, eday84, noOb liked this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-02-2015, 03:11 PM
cek mek molek cek mek molek is online now
CG Top Poster Club

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2013
Posts: 21,549
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 512
Active Level
My Mood:
Default

terima kasih atas info ni
Reply With Quote
  #3  
Old 12-02-2015, 03:12 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by cek mek molek View Post
terima kasih atas info ni
sama2.. jom jadikan amalan..
Reply With Quote
  #4  
Old 12-02-2015, 03:23 PM
joee joee is offline
CG Top Poster Club

joee's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Oct 2010
Location: Kulim - JB -SB
Posts: 38,500
Thanks (Received): 675
Likes (Received): 35
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to joee
Default

info best...thx sharing
__________________
Reply With Quote
  #5  
Old 12-02-2015, 03:25 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by joee View Post
info best...thx sharing
sama2.. jom jadikan amalan.
Reply With Quote
  #6  
Old 12-02-2015, 08:14 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default

Jom amalkan surah al-Mulk. Banyak fadhilatnya.
Reply With Quote
  #7  
Old 12-02-2015, 08:24 PM
wantrader82 wantrader82 is offline
Active Plus

wantrader82's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Oct 2008
Posts: 3,628
Thanks (Received): 93
Likes (Received): 3
Active Level
Default

Terima kasih TT
Reply With Quote
  #8  
Old 12-02-2015, 08:32 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by wantrader82 View Post
Terima kasih TT
sama2.. jom jadikan amalan.
Reply With Quote
  #9  
Old 12-02-2015, 09:31 PM
rezqi rezqi is offline
Active Plus

rezqi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2013
Posts: 2,864
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Active Level
Default

tq TT................
Reply With Quote
  #10  
Old 12-02-2015, 09:37 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is online now
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,175
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 82
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by rezqi View Post
tq TT................
sama2.. jom jadikan amalan..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 12:50 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you