Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 04-02-2015, 07:20 AM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 114,281
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 8133
Active Level
My Mood:
Default Stesen minyak gulung tikar jika harga terus jatuh

Kuala Lumpur: Pengusaha stesen minyak di negara ini bakal berdepan kerugian dan berkemungkinan boleh gulung tikar jika harga minyak berterusan menjunam.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini, menyebabkan ada pengusaha stesen minyak berdepan kerugian antara RM10,000 dan RM50,000.

“Kerugian berkenaan adalah anggaran kasar untuk setiap pengusaha dan ia berbeza bergantung kepada jumlah tangki yang ada.

“Ada pengusaha hanya memiliki tiga tangki saja dan ada yang mencapai had maksimum iaitu lapan tangki,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Hashim, sebelum ini pihaknya tidak menjangkakan harga minyak jatuh sehingga 35 sen seliter pada penghujung tahun lalu menyebabkan ramai pengusaha mengalami kerugian besar.

Katanya, ketika itu ada pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian hingga RM100,000 kerana harga berkenaan adalah antara terendah sejak 2009.

“Kali ini kita sudah bersedia dengan beberapa langkah untuk membantu mengurangkan kerugian.

“Ini kerana kita tidak mahu berterusan mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak akan melupuskan stok lama sekiranya bekalan yang ada masih mencukupi untuk tempoh tertentu.

Katanya, langkah itu sedikit-sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak di negara ini.

“Ketika kerajaan melaksanakan langkah menstabilkan harga minyak tidak lama dulu, pengusaha masih mendapat keuntungan berbanding dengan kaedah penetapan harga seiring dengan harga pasaran minyak mentah dunia.

“Kami merayu supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung kerana jika berterusan, tidak mustahil perniagaan kami boleh terjejas,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28446#....09ArcjkQ.dpuf

Update #5

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pengusaha stesen minyak dakwa sukar 'bernafas' harga asyik turun



KUALA LUMPUR – Masalah pusingan modal yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha stesen minyak tempatan kian kritikal berikutan trend penyusutan harga minyak mentah.


Senario itu berlaku apabila penurunan harga minyak berlaku hampir setiap minggu sejak kebelakangan ini.

Lantaran itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menaruh harapan agar kerajaan dapat menyelesaikan beberapa isu utama supaya para peserta dapat ‘bernafas’ dan meneruskan kelangsungan perniagaan.

Selain pusingan modal, perkara-perkara lain termasuk isu komisien dan tempahan minyak

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mahu supaya modal pusingan yang ditetapkan oleh kerajaan sejak tahun 2008 disemak semula.

Menurut beliau, modal pusingan yang diperuntukan antara RM300,000 hingga RM700,00 dianggap menekan pengusaha-pengusaha minyak dalam keadaan semasa.

“Harga minyak turun tidak ada masalah bagi kami. Baguslah sebab pengguna mempunyai pendapatan boleh guna yang banyak dan digunakan untuk melancong. Selain itu, pengguna kad kredit juga membayar caj yang lebih murah.

“Tetapi bagi pihak kami penetapan harga minyak secara mingguan ini membebankan. Kita mengeluarkan modal yang tinggi untuk stok lima atau lapan hari tetapi apabila harga (minyak) jatuh pada minggu berikutnya menyebabkan kami rugi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Selain itu, PDAM juga mahu pengusaha-pengusaha stesen minyak diberi kebebasan untuk membuat tempahan bekalan minyak.

Pada masa sekarang, tempahan bekalan bahan api itu ditentukan oleh syarikat-syarikat minyak.

“Jika kami yang tetapkan, sudah tentu kita tahu berapa banyak kapasiti yang dapat dijual dalam tempoh tertentu. Ini penting kerana penjualan bergantung kepada lokasi dan sebagainya.

“Jadi kami tidak perlu beli stok yang ditetapkan syarikat minyak pada harga mahal dan jual pada harga murah. Kalau situasi ini berterusan memang ‘habislah’,” tambah beliau.

Beliau mendakwa disebabkan masalah-masalah itu hampir 50 stesen minyak ditutup.

“Walaupun ada peniaga lain ambil alih perniagaan yang ditutup, ia soal lain. Isunya peniaga asal yang bertungkus-lumus membangunkan perniagaannya tidak dapat kekal disebabkan isu-isu berbangkit,” ujar Khairul.

Mengulas mengenai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menggunakan mekanisme baharu dalam penetapan harga minyak, beliau berkata, PDAM menyambut baik usaha itu.

“Apa pun cadangan yang bakal dibincang dan diputuskan, ia diharap memberi situasi menang-menang kepada pelanggan dan pengusaha stesen minyak,” tambahnya.


http://www.suara.tv/2017/06/18/pengu...k-asyik-turun/
Update #4

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Dakwa kerugian, KPDNKK akan jumpa syarikat minyak dalam masa terdekat


HAMZAH menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dari Yayasan Kebajikan Baitul Makmur ketika Majlis Iftar Ramadan KPDNKK 2017, turut kelihatan Datin Seri Norashikin Abdul Ghani (kanan). - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menemui syarikat minyak dalam masa terdekat bagi mendapat maklum balas impak perniagaan selepas pengenalan sistem penetapan harga petrol secara mingguan sejak 30 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata syarikat minyak terbabit berasa mengalami kerugian berikutan penurunan harga petrol.

"Kita tidak mendapat aduan daripada rakyat, namun syarikat minyak berasa mengalami kerugian kerana bila harga minyak turun, stok simpanan perlu dijual bersandarkan harga minggu sebelumnya.

"Perkara ini akan dibincangkan dalam pertemuan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa KPDNKK di sini, malam ini.

Beliau berkata, perkara ini sudah dibincang antaranya dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan pihaknya yakin ada strategi boleh dilaksanakan bagi membantu pengedar serta syarikat minyak.


http://www.bharian.com.my/node/290682
Update #3

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Stesen minyak bakal lingkup?



PENURUNAN harga minyak dalam tempoh tiga minggu terakhir ini menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian sehingga ada yang mungkin terpaksa mengambil keputusan menamatkan perniagaan.


Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika menjelaskan kepada China Press, pengusaha stesen minyak biasanya menjual minyak petrol dan diesel mengikut kadar harga pembelian.

"Namun masalah yang berlaku kepada pengusaha stesen minyak pada hari ini ialah stok lama yang dibeli mereka dengan harga lebih tinggi perlu dijual harga murah apabila harga diturunkan.

"Adalah mustahil bagi sesebuah stesen minyak dapat menghabiskan bekalan stok lama dalam tempoh beberapa hari. Secara purata, RON95 memerlukan empat hingga lima hari untuk dijual sehingga habis, manakala RON97 memerlukan masa lebih daripada seminggu," katanya.

Menurut Khairul Annuar, sekiranya harga minyak dan diesel menurun secara berterusan, ini bermakna pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung perbezaan harga antara masa pembelian dan penjualan kepada pengguna.

Dalam pada itu, seorang pengusaha stesen minyak memberitahu, apabila harga minyak terus menurun dan ditambah pula ketidakstabilan harga minyak dunia, ia akan menyaksikan lebih banyak stesen minyak sukar meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

"Bagi jualan minyak, kadar keuntungan yang diperoleh hanyalah lebih kurang 10 sen untuk setiap liter manakala diesel pula ialah enam sen untuk setiap liter. Sama ada harga naik atau jatuh, kadar keuntungan ini tetap kekal sampai bila-bila.

"Sekiranya harga minyak jatuh, selain terpaksa tanggung kos operasi, semua pengusaha stesen minyak juga tertekan dengan kerugian yang dialami akibat perbezaan harga ketika pembelian dengan penjualan kepada pengguna," katanya.

Mengenai promosi memberi diskaun kepada pengguna, beliau berkata, semua pengusaha stesen minyak wajib membuat permohonan awal kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kelulusan.

"Proses mendapatkan kelulusan mengadakan promosi diskaun daripada kementerian tentunya memakan masa. Harga minyak berbeza-beza setiap minggu, macam mana nak buat promosi bila kerajaan lambat meluluskannya?," soalnya.


http://www.sinarharian.com.my/nasion...ngkup-1.673311
Update #2

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Pengusaha stesen minyak mengeluh pergolakan harga minyak


Seorang pekerja Stesen Minyak PETRON dilihat membetulkan pam minyak di Stesen Minyak PETRON, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Penurunan harga minyak secara berturut-turut telah menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian apabila stok lama yang dibeli dengan harga lebih tinggi perlu dijual dengan harga murah.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, penurunan harga minyak secara berturut-turut menyebabkan lebih banyak pengusaha berdepan risiko gulung tikar.

Beliau berkata, stesen minyak tidak dapat menghabiskan stok dalam masa pendek kerana RON95 secara puratanya memerlukan empat hingga lima hari untuk dijual manakala RON97 memerlukan masa seminggu.

Keadaan itu, menurut Khairul Anuar, menyebabkan pengusaha terpaksa menanggung perbezaan harga antara masa pembelian stok minyak dan penjualan kepada orang ramai.

Khairul Annuar yang dihubungi China Press menyatakan perkara itu selepas harga minyak minggu ini mengalami kejatuhan 10 sen masing-masing untuk RON95 dan 97, serta 13 sen untuk diesel.

Menurut pengusaha, kadar keuntungan yang dinikmati melalui jualan minyak adalah sekitar 10 sen untuk setiap liter tanpa mengira kenaikan atau kejatuhan harga minyak.

Menurut mereka, pergolakan harga minyak hanya menyebabkan pengusaha perlu menanggung perbezaan harga yang berlaku sebagai tambahan kepada kos operasi stesen minyak.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2...-harga-minyak/
Update #1

Quote:
Originally Posted by tinbeskut View Post

kawan cerita dari sudut pengalaman kawan ngan stesen petronas.. Stesen lain kemungkinan sama je kira-kiranya.
kalo dodo = dealer own dealer opeate.. komisen lain ( tanah sendiri.. modal lebih kurang 2 juta)
1 liter 95 dan 97 = 16 sen
1 liter diesel = 11 sen

kalo codo = company own dealer operate.. (ni cam keja ngan petronas, modal lebih kurang 250k)
1 liter 95 dan 97 = 11 sen
1 liter diesel = 6 sen

kebiasaannya stesen-stesen di bandar, jualannya 20k liter ke atas sehari
kalo luar bandar lebih kurang 10k liter sehari..

jadi kiraan lebih kurang 20k x 0.16 = 3200
kalo dodo = 20k x 0.11 = 2200

tangki lak boleh simpan lebih kurang 80k liter 95, 20k liter 97, 20k liter diesel. dan jarang ada pengusaha stesen minyak ni akan penuhkan kesemua tangkinya. biasanya dalam 40k liter..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 04-02-2015, 07:22 AM
Kaizen5555 Kaizen5555 is offline
Legendary Member

Kaizen5555's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Location: __________J.O.H.O.R____________
Posts: 11,923
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 24
Active Level
My Mood:
Default

ape yg rugi nye?? aku x pham..minyak dunia turun..tp penjual minyak / pengusaha stesen minyak rugi...xphm
Reply With Quote
  #3  
Old 04-02-2015, 07:24 AM
jedi_master jedi_master is offline
Regular

 
Trader Rating: (6)
Join Date: May 2009
Posts: 808
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 1
Active Level
Default

teknik ni nak naikkan harga minyak heee
Reply With Quote
  #4  
Old 04-02-2015, 07:27 AM
qassam qassam is offline
Regular

qassam's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Nov 2008
Location: tanah melayu
Posts: 872
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

hihi..hrga myk naik,dia pn nak naik-xde pun peduli kt pengguna..myk,bas,mknan..
dah hrga myk turun,x bagi can kt pengguna nk rasa untung skit..hehe
__________________
jom daftar mengundi,tolak parti taghut
PM utk ubat resdung herba]
Say no to syiah,israel
Reply With Quote
  #5  
Old 04-02-2015, 07:29 AM
jackstan jackstan is offline
Active Member

jackstan's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Aug 2011
Posts: 1,396
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 14
Active Level
Thumbs down

Quote:
Originally Posted by Kaizen5555 View Post
ape yg rugi nye?? aku x pham..minyak dunia turun..tp penjual minyak / pengusaha stesen minyak rugi...xphm
Dia rugi sebab beli stok minyak kat lori tanker masa harga semasa 1.90..beli mahal jual murah..tapi puak2 ni mmg lahanat..untung dah berjuta x bising, rugi sekali dah kecoh..kat tmpat aku semua stesen tak jual minyak dah..katanya tgh buat maintenance..scam gila
Reply With Quote
  #6  
Old 04-02-2015, 07:31 AM
hj_maikel hj_maikel is offline
CG Top Poster Club

hj_maikel's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2010
Location: semenanjung emas
Posts: 23,568
Thanks (Received): 378
Likes (Received): 476
Active Level
My Mood:
Default

belum pernah nmpak tikar kt stesen minyak setakat ni yg utk digulung...
so ini adalah penipuan...
Reply With Quote
  #7  
Old 04-02-2015, 07:32 AM
Kaizen5555 Kaizen5555 is offline
Legendary Member

Kaizen5555's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2014
Location: __________J.O.H.O.R____________
Posts: 11,923
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 24
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jackstan View Post
Dia rugi sebab beli stok minyak kat lori tanker masa harga semasa 1.90..beli mahal jual murah..tapi puak2 ni mmg lahanat..untung dah berjuta x bising, rugi sekali dah kecoh..kat tmpat aku semua stesen tak jual minyak dah..katanya tgh buat maintenance..scam gila
tol jugak kan...hahaha..
Reply With Quote
  #8  
Old 04-02-2015, 07:32 AM
azmi_tshirt azmi_tshirt is offline
Super Active

azmi_tshirt's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2007
Posts: 5,625
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 5
Active Level
My Mood:
Default

Masa untung harga minyak naik senyap je pulak.... ;-)
Reply With Quote
  #9  
Old 04-02-2015, 07:33 AM
Kenit Kenit is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2014
Posts: 3,640
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Cepatlah gulung tikar.. Menyemak je korang kaya raya
Reply With Quote
  #10  
Old 04-02-2015, 07:37 AM
demise_u demise_u is offline
Super Active

demise_u's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 6,049
Thanks (Received): 95
Likes (Received): 6
Active Level
Default

dulu rege singgit x bungkus pun??
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold