Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 13-08-2013, 07:25 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 112,936
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7275
Active Level
My Mood:
Default Isteri dipukul diterajang dalam lif, dipenjara 8 bulan

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Lelaki pukul isteri dalam lif dipenjara 8 bulan


TERTUDUH hadir di Mahkamah bagi mendengar keputusan atas tuduhan memukul isteri di dalam lif. FOTO Amir Irsyad Omar

Bukit Mertajam 30 Mei 2016: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM,2,000 terhadap penjawat awam selepas didapati bersalah mencederakan isterinya di dalam lif pada Ogos 2013 lalu.

Tertuduh Muhammad Affandi Ismail, 38, kelihatan tenang selepas mendengar keputusan dibacakan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh sabitan terhadap tertuduh dan denda RM2,000 serta penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan peghakiman, Muhammad Affandi didapati bersalah selepas pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes.

Mohd Fitri berkata, tindakan tertuduh memukul isterinya di khalayak ramai dan di depan anak-anaknya tidak dapat diterima mahkamah.

"Memandangkan kamu (tertuduh) mempunyai pendidikan tinggi sehingga ijazah dan beragama Islam, kamu seharusnya tahu bahawa banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bagi mendidik isteri.

"Tindakan memukul isteri juga adalah sesuastu yang dilarang di dalam Islam, seharusnya kamu menghormatinya ditambah dia juga menjaga tiga anak kamu," katanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 4 petang, 12 Ogos 2013, didakwa mencederakan isterinya Siti Khadijah Ahmad Ramli,40, di dalam lif sebuah hospital swasta di Perda, di sini.

Muhammad Affandi diwakili peguambela, R Palaniappan manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zin.


http://www.hmetro.com.my/node/141378
Quote:
Originally Posted by sekam padi View Post
22 Dis 2015

Lelaki pukul isteri dalam lif diperintah bela diri



MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam mengarahkan Mohammad Affandi Ismail, 38, membela diri atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Siti Khadijah Ahmad Ramli, 39, di dalam lif, jam 4 petang pada 12 Ogos 2013. FOTO Danial Saad

SEBERANG PERAI 23 Dis- Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini memerintahkan seorang penjawat awam supaya membela diri terhadap pertuduhan memukul isterinya di dalam lif dua tahun lalu.

Majistret Mohd. Fitri Sadarudin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohammad Affandi Ismail, 38, di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan isterinya, Siti Khadijah Ahmad Ramli, 39, di dalam lif di hospital KPJ Bandar Perda, Seberang Perai Tengah kira-kira pukul 4 petang, 12 Ogos 2013.

Mahkamah menetapkan 18 dan 19 Februari 2016 untuk tertuduh membela diri manakala 29 Februari sebagai keputusan kes tersebut.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...i&pg=bt_06.htm
Quote:
"Saya mohon maaf eh bagi seluruh kaum wanita perempuan eh..sebab saya tak sengaja mengajar isteri saya"

http://www.youtube.com/watch?v=0JsjD...nRcYicQUpmLTeg
Quote:
16 Ogos 2013


Mohammad Affandi Ismail (yang tersenyum sebelah kanan) mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam.
Quote:
16 Ogos 2013



Lelaki yang memukul isterinya dalam lif hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 3 petang tadi
Quote:
15/8/2013

Lelaki pukul isteri dalam lif serah diri

KUANTAN: Seorang lelaki yang memukul isterinya di dalam lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Isnin lalu menyerah diri di Balai Polis Kuantan, di sini, petang tadi.

Suspek berusia 36 tahun datang ke balai berkenaan seorang diri.

Suspek kini ditahan di lokap balai polis berkenaan sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam untuk tindakan lanjut.


http://www.hmetro.com.my/articles/Le...ticle?mutakhir
http://www.youtube.com/watch?v=-0Au4zpaOac
GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Po...lif/MA/Article

Quote:
Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di Bukit Mertajam berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.

Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.

"Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.

"Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut 'daddy' menyebabkan suami marah," katanya.

Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.

Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.

Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.

"Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu," katanya.

Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.

Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.

- Bernama
http://www.youtube.com/watch?v=UzcTIOAV1sM

Update #1

Quote:
Originally Posted by TT View Post

Lelaki belasah isteri dalam lif mulakan hukuman penjara



Ia selepas percubaannya membatalkan hukuman itu ditolak Mahkamah Tinggi hari ini.

GEORGE TOWN: Lelaki yang dilihat dalam sebuah klip video 4 tahun lalu membelasah isterinya di hadapan 2 orang anak mereka di dalam sebuah lif, hari ini gagal dalam mengubah hukuman 8 bulan penjara ke atasnya.

Bekas pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohammad Affandi Ismail dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Mei tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Abdul Wahab Mohamed berkata mahkamah bertindak betul dalam keputusannya menghukum Affandi, 41, yang menyerang isteri pertamanya, pekerja kilang Siti Khadijah Ahmad Ramli, 41.

Kejadian berlaku dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta, pada 12 Ogos, 2013.

Wahab memerintahkan hukuman penjara Affandi bermula hari ini.

Ketika keputusan dibacakan, Affandi dilihat menggeleng-geleng kepalanya.

Selepas keputusan Mahkamah Majistret tahun lalu, dia dibebaskan dengan jaminan.

Tuduhan di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum 1 tahun penjara atau denda RM2,000.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...kuman-penjara/

Last edited by TT; 30-05-2016 at 02:14 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 13-08-2013, 07:48 PM
Zulkarnine Zulkarnine is offline
Super Active

Zulkarnine's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: May 2007
Location: Seksyen 32 Shah Alam
Posts: 7,276
Thanks (Received): 64
Likes (Received): 6
Active Level
My Mood:
Default

hampeh punye polis...jenis pemalas suka makan gaji buta camni la...org tu nk wat report, biar jela dia buat...elok mati cepat2 polis pemalas mcm ni...
__________________
Banjir Melanda Negara...adakah balasan kerana ambil BRIM??

=> Kisah yang belum pernah diceritakan
Reply With Quote
  #3  
Old 13-08-2013, 07:58 PM
TXT TXT is offline
CG Super Hardcore

TXT's Avatar

 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2010
Location: miLan - KT - OT - KL
Posts: 233,674
Thanks (Received): 4884
Likes (Received): 1372
Blog Entries: 45
Active Level
My Mood:
Default

selamba je pukul isteri cam tu
da cam nk gusti je
Reply With Quote
  #4  
Old 13-08-2013, 08:01 PM
Don Malaya Don Malaya is offline
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 24,099
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 12
Active Level
My Mood:
Default

selambe badak je dia pukul...
Reply With Quote
  #5  
Old 13-08-2013, 08:02 PM
Don Malaya Don Malaya is offline
CG Top Poster Club

Don Malaya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: May 2011
Location: Full Time Trader
Posts: 24,099
Thanks (Received): 342
Likes (Received): 12
Active Level
My Mood:
Default

pukul depan anak pulak tu!!!!!!!!!!!! haram punye laki...!!!
Reply With Quote
  #6  
Old 13-08-2013, 08:02 PM
cari_makan cari_makan is offline
Active Plus

cari_makan's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Sep 2006
Location: Kepala Batas
Posts: 3,779
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 5
Active Level
Default

Kenali balik polis yg enggan ambik report tu..lepas tu cari bini dia dan pukul tapi ingat.. jgn bagi cedera sikit pun.. hehehe
__________________
Malas buat dah.
Reply With Quote
  #7  
Old 13-08-2013, 08:11 PM
mat_letop mat_letop is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 6,636
Thanks (Received): 64
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

No badan abg polisi ada tak ???? Kalo ada hantar komplem dekat fb pdrm dgn fb
Kp pdrm punya
Kes setle kekadang kota nk komplem tp no badan mamat setan amik repot tak ingt
Nk wat cm mno
__________________
mat letop is legend
Reply With Quote
  #8  
Old 13-08-2013, 08:17 PM
RuthlessFairy RuthlessFairy is offline
CG Top Poster Club

RuthlessFairy's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: May 2009
Location: Lost in Paradise, Kingdom of Broken Heart.
Posts: 27,512
Thanks (Received): 113
Likes (Received): 0
Blog Entries: 147
Active Level
My Mood:
Default

mamat tu dah la kawen dua.
pastu pukul bini pertama plak.

keje kat jabatan haiwan
patutla mcm haiwan pun
__________________
IF U HAVE A PROBLEM WITH ME - CALL ME.
if u dont hv my number then that means u dont know me well enuff to have a problem.
Reply With Quote
  #9  
Old 13-08-2013, 08:19 PM
mat_letop mat_letop is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 6,636
Thanks (Received): 64
Likes (Received): 0
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by RuthlessFairy View Post
mamat tu dah la kawen dua.
pastu pukul bini pertama plak.

keje kat jabatan haiwan
patutla mcm haiwan pun
Laju hang korek maklumat
Harap jabatan haiwan boleh bela haiwan nih elok2
__________________
mat letop is legend
Reply With Quote
  #10  
Old 13-08-2013, 08:19 PM
TT TT is offline
CG Super Hardcore

TT's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Jan 2009
Location: cybertorium, level 3
Posts: 112,936
Thanks (Received): 194
Likes (Received): 7275
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by RuthlessFairy View Post
mamat tu dah la kawen dua.
pastu pukul bini pertama plak.

keje kat jabatan haiwan
patutla mcm haiwan pun
bini no 1 die badan mcm budak lg je
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply Share This Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold